RAJA MENGKABONG
Cerita ini dipetik
dari kata-kata lisan "Puteri Babau"...........
Pada pendapat saya, Karambunai ada asal usulnya.Tapi
bukanlah asal usul mitos seperti Putera Raja Bukit Seguntang atau keluar
daripada Mayang Pinang! Asal Karambunai
berkait dengan Sejarah.
Sejarah merakamkan Karambunai adalah sebahagian kecil
jajahan takluk Kesultanan Brunei yang telah dianugerahkan kepada Puteri Sultan
sebagai Sungai Tulin. Puteri Sultan itu telah berkahwin dengan kerabat Sultan
Brunei yang telah kalah perang dan berhijrah ke Borneo Utara. Zuriat Puteri Sultan ini berkembang dan salah seorang zuriatnya yang telah diwasiatkan
mewarisi Mengkabong, Kinarut dan separuh Menggatal ialah Pengiran Abdul Raup Ibnu Pengiran Abdul Rajit.
British sendiri mengiktiraf Pengiran Abdul Raup Ibnu Pengiran Abdul Rajit sebagai Raja Di Mengkabong dan dapat lesen
membalak di Pulau Gaya daripada British.
Menurut catitan : Hugh Brooke Low
"The Bajus are scattered along the coast, their principal
settlements being at Mengkabong and Tampasuk. At Mengkabong they appear
numerous, and perhaps could muster 1,000 fighting men ; at Tampasuk, they
estimate their own number at 600 ; at Pandasan, 400 ; at Abai, Sulaman, and
Ambong, there are a few. Their origin is involved in obscurity : they are
evidently strangers. They self-style themselves Orang Sama, or Sama men. "
Zuriat Pengiran Abdul Raup yang amat sinonim
dengan Karambunai adalah anak sulungnya iaitu Pengiran Besar Abdullah [sebagai
ketua dan Imam besar di Karambunai dan pernah di panggil pulang ke Brunei untuk
merawat penyakit Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddim (1885-1906) di Brunei]
yang menetap di Karambunai beserta isteri dan anak-anaknya sehinggalah mereka
terpaksa keluar daripada Karambunai dek angkara BNBC .
Pengiran Jalaluddin (anak
bongsu) Pengiran Abdul Raup menetap di Labuan. Untuk menyelamatkan kawasan2 milik
bapanya diambil alih oleh British yang menuntut gantirugi atas pembenrontakan
Mat Salleh, Pengiran Jalaluddin telah menandatangani Treaty dengan BNBC di
Labuan. Memandangkan Pengiran Jalaluddin lebih dikenali oleh BNBC berbanding dengan
abangnya Pengiran Besar Abdullah, maka British tidak mengambil Karambunai melainkan
digerankan kerana Karambunai adalah harta pusaka bapanya Pengiran Abdul Raup.
Rentetan kekacauan yang berlaku akibat penduduk tempatan
yang tidak puas hati dan memberontak terhadap BNBC, BNBC membenci 'pengiran2
dan bajau bajau di Mengkabong' yang dicop bersubahat dengan Paduka Mat Salleh.
Terpaksalah mereka melarikan diri dari dibunuh oleh British termasuklah kerabat
Sultan Brunei di Karambunai dan merahsiakan asal usul keturunan mereka agar
tidak dapat dijejaki oleh BNBC.
Sebelum menghembuskan nafas, Pengiran Jalaluddin telah
bergerak menghala ke kawasan Utara Negeri Sabah dan dipercayai meninggal dunia
di 'sebuah kawasan' yang terletak dalam kawasan kebun orang cina pada masa ini.
Pengikut pengikut beliau akhirnya menetap di kawasan tersebut sehinggalah hari ini.
Pada tahun 1913, Pengiran Siti Fatimah telah mengantikan Pengiran Jalaluddin sebagai Pentadbir Karambunai. Kehadiran Pengiran Siti Fatimah di
Karambunai tidak disenangi oleh orang orang Bajau/Dusun yang menjadi ulun di
Karambunai kerana Pengiran Siti Fatimah 'orang baru' di Karambunai dan mereka memang
telah mempunyai pemerintah sebelum kedatangan Pengiran Siti Fatimah di Karambunai.
