Siapa yang tak kenal dengan dua orang yang sangat penting bagi negeri
Sarawak ini sehinggakan ada lagu rakyat khas yang mengisahkan tentang
mereka. Saya telah terjumpa dengan beberapa versi berkaitan dengan
lagenda mereka berdua ini di sebuah laman web. Berikut adalah versi-versi
tersebut.
VERSI 1
Mengikut lagenda, Puteri Santubong & Puteri Sejinjang sebenarnya adalah
2 orang puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang putera
mereka, selepas ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot
sekitar abad ke-18.
Memandangkan dalam pelarian 9 orang “Putera & Puteri” ini ingin
menuju ke Tanah Melayu yang terpaksa menyeberangi Laut Cina Selatan, maka
saudara-saudara lelaki mereka telah sepakat meninggalkan 2 orang saudara
perempuan mereka di satu kawasan dekat dengan Kuching kini, iaitu di Bukit
Santubong.
Orang-orang Sarawak (Dayak) yang selalu ke kawasan bukit tersebut merasa
hairan dengan kehadiran 2 puteri cantik yang belum pernah ditemui mereka, dan
menganggap kedua-dua puteri itu “Turun Dari Kayangan” dan merupakan “Penjaga
Gunung Sarawak” (yang muncul dalam lirik lagu Puteri Santubong).
Kedua dua puteri ini pada mulanya hidup aman tetapi lama kelamaan
menjadi musuh kerana masing masing mempertahankan kecantikan mereka dan mengaku
mereka paling cantik di dunia. Kerana bergaduh, seorang daripada mereka telah
berpindah ke sebuah bukit lain diberi nama Bukit Sejenjang.
Perbalahan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya membawa kepada
kematian apabila kedua duanya saling berbunuhan antara satu sama lain. Maka
lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang yang kita dengar
sehingga ke hari ini.
VERSI 2:
Puteri Santubong & Puteri Sejinjang adalah merupakan puteri-puteri
Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang saudara lelaki mereka
kerana ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar
abad ke-18.
Memandangkan 9 orang putera & puteri ini dalam pelarian ingin menuju
ke Tanah Melayu yang memaksa mereka menyeberangi Laut China Selatan, maka
saudara-saudara lelaki mereka telah bersepakat untuk meninggalkan 2 orang
saudara perempuan mereka, Puteri Santubong & Puteri Sejinjang di satu
kawasan yg kini terletak di Kuching.
Kedua-dua puteri tersebut akhirnya mencari tempat perlindungan di sebuah
gunung yang kini dikenali sebagai Gunung Santubong. Dan kerana berlaku
perbalahan di antara dua beradik tersebut, maka Puteri Sejinjang telah mencari
tempat perlindungan lain di sebuah gunung yg bertentangan dengan Gunung
Santubong iaitu Gunung Sejinjang.
Bagi orang-orang Dayak di Sarawak yang selalu ke kawasan dua gunung
tersebut mula berasa hairan. Mereka berfikir akan dari mana datangnya kedua-dua
gadis tersebut yang mereka tidak pernah temui sebelum itu di kawasan tersebut.
Mereka menganggap kedua-dua puteri tersebut telah 'Turun Dari Kayangan'
(seperti yang terdapat di dalam lirik lagu Puteri Santubong - "anak dak
dewa turun kayangan".
Sementara itu, 7 orang bersaudara (putera-putera Sultan Brunei) itu pula
dikatakan meneruskan pelayaran mereka sehingga ke Pulau Pinang. Setelah
mendarat dan berjalan untuk mencari tempat tinggal, sesampainya di suatu
kawasan di Pulau Pinang, burung bayan yang mereka bawa dari Brunei telah
terlepas. Maka dari situlah kawasan di mana burung bayan mereka terlepas mula
dikenali sebagai Bayan Lepas.
