Susunan asal dalam Bahasa Inggeris di
http://en.wikipedia.org oleh YM Datu Ali Aman @ Raja Bongsu II bin YM Datu
Aliuddin Haddis Pabila - Aranan.
PADA tahun 2004 ketika kami mula mencari
fakta dalam internet tentang Kesultanan Sulu, kami mendapati tidak terdapat
satu maklumat pun tentang Kesultanan sulu serta sejarahnya. Kalau ada pun cuma
maklumat ringkas yang kurang tepat dan benar. Apa yang kita jumpa sekiranya
mencarinya di enjin-enjin pencari ialah kenyataan "Sejarah Kesultanan Sulu
adalah yang paling kabur di dunia".
Pada tahun 2006 bermula fasa baru tentang
maklumat Kesultanan Sulu. Kami dipertemukan oleh Allah s.w.t dengan waris
Kesultanan Sulu di internet (Chatting) dan membuat pertemuan di Kuala Lumpur.
Pertemuan yang sangat bermakna bagi kami dengan keluarga Waris Kesultanan Sulu
Maharaja Adinda Aranan adalah bersesu-aian dengan fakta yang ada pada tangan
kami iaitu seperti yang tercatat dalam buku Prof. Cesar Adib Majul "Islam
Di Filipina" (terjemahan bahasa oleh Shamsuddin Jaapar, DBP:1988)[1]
bahawasanya Kesultanan Sulu adalah dari 2 warisan (yang awal) kemudian menjadi
3 warisan kemudian hingga kini.
Dua Warisan Awal
Dua warisan yang awal ialah Keluarga Kiram
dan Keluarga Aranan sahaja kemudian dari keluarga Kiram muncul pula Keluarga
Shakiraullah. Maka keluarga Kesultanan Sulu menjadi 3 warisan kini iaitu Kiram,
Shakiraullah dan Aranan. Bermakna sistem kenaikan takhta Kesultanan Sulu adalah
bergilir-gilir dan perkara inilah yang paling menarik yang tidak diketahui oleh
dunia hari ini. Penggiliran takhta berjaya diperjelaskan oleh pengkaji sejarah
Kesultanan Sulu dari Keluarga Maharaja Adinda (Aranan) iaitu YM Datu Ali Aman
dalam kajiannya.
Pada tahun 2006 yang lalu juga YM Datu Ali
Aman @ Raja Bongsu II telah memaklumkan pada kami bahawa beliau (YM Datu Ali
Aman) pada tahun tersebut (2006) telah genap 9 tahun mengkaji Kesultanan Sulu
dan telah pun berjaya menyiapkan manuskrip dan pelbagai bahan bukti yang
menakjubkan dari seluruh dunia yang menelan belanja puluhan ribu ringgit dan
beliau telah memulakan menghantar surat ke ICJ, Swiss Bank, Arkib England,
Kerajaan Malaysia serta Kerajaan Filipina sendiri.
Apa yang lebih penting ialah selepas sahaja
YM Datu Ali Aman memasukkan maklumat Kesultanan Sulu di internet (wikipedia)
pada 2006 beberapa profesor Eropah berjaya berhubung dengan beliau termasuk
mengambil bahan kajiannya tentang Kesultanan Sulu yang dijadikan bahan kajian
ilmiah di Institute Royal Study Of Mediterranean And Southeast Asia oleh Donald
Tick @ Rajamuda Kuno. Maka tahun 2006 adalah tahun bermulanya penyebaran
maklumat tentang Kesultanan Sulu. Pada akhir tahun 2006 beberapa laman web yang
telah muncul yang menggelar diri mereka sebagai Sultan Sulu.
Hingga hari ini semakin bertambah ramai pula
yang mendakwa sebagai Sultan Sulu. Kononnya mereka mempunyai Salasilah
Kesultanan Sulu, walhal jika diselidiki sebilangan mereka menggunakan maklumat
Salsilah Kesultanan Sulu dari YM Datu Ali Aman yang dimasukkan ke dalam
internet sebelum ini, dan sebahagiannya pula menggunakan Salsilah Kesultanan
Brunei.[2]
Walaubagaimana pun kebanyakan bahan-bahan
internet bukanlah rujukan yang berwibawa kerana sesiapa sahaja boleh
memasukkannya sebagai bahan carian dan sesiapa sahaja boleh mempertikaikan kesahihannya.
Maka rujukan dari buku-buku yang asal juga perlu ada sebagai penguat bukti.
Dalam konteks Kesultanan Sulu ini, YM Datu Ali Aman telah menunjukkan kepada
kami tentang buku-buku rujukunnya yang begitu banyak termasuk buku-buku dari
Salasilah Kesultanan Brunei iaitu "Tarsilah Brunei I & II" oleh
Pehin Prof. Hj Mohd Jamil Al-Sufri, "Sulu & Sabah" Nicholas
Tarling, "Islam Di Filipina" Prof. Cesar Adib Majul dan beberapa
buku-buku rujukan yang lain terutamanya yang lebih fokus terhadap tuntutan
Sabah oleh Filipina.[3]
Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada
Keluarga Maharaja Adinda Aranan terutamanya YM Datu Ali Aman kerana telah
mengamanahkan kepada kami memegang Salinan Yang Sah Salsilah Sultan-Sultan Sulu
(Ahlul-Bait) dan Salinan Salsilah Waris Kesultanan Sulu Maharaja Adinda Aranan
pada 2006 yang lalu.
Senarai Sultan-sultan Sulu
"Fakta sejarah telah membuktikan bahawa
Tanah Melayu dan seluruh Asia Tenggara telah mendapat cahaya keislaman adalah
hasil berkat kegigihan dan dedikasi para pendakwah yang datang dari kota Tarim,
Hadramaut, Yaman sehinggalah telah tersebarnya mazhab 'Aqidah Ahli sunnah
wal-Jama'ah' dan mazhab feqah Imam Syafi'e r.a." (Prof. Hamka)
Berikut ialah senarai Sultan-sultan Sulu
sejak permulaan hingga sekarang. Walaubagaimana pun yang diiktiraf oleh ahli
sejarah termasuk Filipina hanya 32 dari Kesultanan Sulu. Bermula pada 1450 atau
1457 M hingga 1936 M. Akhir dari kesultanan Sulu telah memeterai perjanjian
dengan Kerajaan Filipina untuk membangunkan wilayah Sulu maka sejak itu
kerajaan Filipina mengambil alih pentadbiran mengatasi kuasa Kesultanan Sulu
sendiri. Antara Sultan Sulu yang disenarai ialah:
________________________________________________________________________
Fasa 1 (Sayyid/Syed )
1. SULTAN SHARIFUL-HASHIM (Sayyid Abu Bakar - keturunan Sayyidina
Hussein r.a.)