Sebenarnya Pengiran Jalaluddin mempunyai kawasannya sendiri di sebelah Kinarut hingga
Labuan tapi telah diserahkan kepada British. Atas kebijaksanaan Pengiran Jalaluddin
dan mengelakkan semua kawasan pusaka ayahnya jatuh ke tangan BNBC, BNBC telah
mengerankan Karambunai atas nama Pengiran Jalaluddin sebagai Pentadbir kerana
Karambunai adalah harta pusaka Pengiran Abdul Raup untuk waris waris Pengiran Jalaluddin .
Semoga
Allah SWT merahmati roh sekalian mereka yang saya sebut sebut ini dan mengampunkan
segala dosa mereka serta menempatkan mereka dalam kalangan orang orang yang beriman
di Syurga, amin!
Saya tidak setuju jika salasilah dinafikan menjadi asas
mana mana tuntutan. Walau bagaimanapun, saya tidak berminat mempersoalkan mengenai
isu tuntutan Karambunai kerana bagi saya kalau dah ada cerita yang lebih terperinci baik
saja bicarakan di mahkamah bukan di sini. Memang dokumen dokumen dokumen adalah bukti bukti tentang
sesuatu pemilikan.
Malangnya kebanyakan dokumen ditulis oleh penjajah yang
sudah tentunya bias kepada diri mereka sendiri. Tinggal saja tidak ada orang orang tempatan yang menulis kejadian sebenar yang berlaku pada masa itu kerana tidak
sempat menulis selain memikirkan keselamatan diri dan makan minum untuk
menyambung nyawa sambil bersembunyi dari dicekup penjajah.
Akibatnya jadilah cerita lisan dan diingat dikepala. Kalau
sempat diceritakan pada anak cucu kira cukup baik lah supaya anak cucu tau
serba serbi asal usul mereka, kalau tidak sempat cerita di bawa mati!
Sedangkan Nabi Muhamad SAW yang sudah wafat beribu tahun
mempunyai salasilah sejak nenekmoyangnya Nabi Ibrahim, diyakini dan diakui oleh
umat Islam.Begitu juga dengan keturunan sultan mempunyai salasilah agar mereka
boleh menaiki taktha.
Apalah sangat dengan salasilah Pengiran Abdul Raup yang
rasanya baru 4 atau 5 generasi dalam tempoh lebih sikit 100 tahun! Salasilah
yang sah dan diakui benar mengambil tempoh yang lama untuk menyiapkan dan
melengkapkannya. Untuk menjadikannya sebuah salasilah yang benar, teratur,
salasilah perlu dibuktikan dan disokong oleh dokumen dokumen bertulis yang terdapat di
mana mana institusi institusi kerajaan yang berkenaan dan diiktiraf.
Bukan saja bukti bukti dokumen dari dalam negara, malah dari luar
negara. Benda maujud seperti Batu Bersurat juga merupakan antara bukti yang
membantu proses menyusun susur galur keturunan sebelum terbinanya sebuah
salasilah.
Bagi pendapat saya, sebagai umat Islam salasilah keluarga
amat penting kerana ianya amat berkait dengan hukum faraid. Tinggal saja
barangkali ada pihak pihak yang menafikan dan tidak mahu menerima kenyataan sebenar
sesuatu yang tercatat dengan jelas bak kata pepatah sudah terang lagi bersuluh
atas sebab2 tertentu atau kepentingan kepentingan tertentu. Menafikan kebenaran sama lah
menafikan hak orang yang berhak!
WASIAT :
Pengiran Anak Siti Katijah (pemilik sungai tulin) anak
kepada Sultan Omar Ali Saiffuddin 1 adalah isteri kepada Pengiran Temenggong
Abdul Rauf (Keturunan/zuriat Sultan Hakkul Mubin yang kalah dalam Perang
Cermin). Sebenarnya Pengiran Temenggong Abdul Rauf mempunyai anak2 lain
daripada isteri yang lain (mengikut salasilah ada 10 orang).
