PENEMPATAN IRANUN DI WILAYAH
KESULTANAN SULU
Oleh Milus Hj. Abd. Wahad
Masyarakat Iranun merupakan etnik
yang banyak terlibat dalam kegiatan perdagangan di Nusantara serta memainkan
peranan penting sebagai kuasa pengimbang politik serta ekonomi terhadap rantau
Nusantara.
Etnik ini melakukan kegiatan mereka
sehingga di luar perairan kepulauan Melayu, menurut Owen Rutter:Their crusing
grounds were not limited to the Sulu Archipelago, but they would range through
the whole of the Malayan seas, and a single crusie, lasting sometimes as long
as three years, might take them east through the Philippines, round New Guniea,
and then along the coasts of Java and Sumtra as far as the Bay of Bengal, and
home by way of Penang and the Borneo coast.
Tindakan mereka ini didorong oleh
sikap pelayag-layag untuk menelusuri beberapa pelabuhan yang tersohor. Kegiatan
orang Iranun ini berkait rapat dengan kemahiran mereka di laut yang telah
membawa orang Iranun dikenali oleh pedagang Barat. Seterusnya pihak Barat
seperti Owen Rutter mendakwa bahawa orang Iranun terlibat dalam kegiatan
perlanunan yang berlaku di perairan Nusantara, tetapi yang jelas orang Iranun
bertindak demikian atas dorongan kedatangan penjajah yang cuba menguasai
sepenuhnya kegiatan ekonomi di kepulauan Nusantara.
Sedangkan sebelum pedagang Barat
memasuki pasaran di Nusantara, kegiatan perdagangan berlaku dengan lancar dan
pada masa yang sama orang Iranun telah pun mengadakan hubungan dengan
kerajaan-kerajaan Melayu seperti Sumatera, Jawa dan Melaka. Hubungan berlaku
dengan penuh harmoni dan menurut George Windsor:…the Malay language history of
Riau, the Tufat al-Nafis, chronicles the real coming of the Iranun to the
Malacca Straits, telling of Dutch efforts to wrest control of the valuable tin
trade from the Bugis, and of the Malay Sultan Mahmud’s decision to summon the
Iranun of Tempasuk, in northwest Borneo, to assist in expelling the Dutch from
Riau.
Mahmud sent a mission, headed by an
emissary called Talib, to Tempasuk with a letter for the raja of
Tempasuk’.Pernyataan Sultan Mahmud itu, dengan mengutus surat kepada Raja
Tempasuk pada bulan Mei 1787 adalah bertujuan supaya orang Iranun di Tempasuk
membantu beliau menyerang Belanda di Riau. Raja Tempasuk yang dikenali sebagai
Raja Ismail tanpa bantahan terus membantu Sultan Mahmud dan beliau sendiri
turut terlibat dalam serangan tersebut berserta anak-anaknya, Raja Tebuk (
Sultan Sa Tebuk), Raja Alam berserta isterinya Raja Aisyah, Raja Muda, dan
Datuk Sikolo, angkatan tentera Tempasuk ini telah menyerang Belanda di Riau
melalui Tanjung Pinang.
Kesannya pihak Belanda mengalami
kekalahan dalam pertempuran tersebut dan Sultan Mahmud amat berterima kasih
kepada tentera Iranun dan baginda telah mengadakan majlis keramaian menyembut
kemenangan tersebut sebagai tanda penghargaan. Selepas itu, rombongan dari
Tempasuk pun memohon balik ke Tempasuk semula, kecuali beberapa orang pembesar
Iranun seperti Raja Muda Umak dan Tok Lukus di mana dua orang tokoh ini
memperhambakan diri kepada Sultan Mahmud di Riau.Hubungan yang berlaku antara
Tempasuk dengan Johor ketika itu dapat dilihat kepada faktor hubungan politik.
Hubungan politik adalah berbentuk bantuan ketenteraan dan Johor muncul sebagai
kuasa baru selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis dan Belanda. Semasa
kerajaan Melaka lagi orang Iranun banyak memainkan peranan dalam politik Melaka
dan mereka ini dikenali sebagai Orang Laut. Hubungan orang Iranun dengan
kerajaan luar turut terjalin, ini diperlihatkan apabila Sultan Abdullah dari
Kedah menawarkan $ 20,000 kepada sultan Iranun untuk menyerang Francis Light di
Pulau Pinang.