Sultan Sulu yang pertama, nama asalnya Sayyid
Abu Bakar bin Sayyid Ali Zainal Abidin (Ahlul-Bait dari Sayyidina Hussein r.a)
yang datang dari Makkah. Seorang ulamak yang pernah singgah di Melaka kemudian
ke Indonesia setelah itu meneruskan perjalanannya ke Brunei, sebelum itu sempat
singgah di Johor (sebab mungkin ada keluarganya di sana). Dari Brunei beliau
meneruskan perjalanan ke Sulu. Beliau berjaya mengislamkan masyarakat Sulu
(Buranun, Taguimaha, Baklaya) dan kemudian diangkat menjadi Sultan Sulu yang
pertama pada 1450 atau 1457 M dan memerintah hingga 1480 M dengan menggunakan
gelaran Sultan Shariful Hashim.
•
Membina
masjid-masjid, madrasah di Sulu. Baginda sendiri yang berusaha memberi pelajaran
dan kefahaman agama kepada orang-orang Tausug. Sebab itu baginda adalah ulamak
yang pertama sekali memperkenalkan kaedah pembelajaran Al-Quran dan Hadith yang
lebih sistematik dan telah melatih para da'i-da'i Sulu bagaimana untuk
mengajar.[4]
•
Baginda
adalah seorang ulamak sufi yang lemah lembut dan penyayang sebab itu dengan
mudah dapat mengislamkan masyarakat Tausug Baklaya & Taguima (penduduk
tinggal di pantai) dan dengan hikmah dapat mengislamkan masyarakat Tausug
Buranun (penduduk tinggal di pergunungan) yang majoritinya menganut
Hindu-Buddha dan animisma.
•
Memperkenalkan
akidah Ahlusunnah waljama'ah (Imam Al-Asy'ari r.a /Imam Al-Maturidi r.a), dan
mazhab feqah Imam As-Syafi'e r.a. Berkemungkinan baginda adalah pengamal
tareqat muktabarah kerana beliau membawa kitab Ad-Durr Al-Manzum karangan Abu
Ishak As-Syrazi ketika datang ke Nusantara.[5]
•
Baginda
adalah saudara kandung kepada Sayyid Muhammad Kabongsuan (datang dari Johor
bersama orang Bajao) pengasas Kesultanan Maguindanao pada 1515 M.
•
Baginda
(Sayyid Abu Bakar) digelar Syarif oleh masyarakat Sulu adalah disebabkan kaum
Tausug yang naik haji ke Makkah mengenali keturunan Rasulullah S.A.W. hanya
dengan istilah Syarif (kerana ketika itu penguasa Makkah adalah dari keluarga
Syarif-syarif). Hingga hari ini kaum Tausug masih tidak berjaya menyebut dengan
betul perkataan Syarif itu kecuali dengan sebutan "Salip".
2. SULTAN KAMALUDDIN
• Anak kepada Sultan Shariful-Hashim.
Memerintah Sulu 1480-1519.
• Anaknya Puteri Laila Menchenai berkahwin
dengan Sultan Brunei iaitu Sultan Bolkiah (Nakhoda Ragam) maka lahirlah anak
mereka yang juga jadi Sultan Brunei iaitu Sultan Abdul Kahar.[6]
3. SULTAN ALAWADDIN
4. SULTAN
AMIRUL-UMARA
5. SULTAN MUIZZUDDIN MUTAWADDIN
6. SULTAN NASARUDDIN
AL-AWAL
7. SULTAN MUHAMMAD
UL-HALIM
@ PANGIRAN BUDDIMAN UL-HALIM
• Beliau berkahwin pula dengan Puteri Sultan
Abdul Kahar, Sultan Brunei.
• Maka lahirlah Betarashah Tengah dan Seorang
pu-teri (puteri ini pula berkahwin dengan Sultan Muhammad Hassan, Sultan
Brunei).
• Puteri Sultan Muhammad Ul-Halim yang
berkahwin dengan Sultan Brunei ini (Sultan Muhammad Hassan) telah dikurniakan
putera bernama Raja Bongsu-I.
8. SULTAN BETARASHAH TENGAH
@ PENGUILAN/PENGERAN TINDIG [7]
• Anak kepada Sultan Muhammad Buddiman
Ul-Halim.
• Mangkat tanpa zuriat.
• Takhta diserahkan kepada anak saudaranya,
RAJA BONGSU-I (Anak Sultan Brunei dengan saudara perempuannya).
• Ini bermakna Sultan Betarashah Tengah adalah
Sultan Sulu terakhir dari keturunan Sultan Shariful Hashim @ Sayyid Abu Bakar
(dari Sayyidina Hussein ra).
________________________________________________________________________
Fasa 2
(Syarif)
9. SULTAN MAWALIL-WASIT @
RAJA BONGSU-I @ PANGIRAN SHAHBANDAR MAHARAJALELA IBNI SULTAN MUHAMMAD
HASSAN dari BRUNEI
Bermulanya Kesultanan Sulu dari keturunan Sultan Brunei,
Sultan Sharif Ali (Barkat Ali) dari (Sayyidina Hassan ra).
10. SULTAN
NASIRUDDIN-II
• Ahli sejarah kabur tentangnya, kemungkinan
beliau ialah Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao.
• Sebabnya ialah beliau telah berkahwin dengan
puteri Sultan Mawalil-Wasit @ Raja Bongsu-I yang bernama SITI KABIRA.
• Salah satu sebab juga ialah Sultan Qudarat
sangat berkuasa ketika itu sehingga dapat menguasai Bandar Zamboanga dari
Spanyol dan kekuasaannya dirasai hingga ke Pulau Basilan sendiri (Rujuk Prof.
Cesar Adib Majul "Islam Di Filipina").
11. SULTAN
SALAHUDDIN-KARAMAT @ PANGIRAN BAKHTIAR
• Pada zaman beliaulah kesultanan Brunei
mengalami perang saudara yang berlarutan 10 tahun lamanya. Sultan Brunei telah
meminta bantuan darinya untuk menamatkan perang saudara tersebut. Sultan
Salahuddin Karamat ini menghantar bala tenteranya ke Brunei dan berjaya
menamatkan perang saudara yang hampir memusnahkan Kerajaan Brunei.
Dengan bantuan
tersebut Sultan Brunei menghadiahkan Borneo Utara (Sabah) kepadanya (Sultan
Sulu).
