Kesultanan Melayu
Melaka dan hubungannya dengan beberapa Kerajaan dan Kesultanan Nusantara
dari abad Ke 7 sehingga abad ke 19
Kesultanan
Melayu Melaka diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara di
antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah
kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409 apabila Parameswara berkahwin
dengan puteri dari Pasai.
Agama
Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan
Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih
satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso
de Albuquerque pada 1511.
Sultan
Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka.[2] Pada 1528,
seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan
Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.
Srivijaya (671-1028)
Kerajaan Sriwijaya
Dari
abad ke-7 sehingga abad ke-11 dan pengembangan terluas Empayar Srivijaya
sekitar abad ke-8.
Ibu negara :
Kedah,
Langkasuka, Champa, Angkor, Palembang,
Chaiya, Jawa, Kadaram, Dharmasraya
Bahasa Melayu Kuno, Sanskrit dan Agama Buddha dan
Hindu
Kerajaan Monarki
Maharaja
• 671–702 Sri Jayanasa
• 775–792 Sri Dharmasetu
• 792–840 Samaratungga
• 988–1008 Sri Chulamanivarman
• 1008–1017 Sri Mara Vijayatunggavarman
• 1017–1025 Sri Sangrama Vijayatunggavarman
• 1028–(?) Sri Deva
Srivijaya
(juga disebut Sri Vijaya atau Sriwijaya ) ialah sebuah empayar maritim Melayu
purba yang berpusat di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu yang banyak
mempengaruhi Asia Tenggara.
Bukti
terawal kewujudannya adalah dari abad ke-7; apabila seorang sami Buddha dari
China, I-Tsing, ada menulis tentang lawatannya selama 6 bulan ke Srivijaya pada
tahun 671. Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683 masihi yang ditemui di
Palembang, Sumatera juga ada menyebut tentang Srivijaya. Kerajaan ini runtuh
sepenuhnya pada abad ke-13 disebabkan pelbagai faktor, antaranya ialah
kebangkitan kerajaan Jawa Majapahit. Dari abad ke-8 hingga abad ke-11,
Srivijaya ialah pusat pengembangan agama Buddha yang utama di kepulauan Melayu.
Dalam Bahasa Sanskrit, sri (श्री)
bermaksud "seri" atau "sinar" dan "vijaya" (विजय) bermaksud
"kejayaan" atau "kemenangan".
Selepas
kejatuhan Srivijaya, ia dilupakan sepenuhnya dan ahli sejarah tidak pernah
menganggap ada kerajaan bersatu yang besar pernah wujud di kepulauan Asia
Tenggara. Kewujudannya pertama kali diakui secara rasmi pada tahun 1918, oleh
ahli sejarah berbangsa Perancis Georges Coedès dari École française
d'Extrême-Orient.
Kebesarkan
Raja Srivijaya digambarkan melalui catatan Arab yang menyifatkannya sebagai
Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau. Raja di Gunung dan Maharaja menggambarkan
kebesaran raja yang mempunyai kuasa sakti, berkuasa multak, dan bersifat
ketuhanan. Raja Srivijaya memerintah secara multak dan dibantu oleh menteri
yang menjadi perantaraan raja dengan rakyat.
Pada
tahun 1920, seorang sarjana Perancis Georges Coedès menerbitkan penemuannya dan
interpretasinya mengenai Sriwijaya dalam akhbar berbahasa Belanda dan
Indonesia. Sebelum Sriwijaya, terdapat sebuah kerajaan yang diberi nama
Kantoli.
Penubuhan
Candi
Gumpung di Jambi, yang merupakan salah sebuah wilayah Srivijaya.
Pembinaan Candi Borobudur.
Nama
Sriwijaya berasal daripada nama seorang pemerintah Kalathana iaitu
"Sriwijaya" yang ditulis sebagai "Shih-li-pi-cho-yeh". Raja
ini ditulis menghantar utusan kepada China pada tahun 434 M oleh ahli sejarah
China, Shenyao (414-512) dalam bukunya Sung Shu (Sejarah Awal Sung). Pendapat
ini disokong oleh sarjana Belanda, Ir. J.L Moens, sarjana Jepun, K. Takakuwa dan
sarjana Jerman, Hermann Schlegel yang mengaitkannya dengan negeri Kelantan tua.
Dalam tulisannya pada tahun 1937, Moens berpendapat Kelantan menggunakan nama
"Sri Vijaya" tidak lama selepas tahun 667 M.
Menurut
Coedes, telah menjadi amalan biasa di rantau ini pada zaman dahulu di mana Raja
yang memerintah menamakan kerajaannya bersempena namanya, berkemungkinan besar
nama Raja "Shih-li-pi-cho-yeh" ini merupakan asal-usul nama kerajaan
yang muncul ratusan tahun kemudian (abad ke-7) di Sumatera. Pada tahun 671 M,
I-Tsing melawat bandar Bogha (Palembang) dan menetap di sana selama 6 bulan
untuk mempelajari tatabahasa Sanskrit dan Bahasa Melayu.
Dari
Palembang, beliau melawat pula negeri Mo-Lo-Yu yang menurutnya terletak 15 hari
pelayaran dari Bogha. Dari catatan I-Tsing, nama negeri Mo-Lo-Yu baru bertukar
menjadi Sribogha ketika beliau melawatnya. Keterangan I-Tsing dilihat konsisten
dengan beberapa catatan batu bersurat yang menunjukkan empayar Sriwijaya
dibentuk pada abad ke-7.
Berdasarkan
Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 605 saka (683 M), kerajaan Sriwijaya
didirikan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanaga yang memimpin satu armada dengan
20000 bala tentera dari Minanga Tamwan ke Matayap dan menaklukinya. Beberapa
batu bersurat lain yang ditemui di Kota Kapur di Pulau Bangka (686 M), Batu
Bersurat Karang Birahi di Jambi Hulu (686 M) dan Batu Bersurat Palas Pasemah]]
di Selatan Lampung, menceritakan peristiwa yang sama.
Sriwijaya
meluaskan lagi empayarnya dengan menakluk bahagian barat Pulau Jawa pada
penghujung abad ke-7. Batu Bersurat Kota Kapur yang bertarikh 608 saka (686 M)
menceritakan tentang sumpahan Maharaja Srivijaya ke atas sebuah kerajaan di
Pulau Jawa sebelum Srivijaya menyerang kerajaan tersebut. Masa peristiwa ini berlaku
adalah bertepatan dengan masa kejatuhan kerajaan Tarumanagara dan kerajaan
Kalingga (Ho-Ling dalam catatan China) di Jawa Barat. Ada juga rekod menyatakan
sebuah keluarga diraja beragama Buddha yang mempunyai hubungan dengan
Sriwijaya, mendominasi bahagian tengah Pulau Jawa ketika itu, berkemungkinan
besar dari kerabat Sailendra. Kejayaan Srivijaya menguasai Pulau Jawa, Sumatera
dan Semenanjung Tanah Melayu membolehkannya mengawal laluan perdagangan utama
di Selat Melaka, Laut China Selatan, Selat Sunda dan Selat Karimata.
Pada
tahun 732 M, tentera pimpinan Sanjaya yang dihantar oleh Sri Putera, pemimpin
Empayar Tanah Sri Indah Sekebun Bunga telah menawan Sriwijaya yang diperintah
oleh Rudra Wikraman. Oleh sebab itu, kuasa Sriwijaya menjadi lemah dan
pemerintahnya hanyalah dilantik untuk meneruskan legasi keluarga Sriwijaya
tanpa kuasa atau lebih kepada menjadi raja boneka.
Struktur dan pusat pemerintahan
Candi
Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang, Kedah. Menurut Inskripsi Tanjore, ibu kota
Srivijaya pada abad ke-11 adalah di Kadaram (Kedah Tua).
Pembentukan
satu negara kesatuan dalam dimensi struktur kuasa politik Srivijaya, dapat
diperolehi daripada beberapa batu bersurat yang mengandungi maklumat penting
tentang istilah-istilah kadātuan, vanua, samaryyāda, mandala dan bhūmi.
Kadātuan
boleh membawa erti kawasan dātu, (tnah rumah) tempat tinggal bini hāji, tempat
disimpan mas dan hasil cukai (drawy) sebagai kawasan yang mesti dijaga.
Kadātuan ini dikelilingi oleh vanua, yang boleh dianggap sebagai kawasan kota
Srivijaya yang di dalamnya terdapat vihara yang menjadi tempat beribadah
masyarakat. Kadātuan dan vanua ini merupakan kawasan teras bagi Srivijaya itu
sendiri. Menurut Casparis, samaryyāda merupakan kawasan yang bersempadan dengan
vanua, yang dihubungkan dengan jalan khusus (samaryyāda-patha) yang bermaksud
kawasan pedalaman. Manakala mandala merupakan satu kawasan autonomi dari bhūmi
yang berada dalam pengaruh kekuasaan kadātuan Srivijaya.
Pemerintah
Srivijaya memakai gelaran Dapunta Hyang atau Maharaja, dan dalam lingkaran raja
terdapat secara berurutan yuvarāja (putera mahkota), pratiyuvarāja (putera
mahkota kedua) dan rājakumāra (pewaris berikutnya). Batu Bersurat Telaga Batu
banyak menerangkan pelbagai jawatan dalam struktur pemerintahan kerajaan pada
zaman Srivijaya.
Sekitar
tahun 1993, Pierre-Yves Manguin melakukan penyelidikan dan berpendapat bahwa
pusat Srivijaya terletak di Sungai Musi di antara Bukit Siguntang dan
Sabokingking (di provinsi Sumatera Selatan sekarang). Namun sebelumnya Soekmono
berpendapat bahwa pusat Srivijaya terletak di kawasan hiliran Batang Hari,
antara Muara Sabak hingga ke Muara Tembesi (di provinsi Jambi sekarang), dengan
catatan Mo-lo-yu (I-Tsing) tidak di kawasan tersebut, jika Mo-lo-yu berada di
kawasan tersebut, beliau cenderung kepada pendapat Moens, yang sebelumnya juga
telah berpendapat bahawa pusat pemerintahan Srivijaya berada di kawasan Candi
Muara Takus (provinsi Riau sekarang), berdasarkan anggaran petunjuk arah perjalanan
dalam catatan I-Tsing . Ahli sejarah Thai berpendapat, daerah Chaiya di wilayah
Surat Thani juga pernah menjadi pusat pemerintahan Srivijaya, berdasarkan
penemuan banyak rumah-rumah ibadat dengan gaya seni bina unik yang berasal dari
zaman Srivijaya. Namun yang pasti pada masa penaklukan Rajendra Chola I,
berdasarkan Inskripsi Tanjore, ibu kota Srivijaya adalah di Kadaram (Kedah
sekarang).
Hubungan luar
Pada
tahun 100 Hijrah (718 masihi) Maharaja Srivijaya yang bernama Sri Indravarman
mengutus sepucuk surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan memohon baginda
menghantar seorang Ulama bagi menerangkan agama Islam. Surat tersebut berbunyi:
“ Daripada Raja kepada sekalian Raja
yang merupakan keturunan dari seribu Raja-Raja, yang permaisurinya juga
merupakan cucu kepada seribu Raja-Raja, yang taman haiwannya mengandungi seribu
gajah, yang di dalam wilayahnya terdapat dua sungai yang mengairi pohon jadam,
rempah wangi, buah pala dan limau nipis yang aromanya tersebar sejauh 12 batu.
Ke hadapan Raja Arab yang tidak menyembah tuhan-tuhan yang lain selain Allah.
Aku telah mengirim padamu satu hadiah yang tidak seberapa sebagai tanda
persahabatan. Aku mohon agar kamu menghantar padaku seseorang yang boleh
mengajarku tentang Islam dan menerangkan padaku undang-undangnya. ”
Empayar Srivijaya dan kerajaan-kerajaan
lain di Asia pada tahun 900 masihi.
Peristiwa
ini menjadi bukti yang istana Srivijaya telah menjalin hubungan diplomatik dan
perdagangan dengan dunia Islam-Arab. Bagaimanapun, ia tidak bermaksud yang
Maharaja Srivijaya telah memeluk Islam, tetapi mungkin untuk menunjukkan hasrat
Sri Indravarman yang ingin mendalami undang-undang dan budaya rakan dagang
Srivijaya dan tamadun-tamadun di sekitarnya seperti China, India dan Timur
Tengah.
Srivijaya
menjalin hubungan yang erat dengan Kerajaan Pala di Benggala. Inskripsi Nalanda
yang bertarikh 860 masihi ada mencatatkan yang Maharaja Balaputradewa
menghadiahkan sebuah kuil Buddha kepada Universiti Nalanda. Hubungan dengan
kerajaan Chola di selatan India juga pada mulanya sangat baik. Sekitar tahun
1005 masihi, Maharaja Sri Chulamanivarman yang dirujuk dalam
inskripsi-inskripsi India sebagai "Raja Kataha dan Srivijaya" telah
mengarahkan pembinaan sebuah kuil Buddha di Nagapattinam, selatan India yang
dinamakan bersempena namanya iaitu Chulamanivarmavihara. Rajaraja Chola I
menghadiahkan harta yang banyak dari sebuah kampung kepada kuil ini.
Sri
Chulamanivarman juga meneruskan tradisi menjalin hubungan yang erat dengan
negeri China seperti yang diamalkan pendahulu-pendahulunya, dengan menghantar
beberapa utusan ke sana. Pada tahun 1003 masihi, Raja
Se-li-chu-la-wu-ni-fu-ma-tian-hwa (Sri Chulamanivarman) menghantar dua utusan
menghadap Maharaja China bagi menyampaikan ufti; mereka menceritakan yang
negara mereka ada membina sebuah kuil Buddha bagi mendoakan kesejahteraan
Maharaja dan mereka memohon perkenan Maharaja China untuk memberikan nama dan
loceng untuk kuil tersebut. Satu titah perintah telah dikeluarkan dengan kuil
itu mendapat nama Cheng tien wan shou yang bermaksud "kurniaan 10,000
tahun dari Syurga" (dipercayai Candi Bungsu, salah satu bahagian dari
candi yang terletak di Muara Takus ) dan sebuah loceng ditempa untuk
dihadiahkan kepada utusan tersebut. Beberapa utusan kemudiannya dihantar lagi
ke negeri China pada tahun 1004, 1008, 1016, 1017 dan 1018.
Hubungan
yang erat Srivijaya dengan dua kuasa besar di Asia pada masa itu, Chola di
India dan Dinasti Song di China telah membolehkan putera Sri Chulamanivarman
yang menggantikannya, Maharaja Sri Mara Vijayatunggavarman membalas dendam
perbuatan Raja Dharmawangsa dari Kerajaan Medang di Jawa Tengah yang menyerang
Srivijaya pada tahun 990 masihi. Pada tahun 1006 masihi, bala tentera Srivijaya
menyerang Kerajaan Medang dan menghancurkan Istana Watugaluh di Pulau Jawa.
Dharmawangsa dan para pembesarnya kemudiannya dibunuh, membawa kepada berakhirnya
Kerajaan Medang.