Kini, keturunan dari 7 orang putera Sultan Brunei itu masih menetap di
kawasan tersebut dan sebahagiannya telah berhijrah ke negeri-negeri lain di
Semenanjung Malaysia ini. Cuma keturunan mereka ini tidak lagi memakai sebarang
gelaran atau panggilan di depan nama mereka seperti Pengiran atau Datu. Mungkin
7 orang Putera tersebut tidak mahu lagi mengunakan gelaran tersebut agar
kumpulan komplot yang membunuh ayahanda mereka itu tidak akan dapat menjejaki
mereka dan keturunan mereka lagi. Namun, keturunan 7 orang putera tersebut kini
masih percaya yang mereka sememangnya adalah dari keturunan Sultan Brunei. Cuma
apa yang mereka hairan dan musykilkan ialah mengapakah nenek-moyang mereka
terpaksa melarikan diri dari Brunei hingga sejauh ke Pulau Pinang?!.
VERSI 3
Long time ago, in a kingdom called Kayangan (heaven), lived two
beautiful princess, Puteri (princess) Santubong and Puteri Sejinjang. Puteri
Santubong was famous for her weaving skills, for she made the most beautiful
cloth in the Kayangan. Puteri Sejinjang was known for her pounding rice. All
the rice she pound became the most tastiest rice. Puteri Santubong liked to
weave cloth at night when the air was much cooler, while Puteri Sejinjang liked
to pound rice in the day, when the air was windy and bright.
One day, two villages, Pasir Kuning (Yellow Sand) and Pasir Putih (White
Sand) were having a fight. The fight became worsen each day. When the King of
Kayangan saw that the fight couldn’t cease itself, he send Puteri Santubong and
Puteri Sejinjang to the two villages. Puteri Santubong was send to Pasir
Kuning, while Puteri Sejinjang was send to Pasir Putih. The King of Heaven
asked them to bring peace to the villages. Because of their undeniable talents,
both villages were so busy making money from cloths and rice, they have no time
to fight. So, Pasir Kuning and Pasir Putih came to piece at the end and both
became prosperous. Meanwhile, both princess became best friends with each
other.
But the friendship didn’t last long. Because of their beauties many
suitors from near and far tried to get their hands on both of the princess. But
none caught the princesses’ hearts, till they met Putera Mahkota (Crown Prince)
Serapi. He was so handsome, that both the princess felt in love with the prince
at the same time. Both tried to catch the prince’s eyes with their beauty and
talents, but in the end, he was in love with both of them (what a jerk!). He
asked for their permssion to make them both as his wives. Santubong and
Sejinjang couldn’t accept the offer. They believe that only one of them was
suitable to be his wife. They started to quarrel till one of them gave up. But
none ready to surrender.
After they exhausted enough bad words to use, they became violence and
started to hit each other. Sejinjang took a pounder (alu lesung) next to her
and hit Santubong’s cheek till it crack. Even though she was hurt, Santubong
hit back using her belidak, a tool for her to weave cloths. The belidak hit
Sejinjang’s head. Because of the heavy and sharp tool, Sejinjang head’s broke
into million pieces and scattered in the sea to become Pulau Kerak (Monkey
Island), Pulau Satang, Pulau Talang-Talang, Pulau Lakir, etc..... Santubong then
died because of her blood lost.
The King of Heaven, who was angry with both of them for fighting over an
immortal, cursed them. Santubong was turned into Gunung (Mountain) Santubong,
while Sejinjang’s body turned into Gunung Sejinjang. The crack on Santubong
cheek can still be seen until today. Sejinjang however become merely a hill
after her upper portion including her head was scattered by the belidak.
VERSI 4
Cerita legenda ini berasal dari Sarawak. Boleh juga dikatakan cerita
asal usul gunung Santubong dan gunung Sejinjang yang terdapat di Sarawak
sehingga hari ini. Konon ceritanya pada zaman dahulu kala di sebuah negeri
Sarawak terdapat dua buah kampung yang berjiran tetapi sentiasa bermusuhan;
Kampung Pasir Kuning dan Kampung Pasir Putih.