Pernyataan itu membuktikan orang
Iranun sudah mempunyai kuasa politik di Tempasuk dan adalah difahamkan didapati
Sultan Sa Tebuk merupakan raja masyarakat Iranun di Tempasuk sekitar akhir
tahun 1700an dan awal tahun 1800an. James Francis Warren menjelaskan:
In the 1830s, an Iranun lord who
called himself Sultan Si-Tabuk led the settlements of Tempasuk and Pandasan’.
Kewujudan Raja Iranun di Tempasuk
ini diperkuatkan dengan pertemuan antara Raja Brooke dengan Sultan Sa Tebuk
bagi membincangkan perjanjian yang dipersetujui tetapi telah diingkari oleh
Sultan Sa Tebuk dengan menyerang Ambong:
On the same day the Admiral and Mr.
Brooke, “protected by the armed boats of the Angincourt,” went ashore and
interviewed Sa Tabuk, the Illanun raja. They reproached him for having broken
the arrangements entered into the year before, and attacking “the peacful town
of Ambong.
Menurut sumber tempatan, sebenarnya
yang menyerang Ambong ketika itu ialah Datu Maminasaka yang merupakan anak Datu
Adil pembesar Kampung Keguran, angkara Datu Maminasaka ini telah melibatkan
kepentingan Raja Brooke dan menuduh Sultan Sa Tebuk telah mengkhianati
perjanjian yang telah dimaterai.
Penjelasan di atas membuktikan orang
Iranun telah menguasai Tempasuk sekitar awal 1830an, dan orang Iranun memilih
Tempasuk sebagai pusat kegiatan mereka kerana kedudukan kuala Tempasuk yang
sukar dimudiki oleh pelayar Barat yang merupakan musuh tradisi mereka. selain
itu, faktor ‘mangayau’ juga turut mempengaruhi aktiviti orang Iranun di
Nusantara. Berdasarkan sikap tersebut, maka orang Iranun terus bersaing dengan
pedagang barat, mereka sentiasa menjadi ancaman kepada barat. Penempatan di
Tempasuk ada kaitan dengan kedatangan barat. Kewujudan kuasa tempatan yang
diketuai oleh Sultan Sa Tebuk di Tempasuk merupakan strategi bagi berhadapan
dengan barat, penempatan Iranun di Tempasuk mempunyai kaitan keselamatan dan
Sultan Sa Tebuk adalah ketua masyarakat Iranun, mengikut satu pendapat:
Sultan Sa Tabuk dipercayai berasal
dari kepulauan Mindanao belayar ke Borneo atas permintaan sultan Sulu untuk
membantu adik sultan Sulu yang disangkakan ditawan oleh sultan Brunei. Adik
sultan Sulu ini sebenarnya belayar ke negara Brunei. Memandangkan Sultan Sa
Tabuk sudah tidak berminat untuk kembali semula ke Mindanao, maka beliau telah
membuka penempatan di Tempasuk.
Pendapat ini menunjukkan tentang
kewujudan kuasa tempatan Iranun di Tempasuk yang ditadbir oleh Sultan Sa Tebuk.
Kuasa imperialisme ketika itu juga turut mengakui tentang kewujudan pentadbiran
Sultan Sa Tebuk ini, seperti yang dijelaskan di atas.
Faktor politik juga mempengaruhi
orang Iranun membuka penempatan baru, antaranya hubungan politik dengan
kerajaan Sulu, di mana kesultanan Sulu telah memberi ruang kepada orang Iranun
membuka penempatan di wilayah pentadbiran Sultan Sulu. Utara Borneo merupakan
wilayah kesultanan Sulu dan kesultanan Brunei. Kedua-dua kerajaan ini telah
membahagikan Utara Borneo ini, dari Sungai Pandasan sampai ke Lahad Datu adalah
diletakkan di bawah pentadbiran Sultan Sulu dan dari Sungai Pandasan hingga ke
Sarawak adalah diletakkan di bawah pentadbiran Sultan Brunei.
Penempatan orang Iranun di wilayah
kesultanan Sulu dapat dilihat melalui penjelasan James Warren, pada tahun 1814,
di mana di Jolo Town, seramai 600 orang diketuai oleh Datu Mulok dan Datu Bukon,
di Jolo Island seramai 1,500 orang diketuai oleh Raja Muda Buling dan Panglima
Daud, di Tulayan Island seramai 300 orang, di Pilas Island seramai 300 orang,
Pangutaraan Islan ramai orang Iranun diketuai oleh Orang Kaya Malik, di Basilan
seramai 300 orang, di Balangingi Island ramai orang Iranun, di Tunkil Island
seramai 500 orang diketuai oleh Datu Timbing, di Tawi-Tawi seramai 300 orang
diketuai oleh Datu Magindanao dan di Palawan seramai 600 orang.