Hubungan
baik Srivijaya dengan Kerajaan Chola bagaimanapun tidak kekal lama apabila
Rajendra Chola I menaiki takhta pada tahun 1012 dan melancarkan perang ke atas
Srivijaya pada tahun 1025 masihi. Rajendra Chola I menakluk hampir kesemua
kota-kota di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Serangan besar-besaran
kerajaan Chola ini bagaimanapun tidak membawa kepada kelangsungan politik Chola
ke atas wilayah-wilayah yang diserang kerana pada tahun 1028 masihi, Maharaja
Sri Sangrama Vijayatunggavarman yang ditawan di Kadaram telah digantikan oleh
seorang Maharaja baru yang kemudiannya menghantar satu utusan ke negeri China.
Dalam Sejarah Sung, Maharaja ini dikenali dengan nama Shih-Li-Tieh-Hua atau
"Sri Deva" (berkemungkinan satu nama yang tidak lengkap).
Agama
Kerajaan
Srivijaya banyak dipengaruhi oleh agama-agama besar dari India, pada mulanya
oleh agama Hindu kemudian diikuti pula oleh agama Buddha. Dari catatan
Keterangan tentang Orang Gasar yang dikumpulkan pada zaman Dinasti Sung, masyarakat
"San Bo Tsai" dikatakan ada mengamalkan satu adat yang dikenali
sebagai Tung-Sheng-Ssu (hidup dan mati bersama), yang mirip dengan amalan
Suttee dari agama Hindu. Namun, berdasarkan catatan China dan India yang lain
serta penemuan arkeologi, Srivijaya merupakan pusat agama Buddha yang utama di
Kepulauan Melayu.
Sebagai
pusat perkembangan agama Buddha Vajrayana yang utama, Srivijaya menarik ramai
penziarah dan sarjana dari negara-negara lain di Asia, antara yang terkenal
ialah sami Buddha dari China, I-Tsing. Pada tahun 671 masihi, dalam perjalanan
ke Universiti Nalanda, India, beliau singgah di Srivijaya untuk mempelajari
Sabdavidya (tatabahasa Sanskrit). Pada tahun 695, beliau melawat Srivijaya
sekali lagi untuk mendalami agama Buddha. Menurut I-Tsing, penduduk Srivijaya
melakar imej-imej Buddha dengan emas dan memberi sembahan kepada Buddha dalam
bentuk bunga teratai emas. Ibu kotanya didiami oleh ramai sarjana Buddha dan
menjadi pusat pembelajaran agama Buddha yang utama di seluruh Nanyang (laut
selatan).
“ Banyak raja dan pemimpin yang berada
di pulau-pulau di Laut Selatan percaya dan mengagumi Buddha, di hati mereka
telah tertanam perbuatan baik. Di sebalik tembok kota Srivijaya, terdapat lebih
dari 1000 sami Buddha, yang belajar dengan tekun dan mengamalkannya dengan
baik. Mereka mengkaji dan mempelajari semua subjek yang wujud sama seperti di
"Kerajaan Tengah" (Madhya-desa, India); tidak banyak perbezaan dalam
aturan-aturan dan upacara-upacaranya. Jika seorang biarawan Cina ingin pergi ke
Barat (India) untuk mendengar (syarahan) dan membaca (teks asli), lebih baik ia
tinggal dulu di sini selama satu atau dua tahun untuk mendalami aturan-aturan
yang betul sebelum melanjutkan pelajaran ke tengah India. - I-Tsing ”
Selain
aliran Vajrayana, ajaran Buddha dari aliran Hinayana dan Mahayana juga turut
berkembang di Srivijaya. Dharmarakshita atau Suvarnadvipi Dharmakīrti, salah
seorang sarjana Buddha yang terkenal dengan teks Mahayana beliau, "Roda
Senjata Tajam" (Bahasa Tibet: blo-sbyong mtshon-cha 'khor-lo) hidup pada
zaman pemerintahan Sri Chulamanivarman, dan merupakan ketua sarjana Buddha di
Suvarnadvipa (Sumatera). Sarjana Buddha dari Benggala yang terkenal dengan
peranannya mengembangkan Buddha Vajrayana di Tibet iaitu Atisha, dikatakan pernah
berguru dengan Dharmarakshita di Sumatera, dari tahun 1011 hingga 1023 masihi.
Kemahsyuran
Srivijaya sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara berkemungkinan besar
menarik minat para pedagang dan ulama Muslim dari Timur Tengah menyebarkan agama
Islam. Beberapa kerajaan yang pada mulanya merupakan sebahagian dari Srivijaya,
bakal muncul menjadi kerajaan-kerajaan Islam di Semenanjung dan Sumatera,
ketika pengaruh Srivijaya semakin lemah. Ada sumber yang menyebut, kerana
pengaruh orang muslim Arab yang banyak berkunjung dan berdagang di Srivijaya,
maka seorang raja Srivijaya yang bernama Sri Indrawarman pada tahun 718
berminat untuk mengetahui tentang agama Islam , sehingga mungkin kehidupan
sosial Srivijaya adalah masyarakat sosial yang di dalamnya terdapat masyarakat
Buddha dan Muslim sekaligus. Tercatat beberapa kali raja Srivijaya mengutus
surat kepada khalifah Islam di Damsyik. Salah satu naskhah surat yang ditujukan
kepada khalifah Umar bin Abdul Aziz (717-720) berisi permintaan agar khalifah
sudi mengirimkan da'i ke istana Srivijaya.
Seni dan Budaya
Arca Maitreya dari Komering, Sumatera
Selatan, seni Sriwijaya sekitar abad ke-9 M.
Berdasarkan
beberapa sumber sejarah, satu masyarakat kosmopolitan yang kompleks dengan
nilai peradaban yang tinggi, dipengaruhi secara mendalam oleh aliran Buddha
Vajrayana, telah mendiami ibu kota Srivijaya. Batu Bersurat Talang Tuwo dari
abad ke-7 ada menerangkan tentang satu ritual agama Buddha untuk memberkati
upacara perasmian satu taman Sriksetra (taman awam), anugerah Maharaja
Srivijaya untuk rakyatnya. Batu Bersurat Telaga Batu menggambarkan kerumitan
susunan pangkat para pembesar dalam kerajaan Srivijaya, sementara Batu Bersurat
Kota Kapur menyebut tentang kekuatan bala tentera Srivijaya ke atas Pulau Jawa.
Kesemua batu-batu bersurat ini adalah dalam Bahasa Melayu Kuno, bahasa yang
digunakan oleh orang Srivijaya yang merupakan leluhur bagi Bahasa Melayu Klasik
yang kemudiannya menjadi asas kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia moden.
Sejak abad ke-7, Bahasa Melayu Kuno telah digunakan di Nusantara, dibuktikan
oleh batu-batu bersurat Srivijaya dan beberapa batu bersurat yang menggunakan
Bahasa Melayu Kuno yang ditemui di pesisir pantai Kepulauan Melayu, contohnya
batu bersurat Bukateja, Gandasuli, Kayumwungan, Sojomerto dan Manjusrigrha yang
ditemui di Jawa, serta Plat Tembaga Laguna yang ditemui di Manila, Filipina.
Perkembangan perdagangan merupakan antara faktor utama penyebaran Bahasa Melayu
Kuno kerana ia adalah medium komunikasi yang utama bagi para pedagang. Sejak
itu, Bahasa Melayu Kuno menjadi Lingua franca dan digunakan secara meluas di
Kepulauan Melayu.
Sejarah
Sung (960-1279) ada menceritakan sedikit sebanyak tentang masyarakat "San
Bo Tsai" (Srivijaya). Menurut Sejarah Sung, Orang Srivijaya menyapu badan
mereka dengan sejenis minyak wangi dan mereka menghasilkan arak dari bunga,
kelapa, pin-lang atau madu. Mereka menulis menggunakan tulisan Sanskrit dan
Rajanya menggunakan cincinnya sebagai Cop Mohor, mereka juga tahu menulis dalam
karakter Cina yang selalunya digunakan ketika menghantar ufti. Selain itu,
ramai orang Srivijaya mempunyai pangkal nama "Pu". Keterangan tentang
Orang Gasar yang juga dikumpulkan pada zaman Dinasti Sung menyebut yang orang
Srivijaya melilit badan mereka dengan pakaian dari kapas (Sarung) dan
menggunakan payung dari sutera. Mereka berperang di darat dan juga di laut dan
organisasi ketenteraannya sangat baik.
Apabila seseorang Raja mangkat, rakyat
akan mencukur kepala mereka sebagai tanda berkabung. Di ibu kotanya, terdapat
satu arca Buddha yang dipanggil "Gunung Emas dan Perak". Rajanya pula
sering mendapat gelaran "Sari Ular", dan baginda memakai satu mahkota
dari emas yang sangat berat. Negara Srivijaya mempunyai beberapa pusat perdagangan
utama yang mengawal semua kapal yang keluar masuk, sempadan-sempadan pelabuhan
ditandakan dengan rantai-rantai besi.
Meskipun
mampu membina kekuatan ekonomi, budaya dan ketenteraan yang hebat, Srivijaya
hanya meninggalkan sejumlah kecil monumen arkeologi di pusat kerajaannya di
Sumatera, berbeza dengan kawasan yang pernah mendapat pengaruhnya di bawah
pimpinan dinasti Sailendra di Jawa Tengah yang memiliki tinggalan monumen
seperti mandala Kalasan, Sewu dan Borobudur. Kuil-kuil Buddha yang dibina pada
zaman Srivijaya di Sumatera antaranya ialah Candi Muaro Jambi, Muara Takus dan
Biaro Bahal, bagaimanapun tidak seperti kuil-kuil di Jawa Tengah yang dibina
dari batu andesit, kuil-kuil di Sumatera dibina dari batu bata merah.
Beberapa
arca seperti Buddha dan Boddhisattva Avalokiteshvara telah ditemui di Bukit
Siguntang, Palembang,[44] Jambi,[45] Bidor, Perak[46] dan Chaiya, Surat
Thani.[47] Kesemua arca ini menampilkan keanggunan dan gaya biasa yang dikenali
sebagai "Seni Srivijaya" yang memperlihatkan kemiripan - mungkin
diilhamkan - dari seni Amaravati India atau Sailendra (abad ke-8 - ke-9).
Perdagangan
Dalam
dunia perdagangan, Srivijiya adalah empayar yang mengawal dua laluan utama
antara India dan China, iaitu Selat Sunda dari Palembang dan Selat Melaka dari
Kedah. Catatan Arab menyatakan yang empayar Maharaja Srivijaya adalah sangat
luas sehinggakan kapal yang paling laju pada zaman itu pun tidak mampu untuk
belayar mengelilingi semua pulau-pulanya selama dua tahun. Menurut keterangan
I-Tsing, Raja Srivijaya memiliki kapal-kapal yang banyak untuk tujuan
perdagangan. Komoditi utama adalah rotan, gaharu, kino merah, kapur barus,
jadam, cengkih, minyak cendana, buah pala, buah pelaga, buah pinang, buah
kelapa, kemukus, gading dan timah, menjadikan kekayaan Maharajanya setanding
dengan mana-mana raja di India.[28]. Srivijaya juga adalah negara yang sangat
kaya dengan emas, bahkan I-Tsing pernah menggelarnya sebagai "Chin
Chou" atau "Kepulauan Emas". Rakyatnya menyediakan sembahan
kepada Buddha dalam bentuk bunga teratai emas, menggunakan bekas-bekas dari
emas, dan membina arca-arca dari emas. Berbeza dengan mata wang China pada
zaman tersebut yang biasanya diperbuat dari tembaga, loyang atau besi, orang
Srivijaya hanya menggunakan emas dan perak dalam perdagangan.
Selain
menjalin hubungan dagang yang menguntungkan dengan India dan China, Srivijaya
juga membentuk jaringan perdagangan dengan dunia Arab. Berkemungkinan besar,
satu utusan yang dihantar Maharaja Sri Indravarman untuk menyampaikan surat
kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz dari Kerajaan Bani Umayyah pada tahun 718
masihi, telah kembali dengan Zanji (hamba wanita kulit hitam dari Zanj), hadiah
Khalifah kepada Maharaja. Kemudiannya, catatan China ada menyebut tentang
Shih-li-t-'o-pa-mo (Sri Indravarman), Maharaja Shih-li-fo-shih yang menghantar
kepada Maharaja China ts'engchi (sebutan China untuk perkataan Arab Zanji)
sebagai hadiah.
Zaman keemasan
Arca
emas Avalokiteçvara dengan ciri Srivijaya, ditemui di Rataukapastuo,
Muarabulan, Jambi, Sumatera.
Pada
separuh pertama kurun ke-10, ketika zaman kejatuhan Dinasti Tang dan
kebangkitan Dinasti Song, perdagangan berkembang dengan pesat di antara dunia
luar China dengan kerajaan Min di Fujian dan kerajaan Nan Han di Guangdong.
Dengan kemakmuran yang dikecapi pada zaman permulaan Dinasti Song, keadaan ini
sangat menguntungkan Srivijaya. Pada tahun 903 masihi, penulis Islam Ibn Rustah
sangat kagum dengan kekayaan pemerintah Srivijaya sehingga beliau pernah
menyatakan yang tiada Raja lain yang sekaya dan sekuat Raja Srivijaya. Pusat
perbandaran utama Srivijaya pada zaman itu adalah di Palembang, Muara Jambi,
Kedah dan Chaiya.
Ketika
era keemasannya, Srivijaya adalah kerajaan yang terkuat dan terkaya di bahagian
barat kepulauan Melayu, dan empayarnya meliputi 15 negeri seperti yang
diceritakan oleh Chou-Ju-Kua[49]; Pong-fong (Pahang), Tong-ya-nong
(Terengganu), Ling-ya-si-kia (Langkasuka), Kilan-tan (Kelantan), Fo-lo-an
(Dungun), Ji-lo-t'ing (Cherating), Ts'ien-mai (Semawe, Semenanjung), Pa-t'a
(Sungai Paka, utara Semenanjung), Tan-ma-ling (Tambralinga, Ligor atau Nakhon
Si Thammarat), Kia-lo-hi (Krabi), Pa-lin-fong (Palembang), Sin-t'o (Sunda),
Lan-wu-li (Lamuri di Aceh), Kien-pi (Jambi) dan Si-lan (Kemboja).
Pengaruh
kuasa perdagangan Srivijaya di Lautan India telah membawa kepada penghijrahan
penduduk kepulauan Melayu ke Madagascar.[52] Selain itu, pengaruhnya juga
menjalar ke bahagian timur ke Borneo sehingga ke kepulauan Filipina,
terutamanya kepulauan Sulu dan Visayas. Pada kurun ke-10, Kerajaan Tondo yang
berada di bawah pengaruh Srivijaya telah ditubuhkan di Manila.
Zaman kejatuhan
Lakaran
Mural yang menggambarkan serangan tentera laut Chola ke atas Kota Kadaram
(Kedah Tua).