Bagi menamatkan permusuhan tersebut, Dewata Mulia Raja mengutuskan dua
orang puteri kayangan bersaudara pupu turun ke bumi dan memimpin penduduk
kampung berusaha menuju kearah kemakmuran. Puteri Santubong memimpin Pasir
Kuning, Puteri Sejinjang pula Kampung Pasir Putih. Mereka sendiri telah
bersumpah tidak akan bermusuhan sesama sendiri dengan terikut-ikut dengan
perangai penduduk yang dipimpin. Kedua-dua kampung mulai mengecap kemakmuran.
Kain tenunan Puteri Santubong begitu unik dan dapat dijual dengan harga yang
mahal. Sementara tanaman padi di Kampung jiran begitu subur dan menjadi.
Kemasyuran Kampung Pasir Kuning memikat kehadiran orang dagang,
termasuklah Putera Serapi dari Matang yang segak itu, akhirnya bercinta dengan
Puteri Santubong sementara Panglima Putih sakit hati kerana pinangannya
ditolak. Kampung Pasir Putih dibakar oleh Sang Bualang kerana kecewa cinta
ditolak Puteri Sejinjang. Puteri itu lari ke istana Puteri Santubong, bersua
Putera Serapi lalu jatuh cinta. Bibik permusuhan lantaran cemburu telah membawa
kepada perkelahiran kedua mereka. Akhirnya, kerana langgar sumpah mereka
bertukar menjadi gunung.
VERSI 5
The legend is about the love triangle between the two friends who
were both princesses from heaven, Puteri Santubung and Puteri Sejinjang who
were living where Sarawak is now, as commoners. Puteri Santubung was a paddy
thumper and her friend Puteri Sejinjang was a weaver while both were the
guardian of the mountain. Big jobs for these ladies, but they were so powerful
and had magical powers too.
Unfortunately, they both had a crush with the same man, the
handsome prince, Putera Jaya, who hailed from outside Sarawak. Putera
Jaya being the heart-throb of both the beautiful princesses has the soft spot
on Puteri Sentubung. Being in love, the princess had forgotten about her friend
and more importantly her "career" as the paddy thumper resulting
in chaos and hungry people in the land.
Their exchange of angry words turned
into quarrel very so often. It was just Puteri Santubung, who
forgot her duties, now both had forgotten their responsibilities to the
people now. Once, people had little food and natural disasters because of
Puteri Sentubung's neglect. Now, in addition to the former, the people now
live naked because Puteri Sejinjang no longer provided clothes for them.
Furthermore, many fell ill as they had to bear living naked and hungry.
They fought a couple of time but never as bad as their last one
when they really had a physical and thunderous fight ( now imagine :
Xmen).
Puteri Sejinjang started the great fight - it was told that people
suffered great thunderstorms lasted for days because of the fight. Puteri
Sejinjang, due to her anger, swung her hand very hard and fast that it landed
squarely on Puteri Sentubung's face and displaced Puteri Santubung 's jaw and
bled Puteri Sentubung's mouth - a fatal blow to Puteri Sentubung's beauty. (That
is according to this legend, why the Santubong mountain today has a dent on the
higher part of the mountain - a physical manifestation of the "great
slap" by Puteri Sejinjang on Puteri Santubung's face.)
To counter the offensive, Puteri Sentubung took a daggered
pole and threw it towards Puteri Sejinjang. The pole hit right at Puteri
Sejinjang's head and shattered it subsequently. And this marked the end of Puteri
Sejinjang's life. ( Again, according to this legend, if one passes by
<span>Mount Santubong</span>, one can see a group of small islands
right beside Mount Santubong. These are Pulo Kerak (Isles of Monkey), a remnant
of Puteri Sejinjang. )
Puteri Sentubung won the battle but she regretted her misdeed
as she had killed her very own bestfriend and the only true friend she
had.
The man they were fighting over, Putera Jaya, soon deserted Puteri
Sentubung once he learned about the killing. (Bad guy.. for someone
who started all the clashes between the two princesses.) She later turned to
the mountains to see the people but the people rejected her as well as she
had kind of dumped them last time she was in love. She tried to get
support from her father but he despised her for what she had done. As the King,
her father chose justice over mercy towards her. Because she had neglected her
jobs, many lives were lost and nations destroyed; because she had abandoned her
friends, she had sown hatred and enmity inside the heart of a sincere friend.
