Saturday, 12 December 2015

Waris Kesultanan Melaka, Johor - Riau dan Siak di Brunei Darussalam


Waris Kesultanan Melaka, Johor - Riau dan Siak di Brunei Darussalam. 

(Asal - Usul keturunan Dayang Tun Zaida)

DENGAN pesaing takhta Siak iaitu Raja Ismail melarikan diri, maka Belandadengan mudah bersetuju Sultan Muhammad Ali menjadi pengganti ayahandanya RajaRabiul Alam. Dalam Riwayat Siak dinyatakan bahawa kemenangan Belanda menaklukSiak pada tahun 1761 berkait sedikit sebanyak dengan tindakan Tengku Muhammad Ali dan isterinya Tengku Ambang Besar yang menyiram dengan air serbuk meriam-meriam Siak dan membocorkan kapal-kapal Siak.

Tindakan mereka berdua ini terpaksa dilakukan atas dua sebab utama :

  1. Raja Rabiul Alam diancam untuk dibuang negeri ke Ceylon [Sri Lanka] jika penaklukan Siak gagal.
  2. Mereka tidak mahu nyawa rakyat yang tidak berdosa hilang begitu sahaja akibat peperangan. 


Perkahwinan Tengku Muhammad Ali dengan Tengku Ambang Besar tidak direstui oleh Raja Rabiul Alam disebabkan oleh tindakan Raja Mahmud, ayahanda Tengku AmbangBesar, yang bermati-matian ingin menyingkirkannya dari menaiki takhta Siak.Tetapi setelah kemangkatan Raja Mahmud, Tengku Muhammad Ali diterima kembali kepangkuan Raja Rabiul Alam.

Takhta Kesultanan Siak Bertukar Tangan Setelah Raja Rabiul Alam mangkat pada tahun 1779, Raja Ismail dengan panglima dan tenteranya dari Pulau Tujuh menyerang Siak. Walaupun ada tentangan dari pihak tentera Sultan Muhammad Ali,Siak akhirnya jatuh ke tangan Raja Ismail. Seperti juga yang berlakuterhadapnya setelah kemangkatan Raja Mahmud [diterima oleh Raja Rabiul Alam],Sultan Muhammad Ali dimaafkan oleh Raja Ismail. Pemerintahan Raja Ismail, yangbergelar Sultan Ahmad Syah, hanya berusia dua tahun. Baginda mangkat pada tahun1781.

Suasana politik Siak bergolak lagi setelah anakanda Raja Ismail iaitu Raja Yahya menaiki takhta. Raja Yahya, yang dilahirkan pada tahun 1760, menjadiSultan Siak ketika berusia 21 tahun. Dalam usia yang begitu muda, bagindamenjadi sasaran gangguan Sayid Ali, seorang cucu Raja Rabiul Alam. Sayid Aliadalah anak lelaki Tengku Embung Badariah, anak perempuan Raja Rabiul Alamdengan seorang puteri Bugis. Bapa Sayid Ali bernama Sayid Uthman berketurunanArab.

Sayid Ali terkenal sebagai seorang cucu sultan yang berperangai keras, kasar dan suka mengganggu orang. Sultan Muhammad Ali, ayahanda saudaranya, tidakdapat mengawal tindakan dan perwatakannya yang seolah-olah tiada tandingan itu.Pada tahun 1784 kedua orang putera raja tersebut terlibat dalam percubaanmenakluk Selangor dan Sultan Muhammad Ali menjadi Sultan Selangor dalam tempohsingkat sahaja. Oleh kerana tidak ada manfaat dari penaklukan Selangor, Tengku [Sultan]Muhammad Ali balik ke Siak. Sayid Ali tinggal di Selangor tetapi akhirnyadiusir keluar.


Menyedari bahawa Raja Yahya tidak dapat bertahan sebagai Sultan Siak dan SayidAli semakin bersemangat untuk berkuasa, Tengku Muhammad Ali terpaksa berfikir danmembuat sesuatu bagi mengelakkan dirinya terheret sama ke dalam satu lagiperebutan kuasa yang boleh melemahkan Siak. Baginda sudah bosan dengan karenahahli-ahli kerabat diraja Siak yang mementingkan diri mereka sendiri tanpaberusaha sedaya upaya untuk melepaskan Siak dari cengkaman penjajahan Belanda.