Bagaimana Pengiran Anak Siti Fatimah dapat kawasannya adalah
berdasarkan Surat Wasiat yang ditulis bertarikh 18 Rabiul Awal 1238 Hijrah.
Lebih kurang beginilah bunyi surat wasiat tersebut(di tulis dalam 3 versi
tulisan- Jawi, Rumi dan Inggeris)....
”Bahwa masa itu ada maniatakan, maka adalah kita Pangeran Jalaludin Bin
Pangeran Tommonggong abdul Raop, telah membuat surat katrangan dan peringatan
ini supaya meniatakan kapada mana bangsa orang maka inilah kita Pangeran
Jalaludin manugrahkan, yang pasal waris pusaka negri yang tersebut di bawah
ini, kapada anaknda Pangeran abdul Raop, serta dengan keizinan keredaan hati
kita yang tersebut nama negri seperti Mangkabong dan Kinarut yang tulin,
manggatal saparuh yang stengahnia adinda Pangeran Patimah punia, maka mana-mana
yang tersebut negri waris pusakania yang diizinkan oleh Pangeran Jalaludin
kapada anaknda Pangeran abdul Raop yang telah tersebut tiada buleh di batalkan
oleh waris dan sanak saudarania, atau mendawa pada anaknda Pangeran abdul Raop,
betul Pangeran Mohamad Daud dan Pangeran abdul Raop itu kaduania anaknia tetapi
Pangeran abdul Raop yang dibuatkania anak dia ambil dari kachi sampai besar dia
piara sebab itu negri waris pusaka Pangeran Jalaludin diwariskannia kapada
anaknda abdul Raop yang telah tersebut di atas itu, sahlah dengan trangnia.”
Tertulis pada 18 hari bulan Rabbil awal jam pukul 10 1238.
Ini lah antara asal usul Karambunai itu, siapa pemilik
sebenarnya ada tertera dalam surat wasiat. Pusat Sejarah Brunei Darussalam amat
maklum dengan sejarah ini. Apa yang saya catatkan di atas serba sedikit sahaja
antara dokumen yang sebenarnya boleh menceritakan asal usul Karambunai dan
pemiliknya.
Sebab itu lah saya berani menyatakan asalnya Karambunai ini tidak kena mengena
dengan Shahbandar Salleh. Mudah mudahan anak cucu keturunan Pengiran Abdul Raup
diberi Allah SWT hidayah dan petunjuk agar milik nenek moyang mereka ini
kembali kepada mereka semula kerana mereka lah sebenarnya yang lebih berhak
untuk mewarisi Karambunai! Amin! Wallahualam!
Cerita ini di petik
dari cerita lisan "Penjaga Gunung Kinabalu".....
Sayalah penjaga “Gunung Kinabalu”. Hai sahabat-sahabat baru
dan lama, inginlah aku katakan pada kamu tentang lagenda “Karambunai”. Dari
dahulu lagi, negeri Karambunai ini memang menjadi rebutan kepada orang-orang
ramai yang inginkan kuasa dan kekayaan di dunia ini.
Kamu mahu tahu? Semasa pemerintahan Pengiran Mohd Jalaluddin
Ibnu Pengiran Abdul Rauf lagi, negeri Karambunai ini sudah menjadi keinginan
orang-orang Inggeris. Apabila berlaku pemberontakan Paduka Mat Salleh dengan
orang-orangnya membakar Pejabat Inggeris di Pulau Gaya, pihak Inggeris terus
sahaja ingin mendakwa kepada Sultan Brunei dan Pengiran Mohd Jalaluddin. Kononnya,
orang-orang Pengiran Mohd Jalaluddin dari Mengkabung dan Inanam telah membakar
Pejabat Inggeris di Pulau Gaya sehingga mengalami kerugian yang besar kepada
Inggeris.