In the end, she died a dishonorable death. The heaven cursed her to
become a mountain - Mount Santubong, as a lesson for all people to see the dire
consequence of arrogance and neglect of friendship. While Puteri Sejinjang was
condemnable of her jealousy and hatred, her faults was not as great as Puteri
Santubung's. That is why Pulo Kerak (the Isles of Monkey) are relatively hidden
from eyesights by towering Mount Santubong itself that can be seen many miles
away..
------------------------------------------------------------------------------------------------
Note:
The song was in a Malay Sarawak accent with a number of words being
used only by Sarawakian. It is slightly different compared to the standard
Malay language.
The story may not be very logical and has the elements of paganisme,
but some of the morals of the story we can extract are never
fight over a man, value your friendship and keep committed to your main
responsibility. As this is a myth, the story may bring different reaction
to each of us. The paganisme is a common element in many Malay legends which
was passed throughout the centuries, but as the people learn more about
religion and science, and Islam was introduced in Malaysia, in the
1200s century, the story is not taken seriously and became a topic to kick off
conversation with the locals.
VERSI 6.
Sarawak is famous for 2 princesses: PUTERI SANTUBONG and PUTERI
SEJINJANG
There are a number of local legends about Gunung Santubong. One of these
tells of how the mountain came to be and where its name came from. Like many
legends, there are several versions of this one. According to one version, the
mountain was formed when mythical Princess Santubong was speared by her jealous
sister, Princess Sejinjang. Falling over, she gave the mountain its distinctive
profile, like a pregnant belly.
According to the other version of this story, the two princesses lived
in the heavenly kingdom Kayangan. The Crown Prince fell in love with both of
them, but they refused to be joint wives. The King of Kayangan banished the
princesses to earth, where they became Gunung Santubong and the nearby Gunung
Seijinjang.
Source: There are a number of local legends about Gunung Santubong. One
of these tells of how the mountain came to be and where its name came from.
Like many legends, there are several versions of this one. According to one
version, the mountain was formed when mythical Princess Santubong was speared
by her jealous sister, Princess Sejinjang. Falling over, she gave the mountain
its distinctive profile, like a pregnant belly.
According to the other version of this story, the two princesses lived
in the heavenly kingdom Kayangan. The Crown Prince fell in love with both of
them, but they refused to be joint wives. The King of Kayangan banished the
princesses to earth, where they became Gunung Santubong and the nearby Gunung
Seijinjang.
Source: There are a number of local legends about Gunung Santubong. One
of these tells of how the mountain came to be and where its name came from.
Like many legends, there are several versions of this one. According to one
version, the mountain was formed when mythical Princess Santubong was speared
by her jealous sister, Princess Sejinjang. Falling over, she gave the mountain
its distinctive profile, like a pregnant belly.
Source: Sejarah Sarawak
Sultan Sarawak
Lebih kurang 200 tahun sebelum Dinasti Brooke menjadi Rajah Putih di
Sarawak, Sarawak asalnya berada di bawah wilayah kawalan Kesultanan Brunei.
Tidak banyak yang diketahui bagaimana Sarawak ditadbir oleh Kesultanan Brunei
pada masa tersebut, tetapi berkemungkinan seorang yang setaraf dengan Gabenor
pada hari ini diletakkan di kawasan tersebut. Sarawak pada masa lalu tidaklah
seluas seperti pada hari ini, tetapi hanya meliputi lebih kurang sekitar
wilayah Kuching dan Santubong sahaja.
Apabila Paduka Sri Sultan Muhammad Hassan ibni al-Marhum Sultan Saif
ul-Rijal Nur ul-Alam , Sultan Brunei ke-sembilan yang memerintah pada tahun
1582 hingga 1598 mangkat, takhta pemerintaha telah jatuh kepada Putera
sulungnya yang kemudian bergelar Paduka Sri Sultan 'Abdu'l Jalil ul-Akbar ibni
al-Marhum Sultan Muhammad Hassan. Sultan Abdul Jalilul Akbar mempunyai seorang
adinda (adik) bernama Pengiran Muda Tengah Ibrahim Ali Omar Shah atau lebih
dikenali sebagai Raja Tengah.