• Permintaan bantuan dari Sultan Brunei
tersebut bukanlah perkara pelik kerana mereka (kedua-dua kesultanan) saling
tolong-menolong antara satu sama lain sememangnya mereka adalah bersaudara atau
bersepupu (lihat percantuman keluarga antara cucu-cucu Syarif Ali Barakat
dengan cucu-cucu Sayyid Abu Bakar @ Shariful Hashim di atas).
• Sementara menunggu Datu Sahabuddin ibni
Sultan Salahuddin-Karamat layak menjadi Sultan Sulu - mungkin masih kecil,
(kerana perlu mengikut protokol Diraja Sulu) maka 3 orang sultan sementara
telah dilantik secara bergilir-gilir bermula 1680 hingga 1685.
Antaranya ialah:-
(SULTAN
SEMENTARA)
12. SULTAN ALI SHAH, atau Nai
Long Ena. Beliau sebenarnya adalah Sultan Riau Lingga. Beliau juga adalah
putera yang ke-4 Sultan Muzaffar Syah III @
Koya Long dalam kerajaan Islam
Siam Kedah Pasai Ma,Gangga Negara yang mana kekuasaannya meliputi Semenanjung
Tanah Melayu , Sumatera, Riau hingga ke Borneo dan Sulu.
13. SULTAN NURUL A'LAM @ SITI KABIRA, dan
14. SULTAN AL-HAQUNU IBN WALI UL AHAD.
Fasa 3 (Penggiliran Takhta Bermula)
15. SULTAN SAHABUDDIN
•
Putera
sulung Sultan Salahuddin-Karamat.
•
Mula
mengutip cukai di Borneo Utara (Sabah)
16. SULTAN MUSTAFA SHAFIUDDIN
•
Putera
kedua Sultan Salahuddin-Karamat (adik kepada Sultan Sahabuddin).
17. SULTAN BADARUDDIN-I
•
Putera
ketiga Sultan Salahuddin-Karamat.
•
Isteri
pertamanya ialah gadis Bugis dari Soopeng (Soppeng) Sulawesi.
•
Bondanya
(Sultan Badaruddin-I) sendiri adalah daripada suku kaum Tidung. Dan beliau juga
berkahwin dengan Puteri Tidung sebagai isteri kedua.
18. SULTAN AZIMUDDIN @ ALIMUDDIN-I @
FERNANDO DE ALIMUDDIN.
•
Putera
dari isteri pertama (bugis) Sultan Badaruddin-I.
•
Beliau
seorang ulamak yang belajar agama di pesantren Betawi, Jawa.
•
Setelah
beliau "dibaptis" oleh padri Spanyol pada 1750 dalam gereja di
Manila, menyebabkan kekuasaan
beliau ke atas takhta Kesultanan Sulu telah terbatal secara otomatik.
•
Bermulanya
keturunan KELUARGA KIRAM & SHAKIRAULLAH (Lambang keris dalam bendera Sulu)
•
Maka
takhta Sultan Sulu telah diambil alih oleh adiknya (adindanya) dari isteri
kedua (Tidung) iaitu RAJA MUDA BANTILAN IBNI SULTAN BADARUDDIN-I (menggelarkan
dirinya SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN).
19. SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN IBNI
SULTAN BADARUDDIN-I.
Bermulanya keturunan KELUARGA MAHARAJA ADINDA (Lambang
tombak dalam bendera Sulu).
20. SULTAN AZIMUDDIN @ ALIMUDDIN-II IBNI
SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN.
• Lahir dari sulbinya seorang putera iaitu RAJA
MUDA DATU BANTILAN melahirkan MAHARAJAH ADINDA SULTAN MOHAMMAD ARANAN/ADANAN
PUYO (menaiki takhta selama seminggu) melahirkan DATU MOHAMMAD
SHIEIK/SIE/SEH/SY.
• Di sinilah bermula susur galur keluarga YM
Datu Ali Aman bin YM Datu Aliuddin Haddis Pabila dan YM Datu Uda @ Ladjamura
bin YM Datu Wasik.
21. SULTAN MUHAMMAD ISRAIL
Putera Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I.
22. SULTAN SHARIFUDDIN
•
Juga
putera Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I.
23. SULTAN ALIMUDDIN @ AZIMUDDIN-III
•
Putera
Sultan Sharifuddin.
•
Sultan
ini menaiki takhta pada 1808 hanya selama 40 hari jadi sultan. Rajamudanya yang
diiktiraf ketika itu ialah Raja Muda Datu Bantilan @ Raja Muda Badaruddin ibni
Sultan Alimuddin @ Azimuddin-II (rajamuda dari keluarga Maharaja Adinda ini
sepatutnya menaiki takhta setelah Sultan Alimuddin @Azimuddin-III malangnya
direbut oleh Sultan Aliuddin (lihat bawah) maka bermulalah 'pelanggaran'
protokol diraja Sulu atau 'Tartib Di Raja Sulu').
_____________________________________________________________________
Fasa 4 (Pembolotan Giliran Takhta Bermula)
24. SULTAN ALIUDDIN
•
Adinda
(adik) kepada Sultan Alimuddin @ Azimuddin-III
•
Sultan
inilah yang merampas takhta yang sepatutnya jatuh kepada Raja Muda Datu
Bantilan ibni Sultan Alimuddin @ Azimuddin-II (Keluarga Maharaja Adinda) pada
1808, ketika mana Raja Muda Datu Bantilan tidak berada di Jolo, Sulu (sebab
mengelak dari wabak cacar) pada 1808 iaitu selepas kemangkatan Sultan Alimuddin
@ Azimudin-III.
25. SULTAN SHAKIRAULLAH,
•
Adinda
(adik) Sultan Aliuddin & Sultan Azimuddin @ Alimuddin-III.
•
Bermulanya
keluarga SHAKIRAULLAH -
•
(LAMBANG
BARONG).
•
Inilah
sahaja satu-satunya sultan dari KELUARGA SHAKIRAULLAH
26. SULTAN JAMALUL-KIRAM-I,
•
Putera
Sultan Alimuddin @ Azimuddin-III.
•
Bermulanya
keluarga KIRAM - (KEKAL MENGGUNAKAN LAMBANG KERIS).
27. SULTAN MUHAMMAD FADL @ SULTAN
PULALUN,
•
Putera
kepada Jamalul-Kiram-I.
28. SULTAN MUHAMMAD ADANAN (ARANAN)
PUYO.[8]
29. SULTAN JAMALUL A’ZAM @ A'LAM,
(perjanjian Pajakan Sabah 1878)
•
Beliau
menandatangani surat perjanjian "PAJAKAN SABAH 1878" dengan Baron Von
Overbeck & Alfred Dent sebagai individu pemajak (penyewa).