Akibat
dari kekacauan yang berlaku di pesisir pantai China ketika zaman kejatuhan
Dinasti Tang, bukan hanya aktiviti perdagangan orang Arab dan Parsi dengan
China terjejas teruk, malah Srivijaya juga menerima kesan besar darinya.
Walaupun ia masih menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka dan pesisir
utara Semenanjung Tanah Melayu, perdagangan dan kekayaannya mula merosot pada
penghujung kurun ke-9 dan awal kurun ke-10. Menjelang tahun 925 masihi, tiada
lagi komuniti pedagang asing di China, kekacauan dan pelanunan semakin
menjadi-jadi selama beberapa dekad berikutnya di sepanjang pesisir selatan
China. Pada penghujung kurun ke-10, perdagangan dengan Asia Selatan dan Asia
Tenggara mula pulih dengan peranan Dinasti Song Selatan di China, bagaimanapun
ia menimbulan persaingan yang serius di antara Srivijaya dengan Kerajaan Medang
di Jawa Timur dan Wangsa Chola di India selatan. Ketiga-tiga kerajaan bersaing
merebut laluan perdagangan dengan China yang baru pulih.
Di
antara tahun 1003 dan 1018, Srivijaya menghantar 7 utusan ke China,
mengiklankan produk-produk Asia Selatan beserta dengan barangan wangi, rempah
dan lada. Kerajaan Medang juga cuba menjalin hubungan perdagangan langsung
dengan China manakala Chola pula menghantar satu utusan ke sana pada tahun
1015. Akibat dari persaingan tiga segi ini, Srivijaya menyerang dan
menghancurkan kerajaan Medang pada tahun 1006, namun ia diserang pula oleh
angkatan laut Chola di bawah Rajendra Chola I pada tahun 1025. Angkatan laut
Chola menyeberang Teluk Bengal, menjarah ibu kota Srivijaya di Kadaram, dan
menawan Maharajanya, Sri Sangrama Vijayatunggavarman. Selain Kadaram, Pannai di
Sumatera dan Malaiyur di Semenanjung Tanah Melayu juga diserang.[56]. Inskripsi
Tanjore yang bertarikh 1030 masihi ada menceritakan tentang kempen ketenteraan
Chola ini:
"..pada
tahun ke-22 pemerintahan Kopparakesarivanmar sri Rajendra Sola Deva,
yang,-..menakluk dengan tenteranya yang hebat, Idaiturai-nadu,
Varanasi..dll..dan yang menghantar kapal-kapal mengharungi lautan bergelora dan
menawan Sangirama-vijaiyattungopanma, Raja Kidaram, bersama dengan
gajah-gajahnya..,membawa pulang timbunan besar harta rampasan perang,
Vichchadira-ttorana pada pintu gerbang di kota musuh yang sangat besar, set
gerbang wiket dihiasi permata yang indah, set pintu dengan permata yang besar;
sri-Vijaiyam yang luas; Pannai yang diairi sebuah sungai; Malaiyur purba yang
kubunya terletak di atas bukit yang tinggi; Māyirudingam, dengan kubu parit
dari air laut yang mengelilinginya; Ilangāsōbam, dengan semangat juangnya yang
kental; Māppappālam, yang memiliki air yang banyak sebagai benteng pertahanan;
Mēvilambangam, yang kubu pertahanannya sangat kukuh; Valaippandūru, yang
terletak di tengah-tengah hutan belantara; Talaittakolam, yang disanjung para
ilmuan; Madamalingam, dengan semangat keperwiraannya yang kental;
Nilamuri-desam, yang kekuatan luar biasanya, meningkat dengan amarah;
Mānakkavāram yang memiliki taman-taman, di mana bunga-bunga dipenuhi madu;
Kidaram, yang sangat hebat kekuatannya, dikawal oleh pahlawan-pahlawan yang
memakai gelang di kaki,.."
Penerangan tentang serangan ke atas Srivijaya oleh Wangsa Chola dalam Inskripsi
Tanjore.
Dalam
masa 100 tahun, beberapa lagi serangan telah dilancarkan oleh Wangsa Chola ke
atas Semenanjung dan Sumatera. Meskipun dipaksa berperang secara defensif dalam
tempoh yang sangat lama, kekuatan Srivijaya yang terletak di pulau-pulau yang
mengawal selat-selat, tidak mampu dimusnahkan sepenuhnya oleh angkatan Chola
yang kuat. Serangan-serangan Chola selama 100 tahun ini boleh dianggap sia-sia
kerana ia tidak membawa kepada pendudukan efektif Wangsa Chola di Kepulauan
Melayu, sebaliknya ia hanya mampu melemahkan kedudukan Srivijaya bahkan
melemahkan kuasa Chola sendiri dan membuka peluang kepada penguasaan orang
Islam di Lautan Hindi.[55]
Kelemahan
Srivijaya telah menyebabkan banyak negeri lindungannya membebaskan diri dari
kekuasaannya, beberapa kerajaan serantau lain yang kuat juga mula muncul
menyainginya, seperti Kediri dan kemudiannya Singhasari. Kerajaan-kerajaan ini
yang berasaskan pertanian, adalah berbeza dengan Srivijaya yang sangat
bergantung pada perdagangan pesisir dan jarak jauh. Kekuatan tentera Srivijaya
yang semakin lemah juga menyebabkan ia tidak mampu lagi mempertahankan dirinya
dari serangan-serang dua kerajaan yang kuat: Sukhotai Siam di utara dan
Singhasari di selatan. Sukhotai menawan Ligor, Takuapa dan lain-lain bandar
pelabuhan di Segenting Kra. Singhasari pula menawan kebanyakan wilayah di bawah
ketuanan Srivijaya di Jawa dan Sumatera. Pada tahun 1288, Singhasari melancarkan
Ekspedisi Pamalayu untuk menawan negeri-negeri Melayu di Sumatera. Menjelang
tahun 1292, empayar ini telah runtuh sepenuhnya, Marco Polo yang melawat
kepulauan Melayu pada tahun tersebut tidak ada menyebut langsung tentang
Srivijaya.[55] Begitu juga dengan Kakawin Nagarakretagama yang dikarang pada
tahun 1365, tidak lagi menyebut tentang Srivijaya untuk wilayah-wilayah yang
dulunya di bawah ketuanan Srivijaya.
Warisan
Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.
Berakhirnya
Kerajaan Srivijaya tidak bermakna tamatnya tradisi pemerintahan istana Melayu.
Beberapa percubaan untuk menghidupkan kembali Srivijaya telah dilakukan oleh
waris-waris diraja Srivijaya yang menjadi pelarian di negeri-negeri yang masih
setia. Pada tahun 1293, Majapahit yang merupakan pengganti Singhasari menguasai
sebahagian besar Sumatera. Putera Adityawarman diberi tanggungjawab memerintah
Sumatera pada tahun 1347 oleh pemerintah ketiga Majapahit, Tribhuwana
Wijayatunggadewi. Satu pemberontakan yang berlaku pada tahun 1377 berjaya
dipatahkan oleh Majapahit. Pada tahun 1324, Sang Nila Utama yang mendakwa dari
keturunan diraja Srivijaya dari Bentan, bersama para pengikut dan tenteranya
yang terdiri dari Orang Laut, telah menubuhkan Kerajaan Singapura Lama di
Temasek. Menurut Sejarah Melayu dan ahli sejarah China, Wang Ta Yuan, orang
Siam menyerang kerajaan Singapura di antara tahun 1330 hingga 1340, namun
berjaya dikalahkan. Serangan Majapahit pada penghujung abad ke-14 bagaimanapun
berjaya menundukkan kerajaan ini, dan Rajanya yang terakhir, Parameswara
terpaksa melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu.
Parameswara kemudiannya mengasaskan
Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1402.
Kesultanan
Melayu Melaka akhirnya menggantikan kedudukan Srivijaya sebagai kuasa politik
Melayu yang utama di kepulauan Melayu. Walaupun Kesultanan Melaka jatuh pada
tahun 1511, Melaka kekal menjadi suatu prototaip institusi: satu paradigma tata
urus negara dan satu titik rujukan budaya Melayu untuk negeri-negeri pengganti
seperti Kesultanan Johor (1528–kini), Kesultanan Perak (1528–kini) dan Kesultanan
Pahang (1470–kini).
Peninggalan
terpenting kerajaan Srivijaya berkemungkinan besar adalah Bahasa Melayu itu
sendiri. Selama beberapa abad, melalui penaklukan, kuasa ekonomi dan kekuatan
ketenteraannnya, Srivijaya memainkan peranan besar dalam menyebarkan Bahasa
Melayu Kuno ke seluruh pelusuk Kepulauan Melayu. Ia menjadi bahasa utama perdagangan
dan lingua franca, digunakan di banyak pelabuhan dan pusat perniagaan di rantau
ini.[62] Bahasa Melayu kemudiannya semakin berkembang maju semasa era pengganti
Srivijaya, Kesultanan Melayu Melaka. Era Kesultanan Melaka menyaksikan pengaruh
Islam yang kuat dalam Bahasa Melayu, dengan kemasukan banyak perkataan pinjaman
dari Bahasa Arab dan Parsi. Perkembangan ini menghasilkan Bahasa Melayu Klasik
yang kemudiannya menjadi asas kepada Bahasa Melayu Moden yang digunakan dengan
meluas hari ini di Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand.
Nasionalis
moden di Indonesia melihat Srivijaya serta Majapahit, sebagai sumber kebanggaan
masa lalu Indonesia.[64] Srivijaya menjadi fokus kepada kebanggaan nasional dan
identiti serantau, terutamanya kepada penduduk Palembang khususnya, dan kepada
semua Orang Melayu amnya. Bagi penduduk Palembang, Srivijaya telah menjadi
sumber inspirasi kesenian untuk lagu Gending Sriwijaya dan tarian tradisional.
Hal
yang sama berlaku di Thailand, di mana tarian "Sevichai" (Thai:
Sriwijaya) telah dihidupkan semula berdasarkan keanggunan seni budaya Sriwijaya
purba. Warisan Sriwijaya kini diraikan dan sering dikaitkan dengan minoriti
Melayu di Selatan Thailand. Di antara contoh rumah-rumah ibadat yang dibina
berasaskan kesenian Sriwijaya ialah Phra Borom Mathat di Chaiya (abad ke-9 -
ke-10), Wat Kaew Pagoda, dan Wat Long Pagoda. Wat Mahathat yang asal di Nakhon
Si Thammarat (salah sebuah bandar Sriwijaya) kini telah dilitupi oleh bangunan
dengan gaya Sri Langka yang lebih besar.
Di
Indonesia, nama "Srivijaya" diabadikan pada jalan-jalan di banyak
bandar dan telah menjadi sinonim dengan Palembang dan Sumatera Selatan.
Universiti Sriwijaya yang ditubuhkan pada tahun []1960]] di Palembang,
dinamakan bersempena nama Sriwijaya. Kodam Sriwijaya (unit komando), PT Pupuk
Sriwijaya (syarikat pengeluar baja), Sriwijaya Post (akhbar harian di
Palembang), Sriwijaya Air (syarikat penerbangan), Stadium Gelora Sriwijaya, dan
Sriwijaya FC (kelab bola sepak Palembang), semuanya dinamakan demikian untuk
menghormati dan memuliakan empayar maritim purba ini.
Senarai Maharaja-Maharaja Sriwijaya
Tahun Nama Raja Ibu kota Batu bersurat dan catatan
dari negara luar serta peristiwa yang berlaku :
671–692 Sri
Jayanaga Sriwijaya
Catatan
perjalanan I-Tsing dari tahun 671 hingga 685, Penaklukan Malayu, Penaklukan
Jawa
Batu
Bersurat Kedukan Bukit (683),
Batu
Bersurat Talang Tuwo (684),
Batu
Bersurat Kota Kapur (686),
Batu
Bersurat Karang Brahi, Batu Bersurat Palas Pasemah.
692-702 Sri
Dhiraja Sriwijaya
702–728 Sri
Indrawarman Sriwijaya (Che-li-to-le-pa-mo
, Shih-li-fo-shih)
Utusan
ke China 702-716, 724
Utusan
ke Khalifah Muawiyah I, Umaiyah dan Khalifah Umar bin Abdul Aziz
728–775 Rudra
Vikraman Sriwijaya (Lieou-t'eng-wei-kong, Shih-li-fo-shih)
Utusan
ke China 728-742
732 Empayar Sriwijaya diserang oleh Sanjaya
dan menjadi jajahan Empayar Tanah Sri
Indah Sekebun Bunga yang diperintah oleh Sri Putera
775–792 Sri
Dharmasetu Sriwijaya
Pindah
ke Jawa Dinasti Sailendra mengantikan
Dinasti Sanjaya
792-833 Samaratungga Jawa
Batu
Bersurat Karang Tengah, tahun 824.
Candi
Borobudur disiapkan, 825
833-856 Kebangkitan Wangsa Sanjaya, Rakai
Pikatan memerangi Balaputradewa dari Wangsa Sailendra
856-(?) Balaputradewa Sriwijaya
Kehilangan
kuasa di Jawa dan kembali ke Palembang
(860) Prasasti
Nalanda
960 Sri Udayadityavarman Sriwijaya (Se-li-hou-ta-hia-li-tan)
Utusan
ke China 960 dan 962
988 Sri Chulamanivarman Sriwijaya (Se-li-chu-la-wu-ni-fu-ma-tian-hwa)
Utusan
ke China 988-992-1003
990
Jawa menyerang Sriwijaya, membina tokong untuk Kaisar China,
(1044) Prasasti Leiden
1008 Sri Mara Vijayatunggavarman Sriwijaya (Se-li-ma-la-pi)
Kataha Utusan ke China 1008
1025 Sri Sangrama Vijayatunggavarman Sriwijaya
Kataha Diserang oleh Rajendra Chola I dan ditawan
Prasasti
Tanjore pada candi Rajaraja, Tanjore
Empayar Tanah Sri Indah Sekebun Bunga
Empayar
Tanah Sri Indah Sekebun Bunga merupakan serpihan daripada Sriwijaya. Empayar
ini wujud pada tahun 692 M.
Kewujudan
Pada
tahun 692, Sri Jayanaga telah mangkat di dalam peperangan Muka Selat Madura.
Empayar Sriwijaya telah dipecahkan mengikut geografi iaitu bahagian daratan dan
kepulauan. Bahagian daratan telah dirajai oleh Sri Dwipantra yang memerintah
dari Valai Penjuru dan bahagian kepulauan dirajai oleh adik baginda, Sri
Dhiraja yang memerintah dari Kota Matajap.
Empayar
Sriwijaya di bahagian daratan telah mengalami perpecahan yang lebih besar
dengan berlakunya pemberontakan dari Khemra Hilir dan Khemra Hulu, Dvaravati
dan Arimadana. Hanya Segenting Kra dan Semenanjung sahaja yang taat. Pada
ketika itu, terdapat pertikaian telah berlaku dengan empayar kepulauan.
Ketika
zaman krisis ini, nama Valai Penjuru telah diubah nama kepada Medang Bhumi atau
Amdan Negara. Empayar ini mengalami peralihan zaman dan ianya telah melahirkan
dua nama yang berbeza iaitu empayar daratan telah mengubah namanya kepada
Empayar Tanah Sri Indah Sekebun Bunga manakala empayar kepulauan ini tetap
dengan nama Sriwijaya.