Menurut sumber lisan, Pengiran Muda Tengah turut berkeinginan untuk
menjadi Sultan Brunei. Baginda membantah dengan menyatakan abangnya lahir
ketika ayahandanya belum menjadi Putera Mahkota, sedangkan dia lahir ketika
Sultan Muhammad Hassan dilantik sebagai Putera Mahkota. Pengiran Muda Tengah
berpendapat, baginda lebih layak untuk menjadi Sultan berbanding abangnya.
Sultan Abdul Jalilul Akbar adalah seorang yang bijak. Dia memahami maksud
adindanya itu dan cuba memenuhi keinginan adindanya. Jalan penyelesaian untuk
Sultan Abdul Jalilul Akbar adalah dengan melantik Pengiran Muda Tengah sebagai
Sultan di tempat lain. Dengan itu, Pengiran Muda Tengah telah diangkat sebagai
Sultan Sarawak, kerana Sarawak ketika itu merupakan salah satu wilayah Brunei.
Menurut Salsilah Raja-Raja Brunei, Pengiran Muda Tengah berkenan
menerima perlantikan tersebut dan baginda membuat persiapan untuk pergi ke
Sarawak dengan ditemani oleh lebih daripada 1,000 perwira dari kaum Sakai,
Kedayan and Pulau Bunut. Beberapa golongan bangsawan turut berangkat bersamanya
untuk membantu baginda mengurus sebuah negeri baru. Kebanyakan daripada mereka
merupakan nenek moyang kepada masyarakat Melayu di Sarawak pada hari ini.
Di Sarawak, Sultan baru dan anak buahnya mula membina sebuah istana dan
benteng untuk mempertahankan istananya. Sultan Tengah kemudian melantik
orang-orang besarnya. Antaranya ialah Patinggi Datuk Seri Setia, Indera Wangsa
Shahbandar Datu, Datu Amar Setia Di-raja dan Datuk Temenggong Laila Wangsa. Setelah
semuanya selesai, Sultan Tengah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Ibrahim
Ali Omar Shah, Sultan Sarawak yang pertama. Menurut Sejarah Sambas, Sultan
Tengah juga dikenali dengan nama Sultan Abdul Jalil.
Sekitar tahun 1599, Sultan Tengah melawat Pahang yang kemudiannya
menjadi sebahagian daripada taklukan Kerajaan Johor, untuk melawat Raja Bonda
yang merupakan ibu saudara Sultan Tengah yang telah berkahwin dengan Sultan
Abdul Ghafur Muhyiddin Shah ibnu Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah. Semasa tinggal
di sana, lama tinggal, Sultan Tengah telah diminta untuk menari. Tetapi semasa
menari, saputangan teman tarian baginda hampir memukul wajah baginda. Baginda
menjadi sangat marah hingga menyebabkan baginda menampar pasangannya. Insiden
ini menyebabkan Sultan Johor menjadi sangat kecewa dan Sultan Tengah disarankan
untuk meninggalkan Johor secepat mungkin.
Menurut versi Sejarah Sambas pula, Sultan Tengah terpaksa meninggalkan
Johor kerana ia menolak tawaran Raja Bonda untuk mengahwini puteri Sultan Johor
yang dikenali sebagai Encik Zohra.
Semasa pelayaran untuk kembali ke Sarawak, kapal Sultan Tengah telah
dilanda taufan yang menyebabkannya terkandas di Sukadana (Dalam wilayah
Provinsi Kalimantan Barat, Indonesia, pada hari ini). Sukadana ketika itu diperintah
oleh Penambahan Giri Mustika, Sultan Muhammad Saifuddin, yang baru sahaja
memeluk Islam dan dibantu oleh Syeikh Syamsuddin dari Mekah. Sultan Tengah
turut belajar di bawah Syeikh Syamsuddin selama baginda tinggal di sana. Semasa
di Sukadana, Sultan Tengah telah berkahwin dengan salah seorang puteri Sukadana
iaitu Puteri Surya Kesuma, yang merupakan adinda Sultan Muhammad Saifuddin.