•
Perjanjian
"pajakan" yang bersejarah ini tidak mendapat persetujuan dari
ke-rabat diraja Maharaja Adinda Aranan mahupun para datu-datu diraja yang lain
keseluruhannya.[9]
•
Istilah
"PAJAKAN" bermaksud pajak atau sewa, bukannya "PENYERAHAN"
yang membawa maksud 'menyerahkan hak keseluruhannya tanpa ada tuntutan lagi di
hari kemudian'. Istilah "penyerahan" itu sendiri tidaklah membawa
maksud penyerahan secara mutlak tetapi sebenarnya adalah "Amanah",
lihat Kamus Dewan (Edisi Keempat) m.s. 1463 tertulis "Penyerahan perbuatan
menyerahkan (mempercayakan, mengamanahkan, dll): Contoh ayat "Kekalahan
China diikuti oleh penyerahan Hong Kong kepada British". Walhal umum
mengetahui kerajaan British akhirnya menyerahkan semula Hong Kong kepada China.
Kerajaan Malaysia juga masih menganggap "PENYERAHAN" itu sebagai
"PAJAKAN" ini kerana tanpa diketahui umum Kerajaan Malaysia masih
tetap meneruskan bayaran pajakan Sabah itu kepada waris Kesultanan Sulu dari
keluarga KIRAM hingga hari ini sebanyak RM 5000.[10]
•
Beliau
menaiki takhta setelah mendapat bantuan dan sokongan kuat dari datuk saudaranya
Maharaja Adinda Mohammad Aranan (Adanan) Puyo (menaiki takhta selama 7 hari
sahaja sebelum menyerahkan takhta kepada Sultan Jamalul Azam @ A'lam dengan
alasan sudah tua).
30. SULTAN BADARUDDIN-II
• Beliau
tiada anak lelaki cuma seorang puteri bernama Dayang-dayang Hajjah Piandao.
•
Jika
mengikut sistem protokol Kesultanan Sulu, takhta sepatutnya diserah kepada
KELUARGA MAHARAJA ADINDA kerana beliau tiada waris penyambung ketika mangkat
pada 1884.
31. SULTAN HARUN AR-RASHID
32. SULTAN JAMALUL-KIRAM-II (Mangkat
pada 1936)
•
Inilah
Sultan Sulu yang terakhir diiktiraf oleh Dunia dan Kerajaan Filipina.
•
Beliau
tiada zuriat sekalipun isterinya ramai.
•
Malangnya
selepas kemangkatan Sultan Jamalul Kiram ini telah berlaku perebutan antara
waris-waris keluarga Kiram akan siapa yang berhak keatas takhta Sulu
(terutamanya berebut terhadap siapa yang berhak keatas wang "pajakan"
Borneo Utara). Waris-waris yang menuntut kebanyakannya adalah wanita tetapi
tidak mendapat sokongan dari "Rumah Bicara". Akhirnya telah mendapat
reaksi dari Kerajaan Filipina (sebagai yang diamanahkan membangunkan Sulu)
dengan tidak mengiktiraf lagi sesiapa yang dilantik sultan mahupun sultanah
(Pangyan) dari keluarga Kiram.
________________________________________________________________________
Fasa 5 (Era kesultanan Tanpa Kedaulatan
Bermula)
Kami berpandangan bahawa sejarah kesultanan
di dunia yang paling ramai menyamar jadi sultan ialah Kesultanan Sulu (sejak
1936 hingga sekarang). Selepas kemangkatan Sultan Jamalul Kiram-II itu
awal-awal lagi anak angkatnya melantik diri sebagai waris Sultan Sulu, sejak
itu ramai yang muncul melantik diri menjadi Sultan sekalipun tanpa nasab
keturunan yang jelas. Mereka bertindak masuk keluar kampung orang-orang Sulu
mengutip wang dengan menjual 'name card' kesultanannya. Malangnya masyarakat
Sulu yang berada di Sabah yang selalu tertipu.
Natijahnya orang-orang Sulu sudah naik
menyampah dengan keadaan seperti ini. Sekarang ada pula individu di Malaysia
yang menubuhkan satu persatuan (berdaftar di Malaysia) Kebudayaan dan kesultanan
Sulu yang mendakwa bahawa beliau adalah putera kepada Sultan Mahakuttah Kiram
yang sah. Kami pernah berjumpa dengan 'beliau' dan pernah minum bersama,
malangnya kami dapati beliau juga adalah "penyamar".
Walaubagaimana pun kami tidaklah
mempertikaikan dakwaannya sebagai anak Sultan Mahakuttah yang bernama
Muedzullail Kiram itu sebabnya sesiapa sahaja yang mendakwa waris sultan sulu
dari keluarga KIRAM hari ini sekiranya punya "Fulus" yang banyak
boleh sahaja melantik atau menggelar dirinya dengan gelaran apa pun yang dia
mahu. Tetapi sekiranya kita melihat Salsilah yang mereka bawa tentang kesahihan
nasab mereka dari Kesultanan Sulu itu tanpa bukti-bukti berupa sokongan
keluarga terdekat yang mengenali mereka tentu sahaja kita dapat mengenali
samada mereka "Palsu", "Penyamar", "Pembohong
Besar" atau sememangnya layak digelar Sultan Sulu.
33. SULTAN ESMAIL KIRAM I (1947-1973)
•
Adalah
keluarga dari Kiram, lahir pada Februari 1907
•
Bekerja
sebagai guru sekolah dan guru disiplin.
•
Menyertai
tentera Perang Dunia ke-II dengan pangkat Major dan bertugas dengan tentera
Amerika Syarikat di Timur Jauh.
•
Anak
sulung Raja Muda Mawallil-Wasit melalui isteri pertama bernama Dayang Ennang
•
Salah
seorang dari 9 waris kepada penerima hasil pajakan Borneo Utara (Sabah) melalui
persetujuan Macasckie di Sandakan, Sabah pada 1939.
•
Dianggap
layak menjadi Sultan Sulu sekalipun tidak dipandang oleh kerajaan Filipina (Di
manakah kelayakan untuk menjadi Sultan Sulu sedangkan rela menjadi tentera
kerahan Amerika Syarikat?).
•
34. SULTAN MAHAKUTTA A.KIRAM
(1974-1986)
•
Dari
keluarga Kiram juga
•
Lahir
pada 1 Ogos 1941, meninggal 16 Feb 1986.
•
Kemudian
menjadi timbalan Mayor yang seterusnya menjadi mayor di Maimbung.
•
Pemangku
Governor di Sulu.
•
Anak yang
paling tua Sultan Esmail Kiram I.
•
Berkahwin
dengan isteri pertama Puteri Farida T. Kiram. Dikurniakan zuriat Dayang-dayang
Xuharra, Raja Muda Datu Muedzul-Lail-Kiram, Dayang-dayang Dinwasa dan Datu
Yldon.