Pemerintah
Sri
Dwipantra 692-715
Sri
Putera 715-799
Sang
Ratu Sanjaya 799-829
Empayar
ini disebut dalam catatan Arab sebagai Zabag atau Zabaj.
Pengakhiran
Pada
tahun 829, Sang Ratu Sanjaya telah mangkat di Medang Bhumi. Baginda telah
berwasiat agar empayar baginda dinamakan Empayar
Sampugita.
Empayar Sampugita
Empayar
Sampugita merupakan kesinambungan bagi Empayar Tanah Sri Indah Sekebun Bunga.
Empayar ini diwujudkan pada 829 M.
Sang
Ratu Sanjaya telah berwasiat agar empayar ini diberi nama Sampugita iaitu
singkatan Sang Bunga Gita dalam Bahasa Melayu-Sanskrit. Ianya bermaksud
Nyanyian Sang Bunga.
Maksud
bunga dalam ayat ini adalah merujuk kepada bunga teratai yang juga lambang
Sriwijaya. Empayar ini telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Kerajaan
China pada 905 M seperti yang dinyatakan dalam Sung Shih. Orang Cina merujuk
empayar ini sebagai san-fo-chi dan orang Arab merujuk empayar ini sebagai Zabag
atau Zabaj, sama seperti Empayar Tanah Sri Indah Sekebun Bunga.
Sejarah Empayar
Abad ke-9 dan 10
Catatan
Arab dalam abad ke-9 dan 10 menunjukkan pusat pemerintahan empayar ini terletak
di Medang Bhumi. Seorang saudagar Arab yang bernama Sulaiman telah mencatat
dalam bukunya pada 851 M menyatakan bahawa pada suatu masa, Raja Qamar (Khemra)
telah menunjukkan reaksi untuk menderhaka kepada Maharaja Zabaj. Apabila berita
ini diketahui, baginda telah menyiapkan angkatan laut dengan helah untuk
membuat lawatan ke kepulauan, tetapi sebaliknya baginda telah menyerang Khemra
dengan 1000 buah kapal berukuran sederhana dan berjaya menawan rajanya,
kemudian dibunuh. Nama baginda telah digeruni sehingga ke negara China dan
India kerana tindakan ini.
Riwayat
ini telah dipetik oleh Abu Zaid Hassan, disiarkan dalam bukunya yang ditulis
dalam 916 M. Menurut Abu Zaid, Zabaj terletak sejauh 10 hari pelayaran dari
Khemra (Kemboja). Jarak itu adalah sesuai dengan pelayaran dari Medang Bhumi ke
ibu kota Khemra yang terletak tidak jauh dari Phom Penh.
Abad ke-10 dan abad ke-11
Pada
penghujung abad ke-10 hingga awal abad ke-11, Empayar Sampugita ini telah
berpecah belah antara daratan dan kepulauan. Perpecahan ini berlaku ekoran
perubahan polisi pentadbiran yang menyeluruh berupa pemberian kemerdekaan
secara sukarela oleh seorang Sri Maharaja kepada saudara-saudara dan kaum
kerabatnya yang hampir diangkat menjadi raja-raja merdeka.
Akhir
abad ke-10, Sri Maharaja tersebut telah memberi kemerdekaan kepada Campa dan
Pulau Varuna (Kalimantan) Timur dan Utara serta seluruh kepulauan Danu
(Filipina) yang diletakan di bawah Raja Varuna (Brunei). Terdapat juga
pemberian kemerdekaan kepada Raja Pulau Jawa, dengan menggabungkan Kepulauan
Nusa Tenggara, Kepulauan Maluku, Pulau Irian, Pulau Sulawesi dan Pulau Varuna
(Kalimantan) Barat dan Selatan.
Sri
Maharaja ini juga telah memberi kemerdekaan kepada Maharaja Sriwijaya dalam
1018 M dengan kawasan pentadbiran merangkumi seluruh Kepulauan Sumatera dan
Kataha yang juga merupakan pusat perdagangan yang penting waktu itu.
Sri
Maharaja ini hanya mengekalkan Empayar Sampugita meliputi Semenanjung kecuali
Kataha, Segenting Kra, Dvaravati (Thailand Tengah dan Utara) dan Pagan (Burma)
Selatan.
Dalam
abad ke 11, selepas serangan Rajendra Chola, Raja Pandya di India Selatan ke
atas Sumatera, Semenanjung dan Segenting Kra yang berakhir dalam 1030 M,
wilayah Sriwijaya yang berpusat di Palembang bangkit dan menyatukan seluruh
kepulauan. Serangan balas atas negara Pandya dibuat bersama-sama Empayar Sampugita.
Dalam
abad ke-11 juga, nama Medang Bhumi mula lenyap. Menurut riwayat tradisi dalam
zaman ini orang melihat suatu pancaran sinar yang kuat pada waktu malam yang
memancar dari Bukit Panau yang berbentuk saji terus menjulang ke langit.
Maharaja Sampugita pada zaman itu mengubah nama negara pusatnya menjadi Medang
Kilatan Saji. Nama ini kemudiannya menjadi Kilatan sahaja. Nama ini tertera
dalam duit emas bertarikh 1181 M ditulis dengan huruf Arab "كلتن" (K.L.T.N).
Abad ke-12 dan 13
Ibu
Empayar Sampugita telah berubah bermula pada abad ke-12 dari Yawakotti (lihat
Ibu empayar).
Pada
1201 M, Sultan Muhammad Shah II telah menawan Kadaram dan menyerang Pulau
Sandra Baba Kiyai (Sri Langka). Baginda juga mengambil alih Pulau Maldives.
Maharaja
Srimat Trailokyaraja Mauli Bhusana Warma Dewa yang memerintah dari Chaiya
(1183-1233) telah berusaha menyatukan kawasan daratan dan kepulauan. Empayar
baginda dinamakan Kerajaan Dharmasraya.
Pengakhiran
Empayar
ini kemudian diperintah oleh Raja Surendra (1233-1253). Raja Surendra telah
menamakan empayarnya sebagai Empayar Jawaka.
Ibu Empayar
Tahun 829-1183
Yawakotti
829-1030
Gangga
Negara 1030-1183
Tahun 1183-1233
Jambi
1183
Kawasan
Kalah, Segenting Kra 1183-1233
Tahun 1233-1250
Kawasan
Kalah, Segenting Kra 1233-1250
Dinasti Kerajaan Dharmasraya
Pulau
Sumatera dari 1233
Palembang
Kota Palembang
Kota
Palembang adalah salah satu bandar besar di Indonesia yang juga merupakan ibu
kota wilayah Sumatera Selatan. Bandar ini dahulu pernah menjadi pusat Kerajaan
Sriwijaya, sebelum kemudian berpindah ke Jambi. Bukit Siguntang, di bahagian
barat Kota Palembang, hingga sekarang masih dikeramatkan banyak orang dan
dianggap sebagai bekas pusat kesucian di masa lalu.
Palembang
merupakan bandar tertua di Indonesia, hal ini didasarkan dari Batu Bersurat
Kedukan Bukit yang diketemukan di Bukit Siguntang sebelah barat Kota Palembang,
yang menyatakan pembentukan sebuah wanua yang ditafsirkan sebagai kota yang
merupakan ibukota Kerajaan Sriwijaya pada tarikh 16 Jun 682 Masihi. Maka tarikh
tersebut dijadikan patokan hari lahir Kota Palembang.
Bandar
ini diserang beberapa kali oleh kekuatan asing, di mana kerosakan terparah
terjadi saat penyerangan pasukan Jawa tahun 990 dan pencerobohan kerajaan Chola
tahun 1025. Namun sekarang bandar ini tengah berbenah dan semakin mempercantik
diri untuk menjadi sebuah bandar antarabangsa.
Kota
Palembang sendiri sampai saat ini menjadi pusat pelancongan air terindah yang
berjuluk "Venice of the East". Setelah Palembang menjadi bagian
kerajaan Majapahit sejak tahun 1293, kota ini amat dipengaruhi oleh budaya
Jawa. Pengaruh Jawa ini kelak sehingga hari ini dalam kebudayaannya. Kota
Palembang kini mempunyai masyarakat Cina yang besar. Makanan istimewa daerah
Palembang adalah pempek Palembang, Kemplang, Model, Tekwan.
Nama Palembang dari masa ke masa
1225
bertulis Palinfong
1345
- 1350 karya "Wong Ta Yuan" berjudul "Toa Cih Lio",
Palembang disebutnya "Polinfong"
1416
"Ying Yai Shueng" menulis "Polinfang"
Pada
zaman Belanda dijuluki "Bandar Pulau" (De Stad Der Teintig Eilanden)
sebutan lain adalah "Venice Timur", sebutan nama ini kerana
keberadaan sungai Musi yange memisahkan daerah Seberang Ulu dan Seberang Ilir,
serta kerana penduduk tempatan dahulu senantiasa bepergian dengan perahu
seperti di Venice.
Terdapat
sebatang sungai yang dikenali sebagai sungai Musi mengalir di bandar Palembang.
Sejarah
Fasa Kerajaan Sriwijaya
Prasasti
Kedukan Bukit bernombor 682 Masihi merupakan prasasti tertua yang dijumpai di
Palembang. Prasasti ini menceritakan adanya pasukan besar yang datang dari
Minanga Tamwan dengan perasaan suka cita. Sejarawan merujuk nombor pada
prasasti ini sebagai hari lahir Sriwijaya, walaupun kemungkinan Palembang telah
menjadi ibu kota kerajaan sebelum tahun tersebut.
Pada
tempoh 850 - 1025 Masihi, Palembang merupakan bandar terkaya di Asia Tenggara,
hal ini seiring dengan kemakmuran perdagangan Kerajaan Sriwijaya. Selain
menjadi pusat perdagangan Timur Jauh, pada masa ini Palembang juga menjadi
pusat pengajaran agama Buddha. Para pelajar dari China lebih banyak singgah di
bandar ini untuk mempelajari agama Buddha sebelum melanjutkannya di India.
Pada
tahun 990, Dharmawangsa dari Kerajaan Medang menyerang Palembang. Pada
penyerangan ini istana kerajaan diserbu dan Palembang luluh lantak. Namun
Culamanivarmadeva, raja yang berkuasa ketika itu, dapat menguasai keadaan dan
memukul balik pasukan Jawa untuk kembali ke Medang. Palembang yang makmur itu
kembali mendapat serangan dari pihak asing. Rajendra Chola dari Kerajaan Chola
menjarah Palembang pada tahun 1025. Setelah menghancurkan Palembang dan menawan
rajanya, tentera Chola menjarah harta kerajaan yang melimpah ruah sebagai harta
rampasan perang.
Dengan
penyerangan ini situasi kerajaan tidak terkawal yang mengakibatkan pindahnya
ibukota Sriwijaya ke Jambi. Sejak perpindahan ini Palembang hanya menjadi
bandar pelabuhan sederhana yang tidak bererti lagi bagi para peniaga asing.
Fasa Runtuhnya Kerajaan Sriwijaya
Setelah
keruntuhan Sriwijaya, tidak ada kuasa besar yang mengawal bandar. Pada masa itu
di Palembang dan sekitarnya bermunculan kuasa-kuasa tempatan seperti kumpulan
Panglima Bagus Kuning di hilir Sungai Musi, kumpulan Si Gentar Alam di daerah
perbukitan, kumpulan Tuan Bosai dan Junjungan Kuat di daerah hulu Sungai
Komering, kumpulan Panglima Gumay di sepanjang Bukit Barisan, dan sebagainya.
((fact)) Selain itu beberapa peniaga China menjadikan bandar ini sebagai
pangkalan perniagaan mereka. Orang Laut juga menjadikan Palembang sebagai
markas mereka sebagai bajak laut.
Pada fasa inilah muncul putera Sriwijaya
yang terakhir, Parameswara. Setelah penyerangan Majapahit ke Palembang,
Parameswara bersama Sang Nila Utama pergi melarikan diri ke Tumasik. Di sana ia
membunuh gabenor Tumasik yang berkebangsaan Thai. Sewaktu pasukan Thai akan
menyerang Tumasik, Parameswara bersama pengikutnya pindah ke Melaka di
Semenanjung Malaya, dan mendirikan Kerajaan Melaka. Parameswara memeluk Islam
untuk berkahwin dengan puteri Samudera Pasai dan mengganti namanya menjadi
Sultan Iskandar Shah. Melaka berkembang pesat pada abad ke-15 sehingga
Parameswara menjadi sebagai penguasa tunggal perairan Selat Melaka dan
sekitarnya, bahkan Palembang akhirnya berada di bawah pengaruhnya.
Fasa Kesultanan Palembang Darussalam
Hancurnya
Majapahit di Jawa secara tidak langsung memberikan andil pada kekuatan lama
hasil dari Ekspedisi Pamalayu di Sumatera. Beberapa tokoh penting di balik
hancurnya Majapahit seperti Raden Patah, Ario Dillah (Ario Damar), dan Pati
Unus merupakan tokoh-tokoh yang erat kaitanya dengan Palembang. Setelah
Kesultanan Demak yang merupakan pengganti Majapahit di Jawa berdiri, di
Palembang tak lama kemudian berdiri pula Kesultanan Palembang Darussalam dengan
"Susuhunan Abddurrahaman Khalifatul Mukmiminin Sayyidul Iman" sebagai
raja pertamanya. Kerajaan ini mengahwinkan dua kebudayaan, maritim peninggalan
dari Sriwijaya dan agraris dari Majapahit dan menjadi pusat perdagangan yang
paling besar di Semenanjung Melayu pada masanya. Salah satu raja yang paling
terkenal pada masa ini adalah Sultan Mahmud Badaruddin II yang sempat menang
tiga kali pada pertempuran melawan Eropah (Belanda dan Inggeris).
Fasa Kolonialisme
Setelah
jatuhnya Kesultanan Palembang Darussalam pasca kekalahan Sultan Mahmud
Badaruddin II pada pertempuran besar yang melibatkan Jeneral de Kock, Palembang
nyaris menjadi kerajaan bawahan. Beberapa sultan selepas Sultan Mahmud
Badaruddin II yang menyatakan menyerah kepada Belanda, berusaha untuk
memberontak tetapi kesemuanya gagal dan berakhir dengan pembumihangusan
bangunan kesultanan. Setelah itu Palembang dibahagikan menjadi dua Keresidenan
besar, dan pemukiman di Palembang dibahagi menjadi daerah Ilir dan Ulu.
Sang Nila Utama
Sang
Nila Utama ialah seorang putera dari keturunan diraja Srivijaya yang menubuhkan
kerajaan Singapura lama pada tahun 1324. Baginda ialah anak kepada pasangan Sri
Nila Pahlawan (Sri Maharaja Sang Sapurba Paduka Sri Trimurti Tri Buana) dan Wan
Sendari (anak kepada Demang Lebar Daun pemerintah Palembang).
Salasilah
keturunan Parameswara keatas.