Untuk tidak terus bermusuhan di antara kedua-dua pihak,
Inggeris mencadangkan kepada Sultan Brunei dan Pengiran Mohd Jalaluddin iaitu
hendaklah menyewakan atau memajakkan wilayah-wilayah negeri Karambunai,
termaksuklah sungai-sungai dan lapan belas batu ke tengah laut. Apabila
persetujuan telah dibuat dengan persetujuan Pegawai Inggeris di London, maka termetrailah
perjanjian tersebut pada 23 Mac 1898.
Inggeris hanya memberikan dua geran sahaja kepada Pengiran Mohd
Jalaluddin untuk tempat mereka mentadbir orang-orangnya dan ahli keluarganya,
iaitu Karambunai dan Pulau Udar Besar, atas geran L 228 dan geran tersebut ditukar
kepada L 9117 dan PL 623. Seluruh wilayah negeri-negeri Karambunai telah
dipajakkan kepada Inggeris buat selama-lamanya dengan kadar sewa $3,000 setahun
dan apabila Pg. Mohd Jalaluddin kelak tidak ada, pewaris atau penggantinya akan
terus menerima pajakan tersebut. Jika pihak mereka gagal untuk membayar dalam
tempoh 3 tahun, perjanjian tersebut akan terbatal serta merta.
Kamu mahu tahu? Wilayah-wilayah negeri Karambunai yang
dipajak oleh pihak Inggeris itu termasuklah:
1. Membakut
2. Tuaran
3. Mengkabong
4. Menggatal
5. Inanam
6. Api Api
7. Sembulan
8. Nafas Tambalang
9. Kinarut
10.Pangalat Besar
Persempadanannya sampailah ke tangga nenek di Gunung
Kinabalu ini.
Sebelum Pengiran Jalaluddin meninggal dunia pada tahun 1916,
tahun 1911 lagi Pengiran Jalaluddin telah menganugerahkan dan mewariskan tanah
Karambunai dan surat kuasa mentadbir negeri ini kepada anak perempuannya, Pengiran Siti Fatimah Bte Pengiran Jalaluddin seperti dalam geran Karambunai CL 045091174,
geran ini dituntut oleh Pg. Fatimah kepada Inggeris pada tahun 1939 lagi.
Tiada
siapa yang boleh memiliki kuasa mentadbir Karambunai ini kerana Sultan Brunei
telahpun menjadi saksi penyerahan kuasa tersebut daripada Pengiran Jalaluddin dengan
anak perempuannya, Pengiran Siti Fatimah. Pengiran Siti Fatimah adalah anak perempuan Pengiran Jalaluddin yang amat disayangi dan dipercayai oleh ayahandanya, Pengiran Jalaluddin.
Beliau anak perempuan tunggal dan bijak serta berani orangnya.
Pada 14 Mac 1947, Pengiran Siti Fatimah meninggalkan wasiat
kepada dua orang anak perempuannya iaitu Pengiran Siti Hamidah Bte Pengiran Mohd Salleh
telah dan Pengiran Siti Hapsah Bte Pengiran Mohd Salleh. Surat wasiat tersebut dibuat
ketika Pengiran Siti Fatimah sakit tenat dan dibuat dihadapan Imam Karambunai dan
orang tua kampung Karambunai.
Apabila Pengiran Siti Fatimah telah meninggal dunia pada tahun
1947, anak perempuannya iaitu Pengiran Siti Hamidah Bte Pengiran Mohd Salleh telah
memohon tuntutan kuasa dan harta benda ibunya pada 31 Mei 1949 di Native Court
Jesselton dan telah diluluskan permintaan atau permohonan tersebut oleh Native
Court pada 30 Jun 1949 dengan syarat harta pusaka Pengiran Siti Fatimah terpulanglah
kepada kedua anak iaitu Pengiran Siti Hamidah dan Pengiran Siti Hapsah melalui LE 91/ 49.