Apa yang jelas antara kuasa tempatan
Iranun dan kerajaan Sulu mempunyai hubungan serta persefahaman sejak awal lagi,
dan hubungan ini telah memberi peluang kepada orang Iranun membuka beberapa
penempatan seperti di Tempasuk, Kudat, Tunku, Tuaran dan seterusnya mendirikan
pentadbiran di kawasan tersebut dan tindakan ini tidak mendapat tentangan
daripada Sultan Brunei dan Sultan Sulu. Bahkan petempatan orang Iranun di
Tempasuk telah mendapat persetujuan daripada Sultan Sulu.
Pretyman yang merupakan Residen
Tempasuk yang pertama telah mencatatkan pada 28 November 1879, tentang
kewujudan kuasa tempatan Iranun di Tempasuk, di mana beliau menyatakan tentang
kampung-kampung yang dikuasai oleh Sultan Iranun antaranya Matampai, Merabau,
Tamoy, Mirampian, Lamon dan Asam. Kewujudan kuasa Iranun di Tempasuk ini dapat
dibuktikan juga dengan kubur Sultan Sa Tebuk di perkuburan Matampai, Kampung
Kota Peladok.
Menurut Ivor Evans, Tempasuk pernah
diperintah oleh seorang raja yang dipanggil Raja Muda sebagai ketua bagi
masyarakat Iranun. Apabila British menjajah Tempasuk, maka perubahan
pentadbiran turut berlaku dan kuasa sultan Iranun di Tempasuk turut hilang dan
Residen W. Pretyman di Tempasuk mengagihkan sistem pentadbirannya mengikut kampung-kampung,
dan Sultan Iranun, terus diletakkan statusnya sebagai ketua kampung, di mana
sultan tidak lagi berkuasa sepenuhnya. Perkara seperti ini turut berlaku di
Semenanjung Tanah Melayu, di mana sultan-sultan kehilangan kuasa mentadbir,
bahkan sultan hanya diberi tanggungjawab untuk mengurus hal-ehwal adat-istiadat
dan keagamaan. Semua sultan dikehendaki menerima penasihat yang dikenali
sebagai residen. Di Tempasuk juga Sultan Sa Tebuk tidak diberi kuasa mentadbir
dan W. Pretyman merupakan residen yang dilantik khas untuk kawasan Tempasuk.
Perlantikan beliau sebagai residen Tempasuk telah menghadkan kuasa Iranun, dan
antara tindakan beliau ialah menstruktur pentadbiran di Tempasuk.
Penstrukturan tersebut telah
mengecilkan lagi kuasa Iranun di Tempasuk pada tahun 1879 daripada sebuah
negeri menjadi kampung, antaranya Kg. Matampai diketuai oleh Sultan Iranun
(Sultan Sa Tebuk), Kg. Merabau, Kg. Tamau dan Kg. Asam diketuai oleh Datu
Mamuda, Kg. Rampayan dan Kg. Nanamun diketuai oleh Datu Inderajayah. Kuasa Sultan
Sa Tebuk sebagai ketua atau Raja Tempasuk menjadi kecil dan diberi peranan
sebagai Ketua Kampung.
Selain daripada kewujudan Tempasuk
sebagai pusat pentadbiran Iranun, Pandasan juga diperintah oleh seorang
pembesar yang bernama Pengiran Raja Muda sekitar tahun 1868 hinggalah 1878,
sebelum Pengiran Raja Muda, Pandasan juga diperintah oleh Datu Mirajah Dinda
sekitar tahun 1850an. Seorang pembesar yang dikenali sebagai Raja Muda Sawir
merupakan pentadbir bagi kawasan Rampayan, Kuala Rampayan Laut pada satu ketika
dikenali sebagai pusat pelabuhan kapal-kapal pedagang dan menurut maklumat
tempatan, Rebuk (Kampung Ramapayan Ulu) ketika itu bukan sahaja berperanan
sebagai pelabuhan, bahkan pusat pentadbiran dan diketuai oleh Raja Muda
Pidtailan sekitar tahun 1760an.