Asal usul
Menurut
Sejarah, Sri Nila Pahlawan dari keturunan Raja muncul di Bukit Siguntang
Mahameru bersama dua saudaranya, Sri Nila Utama dan Sri Krishna Pandita.
Pada
masa itu, Palembang diperintah oleh seorang Raja bernama Demang Lebar Daun.
Apabila mendengar khabar ada anak raja besar keturunan Iskandar Zulkarnain
turun di Bukit Siguntang, baginda pun terus ke sana untuk bersemuka dan
mengambil berkat kebesaran anak raja itu. Nila Pahlawan kemudiannya berkahwin
dengan anak kepada Demang Lebar Daun dan Tuan Telanai bernama Wan Sendari.
Baginda kemudiannya mengambil alih takhta Palembang dari Demang Lebar Daun
selepas satu sumpah setia. Baginda memakai gelaran "Sri Maharaja Sang
Sapurba Paduka Sri Trimurti Tri Buana" (Sang Sapurba).
Sri
Nila Pahlawan dikurniakan 5 orang anak iaitu Sang Maniaka, Sang Nila Utama,
Puteri Chandra Dewi, Puteri Sri Dewi dan Puteri Mengindra Dewi.
Selepas
serangan hebat tentera Majapahit pada kurun ke-13, baginda dan keluarga diraja
yang lain berpindah ke Bintan dan baginda mangkat di sana. Baginda digantikan
putera keduanya, Sang Nila Utama yang memakai gelaran "Sri Maharaja Sang
Utama Parameswara, Batara Sri Tri Buana".
Menubuhkan Singapura lama
Ketika
pergi memburu di sebuah pulau, Sang Nila Utama ternampak seekor rusa dan
mengejarnya sehingga baginda sampai ke sebuah batu besar. Baginda membuat
keputusan memanjat batu tersebut hingga ke puncaknya lalu ternampak sebuah
pulau lain dengan pantai yang putih dan cantik.
Baginda
diberitahu oleh salah seorang menterinya yang pulau itu ialah Temasek. Baginda
membuat keputusan untuk melawat pulau tersebut namun dalam pelayaran ke sana
kapal baginda dipukul ribut yang kuat dan dimasuki air.
Untuk
mengelakkan kapal itu dari karam, pengiring baginda membuang semua barangan
berat ke dalam laut untuk meringankan kapal. Bagaimanpun, kapal itu masih
dimasuki air dan karam sedikit demi sedikit. Atas nasihat nakhoda kapal,
baginda membuang mahkota kerajaan yang berat ke dalam laut, serta merta ribut
berhenti dan mereka selamat sampai ke Temasek.
Baginda
mendarat di muara sungai Singapura sekarang dan terus menuju ke hutan untuk
memburu haiwan liar. Tiba-tiba baginda ternampak binatang pelik yang berbadan
merah, berkepala hitam dan berdada putih. Binatang itu kelihatan sangat cantik
dan bergerak dengan pantas hilang ke dalam hutan.
Baginda
bertanyakan tentang binatang itu kepada Bendahara lalu diberitahu yang ia
seekor singa. Bagaimanapun, kajian terbaru di Singapura menunjukkan singa tidak
pernah hidup di situ, apa yang mungkin ternampak oleh Sang Nila Utama ialah
seekor harimau malaya.
Merasakan
ini adalah petunjuk yang baik, baginda memutuskan untuk membina sebuah kota
baru di Temasek dan menamakannya "Singapura". "Singa"
bersempena nama binatang yang dijumpai baginda dan "pura", satu
perkataan sanskrit bermaksud "kota" atau "bandar". Jadi
"Singapura" bermaksud kota singa atau bandar singa.
Sang
Nila Utama terus memerintah Singapura selama 48 tahun dan mangkat pada tahun
1372 dan dimakamkan di Bukit Larangan (hari ini Fort Canning Hill).
Warisan
Sang
Nila Utama telah berkahwin dengan puteri Demang Lebar Daun dari Palembang iaitu
Raden Ratna Cendera Puri, yang juga merupakan ibu saudara Sang Nila Utama dari
sebelah ibunya (adik-beradik Wan Sendari)[3]. Hasil perkahwinan dikurniakan
seorang putera bernama Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386).
Selepas
kemangkatan baginda Sang Nila Utama, 3 lagi Raja memerintah Singapura bermula
dari anakdanya iaitu Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), cucunya
Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir cicitnya Paduka Sri
Maharaja Parameswara (1399 - 1401).
Pada
tahun 1401, cicit baginda iaitu Paduka
Sri Maharaja Parameswara diusir dari Singapura selepas Majapahit berjaya
menawan Singapura. Baginda kemudiannya melarikan diri ke utara dan menubuhkan
kerajaan Melaka pada tahun 1402.
Sang
Nila Utama ialah anak kepada Sri Nila Pahlawan (Sang Sapurba) yang diceritakan
dalam Sejarah Melayu sebagai nenek moyang legenda Raja-raja Melayu. Dari
keturunan baginda, wujud dinasti-dinasti kerajaan di alam Melayu seperti
Melaka, Johor dan Perak. Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (2014 - sekarang) ialah keturunan langsung dari
Sultan Perak pertama, Sultan Muzaffar Shah I (1528 - 1549), iaitu salah seorang
putera Sultan Mahmud Shah (1488–1528), Sultan Melaka terakhir.
Pengasas dan Pengasasan Melaka
Parameswara
Parameswara
I (1399-1401[1] ) merupakan seorang Raja Temasek yang berketurunan diraja Empayar Sampugita. [2] [nota 1][3]
Baginda memeluk agama Islam apabila berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan
Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam
dalam tahun 1414.
Salasilah keturunan Parameswara keatas.
Pada
tahun 1399, cicit Sang Nila Utama, Dharmaraja
menaiki takhta kerajaan Temasek dengan gelaran Paduka Sri Maharaja Parameswara.
Bagaimanapun, pada tahun 1401, baginda telah melarikan diri dari Temasek
selepas serangan tentera Majapahit yang berkomplot dengan Bendahara yang belot,
Sang Rajuna Tapa.
Menetap di Hilir Melaka
Parameswara
melarikan diri ke Semenanjung Melaka untuk mendirikan penempatan baharu. Di
Muar, Parameswara berhasrat mendirikan penempatan di suatu kawasan bernama
Biawak Busuk tetapi diganggu oleh biawak yang terlalu banyak jumlahnya.[7]
Selepas itu, baginda memilih Kota Burok untuk dijadikan kawasan pentadbirannya,
namun gagal kerana kubu pertahanan yang cuba baginda dirikan runtuh
serta-merta. Setelah mendapati Muar tidak sesuai, baginda membatalkan hasratnya
dan meneruskan perjalanan ke utara. Baginda kemudian singgah di Sening Ujong
(Sungai Ujong) dan melantik seorang menteri untuk mewakilinya di sana.[8]
Kemudian baginda tiba di pinggir muara Sungai Bertam (Sungai Melaka), dan
disitu telah terdapat perkampungan Orang Laut atau nelayan dari puak kaum
Seletar. Di sinilah baginda menetap.
Menurut
Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja
Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya (Hindu). Pada tahun
1324, seorang putera Srivijaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah
menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah
selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari
Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang
Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud
"Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke
atas Palembang, Bentan dan Temasek. Terdapat tiga orang lagi Raja dari
keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira
Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang
terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401). Pada 1401, kerajaan
Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna
Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat
Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.
Menurut
"Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang
menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara
Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang
berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah
membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi
pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang
dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya,
beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat
perlindungan yang baru.
Menurut
Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang
pada tahun 1565, angkatan Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu
oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di
Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh
dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke (Sening Ujong atau nama lama
bagi Sungai Ujong]]). Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri
untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di muara Sungai Bertam (nama
lama bagi Sungai Melaka). Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan
mereka meminta Parameswara menjadi Raja.[5] Parameswara merasakan kedudukan
tempat itu amat baik untuk didirikan kerajaan. Tempat itu berhampiran dengan
laut yang menjadi laluan kapal dagang. Bekalan air bersih juga mudah diperoleh.
Selain itu, bentuk muka bumi yang berbukit-bukau boleh menjadi petunjuk kepada
pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka. Pokok Bakau dan Api-api
boleh dijadikan benteng semulajadi. Angin Monsun pula tidak mengganggu kegiatan
perdagangan kerana muara sungainya terlindung daripada tiupan angin tersebut.
Semasa
Parameswara sedang berehat di bawah pohon Melaka, Parameswara telah melihat
peristiwa anjing pemburuannya ditendang oleh seekor pelanduk.Peristiwa ini
dianggap luar biasa kerana seekor pelanduk kecil dapat mengalahkan seekor anjing.Oleh
itu, Parameswara memilih untuk mendirikan sebuah kerajaan. Parameswara
menamakan tempat itu Melaka bersempena dengan nama pokok beliau berteduh.
Parameswara
memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja
Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin dengan puteri Pasai, Indonesia. Pada
tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka
lawatan beliau untuk meneroka dunia.[perlu rujukan] Pada 1411, Parameswara
telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring
sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo. Maharaja Yung
Lo juga mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka.
Pemerintahannya
itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di
Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan
tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri
rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte
Barbosa yang berkata :
“ Sesiapa yang menguasai Melaka, dia
dapat menguasai perdagangan dunia ”
Faktor-faktor
yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana
pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur
Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat
berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula.
Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan
kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.
Perkembangan Melaka
Sultan Melaka Tempoh memerintah
Parameswara
(Raja
Iskandar Shah) 1400 – 1414
Megat
Iskandar Shah 1414 – 1424
Sultan
Muhammad Shah, Melaka 1424 –
1444
Sultan
Abu Syahid 1444 – 1446
Sultan
Muzaffar Shah 1446 – 1456
Sultan
Mansur Shah 1456 – 1477
Sultan
Alauddin Riayat Shah 1477 – 1488
Sultan
Mahmud Shah 1488 – 1511
Raja
Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya,
Megat Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera
baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad
Shah, Melaka" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau
diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja
Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan,
orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan
dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".
Kekanda
Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada
tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456)
menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.
Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu
seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada
ketika itu beragama Hindu.
Semasa
pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan
pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah
ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar.
Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh
Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka
dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam
tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah
dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau
berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada
perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
Hubungan dengan negara China
Antara
faktor yang menyumbang kepada perkembangan Melaka adalah kerana Melaka memiliki
hubungan yang dekat dengan Dinasti Ming di negara China, armada Ming berperanan
mengamankan jalur pelayaran Selat Melaka yang sebelumnya sering diganggu oleh
kumpulan perompak dan bajak laut[6]. Di bawah perlindungan Ming, Melaka
berkembang menjadi pelabuhan penting di pesisir barat Semenanjung Malaya yang
tidak dapat disentuh oleh Majapahit dan Ayutthiya. Hubungan diplomatik antara
Melaka dan China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada
tahun 1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan
1409. Parameswara memohon perlindungan daripada China. Melaka bersetuju menjadi
negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti. China telah
mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda
pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka. Melaka juga menghantar utusan ke
China.
Berdasarkan
Sulalatus Salatin, kerajaan ini merupakan kelanjutan daripada Kerajaan Melayu
di Singapura, kemudian serangan Jawa dan Siam menyebabkan pusat pemerintahan
berpindah ke Melaka. Dinasti Ming mencatat Parameswara sebagai pendiri Melaka
mengunjungi maharaja Yongle di Nanjing pada tahun 1405 dan meminta pengakuan
atas wilayah kedaulatannya.[8] Sebagai balasan upeti yang diberikan, maharaja
China menyetujui untuk memberikan perlindungan kepada Melaka,[9] kemudian
tercatat ada sampai 29 kali utusan Melaka mengunjungi maharaja Cina.
Kegemilangan Kesultanan Melaka
"Maka
segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu
ramai bandar Melaka ketika itu".
Pada
tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan
kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting
bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja
China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk
dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan
Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke
negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458
bersama-sama 500 orang pengiring.
Salah
satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya
kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang
Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang
Baba dan Nyonya pada hari ini.
Semasa
pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan
terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar
Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan.
Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan jajahan telah dikuasai
oleh Melaka pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga
kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.
Pentadbiran yang sistematik
Bagi
melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka, Sultan Melaka telah mengadakan
satu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem Pembesar
Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar
yang menjadi pegawai tadbir Kerajaan Melaka. Dalam sistem pentadbiran ini,
sultan mengetuai teraju pemerintahan. Baginda dibantu oleh empat orang pembesar
yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Mereka terdiri daripada Bendahara,
Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar Berempat dibantu oleh
Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh Dua.
Kejayaan Melaka
Melaka pada kemuncak zaman kegemilangannya.
Selepas
Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada
Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada
faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai
kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain
seperti Siam dan Srivijaya. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan
kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang
dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari
Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi
kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk
mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan
infrastruktur yang moden.
Keupayaan
Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah
kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada
kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor,
Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat
daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan
agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai
satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis
serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16
Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka
bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi
juga dari segi perluasan wilayah.
Kejayaan
Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam
tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan,
menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan
juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat
lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka
adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi
asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan
pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.
Kejatuhan Melaka
Pada
tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak
kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun
Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang
Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih
kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang
mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang
masih muda. Oleh itu, baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal
pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.
Pada
tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal daripada Angkatan
diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba
di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan.
Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik
gadis-gadis dan mencuri di samping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah
kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka.
Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.
Pada
10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari Goa, India diketuai
oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa
permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh
Sultan Mahmud Shah. Permintaan-permintaannya ialah pembebasan semua
tawanan-tawanan Portugis, meminta agar Sultan Melaka membayar ganti rugi dan
izin untuk mendirikan kubu pertahanan di Melaka, A Famosa. Selepas 10 hari
mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Kekalahan
Melaka adalah disebabkan maklumat kekuatan pertahanan Melaka telah dibocorkan
oleh Si Kitol. Sultan Ahmad Shah, ayahandanya Sultan Mahmud Shah dan pengikut
mereka telah berundur ke Muar dan kemudian ke Pahang di pantai timur di mana
beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.
Kemudiannya,
Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor
selepas kemangkatan anaknya sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka.
Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik
(Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan daripada kawasan-kawasan
sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan
Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada
tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak
Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
Pada
1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar dengan
ketuannya Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud
Shah melarikan diri ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin
Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan
yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda
Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk
menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.
Sultan
Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.
Senarai Sultan Johor
Wangsa Warisan Kesultanan Melaka
Sultan Mahmud Shah - (1511 - 1528)
Sultan
Mahmud Shah, Sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka
Sultan Melaka Ke-8 dan Sultan Johor Pertama
Pemerintahan Kesultanan Melaka: 1488-1511
Kerabat Diraja Melaka
Sultan
Mahmud Shah (memerintah 1488-1511) (mangkat 1528) merupakan Sultan Melaka ke-8
dan terakhir, adalah putera kepada Sultan Alauddin Riayat Shah. Selepas
kemangkatan ayahandanya pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah yang masih muda
mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan
yang unggul di Asia Tenggara. Semasa baru mula-mula menjadi sultan, Sultan
Mahmud Shah dikenali kerana sikapnya yang kejam. Mujurlah pentadbiran Melaka
pada ketika itu berada di tangan Bendahara Tun Perak yang bijaksana dan
berkebolehan. Selepas kematian Tun Perak pada tahun 1498, Tun Mutahir dilantik
menjadi Bendahara Melaka yang baru.