Pada satu pagi di tahun 1791 tersebar berita bahawa Tengku Muhammad Ali telahmangkat di sebelah malam dan dimakamkan sebelum menjelang pagi, di waktu yangsama isteri baginda bersama seorang anak lelakinya [Tengku Berahim ] jugahilang tanpa kesan. Turut hilang ialah tiga orang anak lelaki Tengku Berahim,masing-masing bernama Tengku Asmad, Tengku Astar dan Tengku Saad yang berusiadi antara 12 hingga 15 tahun. Dengan kemangkatan Tengku Muhammad Ali danhilangnya isteri, anak dan cucu-cucu lelakinya, maka waris Kesultanan Melaka,Johor - Riau dan Siak hanya tertumpu kepada Raja Yahya. Itu pun jika Raja Yahyaboleh bertahan sebagai Sultan Siak dengan Sayid Ali semakin bermaharajalelamengacaunya.

Betulkah Tengku / Sultan Muhammad Ali Mangkat ?

Dalam kesibukan rakyat Siak terkejut dengan kemangkatan Tengku Muhammad Ali dankehilangan ahli-ahli keluarganya, sebuah kapal sedang belayar mengharungi LautChina Selatan dengan haluannya menuju ke Pulau Siantan iaitu salah satu pulaudi Pulau Tujuh. Di dalam kapal tersebut berdiri seorang lelaki berusia lewat50-an. Di sebelahnya juga berdiri seorang lelaki dalam usia pertengahan 40-an.Di buritan kapal seorang lelaki muda berusia awal 30-an sedang berdiri bersamatiga orang pemuda belasan tahun. Sementara itu seorang wanita pertengahan umurmemerhatikan enam orang lelaki tersebut dengan penuh rasa kesedihan.

Lelaki berusia 50-an itu ialah Tengku Muhammad Ali. Baginda masih hidup.'Mayat' yang dimakamkan itu hanyalah sebatang kayu. Hanya dua orang rakyatSiak, yang menguruskan 'mayat' itu, mengetahui rahsia tersebut dan mereka jugalah yang menyebarkan berita kemangkatan itu dan kehilangan isteri, anak lelaki dan tiga orang cucunya. Lelaki 30-an itu ialah Tengku Berahim dan tigaorang pemuda belasan tahun itu ialah Tengku Asmad, Tengku Saad dan TengkuAstar. Isteri Tengku Berahim sudah meninggal dunia. Wanita pertengahan umur ituialah Tengku Ambang Besar, isteri Tengku Muhammad Ali. Tetapi siapakah lelakiberusia 40 tahun itu?


Lelaki 40-an itu ialah Raja Akil yang dikatakan mati dibunuh pada tahun 1780 setelah merampas takhta Siak dan menjadi Sultan dalam beberapa hari. Raja Akilialah adinda Tengku Muhammad Ali yang berani menentang Raja Ismail, yangmenurunkan Tengku Muhammad Ali dari takhta setelah kalah di dalam perang 1779.Kedua-dua Tengku Muhammad Ali dan Raja Ali memiliki ilmu kekebalan yang hanyamereka kedua ketahui. Apabila mayat Raja Akil diambil sendiri oleh TengkuMuhammad Ali, telah disediakan sebuah rumah di pedalaman Siak untuk menempatkanmayatnya. Setiba mayat itu di sana, Tengku Muhammad Ali menepuk badan 'mayat'. Serta-merta Raja Akil bangun. Bagi mengelakkan rahsia itu dari bocor, Raja Akilmenukar namanya menjadi Kasim dan bekerja menjadi petani. Kedua-dua beradik ituberjanji akan lari dari Siak apabila tiba masanya.

Persinggahan pertama Tengku Muhammad Ali dan keluarganya ialah Pulau Siantan,salah sebuah pulau yang terkandung di dalam Pulau Tujuh. Pulau ini merupakanpulau yang sering menjadi kubu ahli-ahli keluarga diraja Melayu yang melarikandiri sebelum mengumpulkan kekuatan untuk menyerang balik musuh-musuh mereka.Oleh kerana Pulau Tujuh merupakan bekas kubu kuat Raja Ismail, maka TengkuMuhammad Ali tidak selesa tinggal di situ dan mengambil keputusan meninggalkanpulau itu menuju ke Pulau Natuna. Di sana pun baginda tidak selesa.

