Sunday 27 December 2015

Riwayat Pengiran Pemancha Harimau Pengiran Mohd Daud (Pengiran Abdul Rauf Bin Pengiran Abdul Rajit - Mengkabong/Karambunai)


Sepintas Lalu: Riwayat Pengiran Pemancha Harimau Pengiran Mohd Daud...



Pembuka Kata:

Sejarah ibarat pelakat, boleh mengerat saudara jauh dan dekat, berkumpul mencari muafakat bersatu mendapat rahmat....

Pengiran Pemancha Harimau Mohd Daud Bin Pengiran Anak Abd Rahman Bin Pengiran Anak Badarudin ibni Sultan Muhyiddin merupakan piut Sultan Muhyiddin Marhum Bungsu, Sultan Brunei Yang ke 14... Pengiran Pemancha Harimau Pengiran Mohd Daud ini mempunyai perwatakkan yang sama dengan Sultan Muhyiddin yang kebilangan bijak, gagah dan berjaya menyatukan dangsanak dan rakyat Brunei setelah tamat Perang Saudara...

Di dalam kajian Pengiran Dr. Haji Mohd Yakub Othman iaitu salah seorang waris Pengiran Pemancha Harimau... Pengiran Abdul Rauf Bin Pengiran Abdul Rajit cucu kepada Pengiran Pemancha Harimau yang lahir di antara tahun 1790 - 1800, maka bolehlah dijangka atau diandaikan bahawa Pengiran Pemancha Harimau ini lahir seawal 1750 dan mungkin jua sudah mangkat sebelum 1845... 

Dengan andaian tersebut Pengiran Pemancha Harimau Mohd Daud berumur dari lingkungan tahun 1750an ke sebelum 1845... Beliau hidup semasa pemerintahan SOAS I (1740 - 1778 ), Sultan Muhammad Tajuddin ( 1778 - 1804 ) ( 1804 - 1807 ) SMJA I (1804 ) dan Sultan Muhammad Kanzul Alam ( 1807 - 1826 )...

Semasa Pemerintahan Sultan Muhammad Kanzul Alam ibni SOAS I, Pengiran Maharajalela Pengiran Mohd Daud dinaikkan dan dikurniakan gelaran wazir menjadi Pengiran Pemancha kerana jasanya yang telah mengalahkan seekor anjing besar lagi garang yang bernama ' Si Merah' yg dibawa oleh Nakhoda Kapal Inggeris yang berhasrat untuk menakutkan rakyat Brunei pada ketika itu. 

Kejadian itu terjadi kira-kira dalam tahun 1809M. Dalam peristiwa lain... beliau juga berjaya menangkap seekor Harimau kumbang hitam yang terlepas dari kandangnya di Balairong Istana... Jesteru itu, disebabkan peristiwa itu Pengiran Pemancha Pengiran Mohd Daud dikenali sebagai Pengiran Pemancha Harimau.... Sebelum bergelar Pengiran Pemancha, beliau sudah disampiri gelaran Pengiran Kerma Indera dan naik lagi menjadi Pengiran Maharaja Lela....

Menurut cerita lisan.... kekuatan pemerintahan Sultan Muhammad Kanzul Alam diwaktu itu adalah disebabkan hasil bantuan sokongan kuat dari Pengiran Pemancha Harimau, Pengiran Temanggong Abdul Rauf Bin Pengiran Anak Abd Rahman dan Pengiran Indera Mahkota Pengiran Muhammad Salleh (Syair Rakis )...  

Gabungan ini berasaskan kepada kaitan kekeluargaan...