Baginda
juga terkenal kerana ingin beristerikan Puteri Gunung Ledang. Baginda juga
dikelilingi oleh pahlawan-pahlawan yang gagah seperti Hang Tuah, Khoja Hassan
dan Laksamana Hang Nadim.
Keluarga
Pasangan
Baginda
mempunyai beberapa orang isteri. Antaranya ialah:
Raja
Wati, Puteri Sultan Muhammad Shah, dari Pahang.
Tun
Teja, anak kepada Bendahara Pahang, perkahwinan pada tahun 1494. - Permaisuri
Melaka
Tun
Fatimah, anak kepada Bendahara Tun Mutahir dan bekas isteri Tun Ali.[2]
(Bendahara Tun Mutahir adalah anak saudara Tun Perak). - Permaisuri Johor
Tun
Kudu @ Datuk Putih, Anak Tun Tahir.
Puteri
Onang Kening, Puteri Sultan Mansur Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar bersama
Puteri dari Champa (Kelantan).
Tun
Sabariah atau Tun Birah, anak Laksamana pada waktu itu.
Anakanda
Tengku
Alauddin Riayat Shah II - Sultan Johor pertama, mengembangkan Johor-Riau sebuah
empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan
ke-19.
Tengku
Mudzaffar Shah - mengasaskan Kesultanan Perak pada tahun 1528.
Sultan
Ahmad Shah, Melaka - dihukum bunuh kerana gagal menawan kembali Melaka.
Kejatuhan Melaka
Pemerintahan
Sultan Mahmud Shah seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang
mangsa keadaan. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar
luar negeri.
Pada
tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja
Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di
Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh
kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik
gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah
kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka.
Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.
Pada
1510, Sultan Mahmud Shah menyerahkan kuasa sementara pada puteranya, Sultan
Ahmad Shah, Melaka. Selepas mengambil balik kuasa, baginda membunuh Tun Mutahir
sekeluarga kerana termakan fitnah yang Tun Mutahir cuba merampas kuasa.
Pada
10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh
Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa
permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh
Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan
Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Bertam,
Batu Hampar, Pagoh and seterusnya ke Pahang di pantai timur di mana beliau
gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.
Kemudiannya,
Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor
sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau
Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus
menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya
sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua
gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana
Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa
membuat catuan makanan dari Goa.
Pada
1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro
Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikan diri
ke Kampar, Riau, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Riayat Shah II
tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang
mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Seorang lagi anakanda Sultan
Mahmud Shah, Tengku Mudzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk
menjadi sultan mereka dan baginda mengasaskan Kesultanan Perak pada tahun 1528.
Sultan Ahmad Shah, Melaka pula telah dihukum bunuh kerana gagal menawan kembali
Melaka
Mangkat
Sultan
Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kabupaten Kampar, Riau pada tahun
1528.
Sultan Ahmad Shah, Melaka
Sultan
Ahmad Shah, Melaka (meninggal pada tahun 1513) merupakan sultan de-facto
Kesultanan Melayu Melaka terakhir.
Baginda
merupakan anakanda kepada Sultan Mahmud Shah, Sultan Ahmad Shah memerintah pada
tahun 1511 yakni selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis. Pemerintahannya
berakhir pada tahun 1513, apabila bapa baginda Sultan Mahmud Shah ketika itu
membunuhnya kerana gagal dalam percubaan menawan kembali kota Melaka.[1]
Sultan
Ahmad Shah juga menyertai ekspedisi lagenda Puteri Gunung Ledang, Puteri
tersebut dikatakan menginginkan semangkuk darah Sultan Ahmad Shah supaya
mengahwininya.
Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali) Sultan Johor Ke 2 - (1528 - 1564)
Sultan
Alauddin Riayat Shah II merupakan sultan Johor pertama yang memerintah pada
1528 hingga 1564. Nama asalnya adalah Raja Ali dan juga digelar sebagai Raja
Alauddin. Baginda merupakan anakanda kepada Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir
dari Kesultanan Melayu Melaka.
Latar belakang
Sultan
Alauddin Riayat Shah II dilahirkan pada tahun 1513 di Kopak. Baginda adalah
anakanda kepada Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah .
Baginda
telah pergi ke Pahang menemui Sultan Mahmud Shah ibni Almarhum Sultan Muhammad
Shah (Sultan Pahang ke-5). Baginda telah memperisterikan Puteri Kesuma Dewi
(anak marhum Sultan Mansur Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jamil Shah - Sultan
Pahang ke-4). Pada tahun 1529, baginda ke Hujung Tanah dan membuka Pekan Tua
(Kota Kara).
Pada
tahun 1535, seramai 400 askar Portugis yang diketuai Estavao Da Gamma telah
menyerang Johor. Baginda telah melarikan diri ke hulu iaitu Rebat, Sayong. Seri
Nara Diraja (pembesar sultan) kemudiannya meninggal di Sayong disebut
"Datuk Nisan Besar".
Susulan
peristiwa itu Sultan Muzaffar Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah (Sultan
Pahang ke-6) telah datang ke Sayong. Bagaimanapun pada tahun 1536, Estavoa Da
Gamma telah menyerang Kota Kara kerana adiknya Paulo Da Gamma dan 30 orang
Portugis telah dibunuh oleh orang Melayu. Justeru itu, satu perdamaian telah
dimeterai antara kedua-dua belah pihak. Setelah itu, Sultan Alauddin Riayat
Shah II telah berpindah ke Muar.
Pada
tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah II berpindah dan membuka Johor Lama.
Baginda telah pergi ke Aru bagi membantu Ratu Aru dari ancaman Acheh. Pada
tahun 1564, Sultan Alauddin al-Qahhar dari Aceh telah menawan Aru dan manghalau
orang-orang Johor. Kemudian Sultan Acheh telah menyerang Johor Lama dari Aru.
Sultan Alauddin Riayat Shah II telah ditawan dan dibawa ke Acheh dan dibunuh di
sana dan dengan itu beliau disebut "Marhum Syahid di Acheh".
Sultan Muzaffar Shah II Sultan Johor Ke 3 - (1564 -
1579)
Latar belakang
Nama
asalnya ialah Raja Muzafar atau Radin Bahar dan seterusnya bergelar Sultan
Muzaffar Shah II apabila baginda menaiki tahta sebagai Sultan Johor ke-3 pada
1564-1570.
Sultan
Muzaffar Shah II bersemayam di Johor Lama sebelum berpindah ke Seluyut pada
tahun 1565. Baginda tidak suka Johor tunduk kepada Acheh.
Pada
tahun 1568, baginda menghantar tentera membantu Portugis sekaligus mengundang
kemarahan Acheh.
Pada
tahun 1570, baginda mangkat di Seluyut disebut "Marhum Mangkat di
Seluyut".
Sultan Abdul Jalil Shah I Sultan Johor Ke 4 - (1579 - 1580)
Nama
asal baginda adalah Raja Abdul Jalil dan bergelar Sultan Abdul Jalil Shah
apabila menaiki tahta sebagai Sultan Johor ke 4 pada 1570-1571.
Sultan
Abdul Jalil Shah I adalah anak saudara kepada Sultan Muzaffar Shah II, Sultan
Johor ke 3. Baginda adalah putera Raja Omar atau Sultan Ali Jalla Abdul Jalil
Shah II dan Raja Fatimah, adik Sultan Abdul Jalil Shah.
Ketika
berusia 8 tahun baginda telah ditabalkan sebagai Sultan, melalui wasiat Sultan
Muzaffar Shah II. Sultan Abdul Jalil Shah I mangkat dengan tiba-tiba dan
dipercayai mungkin diracun oleh Bendahara Tun Isap Misai (pembesar sultan).
Beliau dikebumikan di Seluyut.
Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar) Sultan Johor Ke 5 - (1581 - 1597)
Latarbelakang
Nama
asalnya ialah Raja Umar. Putera kepada Raja Ahmad bin Raja Muhammad,
Terengganu. Baginda berasal dari Pahang.
Memerintah
Kelantan sebagai Raja Kelantan daripada tahun 1565 sehingga tahun 1570.[1].
Menjadi Tengku Mahkota apabila anakdanya naik takhta sebagai Sultan Abdul Jalil
Shah I pada tahun 1570, dan menjadi Sultan Johor apabila anakdanya mangkat pada
tahun 1571.
Bergelar
Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II apabila menaiki tahta sebagai Sultan Johor
ke-5 pada 1571-1597.
Perkahwinan
1570
- Raja Fatimah binti al-Marhum Sultan Alauddin Riayat Shah, bekas permaisuri
Sultan Mansur Shah II, Sultan Pahang, dan puteri Sultan Alauddin Riayat Shah II
ibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah, Sultan Johor, daripada permaisuri puteri
kepada Sultan Mahmud ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah, Sultan Pahang.
1570
- Tun Trang puteri Tun Ali, Sri Nara di-Raja Pahang, daripada isteri beliau Tun
Fatimah, puteri Bendahara Sri Maharaja dan kemudian permaisuri Sultan Mahmud
Shah I. Tun Trang kemudian berkahwin dengan Sultan Muzaffar Shah II ibni
al-Marhum Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Johor.
1580
- Puteri Sultan Husain Ali Riayat Shah, Sultan Aceh yang kemudiannya berkahwin
dengan Sultan Muzaffar Shah II ibni al-Marhum Sultan Alauddin Riayat Shah,
Sultan Johor.
Raja
Bonda, puteri Sultan Muhammad Hasan ibni al-Marhum Sultan Saiful-Rijal, Sultan
Brunei.
Perlantikan
Pada
asalnya pembesar ingin melantik Raja Abdullah, anak Sultan Muzaffar Shah II,
Sultan Johor ke-2, tetapi dibantah oleh Raja Fatimah dan mahukan suaminya
dilantik sebagai Sultan. Tun Sri Lanang dilantik sebagai Bendahara.
Menentang Portugis
Pada
tahun 1581 Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Tanah Putih selama
dua tahun. Pada tahun 1583, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke
Johor Lama dan membaik pulih semula kota Johor Lama. Sultan Ali Jalla Abdul
Jalil Shah II bersahabat semula dengan Acheh (Acheh bergabung dengan Johor
menentang Portugis).
Pada
Januari 1586, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II dengan angkatan 100 kapal
telah menyerang Melaka dan hampir dapat menawan semula Melaka. Pada tahun 21
Julai 1587, angkatan Portugis yang diketuai Antonio de Noronha ke Johor
membedil Kota Johor Lama dan merampas harta.
Sultan
Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berundur ke Batu Sawar pada tahun 1587. Pada
tahun 1589, Batu Sawar diserang dan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II
melarikan diri. Apabila Portugis balik ke Melaka, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil
Shah II datang semula ke Batu Sawar memulihkan semula kekuatan. Pada tahun
1596, Raja Fatimah mangkat, dan dikebumikan di Seluyut bersebelahan anaknya
Sultan Abdul Jalil Shah I dan abangnya Sultan Muzaffar Shah II.
Mangkat
Pada
tahun 1597, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II mangkat di Batu Sawar dan
disebut "Marhum Batu Sawar".
Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur) Sultan Johor ke 6 - (1597 - 1615)
Latar belakang
Nama
asalnya ialah Raja Mansur dan bergelar Sultan Alauddin Riayat Shah III apabila
menaiki tahta sebagai Sultan Johor ke-6. Baginda adalah anakanda kepada Sultan
Ali Jalla Abdul Jalil Shah II, Sultan Johor ke-5 dan baginda bersemayam di Batu
Sawar.
Pemerintahan
kerajaan diserah kepada Raja Abdullah, sepupu/saudara (berlainan ibu) dengan
gelaran "Yang DiPertuan Hilir" di Kota Seberang bertentangan Batu
Sawar sehingga ia menjadi masyhur. Sultan Alauddin Riayat Shah III mengadakan
hubungan baik dengan Belanda serta membenarkan Belanda meletakkan pegawainya di
Batu Sawar.
Selama
11 tahun Sultan Alauddin Riayat Shah III memerintah di Batu Sawar. Pada tahun
1608 Sultan Alauddin Riayat Shah III berpindah ke Pasir Raja, tetapi Batu Sawar
masih berfungsi sebagai pusat pemerintahan. Sultan Alauddin Riayat Shah III
bersemayam di Pasir Raja dengan Bendahara Tun Seri Lanang.
Konflik dengan Pahang
Pada
tahun 1612, konflik tercetus diantara Sultan Alauddin Riayat Shah III dengan
Sultan Abdul Ghafur, Sultan Pahang. Akibatnya, Johor telah mengistyharkan
perang terhadap Pahang. Dengan bantuan Sultan Brunei ketika itu, Sultan Abdul
Jalilul Akbar menyebabkan Sultan Abdul Ghafur telah berjaya mematahkan serangan
Johor. Konflik ini telah melemahkan kerajaan Johor.
Konflik dengan Acheh
Pada
tahun 1610, Sultan Alauddin Riayat Shah III berbaik dengan Portugis menyebabkan
Acheh berasa marah. Pada Jun 1613, Acheh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar
Muda Mahkota Alam, telah menyerang Johor hingga berlarutan selama dua bulan,
dan akhirnya Johor ditewaskan.
Sultan
Alauddin Riayat Shah III, Raja Abdullah, Tun Seri Lanang, pembesar dan puluhan
orang Belanda ditawan serta dibawa ke Acheh. Kemudian kedua-dua belah pihak
membuat perdamaian dan Sultan Alauddin Riayat Shah III bersama tahanan
dibenarkan pulang ke Johor. Antara syarat pembebasan Baginda adalah bersatu
dengan Acheh untuk memerangi Portugis di Melaka dan mengusir Belanda daripada
Johor.
Sebaliknya
Sultan Alauddin Riayat Shah III tetap meneruskan hubungan dengan Portugis dan
Belanda. Baginda telah menandatangani perjanjian damai dengan Portugis pada tahun
1615. Tindakan ini menimbulkan kemarahan kepada Acheh lalu Sultan Alauddin
Riayat Shah III ditangkap, dan dibawa ke Acheh semula dan dihukum bunuh.
Mangkat
Sultan
Alauddin Riayat Shah III mangkat di Acheh pada tahun 1617.
Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (Raja Bongsu) Sultan Johor Ke 7 - (1615 - 1623)
Latar belakang
Nama
asalnya ialah Raja Bongsu dan seterusnya bergelar Sultan Abdullah Ma'ayat Shah,
Sultan Johor ke-7 dari 1615-1623[1] dan bersemayam di Batu Sawar[2],Kota
Tinggi, Johor. Beliau adalah putera kepada Sultan Muzaffar Shah dan diangkat
oleh Sultan Iskandar Muda,Acheh sebagai Sultan Johor ke7 bagi menggantikan
Sultan Alauddin Riayat Shah III, Sultan Johor ke-6 yang dihukum bunuh oleh
Sultan Iskandar Muda apabila Acheh menewaskan Johor pada tahun 1615. Sultan
Abdullah Ma'ayat Shah dikahwinkan dengan adinda Baginda.