Semasa dalam pelayaran ke Pulau Natuna, isteri Tengku Muhammad Ali jatuh sakit disebabkan oleh kerinduannya terhadap kaum kerabatnya yang ditinggalkan diSiak. Oleh kerana Pulau Natuna sebuah pulau yang terletak jauh di tengah-tengahLaut China Selatan, Tengku Muhammad Ali membawa kapalnya menuju ke Kuching danmendarat di sebuah kampung yang dipanggil Kalaka. Baginda terpaksa berbuatbegitu kerana baginda yakin isterinya pasti mangkat bila-bila masa sahaja danbaginda tidak mahu mayatnya dikebumikan di kawasan tanah yang tidak banyakpenghuninya. Di Kampong Kalaka inilah isteri Tengku Muhammad Ali menghembuskannafas terakhirnya dan jasadnya dikebumikan.

Oleh kerana Tengku Muhammad Ali memerlukan seorang wanita untuk menjaga makanminum baginda dan ahli keluarganya, baginda memutuskan untuk belayar ke Johor bagi melawat kaum kerabatnya di sana dan seterusnya mengajak anak perempuan baginda yang ditinggalkan di Johor pergi bersamanya merantau ke negeri yang bersesuaian. Anak perempuan baginda ini bernama Daeng Pingai yang beribukanperempuan Bugis. Daeng Pingai bersetuju mengikut ayahandanya belayar denganmembawa seekor burung kakak tua peliharaannya yang pandai berkata-kata.

Tengku Muhammad Ali berhijrah ke Brunei dan Menukar Nama.

Sebelum meninggalkan Johor, Tengku Muhammad Ali mendengar berita mengenai Sultan Omar Ali Saifuddien I, Sultan Brunei Ke-18 yang berusia lanjut dan memerintah dengan adil. Dengan mengamalkan pepatah orang tua-tua 'Untung sabut timbul, untung batu tenggelam', Tengku Muhammad Ali mengambil keputusan membawa kapalnya dan ahli-ahli keluarganya ke Brunei. Pelayaran mereka tidak menghadapibanyak rintangan, malah tidak seorang pun kaum keluarganya di Johor mengetahuike mana mereka.
  
Dalam pelayaran, Tengku Muhammad Ali dan ahli-ahli keluarganya bersetujumenukar nama mereka bagi membolehkan orang-orang Brunei mengetahui bahawamereka ahli perniagaan yang ingin menetap di Brunei. Tengku [Sultan] MuhammadAli mengambil nama Nakhoda Khamis, Raja Akil menjadi Nakhoda Kasim, Tengku Berahim menjadi Nakhoda Samad. Tengku Asmad, Tengku Astar dan Tengku Saadmembuang gelaran "Tengku" di pangkal nama mereka. Daeng Pingai mengubah namanya menjadi Dayang Pingai.

Kapal Nakhoda Khamis memasuki Sungai Brunei dan berlabuh di satu kawasan dihulu sungai, tidak begitu jauh dari Jong Batu. Kawasan di mana kapal NakhodaKhamis berlabuh itu masih tidak berpenghuni dan masih dipenuhi oleh hutanbakau. Dayang Pingai tertarik hati dengan kawasan itu dan meminta ayahnyamembina rumah di kawasan itu. Setelah mendapat kebenaran dari pihak isatanauntuk membina rumah di kawasan berkenaan, Nakhoda Khamis mengupah beberapaorang tukang kayu Brunei untuk membina rumah. Apabila rumah siap, merekasekeluarga berpindah dari kapal mereka dan mendiami rumah tersebut.

Nakhoda Khamis dan ahli-ahli keluarganya memulakan penghidupan mereka di Bruneidengan berniaga. Mereka menjual kain, alat keperluan rumah dan seumpamanya.Sebahagian besar pelanggan mereka ialah pembesar-pembesar Brunei dan kaumpadian dari Kampong Saba.

Oleh kerana perniagaan Nakhoda Khamis dan keluarganya bertambah maju, maka kawasan yang dahulunya hutan bakau bertukar menjadi sebuah perkampungan. Burungkakak tua Dayang Pingai menjadi tarikan orang-orang yang berurusan denganmereka. Kerana terlalu disukai ramai, burung itu dipanggil burung pingai[burung kepunyaan Dayang Pingai]. Akhirnya kampung itu dipanggil Kampong Burung Pingai yang disempenakan dengan nama burung yang dipunyai oleh Dayang Pingai.
  