Menurut Leight R. Wright, Tungku
juga merupakan satu lagi kawasan petempatan orang Iranun di Pantai Timur Utara
Borneo dan diperintah oleh Raja Laut sekitar 1840an. Orang Iranun juga telah
menguasai tiga sungai kecil iaitu Sungai Tunku, Sibahat, Mekawa dan di Sungai
Tunku terdapat lebih 1,000 orang pahlawan yang sedia menyerang kapal-kapal
dagang Barat sekitar tahun 1840an. Pada tahun 1878 orang Tunku telah merompak
kapal HMS Kestrel yang diketuai oleh Edwards, dan tindakan orang Iranun di
Tunku ini bertujuan mengganggu penguasaan sepenuhnya oleh Barat.
Tuaran juga merupakan salah satu
petempatan orang Iranun tetapi mereka tidak kekal lama di Tuaran, Ketua orang
Iranun di Tuaran ini dikenali sebagai Si Mirantau, tetapi orang Iranun di
Tuaran tidak kekal dan mereka berpindah ke Tempasuk. Dalam tulisan James Warren
menyatakan bahawa orang Iranun ada didapati di Tuaran dan tinggal bersama
dengan orang Bajau. Ivor juga menyebut pada tahun 1911 terdapat 7 orang Iranun
tinggal di Tuaran bersama orang Bajau dan Dusun, dan sebelum itu Kuala
Mengkabong pernah menjadi penempatan sementara orang Iranun. Selain itu juga,
Datu Takopan yang didakwa oleh Ivor sebagai Bajau merupakan orang Iranun dan
mempunyai kaitan kekeluargaan dengan datu-datu Iranun di Tempasuk dan beliau
juga turut menetap di Tuaran.
Kegiatan orang Iranun sebelum zaman
penjajah ini banyak tertumpu kepada perdagangan yang melibatkan bahan-bahan
antiq, seperti gong, canang, kulintangan dan bahan-bahan rempah ratus. Kegiatan
ini telah mendedahkan lagi orang Iranun terhadap sistem ekonomi Nusantara, di
samping itu sebahagiannya terlibat dalam aktiviti menyerang kapal-kapal
pedagang Barat yang banyak menggugat kepentingan mereka di perairan Nusantara.
Oleh kerana orang Iranun begitu aktif menentang Barat, maka pihak Barat
menggelarnya sebagai lanun.
Kuasa politik Iranun ini juga
dipengaruhi oleh sikap ‘pelayag-layag’ mereka yang menyebabkan orang Iranun
turut belayar hingga ke Kelantan, Trengganu, dan Pattani, kegiatan mereka ini
didorong oleh aktiviti ekonomi dan politik. Kegiatan ini telah membantu orang
Iranun tidak terasing di kalangan bangsa-bangsa yang terdapat di kepulauan
Melayu.
Kegiatan politik orang Iranun
tertumpu kepada hubungan dengan kerajaan-kerajaan Melayu seperti Sulu, Brunei,
Melaka dan lain-lain. Di Mindanao mereka mendirikan beberapa kerajaan seperti
Malabang, Illana Bay dan Lake Lanao. Kerajaan-kerajaan ini diwujudkan oleh
golongan bangsawan orang Iranun yang dikenali sebagai datu-datu. Muhammad
Kabungsuan yang datang ke Malabang dan mendirikan kerajaan di Malabang pada
tahun 1520 telah berkahwin dengan anak pembesar Iranun yang dikenali sebagai
Angintabu dan mendapat anak Syarif Maka-alang. Melalui keturunan ini, maka
lahirlah golongan bangsawan yang mewarisi kerajaan yang diasaskan oleh datuk
atau moyang mereka.
Penglibatan orang Iranun terhadap
politik di Nusantara kelihatan amat menonjol lagi, apabila mereka lebih
dikenali sebagai ‘pirate’ atau lanun. Orang Sepanyol menggelarnya sebagai ‘Los
Illanuns de la Laguna’. Orang Iranun pada ketika itu mendapat beberapa
keistimewaan di kalangan kerajaan Melayu dan bebas bergerak ke mana-mana mereka
belayar seperti mana orang Balangingi, Bajau, Suluk dan Bugis.
The Coasts of Borneo, Sumatra and
Sulawesi harbored Iranun communities that specialized in the trade. But many
Iranun raiders still continued to think of Mindanao and Sulu as their homeland
and main bases.