Jelaslah harta pusaka Pengiran Siti Fatimah telah diturunkan
kepada dua anaknya dan ketika itulah Pengiran Siti Hamidah menjalankan tugas
peninggalan arwah ibunya tetapi pada tahun 1954 Pengiran Siti Hamidah jatuh sakit
sakit dan meninggal dunia. Pengiran Siti Hapsah sebagai pengganti meneruskan kuasa
dan memiliki harta tersebut dengan surat kuasa yang tersedianya LE 91/ 49 yang
bertarikh 30 Jun 1949.
Oleh sebab Pengiran Siti Hamidah dan Pengiran Siti Hapsah tidak
mempunyai suami dan anak dari darah sendiri, Pengiran Siti Hapsah telah mengambil
seorang anak angkat perempuan, iaitu Alimah Bte Datu Hussain sebagai pembantu
dirumah besar tersebut.
Memandangkan Alimah Bte Datu Hussain tidak ada ibu dan ayah
lagi akibat dibunuh oleh Jepun, Alimah Bte Datu Hussain ini tinggallah sepenuh
masa dirumah besar Karambunai.
Pada tahun 1958 dengan bantuan Inggeris kepada State of
Karambunai, tertubuhlah sebuah sekolah kerajaan Karambunai. Pada ketika itu
Cikgu Mohd Soud Sapok merupakan guru besar yang pertama disekolah tersebut.Beliau dibantu oleh seorang guru penolong iaitu Pengiran Mohd Yussof Pengiran Abd Razak.
Pada ketika itu juga, Alimah Datu Hussain bersekolah disekolah tersebut dalam
usia lebih kurang 12 tahun dan tidak lama kemudian Alimah Datu Hussain pun
dipinang oleh Pengiran Mohd Yussof Pengiran Abd Razak, Hasil sokongan penuh dan nasihat
Mohd Soud Sapok keatas keadaan pinangan tersebut, maka pinangan tersebut telah
diterima dan seterusnya Alima Datu Hussain berkahwin dengan Pengiran Mohd Yussof.
Pada tahun 1966, Alimah Datu Hussain telah mengandung dan beranak dan akhirnya
meninggal dunia. Bermula dari kematian Alimah Datu Hussain pada tahun 1966,
bermulalah Pengiran Mohd Yussof beria-ia hendak mengambil harta pusaka Pengiran Siti
Hapsah tetapi beliau tidak tahu mengenai Pengiran Siti Hamidah Bte Pengiran Mohd Salleh,
Ketika itulah Pengiran Mohd Yussof banyak menuntut bermacam-macam surat daripada
Public Trastee yang mana Pengiran Mohd Yussof berlagak sebagai Pengiran Siti Hapsah. Pengiran Siti Hapsah sendiri tidak tahu apa yang dilakukan oleh Pengiran Yussof terhadap
harta pusakanya.
Apabila Pengiran Siti Hapsah meninggal dunia pada 01 Ogos 1978,
Pengiran Mohd Yussof telah banyak membuat surat-surat palsu termaksuklah LE 50/ 55
yang telah diubahsuai tarikhnya pada 20 Julai 1955. LE 50/ 55 ini dipohon dan
dibuat oleh Pg. Yussof pada 17 Oktober 1955 tetapi diluluskan Native Court pada
20 julai 1955.
Waris waris Pengiran Abdul Rauf sentiasa memerhatikan sejauh mana orang orang yang tidak mempunyai hak ini menuntut Karambunai. Menuntut sesuatu yang bukan hak dan mendapatkan sesuatu dengan cara yang tidak betul akan berdepan dengan sumpah keturunan......
“Maknanya, janganlah kalian mengambil dan janganlah kalian
menempuh caranya.” (Ahkam Al-Qur’an, 1/97)
“Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian yang
lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa
(urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebagian daripada
harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu
mengetahui”. [al Baqarah/2 : 188].