•
Isteri
kedua, Puteri Miriam Kiram dari Tarlac melahirkan 4 anak perempuan;
Dayang-dayang Normahal, Dayang-dayang Aisah dan Dayang-dayang Tanya.
•
35. SULTAN MUHAMMAD FUAD ABDULLA KIRAM
I (Sultan Sulu hari ini?)
• Juga adalah Keluarga Kiram, lahir pada 24
Oktober 1954.
• Anak keempat Sultan Esmail Kiram I melalui
isteri Pangyan Haji Nanang Abdullah Kiram.
• Adik kepada Sultan Mahakuttah A.Kiram.
• Anak-anak: Putera Ezzarhaddon A. Kiram,
Putera Al-Mezzheer A. Kiram, Fuad A. Kiram, Putera Mohammad Ismail A. Kiram,
Puteri Leila Mae Kiram, Puteri Maryam Jaya Kiram
Kononnya ditabal menjadi
Sultan pada 3 Jun 2006 oleh Datu Diraja dan Datu-datu serta Syarif-syarif di
Sulu dan Sabah.
• Beliau mendakwa turut disokong oleh MNLF
Filipina sebagai Sultan Sulu dan Sabah.
• Malangnya pusat pentadbiran beliau ialah di
Tawi-tawi (Sepatutnya di Sulu), yang ada di Sulu cuma pejabat "Rumah
Bicaranya".
• Sila lihat laman rasmi Sultan Muhammad Fuad
Kiram di http://www.royalsulu.com/.
*Perhatian: Sila perhatikan pada fasa 5 (Era
Kesultanan Tanpa Kedaulatan Bermula) kerana terdapat kemusykilan yang boleh
diperbahaskan secara lanjut.
________________________________________________________________________
Komen
& Kritik :
Inilah senarai Sultan-sultan Sulu sehingga hari ini. Selepas
Sultan Jamalul Kiram-II yang mangkat pada 1936 yang sememangnya tercatat dalam
sejarah sebagai "tiada zuriat" tiba-tiba muncul Julaspi Kiram sebagai
waris penyambung Sultan Jamalul Kiram-II karana Julaspi mendakwa adalah anak
sultan terakhir. Tidak lama kemudian anak Julaspi Kiram iaitu Rodinood kiram
pula tiba-tiba muncul dengan menabalkan dirinya sebagai Sultan Sulu di Manila.
Walaubagaimana pun setelah diteliti oleh para datu yang mahir dengan sejarah
dan Salsilah Sulu, didapati Julaspi Kiram ayah kepada Roodinood Kiram itu
sebenarnya adalah anak angkat Sultan Jamalul Kiram II. Didapati juga segala
sultan-sultan yang muncul selepas Sultan yang ke-32 iaitu Sultan Jamalul
Kiram-II tidak layak lagi menjadi atau mengangkat diri mereka sebagai Sultan
Sulu. Kerana Keluarga Kiram telah pun kehilangan hak sejak awal-awal lagi
dengan melanggar protokol Diraja Sulu (Tartib Diraja Sulu) iaitu penggiliran
takhta antara "Keris dan Tombak" seperti yang tertera dalam bendera
Sulu yang memang wujud sejak kurun ke-17 itu.
Walaupun mereka masih diberi peluang oleh
Allah s.w.t menjadi Sultan tetapi sekali lagi mereka (keluarga Kiram) melakukan
kesilapan besar sebagai pemegang amanah kesultanan Sulu dengan memajakkan
wilayah-wilayahnya (bukanlah miliknya secara peribadi melainkan adalah milik
rakyat) tanpa mendapat persetujuan dari "Rumah Bicara" atau dari
kerabat diraja Sulu yang lain. Sebenarnya kalau diimbau kembali sejarah mengapa
wujud bendera kesultanan Sulu yang punya lambang Keris dan Tombak itu adalah
kerana hasil pertengkaran adik beradik yang hampir berbunuhan disebabkan adik
yang seorang itu tidak bersetuju dengan tindakan abangnya (Sultan) yang tunduk
kepada kemahuan Spanyol. Apabila si abang (sultan) pergi juga ke Manila untuk
di baptiskan di gereja untuk menganut kristian adik mengambil alih kuasa dan
enggan tunduk kepada kemahuan Spanyol untuk masuk ke Sulu. Dan inilah sejarah
bendera Sulu itu sebenarnya.
Kiram seolah-olah sudah terlalu lemah dan
tiada upaya. Munculnya penyamar Sultan seperti Julaspi dan anaknya Roodinood
Kiram itu pun tidak dapat mereka halang. Akhirnya yang menghalang ialah Filipina
sendiri dengan mengurangkan seminimum mungkin kuasa-kuasa Sultan kemudiannya.
Bagaimana Filipina mengiktiraf waris-waris Sultan Jamalul Kiram-II sebagai
pengganti sultan sedangkan "Rumah Bicara" di Sulu sendiri enggan
mengiktirafnya, disebabkan waris Sultan Sulu tersebut (yang mahu merebut
takhta) majoritinya adalah wanita.[11]
Sebab itu kita melihat para keluarga Kiram
yang menjadi Sultan bukan sahaja telah menjadi tentera (barua?) Amerika
Syarikat yang sememangnya adalah musuh rakyatnya sendiri malah ada pula (Sultan
Sulu) yang menjadi mayor dan gabenor di Sulu di bawah kerajaan Filipina yang
tidak selayaknya di sandang oleh seorang Sultan Sulu yang merdeka dan ini
sangat memalukan kerabat-kerabat diraja Sulu dan rakyat Sulu keseluruhannya.
Kini sejarah berulang, Pewaris Pertama
Kesultanan Sulu (Kiram) buat silap lagi (lagi dan lagi) dan Pewaris Kedua
Kesultanan Sulu (Aranan) pula datang membetulkan keadaan. Kali ini kita akan
melihat Kiram kemungkinan besarnya akan kehilangan hak mereka ke atas takhta
Sulu buat selama-lamanya kerana kesilapan demi kesilapan yang mereka lakukan
tidak diperbetulkan malah salsilah nasab keturunan yang ada pada mereka sendiri
penuh dengan kesilapan dari segi fakta. Tidak berusaha mengkaji dan menyelamat
umat Islam Sulu. Apa yang dalam kepala mereka setelah menjadi Sultan (tidak
berdaulat itu) ialah "menuntut Sabah...menuntut Sabah...menuntut
Sabah" sahaja. Ke sana ke mari membawa surat tuntutan yang kononnya mahu
menuntut Sabah semula sebab Sabah itu mereka (Sultan Sulu) yang punya. Walhal
negara asal kesultanan Sulu sendiri masih tidak tertuntut (Sulu). Patutnya
mereka berusaha mengumpul tenaga rakyat jelata bersatu mengeluarkan wilayah
Sulu itu (yang punya pusat sejarah kesultanan) dari kekuasaan Filipina dengan
membuat pelbagai memorendum dan sebagainya bukannya menuntut Sabah.