Pertama cucu kepada Pengiran Pemancha Harimau iaitu Pengiran Abd Rauf (Raja Karambunai) berkahwin dengan Pengiran Anak Fatimah puteri kepada Sultan Muhammad Kanzul Alam... kaitan yang kedua Pengiran Rajit bin Pengiran Pemancha Harimau (iaitu ayah Pengiran Abd Rauf Karambunai ) beristerikan Pengiran Anak Fatimah binti Pengiran Temanggong Abd Rauf... Pengiran Temanggong Abd Rauf beristerikan Pengiran Anak Siti Khatijah ( Puteri Babau ) binti SOAS I , iaitu adik kepada Sultan Muhammad Kanzul Alam dan kaitan ketiga hubungan besan diantara Pengiran Pemancha Harimau dengan SOAS I melalui perkahwinan Pg Babu Saleha binti Pengiran Pemancha Harimau Mohd Daud dengan Pg Kerma Indera Pg Anak Apong ibni SOAS I... Ternyata keluarga Pengiran Pemancha Harimau amat dihormati dan mempunyai kedudukkan yang tinggi di dalam masyarakat Brunei di era tersebut....

Mengikut cerita org Kelaka, Pillin ialah nama lama bagi Kabong, Kg Ayer yang terbesar di Sarawak dan diceritakan bahawa Pengiran Pemancha Harimau pernah dititahkan kesana untuk membenteras lanun... 

Dengan kegagahan dan ilmu batin yang cukup tinggi dan juga disebabkan ibu Pengiran Pemancha Harimau iaitu Dayang Ikah anak Datu Patinggi Intek berasal dari Kelaka jua.. 

Maka dari itu lanun-lanun tersebut dapat dihapuskan...

Pengiran Pemancha Harimau mempunyai banyak anak lelaki dan perempuan, diantaranya ialah:

1. Pg Jumahat menurunkan warisnya Pg Dr Hj Yakub Othman dan Pg DP Baharum..

2. Pg Puteh yg menurunkan warisnya YB Pg Damit Sungguh

3. Pg Rajit menurunkan warisnya Pg Abd Raif Karambunai

4. Pg Babu Mariam menurunkan warisnya Pg Salleh Abd Rahman.

5. Pg Babu Saleha menurunkan warisnya Pg Kesuma Negara Pg Anak Hashim dan....

6. Pg Babu Fatimah.. (Pg Babu Fatimah bersuamikan Pg Mat Serudin keturunanan Pengiran Muda Amir ibni Sultan Alaudin)

Makamnya terletak di dalam perkarangan Istana Nurul Iman bersebalahan dengan makam Syarif Mubaqih... 

Menurut cerita orang Kg Bandung iaitu Pg Hj Kamaludin bin Pg Kerma Negara Pg Anak Wahab... makam Pengiran Pemancha Harimau itu dijaga oleh dua lembaga yang berwarna kuning dan hitam dan sewaktu di zaman Almarhum Begawan, baginda selalu menziarahi kubur beliau...

Wallahualam....

Pengiran Pemancha Harimau banyak baktinya mempertahankan Negara dan Raja, boleh diharap dalam istana sekali tiada berbuat durjana....

Pengiran Pemancha Harimau luas pancirnya anak buahnya berkeluarga raja, keturunan nya orang bebangsa inilah ketentuan Allah Azza Wazalla...

Al-Fatihah... Semoga Almarhum beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada... Aamiin Allahumma Aamiin....

Menjunjung kasih kepada Pengiran Dr Hj Mohd Yakub dan Pengiran Suheirman PS kerana berkesudian untuk berkongsi sejarah ini dan jua memberi kepercayaan pada saya untuk berkongsi kisah sejarah ini di dalam Page Sejarah Borneo.... 

Diatas kesudian dan juga kepercayaan mereka kepada saya... saya sebagai wakil admin dan admin admin Page Sejarah Borneo mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kerana telah memberi perhatian dan juga sokongan kepada kami. 

Semoga perkongsian yang tuan peramba berdua berikan ini akan dapat lagi menambah ilmu pengetahuan sejarah kepada ahli ahli Page Sejarah Borneo.... 

Jika sekiranya ada yang tersalah atau tertinggal dalam cerita peramba ini junjung ampun dipinta....


Sekian....

Sumber : Sejarah Borneo





No comments:

Post a Comment