“Harta-harta kalian”, meliputi seluruh jenis harta, semuanya
termasuk kecuali bila ada dalil syar’i yang menunjukkan kebolehannya. Maka
segala perkara yang tidak dibolehkan mengambilnya dalam syariat berarti harta
tersebut dimakan dengan cara yang batil. (Fathul Qadir)
“Barangsiapa merampas
hak seorang muslim dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan
mengharamkan baginya surga,” maka salah seorang bertanya,”Meskipun sedikit,
wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab,”Ya, meskipun hanya setangkai kayu sugi
(siwak).”[HR Muslim]
“Sungguh akan datang kepada manusia suatu masa, yaitu
seseorang tidak lagi peduli dari mana dia mendapatkan harta, dari jalan halal
ataukah (yang) haram”. [HR Bukhari]
Di sunting oleh : Kumis Kumis
Nota :
Gambar ilustrasi pada masa dan zaman tersebut
Rujukan :
The natives of Sarawak and British North Borneo; based chiefly on the mss. of the late Hugh Brooke Low, Sarawak government service, vol.1 Page 29
Author : Roth, H. Ling (Henry Ling) Publication Info: London: Truslove and Hanson, 1896
|
Akhirnya jmpa jg keturunan kluarga sy....kluarga sy dr kturunan pengiran amir shah...abg kpd pengiran abdul rauf ..dr susur galur sultan abdul hakkul mubin...sultan ke 13 brunei...skrg menetap d sarawak...hope d pertemukan...
ReplyDeleteaslmkm..saya berminat utk tau ttg susur galur keluarga pg abd rauf..kalau sudi utk berbincang kitya boleh email saya suffianpms@gmail.com
Deletesila hubungi borneohistory57@gmail.com
Deletesila email saya Ahai7@hotmail.com
ReplyDeletesila hubungi borneohistory57@gmail.com
Deletesebarang pertanyaan sila tujukan ke borneohistory57@gmail.com
ReplyDeleteMenurut cerita orang kg saya siti fatimah seorang bangsa dusun yg berasal dari sukoli Telipok. Dia telah diculik olh pangeran ketika mandi di tepi sungai. Jalan fatimah ada d kg sukoli.
ReplyDeleteCerita ini menurut orang2 tua
Barang sesiapa yang boleh mengumpul yang benar dan tersusun datang menghadap ke istana beta
ReplyDeleteBeta akan bagi ganjaran yang besar 7 keturunan tak akan habis hadia dari beta beri kan sultan muhammad abdul momin VII sultan surian syah bin abdullah
Sultanmuhammadabdulmomin829@gmail.com
Salam, wasiat ditulis pada 18 Rabiul Awal 1238 Hijrah (3 Disember 1822) dalam tiga teks jawi, rumi dan Inggeris. Persoalannya mengapa tiga bahasa sedangkan wasiat adalah urusan dalaman. Penggunaan sebarang teks Inggeris hanya bermula pada tahun 1835 untuk urusan antara negara, begitu juga teks rumi. Kecuali terjemahan baru iaitu wasiat, salinan perjanjian dalam rumi banyak kedapatan menggunakan ejaan sebelum perang dunia kedua. Penggunaan masa jam juga jadi persoalan. Kenapa wasiat lain tidak dinyatakan masa kerana ini bukan budaya tempatan pada dokumen sehingga diperkenalkan oleh British pada dokumen itu pun amat jarang kecuali laporan atau dairi. Maaf kalau banyak persoalan kerana mengkaji dan menulis sejarah perlu ada Kritikan Luaran dan Kritikan Dalaman bagi setiap dokumen dan teks.
ReplyDeletesatu komen yang sihat dan amat baik. Mari kita minta waris dan penyimpan wasiat untuk memberi keterangan
DeletePakcik saya ada bercerita, semasa beliau masih kecil, bila ada keramaian di Karambunai, dia selalu ikut emaknya dan neneknya dijemput .
ReplyDeleteBila mereka sampai di sana mereka akan disambut dengan penuh penghormatan , sampaikan bila neneknya naik tangga ramai yang aksn memegang tangga tersebut.
Perahu mereka akan disurung sampai ke atas tebing.
karambunai skrg di warisi oleh pakcik sya man dan mat . terimakasih
ReplyDelete