Sebagai masyarakat pelaut yang
mempunyai kemahiran tentang laut, maka orang Iranun bebas bergerak, jiwa serta
pemikiran mereka telah sebati tentang suasana laut di kepulauan Nusantara.
Politik mereka hanya bergantung kepada semangat ‘pelayag-layag’ dan ‘mangayau’
dari satu tempat ke satu tempat.
BIBLIOGRAFI
Abdullah Zakaria Ghazali dan Zainal
Abidin Borhan, t.t. Johor :dahulu dan sekarang, Persatuan Muzium Malaysia,
Kuala Lumpur. (James Warren turut menyatakan bahawa kegiatan orang Iranun
seperti mana orang Bugis dengan kekuatan perahu 90 hingga 100 kaki panjang dan
lebih 100 orang penghuni dengan kegiatan sebagai ‘Lanun’ dan merompak para
nelayan Melayu dari Melaka hinggalah ke kepulauan Riau. Lihat halaman 1 ‘Iranun
and Balagingi: Globalization, Maritime Raiding and the Birth of Ethnicity’.
Dalam halaman 8 juga beliau menyatakan ‘Between 1780 and 1815, from the shores
of the straits of Malacca to the coasts of the Moluccas, Iranun slave raiding
and ‘privateering,’ a tacit substitute for war, dominated the history of
relations between the colonial power’).
__________, 1998. Belanda di Melaka,
1641-1795: Satu Tinjauan mengenai PRIVATE persaingan negeri Melayu dengan
Belanda di Selat Melaka, dalam Pengajian Melayu Bersumberkan Belanda, Akedemi
Pengajian Melayu Universiti Malaya.
Bandira Datu Alang, menulis artikel
yang bertajuk ‘Suku Kaum Iranun di Sabah: Satu Tinjauan Umum’, dan dibentangkan
di ‘Malay World Symposium Marawi City, Philippines’ pada 02-04 April 1996
Mindanao State University, Marawi City, Philippines.
Cesar Adib Majul, 1988. Islam di
Filipina (terj. Shamsuddin Jaapar). Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
__________, t.t. Moro: Pejuang
Muslim Filipina Selatan (terj. H.Salim Basyarahil), al-Hilal, Jakarta.
Datu Raiman Datu Kauman, 1997.
Sistem Panggilan dan Sapaam Bahasa Iranun dan Bahasa Melayu: Satu Analisis
Perbandingan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia Serdang,
Selangor.
G. N. Appell, Ethnographic Notes on
The Iranon Maranao ( Illanun ) of Sabah, Sabah Society Journal, Vol. V, No.2,
1970.
Ivor H. N. Evans, B.A. 1922. Among
Primitive Peoples in Borneo, Seeley, Service & Co. Limited, London, 1922.
hal. 261.
James Francis Warren. 2002. Iranun
and Balangingi: Globalization, Maritime Raiding and the Birth of Ethnicity.
Singapore University Press: National University of Singapore.
Leight R. Wright, Piracy and the
Powers in the Nineteenth Century Borneo. Dalam Solidarity, 11 (Mac – April
1979-80). Beliau juga pernah dijemput membentangkan kertas kerja bertajuk
‘Pre-Colonial Politics in Sabah’, dalam Seminar Sejarah dan Masyarakat Sabah,
Kota Kinabalu pada 12 – 13 Ogos 1981. Anjuran Yayasan Sabah dengan kerjasama
Persatuan Sejarah Malaysia.
Najeeb M. Saleeby, 1976. Studies in
Moro History, Law and Religion and Antonio Martel de Gayangos, The Island of
Mindanao. Filipiniana Book Guild, Inc. XXIV, Manila.
Owen Rutter, 1986. The Pirate Wind:
Tales of the Sea-Robbers of Malaya.Singapore: Oxford University Press.
Ranjit Singh, 2000. The Making of
Sabah 1865-1941; The Dynamics of Indigenous Society, University of Malaya
Press, Kuala Lumpur.
Sabihah Osman, 1985. Pentadbiran
Pribumi Sabah dalam Kuasa Pemerintahan Syarikat Berpiagam 1881 -1941,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.
Tom Harrisson, The Diary of Mr. W.
Pretyman – IV. The Sarawak Museum Journal, Issued by The Museum, Kuching,
Sarawak, July – December, 1959.
Virginia Matheson Hooker, 1991.
Tuhfat Al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

No comments:
Post a Comment