Sebagai orang pendatang yang ingin bermastautin di Brunei, Nakhoda Khamisterpaksa menyesuaikan dirinya dengan adat resam orang-orang Melayu Bruneiketika itu. Beliau juga perlu mencari asas kukuh untuk membolehkan namanya akankekal disebut oleh generasi-generasi akan datang. Dengan mengambil kira haltersebut, Nakhoda Khamis bertawakal menggalakkan Nakhoda Samad [Tengku Berahim]berkahwin lagi. Akhirnya Nakhoda Samad berkahwin dengan seorang wanita Sabaketurunan Sulu. Nakhoda Kasim [Raja Akil] yang masih bujang berkahwin denganseorang wanita dari Kampong Saba yang susur galur keturunannya sampai kepadaSultan Ahmad [Sultan Brunei Kedua].

Perkahwinan kedua-dua Nakhoda Samad dan Nakhoda Kasim dengan wanita-wanitaKampong Saba tersebut menurunkan zuriat keturunannya yang akhirnya berkembangmenjadi satu keluarga besar.

Perkahwinan Nakhoda Samad dengan wanita Saba keturunan Sulu melahirkananak-anak yang bernama Mahat, Suma, Angsa dan Pengarah Cheteria. Hanyaketurunan tiga orang anak Nakhhoda Samad iaitu Astar, Pengarah [Tengku] Saaddan Pengarah Cheteria, yang mewarnai senario politik dan pentadbiran Brunei dikurun ke-19 [1800 hingga 1847]. Pengarah [Tengku] Saad mempunyai 10 orang anak,masing-masing bernama Badar, Haji Saman, Untak, Pengarah Digadong Laman, AbdulKahar, Mailamah, Nurifah, Kajibah, Laminah dan Zainaf. Badar, Haji Saman dan Pengarah Digadong Laman terlibat secara langsung di dalam pergolakan perebutan kuasa di kalangan kerabat diraja Brunei di kurun tersebut.

Anak Nakhoda Samad yang bernama Astar melahirkan dua orang anak, Mohd. Hassandan Aminah. Mohd. Hassan melahirkan hanya seorang anak lelaki yang kemudiannyabergelar Pehin Khatib Mohammad, sementara Aminah berkahwin dengan sepupunyaAbdul Kahar iaitu anak Pengarah [Tengku] Saad. Dari perkahwinan Aminah denganAbdul Kahar ini lahirlah lima orang anak, masing-masing bernama Dayang Buntar,Apong, Kilali, Budin dan Bariah.

Salah seorang anak Nakhoda Samad yang menyerlah ketokohan dan perwatakannyaialah Pengarah Cheteria. Selain abangnya Pengarah Digadong Laman, yangberkhidmat semasa pemerintahan tiga orang Sultan [Sultan Muhammad Jamalul AlamI, Sultan Muhammad Kanzul Alam dan Sultan Muhammad Alam], Pengarah Cheteriadikurniakan tugas dan tanggungjawab sebagai ketua pegawai istana [sama denganjawatan Grand Chamberlain].

Adik Nakhoda Khamis iaitu Nakhoda Kasim melahirkan beberapa orang anak. Salahseorang anak lelaki Nakhoda Kasim yang dianggap alim ulama di zamannya ialahMudim Jamal. Di segi pertalian darah, Mudim Jamal adalah bapa saudara kepadaAstar, Pengarah Saad dan Pengarah Cheteria. Anak saudara dan ketiga cucuNakhoda Khamis yang disebutkan hidup di zaman Sultan Muhammad Jamalul Alam I [1804], Sultan Muhammad Tajuddin [1795 - 1804 dan 1804 - 1807 ] dan Sultan Muhammad Kanzul Alam [1807 - 1826].

Mudim Jamal berkahwin dan melahirkan beberapa orang anak. Di kalangananak-anaknya terdapat seorang anak beliau yang mempunyai ketokohan dankewibawaan seperti cucu-cucu Nakhoda Samad yang diceritakan terdahulu [Badar,Haji Saman dan Pengarah Digadong Laman]. Anak Mudim Jamal yang dimaksudkan ialah Pateh Rahim.

Cucu perempuan Pengarah Saad [anak Pengarah Digadong Laman] yang bernama Dayang[Tun} Zaidah berkahwin dengan Sultan Omar Ali Saifuddien II. Perkahwinantersebut melahirkan Pengiran Anak Hashim, yang kemudiannya diangkat danditabalkan menjadi Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin, Sultan Brunei Ke-25.


Sumber :seriberunei

No comments:

Post a Comment