Semasa pemerintahan British di negeri Sabah (dikenali
sebagai “British North Borneo” pada waktu itu), pusat pemerintahannya di Pulau
Gaya. Satu peristiwa kebakaran telah melanda Pulau Gaya dan pihak British
terpaksa mengalihkan pusat pemerintahan ke sebuah perkampungan nelayan di
persisiran Pantai Barat Sabah yang dipanggil “Gentisan”. Petempatan tersebut
bertukar nama kepada “Jesselton” sempena memperingati Sir Charles Jessel.
Apabila Sandakan, yang pada waktu itu merupakan ibu negeri “British North
Borneo“, musnah teruk dalam Perang Dunia Kedua, pentadbiran British telah
dipindahkan ke Jesselton.
Jesselton kemudiannya bertukar nama kepada “Kota Kinabalu”
pada tahun 1967, iaitu 4 tahun selepas Sabah menyertai gagasan Malaysia yang
baru. Bandar raya ini telah melihat perkembangan yang pesat sekali pada tahun
1970-an dan 1990-an. Beberapa pekan yang baru telah muncul akibat daripada
pembukaan paya bakau dan hutan belantara. Kota Kinabalu diisytiharkan menjadi
bandar raya Malaysia yang pertama di alaf baru pada 2 Februari 2000. Datuk
Ghani Rashid adalah Datuk Bandar Kota Kinabalu yang pertama. Datuk Iliyas Ibrahim
dilantik sebagai Datuk Bandar kedua pada 2 Februari 2006, sempena ulangtahun
keenam pengisytiharan Bandaraya ini, dan masih memegang jawatan tersebut
sehingga hari ini.
Sejarah Bandar Kota Kinabalu bermula dengan penemuan
Jesselton di abad ke-1 9. Pulau Gaya yang terletak berdekatan dengan bandar
Kota Kinabalu telah dijadikan sebagai salah sebuah pusat pentadbiran pihak
British. Pulau Gaya disifatkan sebagai salah sebuah pelabuhan terbaik yang
mempunyai pesisiran pantai yang dilingkungi daratan sepenuhnya. Walau
bagaimanapun, pihak British mendapati bahawa di sekitar perairan Pulau Gaya
terdapat banyak batu karang yang mengakibatkan kapal-kapal menghadapi kesukaran
untuk mendekati dan berlabuh di pulau ini.
Kegiatan perniagaan juga menjadi merosot disebabkan
kesukaran mentadbir Pulau Gaya dari tanah besar. Keadaan menjadi bertambah
buruk dengan berlakunya pemberontakan yang diketuai oleh Mat Salleh pada bulan
Julai 1897.
Pihak British terpaksa mencari sebuah pusat pentadbiran yang
baru yang lebih sesuai Pesuruhjaya Tanah Syarikat Borneo Utara, H.Walker
mencadangkan sebuah tempat yang dikenali sebagai Gantian yang terletak di atas
kawasan Teluk Likas. Namun begitu tempat ini didapati kurang sesuai kerana
kedudukannya yang terdedah kepada angin clan adanya batu karang yang banyak di
persekitaran kawasan British pada masa yang sama berminat untuk membina
landasan keretapi tetapi menghadapi masalah memilih kawasan yang sesuai.
Kewujudan Sungai Inanam clan kawasan paya di sekitar Gantian menyebabkan kos
yang amat tinggi untuk pembinaan landasan keretapi itu. Berdasarkan
faktor-faktor ini, disarankan agar landasan keretapi dibina dari Api-Api ke
Pulau Gaya. Api-Api yang terletak di Selatan Putatan boleh dijadikan
persimpangan untuk meluaskan laluan keretapi ke Tempasuk clan Kudat. Hasil
daripada pemeriksaan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Tanah, Henry Walker sebuah
tapak bandar dan tempat berlabuh baru telah ditemuikerana ianya didapati
terletak di lokasi yang amat strategik. Akhirnya sebuah bandar baru ditemui yang
memenuhi segala kriteria yang dikehendaki utama. Bandar ini kemudiannya
dikenali sebagai Jesselton bersempena dengan nama Naib Pengerusi British North
Borneo Chartered Company (BNBCC), Sir Charles Jessel. (BNBCC). Pesuruhjaya
Tanah, Henry Walker sebuah tapak bandar dan tempat berlabuh baru telah
ditemuikerana ianya didapati terletak di lokasi yang amat strategik. Akhirnya
sebuah bandar baru ditemui yang memenuhi segala kriteria yang dikehendaki
utama. Bandar ini kemudiannya dikenali sebagai Jesselton bersempena dengan nama
Naib Pengerusi British North Borneo Chartered Company (BNBCC), Sir Charles
Jessel. (BNBCC).
Dengan penemuan ini,
bermulalah satu era baru bagi tempat yang sebelum ini tidak lebih dari tempat
persinggahan nelayan-nelayan kaum Bajau. Berbagai-bagai program pembangunan
diatur dalam usaha pihak British untuk menjadikan Jesselton pusat pentadbiran
dan pusat persinggahan utama kapal-kapal dari seluruh pelusuk dunia.
Landasan-landasan keretapi dibina’ untuk memudahkan proses pengangkutan terutamanya
hasil-hasil pertanian dan perhutanan. Perkhidmatan telegraf juga diperluaskan
dari Mempakol ke Jesselton. Pelan pelan baru untuk rumah-rumah kedai juga
telah disiapkan dan beberapa ” Peristiwa terbakarnya Pulau Gaya pada tahun 1897
adalah lambang penentangan orang-orang Islam pada masa itu terhadap penjajahan
British. Peristiwa ini juga menyebabkan lahirnya Bandar Jesselton (kini Kota
Kinabalu) sehingga sekarang sebagai Pusat Pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan
budaya.“
Dalam bab pertama, seperti biasa penulis akan cuba mengupas
kembali latar belakang sejarah negeri Sabah atau Borneo Utara secara
ringkas. Ianya bermula dengan
sejarah Borneo Utara sebelum dijajah
oleh British North Borneo Chatered Company (BNBCC) pada pertegahan abad ke-19
sehinggalah tamatnya Perang Dunia Kedua. Dalam pada itu, pada bab ini juga
penulis akan cuba menerangkan bentuk struktur pentadbiran kerajaan BNBCC ketika
mana syarikat ini menakluki Borneo Utara
dari tahun 1881-1941.[1][1]
Source : pulaugaya.wordpress.com
No comments:
Post a Comment