Pada
tahun 1618, Sultan Abdullah Ma'ayat Shah berpindah ke Lingga (Daik) dengan
meminta bantuan Belanda dan Orang Laut untuk melawan Acheh. Kemudian Sultan
Abdullah Ma'ayat Shah menceraikan istrinya yang juga adinda daripada Sultan
Acheh Iskandar Muda.
Kejadian
ini membuat murka Sultan Iskandar Muda, kerana adik baginda yang dicintainya
diceraikan oleh Sultan Abdullah. Baginda memerintahkan pasukannya untuk
menghancurkan Batu Sawar, ibukota daripada Kerajaan Johor Lama dan menyerang
Pulau Lingga untuk memburu Raja Bujang (anak Sultan Alauddin Riayat Shah III)
pada tahun 1623. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah melarikan diri bersama-sama Raja
Bujang ke Pulau Tambelan. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah mangkat di Pulau
Tambelan[3][4] [5]disebut "Marhum Pulau Tambelan".
Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang) Sultan Johor Ke 8 - (1623 - 1677)
Latar belakang
Nama
asalnya ialah Raja Bujang dan seterusnya bergerlar Sultan Abdul Jalil Shah III
apabila menaiki tahta sebagai Sultan Johor ke-8 dari 1623-1677. Beliau
merupakan anak saudara kepada Sultan Abdullah Ma'ayat Shah, Sultan Johor ke7
dan putera kepada Sultan Alauddin Riayat Shah III, Sultan Johor ke-6. Sultan
Abdul Jalil Riayat Shah III menubuhkan Jemaah Orang Kaya.
Pemerintah Pahang dan Perlantikan sebagai
Sultan Johor-Pahang
Pada
tahun 1615, ayahnda Raja Bujang telah menandatangani perjanjian damai dengan
Portugis. Sebagai balsan Portugis telah melantik Raja Bujang sebagai
permerintah di Pahang menggantikan anak Sultan Abdul Ghafur. Walaubagaimanapun,
perlantikan ini tidak diiktiraf oleh Acheh. Ini menyebabkan Acheh menyerang
Pahang sehingga Raja Bujang terpaksa melarikan diri ke Pulau Lingga. Semasa itu
juga Acheh sedang memerangi Sultan Johor, Sultan Abdullah Ma'ayat Shah. Sultan
Abdullah akhirnya telah juga melarikan diri ke Pulau Lingga. Oleh kerana
serangan Acheh yang berterusan, Raja Bujang dan Sultan Abdullah telah melarikan
diri pula ke Pulau Tambelan. Apabila Sultan Abdulah mangkat pada tahun 1623,
Acheh telah menerima Raja Bujang dan melantik Baginda sebagai Sultan Johor-Pahang.
[1]. Baginda telah bersemayam di Pulau Tambelan.
Menakluki Melaka
Pada
tahun 1629, ancaman Acheh berkurangan kerana kekalahan teruk kepada Portugis.
Pakatan Johor-Belanda berjaya menakluki semula Melaka pada 14 Januari 1640.
Belanda berjaya menakluki Melaka pada 1641, manakala Sultan Acheh, Sultan
Iskandar Muda mangkat pada 1636 dan Sultan Iskandar Thani mangkat pada 1641 dan
Acheh kemudian diperintah oleh Raja Perempuan Ratu Sultanah Tajul Alam.
Pada
1641, Sultan Abdul Jalil Shah III datang ke tanah besar Johor iaitu pusat
pemerintahan di Makam Tauhid. Selama dua tahun Sultan Abdul Jalil Shah III di
Makam Tauhid sebelum berpindah menyeberangi Sungai Damar ke Pasir Raja yang
juga dikenali sebagai Batu Sawar pada Oktober 1642.
Sultan
Abdul Jalil Shah III kekal di Pasir Raja hingga 1673 sebelum bermusuhan dengan
Jambi dan seterusnya meletusnya perang antara Jambi-Johor. Sultan Abdul Jalil
Shah III melarikan diri ke Pahang dan bersemayam di Pahang selama empat tahun
dan mangkat di Kuala Pahang disebut 'Marhum Mangkat di Pahang @ Marhum
Besar"
Sultan Ibrahim Shah, Sultan Johor Ke 9 - (1677 - 1685)
Latar belakang
Nama
asalnya ialah Raja Ibrahim atau Putera Raja Bajau dan seterusnya bergelar
Sultan Ibrahim Shah apabila menaiki tahta sebagai Sultan Johor ke-9 pada
1677-1685. Beliau merupakan anak Raja Banjau ibni Sultan Abdullah Ma'ayat Shah
dilantik sebagai Sultan Pahang di Pahang pada 1677.
Pada
1678, Laksamana Tun Abdul Jamil mengajak Sultan Ibrahim Shah berpindah dari
Pahang ke Riau. Sultan Ibrahim Shah cuba untuk membina semula Kota Johor Lama
tetapi tidak kesampaian. Sultan Ibrahim Shah mangkat di Pulau Riau pada 1685
disebut 'Marhum Bongsu".
Sultan Mahmud Shah II (Sultan Mahmud Mangkat Dijulang) Sultan Johor ke 10
- (1685 - 1699)
Sultan
Mahmud Shah II (nama asalnya ialah Raja Mahmud) ialah Sultan Johor ke-10 (tahun
pemerintahan dari 1685 - Ogos 1699). Baginda ditabalkan ketika berumur 10
tahun. Baginda Sultan Mahmud diputerakan pada tahun 1675. Baginda merupakan
keturunan terakhir Raja Fatimah cucu kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II
iaitu raja pertama yang membuka Johor Lama pada tahun 1530.
Pemerintahan
Ketika
hayat baginda Sultan Mahmud, urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara.
Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi, dan Johor Lama dijadikan istana
hinggap. Disinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama.
Sultan
Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam
negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid
meninggal dunia dan disebut "Marhum Padang Saujana".
"Dalam
Tahfatu'l Nafis karangan Raja Ali Haji Riau ada slot kisah menggambarkan
perangai Sultan Mahmud Raja Johor yang mati dibunuh dalam peristiwa Sultan
Mangkat Dijulang. Secara halus Raja Ali Haji menyifatkan keganjilan peribadi
sultan ini kerana baginda beristerikan peri (sejenis jin) yang begitu cemburu
sehinggakan tiadalah sultan itu dapat bersama dengan mana-mana isterinya dari
jenis manusia.
Baginda
itu akhirnya dikatakan mewarisi perilaku songsang seperti kaum Nabi Lut. Sultan
Mahmud adalah keturunan dari Raja Melaka yang melarikan diri setelah Melaka
jatuh di tangan Portugis tahun 1511. Semasa kanak-kanaknya, baginda dipangku di
atas takhta oleh ibu tirinya dan kerajaan ditadbir oleh Paduka Raja Tun Abdul
Jamil & keluarganya. Apabila baginda beransur dewasa dan mengambil alih
tampuk pemerintahan, pusat pemerintahan berpindah dari Riau ke Johor Lama. Di
sanalah baginda memerintah dengan kezaliman.
Alexander
Hamilton, seorang pelayar Inggeris yang sempat berkunjung ke Johor Lama tahun
1695 menulis tentang keganjilan perilaku sultan tersebut. Baginda bertabiat
bengis dan ganjil. Ini disahkan juga oleh utusan Belanda ke Johor tahun 1699
yang melaporkan sultan itu terlalu muda dan sukar dikawal. Sultan ini
menghabiskan masa dengan keseronokan yang keji-keji dan membunuh orang sesuka
hati. Nafsu serakahnya lebih cenderung kepada lelaki yang cantik-cantik.
Alexander dalam bukunya, 'A New Account of The East Indies'- Edinburgh 1727 ada
melakarkan kisah seperti berikut:
"Baginda
ialah peliwat yang hebat dan mengambil ramai orang kaya atau anak laki-laki
orang Bangsawan, dengan paksa membawa kedalam istananya untuk khidmat kesat
tersebut. Pedagang Moorish, iaitu pemunggah di kapal saya mempunyai seorang
anak lelaki yang kacak, pada suatu hari Raja telah terlihat dan memerlukan ia
untuk catamite. Baginda mengancam bapanya, jika dia tidak menghantarnya dengan
sukarela, baginda akan mendapatkannya secara paksa. Orang miskin tersebut telah
mengambil anaknya diatas kapal, (lalu) memohon perlindungan dari saya yang
telah saya janjikan padanya.." ( Winstedt 1932).
Diberitakan
ramai lelaki kacak menjadi mangsa kebuasan nafsu Sultan Mahmud ini. Kemuncak
kezalimannya ialah membunuh isteri orang besarnya iaitu Megat Seri Rama.
Isterinya, Dang Anum yang mengandung sarat itu mengidam buah nangka dalam taman
diraja. Apabila baginda tahu kejadian itu, baginda dengan zalim atau
kebodohannya telah membelah perut Dang Anum bagi melihat betulkah anak dalam
kandungan yang mengidam buah nangka raja.
Kematian
Megat
Seri Rama (bergelar Laksamana Bentan) yang balik dari medan peperangan di
Linggi atas perintah sultan itu telah dikhabarkan kematian tragis isteri
kesayangannya. Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil dengan pembesar istana
lainnya bersepakat untuk menghapuskan raja. Menurut adat Melayu, seseorang raja
boleh diturunkan dari takhta apabila terbukti ia gila atau murtad. Mereka
bersepakat dalam musyawarah yang telah diadakan secara tertutup untuk membunuh
raja.
Walau
bagaimanapun, ada seorang pembesar bernama Orang kaya Seri Bija Wangsa dari
suku orang laut menentang komplot itu kerana tidak mahu menderhaka kepada raja.
Bagi menjayakan rancangan dan menutup rahsia misi penting itu, Seri Bija Wangsa
dibunuh orang dengan keris penyalang. Pembesar ini merupakan orang keutamaan
suku Orang Laut (orang Riau/Lingga) yang pernah menjadi pembantu laksamana
dalam perang Johor-Bugis di Linggi. Orang-orang Laut sangat marah dan berdendam
atas kematian pembesar mereka itu. Manakala Megat Seri Rama mengambil tugas
berat untuk menderhaka dan ketika tepat waktunya sultan dijulang jejuaknya ke
masjid untuk sembahyang Jumaat (peliknya baginda masih menunaikan haknya
sebagai Muslim), Megat Seri Rama pun membunuh Sultan yang dianggap gila itu dan
tragedi itu dikenali sebagai 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang'. Kononnya sebelum
mati, baginda sempat menyumpah pembunuhnya dan mengharamkan 7 keturunan Megat
Seri Rama dari menjejaki Johor lama itu.
Pada
hari Jumaat, Ogos 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat dalam usia 24 tahun,
dipercayai ditikam oleh Megat Seri Rama. Akhirnya baginda lebih dikenali
sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota
Tinggi". Baginda dimakamkan di Kota Tinggi.
Mengikut
perbualan orang di negeri selatan itu, masih ada keturunan Megat Seri Rama yang
akan pening kepala dan muntah darah bila berkunjung ke daerah pembunuhan sultan
tersebut. Sultan Mahmud dimakamkan orang di Kota Tinggi pada tahun 1699 dan
dengan kematian baginda maka putuslah zuriat raja-raja Johor dari keturunan
dinasti Raja Melaka. Menurut orang tiadalah sultan itu berputera kerana tiada
benih dengan perempuan kerana fitrah luar tabienya itu.
Keturunan
Seorang
penuntut takhta sultan yang bergelar Raja Kecil mendakwa ia ialah anak Sultan
Mahmud Shah II yang masa kecil dilarikan oleh pembesar baginda ke Pagar Ruyung.
Anak perempuan pembesar itu telah diperisterikan oleh Sultan Mahmud II dan
mendapat Raja Kecil ini. Oleh kerana haru-biru dalam istana gara-gara perilaku
ganjil sultan maka pembesar itu menyelamatkan cucunya (Raja Kecil). Kemudian
Raja Kechil ini telah menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah dan
memerintah Johor antara tahun 1718–1722.
Wangsa Bendahara Johor
Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Abdul Jalil) Sultan Johor ke 11 - (1699
- 1720)
Sultan
Abdul Jalil IV adalah Sultan Johor ke-11 pada 1699-1720. Sultan Abdul Jalil IV
merupakan Sultan pertama dari keturunan Bendahara. Baginda adalah anakanda Tun
Habib Abdul Majid iaitu Bendahara kepada Sultan Mahmud Shah II, Baginda juga
ialah sepupu kepada Sultan Mahmud Shah II dari sebelah ibu kerana bonda kepada
Sultan Mahmud Shah II, Marhum Bakal ialah adik kandung kepada Tun Habib Abdul
Majid, iaitu bapa baginda. Baginda dimakamkan di Kuala Pahang dengan gelaran
"Marhum Mangkat di Kuala Pahang".
Latar belakang
Pada
asalnya, baginda ialah Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil, dan baginda
mengambil gelaran Sultan apabila baginda ditabalkan kerana Sultan Mahmud Shah
II tiada meninggalkan waris. Sultan Abdul Jalil IV merupakan Sultan pertama
dari keturunan Bendahara.
Pemerintahan
Selepas
bergelar Sultan Abdul Jalil IV, baginda menukar pusat pemerintahan ke Panchor
pada tahun 1700. Pada tahun 1702, istana di Bukit Tukul terbakar. Pada tahun
1708, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke Riau dan menjadikan pusat pemerintahan
kerajaan Johor.
Pada
tahun 1716, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke tanah besar Johor dan bersemayam
semula di Panchor. Sultan Abdul Jalil IV mempunyai istana di Makam Tauhid dan
Johor Lama. Kota Johor Lama dibaiki dan digelar "Kota Lama".
Sewaktu
pemerintahan Sultan Abdul Jalil IV, keadaan agak kucar kacir kerana
pembesar-pembesar kerajaan bersikap tamak, khianat dan cemburu, ini memberi
peluang kepada Raja Kecil atau Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah untuk menyerang
Johor.
Rampasan kuasa
Pada
tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak dan (Minangkabau) menyerang Johor.
Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik sendiri
dirinya sebagai Yang Dipertuan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah,
pun begitu masih membenarkan Sultan Abdul Jalil IV menetap di Johor tetapi
tiada kuasa memerintah dan diberi jawatan Bendahara. Kemenangan Raja Kecil
adalah atas bantuan pembesar Johor sendiri terutama pembesar berketurunan dari
Orang Laut kerana yakin Raja Kecil adalah pewaris sedarah Sultan Mahmud Shah
II.