Apa yang mereka tahu tentang sejarah
"Pajakan Sabah"? Apa yang mereka tahu tentang nilai kesejahteraan
terhadap rakyat mereka yang berlindung di Sabah? Sebenarnya yang mereka tahu
ialah wang ringgit yakni fulus semata tanpa mengambil berat keadaan rakyat Sulu
yang miskin dan melarat itu. Akhirnya setelah dapat duit pajakan tahunan RM5000
dari kedutaan Malaysia, mereka akan terus diam seperti tunggul kayu ditengah
angin ribut!! Rakyatnya di Sulu dihujani bom (oleh tentera Filipina) pun masih
tidak tahu apa-apa?
Maka kami menyeru kepada kesemua kerabat
Kesultanan Sulu di mana jua mereka berada (termasuk yang menggelar diri mereka
Sultan Sulu) agar kembali kepada Allah dan Rasul-Nya. Martabatkan kalimah
"Laa Ilaha Illallah" wa "Muhammad Rasulullah s.a.w" kembali
sebagai matlamat kalian kerana nenek moyang kalian bermula dari Sultan Shariful
Hashim hingga dari keturunan Syarif Ali Barakat telah berjaya mengangkat
Kalimah suci itu ke pelusuk Borneo (sebab mereka ini adalah ulamak besar) dan
Kepulauan Sulu hinggakan Allah swt menganugerahkan mereka kekuasaan (jadi
Sultan) walhal bukanlah kehendak mereka. Apa yang berlaku hari ini sebaliknya.
Kerabat diraja Sulu berebut-rebut mahu dilantik menjadi Sultan kerana tujuan
kekayaan pribadi dan dunia semata (hari ini di Sulu sahaja ada lebih dari 4
orang menabal diri jadi Sultan), tidak menuntut ilmu agama sebagai perisai
Ahlul Bait mereka sesungguhnya mereka lupa kepada Allah dan Rasul-Nya lantaran
Allah pun membiarkan mereka. Mereka tidak mengenali Syariat Allah s.w.t lagi
seperti yang di bawa oleh nenek moyang mereka Sayidina Rasulullah s.a.w sebab
itu rakyat Sulu keseluruhannya pun tidak mengenali mereka lagi (para sultan
Sulu hari ini).
Sesungguhnya komen dan kritik kami kepada
kesultanan Sulu adalah semata-mata atas rasa kasih sayang kami kepada
Ahlul-Bait Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam. Apakah ada lagi perkara lain
yang menjadi kedukaan kami kaum Sulu selain dari ini? Apakah kami rela keluarga
Rasulullah s.a.w ini di caci dan dihina hanya disebabkan dari kealpaan mereka
dalam mengendali atau memegang amanah kepimpinan sehingga umat Islam di Sulu
itu boleh terjerumus kedalam lembah "kekufuran"?[12] Asyhadu alla
ilaha illallah, Asyhadu anna Muhammadurrasulullah, saksikanlah kami wahai
muslimin sekelian bahawa kami adalah termasuk dikalangan orang-orang Islam. Dan
kami orang-orang Sulu sejak sekian lama telah membuktikan kepada dunia bahawa
kami mengasihi dan membela Ahlul-Bait Rasulullah s.a.w sehingga ketitisan darah
kami yang terakhir. Mereka adalah wasilah kami!! Mereka adalah kekasih kami!!
Mereka adalah syafa'at Rasulullah s.a.w untuk kami di akhirat kelak!! Mereka
adalah pemimpin kami!! Mereka adalah Datu-Datu kami!! "Same'na wa
ato'na" yang kami curahkan kepada mereka menyebabkan kami diberi kekuatan
oleh Allah s.w.t mempertahankan wilayah kami selama hampir 400 tahun tanpa
terkalah dan terjajah hingga hari ini!! Sesungguhnya mereka adalah perisai kaum
Muslimin sehingga kiamat!!! Begitulah jeritan batin orang-orang Sulu terhadap
pemimpin mereka yang mereka gelar "Salip" (Syarif iaitu Ahlul Bait)
itu .
Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Pada
hari kiamat aku akan menjadi syafi' (penolong) bagi empat golongan. Yang
menghormati keturunan ku: yang memenuhi keperluan mereka: yang berupaya
membantu urusan mereka pada waktu diperlukan dan yang mencintai mereka sepenuh
hati" (Hadith riwayah Imam Ahmad)
Rasulullah s.a.w
bersabda lagi:
"...Mereka (ahlul-bait) adalah keturunanku, dicipta
dari darah dagingku dan dikurniai pengertian serta pengetahuanku. Celakalah
orang dari umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan
denganku melalui (pemutusan hubungan dengan) mereka. Kepada orang-orang seperti
ini, Allah s.w.t tidak akan menurunkan syafaatku (pertolonganku)". (Hadith
riwayat Al-Hakim dari Zaid bin Arqam r.a.)
Source: Salasilah Kesultanan Sulu
Source: Kesultanan Sulu
Assalam. Artikel tuan sangat menarik. Boleh saya tahu siapa penulis atikel asal ini? kerana saya sedang membuat assignment menjejaki ahlul bait terutama syarif 7 di Sulu/Mindanao dan keturunan mereka di kawasan2 kepulauan filipina yang ada sekarang dan ingin berjumpa dengan mereka yg masih ada terutama penulis yang sangat bermemahami dan mendalami sejarah kedatangan islam disini.