Sultan Tengah tinggal di Sukadana dan meminta izin untuk membantu
menyebarkan ajaran Islam di kawasan tersebut. Diputuskan baginda perlu
melaksanakannya di Sungai Sambas. Maka pada sekitar tahun 1600, Sultan Tengah
meninggalkan Sukadana melalui Sungai Sambas dengan diiringi 40 buah perahu yang
lengkap bersenjata. Di Sungai Sambas, mereka mendarat di Kuala Bangun dan
Puteri Surya Kesuma kemudiannya melahirkan seorang putera bernama Radin
Sulaiman. Dua putera lain kemudian turut lahir. Putera kedua ini dikenali
sebagai Pengiran Badaruddin yang kemudiannya bergelar Pengiran Bendahara Seri
Maharaja sementara putera ketiga, Pengiran Abdul Wahab kemudiannya bergelar
Pengiran Temenggong Jaya Kesuma.
Sultan Tengah akhirnya tiba di Pekan Lama. Di sana, baginda disambut
oleh pemerintah Pekan Lama, Ratu Sepudak, yang menyambutnya mengikut adat
istidat dan protokol Di-raja. Sultan Tengah mendapati Ratu Sepudak
mengizinkannya untuk menyebarkan Islam di sekitar kawasan tersebut meskipun
Ratu Sepudak bukan seorang Muslim. Semasa baginda tinggal di sana, putera
sulung Sultan Tengah, Radin Sulaiman telah berkahwin dengan puteri Ratu Sepudak
bernama Puteri Mas Ayu Bongsu. Pasangan ini mempunyai seorang putera bernama
Radin Bima yang kemudian bergelar Sultan Muhammad Tajuddin.
Ketika Ratu Sepudak mangkat, baginda digantikan oleh Prabu Pengiran
Radin Kenchana yang kemudiannya melantik Radin Sulaiman sebagai salah seorang
pembesarnya. Dikatakan bahawa Ratu Sepudak mahu menyerahkan takhta kerajaan
kepada Sultan Tengah memandangkan baginda mempunyai pengalaman menguruskan
negara, tetapi cadangan tersebut telah ditentang oleh keluarga diraja yang lain.
Sekitar tahun 1630, Sultan Tengah pergi ke Matan (Dalam wilayah Provinsi
Kalimantan Barat, Indonesia, pada hari ini). Di Matan, baginda berkahwin dengan
salah seorang Puteri Matan yang kemudian melahirkan Pengiran Mangku Negara.
Pengiran Mangku Negara kemudiannya menjadi Sultan Matan.
Setelah beberapa tahun tinggal di Matan, Sultan Tengah kembali semula ke
Sarawak. Setelah kembali ke Sarawak, baginda berhenti di suatu tempat bernama
Batu Buaya, di Santubong. Di sanalah baginda dibunuh oleh salah seorang pengikutnya.
Ketika berita kematiannya tersebar, Datu Patinggi, Datu Shahbandar, Datu Amar
dan Datuk Temenggong datang ke Santubong untuk menyelesaikan upacara
pengebumian mengikut tradisi Di raja Brunei. Dikatakan bahawa baginda mangkat
pada tahun 1641, sekitar 10 tahun selepas anakanda baginda, Radin Sulaiman
menjadi Sultan Muhammad Saifuddin I di Sambas. Sultan Tengah dimakamkan di
Santubong, iaitu pada hari ini di Kampung Batu Buaya. Makam yang dibina
berpadanan untuk menandakan kubur tersebut merupakan makam seorang Sultan.
Dengan kemangkatan baginda, Kesultanan Sarawak wujud dan berakhir hanya
dengan seorang Sultan sahaja. Tetapi gelaran yang diberikan kepada golongan
bangsawan di Sarawak masih kekal hingga ke hari ini.
(Dipetik daripada ibnurusydi.blogspot.com )
---------------------------------
Satu persoalan daripada penulis, "kenapa Sultan Tengah dibunuh oleh
pengikutnya?"
Source: Sejarah Sarawak
No comments:
Post a Comment