ReplyDeleteSaya juga boleh dihubungi di email : cahayasham01@gmail.com
Sekian terima kasih. Wasalam
Sila tekan link source atau sumber di setiap baris terakhir artikel untuk mendapatkan nama penulis
DeleteImam al mahdi nurkhalifatullah yg akan mengesikan kekosongan sultan sulu sesuai dngn jnji Allah untuk djkan dia sbgai Sultan Dunia
DeleteSalam..Artikel saudara menarik cuma masih kurang tepat..Apa yg saya tahu..individu yg bertanggungjawab mengadai(pajak)sabah ialah individu yang sama membuat/membina/menimbus pelabuhan(kastum)daerah semporna yg ada sehingga sekarang bresama orang putih.Kemudian diserahkan kpd Datuk pgAbdulah (kumpulan tun sakaran)untuk kerja2 seterusnya dan beliau pulang keSulu..Individu yg saya maksudkan ialah DATU LAJA IBNI ALMAHRUM DATU JAHABA (SULTAN JAMALUL KIRAM II).Iaitu bapak saudara kpd Dg2 Piandau.Akan tetapi,Dg piandau lah juga yg melapor kpd org putih/icj bahawa DATU JAHABA (SULTANJAMALULKIRAM II)Tiada juriat(sabotaj).Sedangkan ada 3lelaki 3perempuan (6 orang)..saya bersama cucu/cicit SultanFirnando de Alimuddin iaitu Datu Punjungan ibni Datu Sambutu.Saya boleh dihubungi di..alleejk72@gmail.Com
ReplyDeleteIMAM AL-MAHDI NURKHALIFATULLAH LAH YG AKAN MENGESIKAN KEKOSONGAN KESULTANAN SULU SESUAI DENGAN JANJI ALLAH
Deleteterima kasih maklumat dan komen tuan...
ReplyDeleteartikel berdasarkan penulisan yg mengkaji susur galur sultan sulu pada dan ketika artikel ini di buat..
artikel ini bertujuan agar pengkaji sejarah tahu serba sedikit maklumat jalur sultan sulu sebelum membuat kajian yang lebih terperinci.... berdasarkan fakta dan cerita lisan
tuan boleh kongsikan maklumat untuk perhatian dan komen2 para pembaca yang lain....
Yg akan mengesikan kekosongan Kesultanan Sulu adalah IMAM AL-MAHDI NURKHALIFATULLAH.ITU ADALAH JANJI ALLAH PADANYA SBGAI SULTAN DUNIA
ReplyDeleteSultan dulu berdaulat ..memperjuang Islam
ReplyDeleteAssalamualaikum..sy mnta maaflh blh sy tahu siapa nma pewaris 6 orang tu.3lelaki 3perempuan.sb atuk sy kturunan ahlul bait dr arab nenek sy pula kturunan dr kayangan bamboo..
ReplyDeletebuat fakta pun jgn la bongok... xda masa kturunan sultan sulu sbnr nak ngaku.. dr filipin istana sultan sulu dibakar oleh keluarga tiri sultan... jgn temberang sgt tau psl sultan sbnr. kau perlu cri siapa kturunan sultan sulu sbnr
ReplyDeleteAda disabah. Hidup sebagai orang biasa. Tidak mengaku ngaku. Nama nama ayah dan datuk juga seperti yang ada dalam salahsilah. Terulang kembali. Dari paduka batara pahala. Sehingga sayyid abu bakar. sultan Alimuddin sultan nasiruddin. Perkahwinan juga terulang ulang kembali dengan kerabat kerabat kesultanan brunei yang ada disabah ini. Darah hassan dan hussin dari keturunan Nabi muhammad shallallahu alaihi wasalam itu terjaga dan tersembunyi. Cantik pengaturan ALLAH. tidak diperlihatkan.dijaga kemas untuk kebangkitan islam. Bukan untuk pangkat dan kekuasaan tapi untuk kebangkitan islam. Al Hasyimi gelaran diberi. Putera bani hasyim itu ada disabah. Dan putera bani tamim itu ada disemenanjung. Mereka berdua inilah akan bersatu menyiapkan tapak daulah pemerintahan muhammad bin abdullah. Biidznillah. Tidak lama lagi. Aamiin
Deletesebab apa? jamalul kiram msuk.. nak info ni. cari tahu la ttg sultan sulu dr sultan brunei sbnr..mereka adalah adik beradik satu bapa lain mama. jamalul kiram ialah lain mama lain bapa.. tiada darah bangsawan. dorg ialah darah kebanyakan tapi mahu merebut takhta dari keturunan sebenar.. tp cap mohor msh ada brsama kturunan sultan sebenar sehingga kini dan keturunan ini dah berada di lahad datu btahun2 yg lalu lagi.. ic dan brjaya tanpa harta kesultanan... dulu istana sultan sulu dibakar sebab dengki oleh sultan tiri.. yg xda hak..
ReplyDeleteSEJARAH YANG KITA PATUT TAHU: Sewaktu memerinta kepulauan Sulu (Sulu Archipilago) dari tahun 1680-1896, Sultan Mustapha Syaiuddin
sultan Sulu ke-12,telah datang ke Lahad Datu,baginda telah tinggal dirumah ketua suku kaum Idahan,bernama
Tua Sarong,kemudian baginda telah memberi gelaran Raja Tua sarong.Raja Tua Sarong mempunyai seorang
anak gadis yang cantik bernama Rengot. Sultan Mustapha telah berkhawin dengan Rengot,kemudian dibawa
baginda isterinya balik ke Sulu.Kemudian digelar Dayang-Dayang Supaila. Setahun kemudian mereka telah
mendapat seorng putra dan diberi nama Datu Mohd. Jinurain. Sultan Mustapha hendak mengetirap putra
baginda menjadi Sultan yang ke-13,tapi para waris kesultana sulu dan sharif membantah,tidak bersetuju Datu
Mohd, Jinurain dilantek menjadi Sultan,alasan mereka bahwa Datu Mohd.Jinurain ibunya adalah keturunan
orang kebanyakan (Bukan darah bangsawan. Datu Mohd.Jimurain pun peregi ke Bulungan ,Kalimantan,
Indonesia dan berkahwin dengan putri Sultan Bulungan,kemudian beliau pun membawa isterinya ke-Lahad
Datu.Dari sanalah asal waris kesultanan Sulu yang kini berada d i Sabah ,kebayakan mereka tinggal di
didaearah Lahad Datu
Agaseh apa pula tuh
DeleteLahad datu banyak keturunan sultan banyak dayang dayang di sana tuh
DeleteRaja ke 20 kok tidak tercatat?
ReplyDeleteKita bicara tentang nama kesultanan Sulu
ReplyDeleteTujuan kita ialah untuk betulkan fakta sejarah.
1.Nama : Muluk Mandarasa..
2.Nama sultan Jamalul Alam @Azam. 1863-1881.sultan Sulu.
3.nicknamenya (sultan TajulMuluk)
Anak lelakinya..
1.sultan Badaruddin ll sultan Sulu 1881-1884.
Anaknya satu sahaja ia
itu DAYANG DAYANG HJH.PIANDAO.
2.Anak lelaki ke dua.
Ialah Datu Jahaba bin Muluk Mandarasa
Nama sultannya. Sultan Jamalul Kiram ll. Sultan. Sulu 1884-1936. 52 tahun baginda duduk di takhta kesultanan Sulu.
Nicknamenya.
1.sultan Amirul Kiram.
2.sultan ombong.
3.sultan Jamalul Al.Alam..( ini semak
betul-betul..)
Baginda seringkali tukar nama.
Anak-anaknya.
1.Laja. L
2.Juani. L
3.Mambang. L
4.Lubaini. P
5.Jumdaini. P
6.Bulaini. p
3 lelaki
3 perempuan.
( Inilah cucu-cucu sultan TajulMuluk yang hilang. Pada abad ke 19.) Mereka melarikan diri detik jam 12 tengah malam..mereka berdayung menggunakan sampan kecil..lari ke north Borneo..mereka hendak di bunuh semua oleh kerajaan Filipina supaya tidak dapat menuntut. North Borneo..mereka ingat 6 orang ini sudah hilang dan seterusnya sultan Jamalul Kiram ll di lapor mandul..dan tiada wasiat..
6 orang cucu-cucu sultan TajulMuluk ini adalah anak-anak sultan Jamalul Kiram ke ll..mereka lari dari Sulu terus ke Semporna. mereka ada anak dan cucu-cucu..kini mencecah seribu orang sudah.
Yang membuka pekan Semporna dan orang yang berkuasa pada masa dahulu adalah Datu Panglima Laja dengan orang Inggeris..dan adek-adeknya...
Tahun 1970an Datu panglima Laja di tawarkan duduk di istana kota Kinabalu oleh Tun Mustapha..tetapi menolak.
Kita harap pelajar-pelajar universiti kos sejarah..ambil fakta ini dan untuk pembetulan.
Satu bukti..
Cuba. Ziarah makam sultan Jamalul Kiram ll. Anda akan nampak di sekitar makamnya adalah makam anak-anak nya..
Makam itu baru saja di lawat oleh Tengku Adnan Tengku Mansor pada tahun 2017..bersama eskom .ok.anda boleh ziarah tapi minta kebenaran daripada cucu-cucu mereka juga..
Saya adalah salah seorang daripada pewaris Maharajah arinda.. Saya ingin mengetahui adakah keturunan kami yang dicari-cari... Jika ada sila comment.. Maaf sekadar bertanya.
ReplyDeleteWaris keturunan Keluarga Maharajah Adinda yg sebenar adalah org yg ada (1).Gambar sambil meriba barang pusaka Pulau Janggi @ Sepong Janggi, iaitu lambang pusaka yg dibawa oleh Raja Bongsu @ Pangiran Shahbandar Maharaja lela ibni Sultan Muhammad Hassan (Sultan Brunei ke-9). Barang pusaka yg Baginda Raja Bongsu bawa dari Brunei ke Sulu sekitar tahun 1609.(*Kerana dgn Keberkatan barang pusaka Pulau Janggi ini, tidak sesiapa pun waris / bukan waris yg boleh mengambil gmbar dgn mudah sambil meriba brg pusaka ini). Pd thn 1610-1650 Raja Bongsu dilantik menjadi Sultan Sulu dgn gelaran Sultan Mawalil-Wasit l kerana mengantikan pakcik nya Sultan Betara Shah Tengah ibni Sultan Pangiran Buddiman Ul-Halim yg mangkat tanpa zuriat. (Sayang nya isu ini tidak diterima oleh sebahagian mereka di Sulu, mereka ada versi cerita yg lain pula. Mereka tidak mahu menerima yg waris Sultan Sulu Pertama berakhir dgn kemangkatan Sultan Betara Shah Tengah @ Panguilan Tindig yg wafat tanpa zuriat itu). (2) Waris sebenar itu ada memegang "Surat Pengesahan" ttg keaslian Pulau Janggi dari Muzium Sejarah Brunei yg bertarikh pd 04hb May 1978. Maka bagi sesiapa yg mengaku sbg Waris Sebenar Keluarga Maharajah Arinda itu perlu dpt membuktikan diri nya memiliki 2 perkara di atas. Jika tidak...hentikan lah tindakan sia2 anda itu.
DeletePusaka janggi hanya simbol antara kerabat sulu dan kerabat brunei..pusaka sebenar masih kami simpan...biarlah kami rasiakan perkara ini.kami hanya menanti hari yg di janjikan bakal tiba...terima kasih.
DeleteAssalamualaikum warahmatullahi wb. Salam kenal saya dari Sambas Kalimantan Barat Indonesia. Kami keturunan/generasi ke 9 dari Sultan Al Haqunu Wali Ul-Ahad...Perihal ini kami ingin bertanya tentang siapakah ayahnda dari SULTAN AL HAQUNU WALI UL AHAD...?
DeleteAssalamualaikum warahmatullahi wb. Salam kenal saya dari Sambas Kalimantan Barat Indonesia. Kami keturunan/generasi ke 9 dari Sultan Al Haqunu Wali Ul-Ahad...Perihal ini kami ingin bertanya tentang siapakah kakek dari SULTAN AL HAQUNU WALI UL AHAD...? Dan siapakah nama aslinya WALI UL AHAD tersebut ?
DeleteSaya ingin mencari keturunan datuk sebelah ibu saya. Saya kehilangan susur galur keturunan saya dan Maklumat terakhir keluarga datuk saya ramai di palawan. Nama datuk saya Bansil bin Anggi. Jika ada maklumat bolh email saya syamarjpns@gmail.com
ReplyDeleteRaja muda Bantilan menghindar, saat wabah penyakit..kemana perginya YM raja muda Bantilan
ReplyDeleteAssalamualaikum warahmatullahi wb. Salam kenal saya dari Sambas Kalimantan Barat Indonesia. Kami keturunan/generasi ke 9 dari Sultan Al Haqunu Wali Ul-Ahad...Perihal ini kami ingin bertanya tentang siapakah ayahnda dari SULTAN AL HAQUNU WALI UL AHAD...?
ReplyDeleteAssalamualaikum warahmatullahi wb. Salam kenal saya dari Sambas Kalimantan Barat Indonesia. Kami keturunan/generasi ke 9 dari Sultan Al Haqunu Wali Ul-Ahad...Perihal ini kami ingin bertanya tentang siapakah kakek dari SULTAN AL HAQUNU WALI UL AHAD...? Dan siapakah nama aslinya WALI UL AHAD tersebut ?
ReplyDeleteAssalamualaikum w.b.t... maafkan saya bertanya sahaja...siapa nama sebenar sultan mohammad pulalun...dan betulkah sultan mohammad pulalun ini keturunan ahlul bait...saya bukannya ingin bertanyakan ttg gelaran sultan tapi ttg keturunannya sahaja...serta keturunan keberapa dia...sama jalurnya keturunannya samaada alwi as segaf ataupun alawi...maaf bertanya
ReplyDelete