Mangkat
Raja
Kecil menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul
Jalil IV dengan menuduh Sultan Abdul Jalil sedang merancang untuk membina
kerajaan di Kuala Pahang dan disebut "Marhum Mangkat di Kuala
Pahang". Baginda dimakamkan di Kuala Pahang[1]
Keluarga
Anakanda-anakanda
baginda adalah :-
Raja Sulaiman
Bendahara
Tun Abbas
Tun
Hasan
Tun
Mutahir I
Wangsa Warisan Kesultanan Melaka
Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil) Sultan Johor ke 12 - (1718 -
1722)
Kesultanan Siak Sri Indrapura
Ibu
negara Buantan, Mempura,
Senapelan Pekanbaru, Siak Sri Indrapura
Kesultanan
Siak Sri Indrapura atau Kesultanan Siak ialah sebuah kerajaan di wilayah Riau,
Indonesia yang wujud pada tahun 1723 sehingga tahun 1946. Ia diasaskan oleh
Raja Kecil daripada Kerajaan Pagar Ruyung dan Johor (Sultan Abdul Jalil Rahmat
Shah I), selepas beliau gagal merampas takhta Kesultanan Johor.
Sultan
Siak terakhir, Sultan Syarif Kasim II mengisytiharkan penyertaan kesultanan
beliau dalam Republik Indonesia tahun 1946 selepas pengisytiharan kemerdekaan
Indonesia pada 17 Ogos 1945.
Sultan-sultan Siak
Sultan
Abdul Jalil Rahmat Shah (1723–1746)
Sultan
Mahmud Abdul Jalil Shah (1746–1765)
Sultan
Abdul Jalil Jalaluddin Syah (1765–1766)
Sultan
Abdul Jalil Alamuddin Syah (1766–1780)
Sultan
Muhammad Ali Abdul Jalil Muazzam Syah (1780–1782)
Sultan
Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah (1782-1784)
Sultan
Assayyaidis Asyarif Ali Abdul Jalil Syaifuddin Baalawi (1784–1810)
Sultan
Assayyaidis Syarif Ibrahim Abdul Jalil Khaliluddin (1810–1815)
Sultan
Assayyaidis Syarif Ismail Abdul Jalil Jalaluddin (1815–1854)
Sultan
Assayyaidis Syarif Kasyim Abdul Jalil Syaifuddin I (Syarif Kasyim I, 1864–1889)
Sultan
Assayyaidis Syarif Hasyim Abdul Jalil Syaifuddin (1889–1908)
Sultan
Assayyaidis Syarif Kasyim Abdul Jalil Syaifudin I (Syarif Kasyim II),
(1915–1949)
Abdul Jalil Rahmat Shah I (Raja Kecil)
Johor dan Siak
Biografi
Raja
Kecil merupakan seorang penuntut takhta Kesultanan Johor mendakwa dia ialah anak
Sultan Mahmud Shah II yang sah yang dilahirkan di Kota Tinggi, Johor Lama.
Menurut
buku "Leaves of the Same Tree: Trade and Ethnicity in the Straits of
Melaka", karangan Leonard Y. Andaya. Beliau merujuk kepada Hikayat Siak
bahawa Raja Kecil atau Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah merupakan anakanda Sultan
Mahmud Shah II.[1] Ketika usia kecil, baginda Raja Kecil telah dilarikan oleh
pembesar baginda ke Pagar Ruyung. Anak perempuan pembesar itu telah
diperisterikan oleh Sultan Mahmud Shah II dan mendapat Raja Kecil ini. Oleh
kerana haru-biru dalam istana gara-gara perilaku ganjil sultan maka pembesar
itu menyelamatkan cucunya (Raja Kecil). Di Pagar Ruyung, Raja Kecil telah
disusukan oleh Puteri Jamilan, iaitu ibu kepada pemerintah Pagar Ruyung ketika
itu.[2] Secara tidak langsung Raja kecil merupakan saudara sesusu dengan
pemerintah Pagar Ruyung (namanya dipercayai Yang Dipertuan Pagar Ruyung Raja
Alam Indermashah, kemudian mendirikan Kesultanan Siak Sri Inderapura). Puteri
Jamilan sewaktu mengambil Raja Kecil sebagai anak angkat pernah seraya berkata:
"terlalu kasihan aku akan dia, kerana tiada bapaknya".
Pada
usia 13 tahun, Raja Kecil telah meminta keizinan Puteri Jamilan untuk keluar
mencari ilmu. Baginda telah berkhidmat dengan pemerintah Palembang dan kembali
semula ke Pagar Ruyung.[4] Setibanya pulang, Puteri Jamilan bertanya kepadanya,
seraya berkata "Mengapa engkau lama di laut?", Raja Kecil menjawab
"menengok cupak gantang orang". Balasan perkataan ini menggambarkan
refleksi atau metafora bahawa baginda terlibat dalam aktiviti sukat imbang
perdagangan laut, menguatkan bukti bahawa pemerintah Pagar Ruyung mempunyai
hubung akrab perdagangan dengan kerajaan serantau khususnya Minangkabau dan
Palembang.
Puteri
Jamilan menasihatkan supaya Raja Kecil pergi mengembara lagi, kali ini
mencadangkan baginda pergi ke Siak untuk merampas Johor dan membalas dendam
bagi pihak ayandanya Sultan Mahmud Shah II.[6] Baginda Raja Kecil kemudiannya
ditabalkan sebagai pemerintah Pagar Ruyung dan mendapat kemulian alat kebesaran
Minangkabau. Kemudian Raja Kecil ini telah menggunakan gelaran Sultan Abdul
Jalil Rahmat Shah dan memerintah Johor antara tahun 1718–1722.
Bukti catatan dokumen
Terdapat
satu catatan Belanda pada tahun 1674, yakni telah datang seorang utusan dari
Johor untuk mencari bantuan bagi Raja Minangkabau berperang melawan Raja Jambi.
Kemudian berdasarkan surat dari Raja Jambi, Sultan Ingalaga kepada VOC pada
tahun 1694, menyebutkan bahawa Sultan Abdul Jalil dari Pagar Ruyung, hadir
menjadi saksi perdamaian dari perselisihan mereka.
Selain
itu, pada masa pemerintahan Sultan Indermashah, pada tahun 1677 para perantau
Minangkabau yang bermukim di Rembau, Sungai Ujong dan Naning, meminta kepada
Yang Dipertuan Pagar Ruyung untuk dikirim raja bagi mereka dan waktu itu
dikirim salah seorang kerabat Raja yang bernama Raja Ibrahim.
Pada
tahun 1716, Sultan Indermasyah mengutus saudaranya yang bernama Abdul Jalil
Rahmat Shah I dari Siak untuk mewakili dirinya dalam menyelesaikan kesepakatan
dagang dengan pihak VOC, pada awalnya pihak Belanda menolaknya, namun kemudian
kembali datang surat dari Yang Dipertuan Pagar Ruyung, yang menegaskan status
dari pada Sultan Abdul Jalil tersebut.
Keberadaan
Sultan Indermashah ini masih dapat diketahui berdasarkan kaitannya dengan pihak
Belanda merujuk surat yang diterima regent VOC pada tahun 1724, 1727, dan
terakhir 1730.
Dalam
Syair Perang Siak, Raja Kecil putera Pagar Ruyung, didaulat menjadi penguasa
Siak atas mufakat masyarakat di Bengkalis, sekaligus melepaskan Siak dari
pengaruh Johor. Berdasarkan Hikayat Siak, Raja Kecil merupakan putera dari
Sultan Mahmud Shah II, (Al-Marhum mangkat dijulang). Dari suratnya kepada VOC,
Raja Kecil dari Pagar Ruyung memberitahu, bahawa ia akan menuntut balas atas
peristiwa terbunuhnya Sultan Mahmud Shah II.
Pemerintahan
Sewaktu
pemerintahan Sultan Abdul Jalil IV, keadaan agak kucar kacir kerana
pembesar-pembesar kerajaan bersikap tamak, khianat dan cemburu, ini memberi
peluang kepada Raja Kecil menyerang Johor. Pada tahun 1717, Raja Kecil dan
askar dari Siak menyerang Johor. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor.
Raja Kecil melantik sendiri dirinya sebagai Yang Dipertuan Johor dan bergelar
Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Walaupun begitu, beliau masih membenarkan
Sultan Abdul Jalil IV menetap di Johor tetapi tiada kuasa memerintah dan diberi
jawatan Bendahara. Kemenangan Raja Kecil adalah atas bantuan pembesar Johor
sendiri kerana yakin Raja Kecil adalah pewaris Sultan Mahmud Shah II.
Pada
tahun 1719, cubaan merampas semula kuasa oleh Sultan Abdul Jalil IV dan anaknya
Raja Sulaiman dan Tun Abas, yang berkubu di Seluyut gagal. Sultan Abdul Jalil
IV lari ke Kuala Pahang.
Raja
Kecil telah berpindah ke Riau dan mentadbir Johor dari Riau. Sultan Abdul Jalil
IV berpindah dari Kuala Pahang ke Kuala Terengganu dan pada tahun 1720 balik
semula ke Kuala Pahang. Raja Kecil telah menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke
Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV. Raja Sulaiman dan Tun Abas dibawa
ke Riau tetapi Raja Sulaiman dan Tun Abas tidak mahu tunduk kepada Raja Kecil
dan berpakat dengan Bugis Lima Bersaudara dan berjaya mengalahkan Raja Kecil
dan menghalaunya balik ke Siak pada 1723.
Perluasan kuasa dan kematian
Pada
tahun 1724-1726 Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah melakukan perluasan wilayah,
dimulai dengan memasukan Rokan ke dalam wilayah Kesultanan Siak, membangun
pertahanan armada laut di Bintan bahkan pada tahun 1740-1745 menaklukan
beberapa kawasan di Kedah. Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah mangkat pada tahun
1746 dan dimakamkan di Buantan kemudian digelari dengan Marhum Buantan.
Kemudian kedudukannya digantikan oleh puteranya, yang bernama Sultan Mahmud
Abdul Jalil Shah.
Sultan Mahmud Abdul Jalil Shah
Sultan Siak Sri Inderapura
Pemerintahan 1746 – 1761
Nama penuh Sultan
Mahmud Abdul Jalil Shah dengan gelaran Yang
Dipertuan Besar Siak
Pendahulu : Raja Kecil dan Pengganti : Raja Ismail
Yang Dipertuan Besar Mahmud Shah atau
Sultan Mahmud Abdul Jalil Shah dari Siak Sri Inderapura, merupakan putera
kepada Raja Kecil atau Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, Yang Dipertuan Besar
Siak atau Sultan Johor ke-12.
Dalam Syair Perang Siak, sepeninggal Raja
Kecil, kedudukannya digantikan oleh Raja Mahmud untuk menjadi penguasa Siak
selanjutnya.[1] Peralihan kekuasaan ini diperkirakan sekitar tahun 1746, Raja
Mahmud kemudian memerintah sampai tahun 1761.
Wangsa Bendahara Johor (keturunan)
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Sultan Johor ke 13 - (1722 - 1760)
Nama
asalnya ialah Raja Sulaiman dan seterusnya bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam
Shah ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau ke13 oleh Bugis 5 Saudara. Kesultanan
Johor diperintah semula oleh keturunan Bendahara. Sultan Sulaiman Badrul Alam
Shah kemudiannya melantik Daeng Merewah (Kelana Jaya Putera) sebagai Yang
Dipertuan Muda Johor Pertama.
Di
bawah naungan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, kuasa membuat keputusan bukan
lagi dari menteri dan jemaah. Hubungan dengan Belanda terjalin melalui
Perjanjian 1754. Kemudiannya, Perjanjian 1756 memberi hak monopoli perdagangan
timah di Linggi, Kelang dan Kuala Selangor tanpa keizinan raja memerintah.
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mangkat di Riau pada Ogos 1760 disebut
"Marhum Batangan".
Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah Sultan Johor ke 14 - (1760 - 1761)
Sultan
Abdul Jalil V Muazzam Shah dilantik sebagai Sultan Johor ke-14 pada 1760-1761,
menggantikan ayahandanya, Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah (1721-1760) yang
mangkat pada 20 Ogos 1760. Sebelum ditabalkan menjadi sultan, baginda dikenali
sebagai nama Raja atau Tengku Abdul Jalil V dan bondanya bernama Che Puan
Perak.
Raja Abdul Jalil dilahirkan pada tahun 1738 dan mempunyai ramai
adik-beradik berlainan bonda. Raja Abdul Jalil V amat dikenali dengan gelaran
Raja di Baroh dan baginda dikatakan menetap di Kuala Selangor. Raja Abdul Jalil
V berkahwin dengan Tengku Puteh ibni Daeng Chelak, dari suku Bugis. dan
dikurniakan dua orang putera bernama Raja atau Tengku Ahmad dan Raja atau
Tengku Mahmud.
Tengku Ahmad juga dikenali sebagai Tengku Tengah. Raja Abdul Jalil
V juga berkait rapat dengan konflik daerah-daerah orang Minangkabau di Rembau,
Johol, Sungai Ujong dan Jelebu. Daerah-daerah tersebut didapati tidak lagi mahu
bernaung di bawah kekuasaan Kesultanan Johor dan akhirnya dimerdekakan oleh
Sultan Johor. Sultan Abdul Jalil V Muazzam Shah mangkat pada bulan Januari 1761
dan dimakamkan di Batangan, Riau berhampiran makam ayahandanya.
Sultan Ahmad Riayat Shah Sultan Johor Ke 15 - (1761 - 1761)
Sultan
Ahmad Riayat Shah, Sultan Johor ke-15, dilantik pada 1761 bagi menggantikan
ayahandanya. Ketika itu baginda baru berusia sembilan (9) tahun. Kuasa
pemerintahannya dipegang oleh Yang Dipertuan Muda Daeng Kemboja. Sultan Ahmad
Riayat Shah bersemayam di Kampung Bulang, Riau. Pada tahun 1761, pegawai
Belanda telah datang dari Melaka menuntut wang ganti rugi perang sebagaimana
yang telah dijanjikan oleh Sultan Sulaiman dahulu.
Yang
DiPertuan Muda Daeng Kemboja sanggup membayar gantirugi tersebut dan ini
mengukuhkan lagi kuasa Yang DiPertuan Muda Daeng Kemboja. Sultan Ahmad Riayat
Shah mangkat di Riau dalam usia yang muda dipercayai diracun dan disebut
"Marhum Tengah". Baginda digantikan oleh adindanya, iaitu Raja Mahmud
yang baru berusia setahun yang memakai gelaran Sultan Mahmud Shah III.
Sultan Mahmud Shah III Sultan Johor Ke 16 - (1761 - 1812)
Sultan
Mahmud Shah III merupakan sultan Johor-Riau-Lingga ke-16 pada 1761-1812 Masihi.
Menurut sejarah, Raja Mahmud masih berusia setahun ketika dinobatkan sebagai
Sultan menggantikan Sultan Ahmad Riayat Shah (Marhum Tengah) yang mangkat pada
tahun 1761, dengan gelaran Sultan Mahmud Syah III. Yang Dipertuan Muda Daeng
Kemboja membuat perlantikan dengan meriba Raja Mahmud. Semasa perlantikan,
Daeng Kemboja berucap yang maksudnya, "Barang diketahui kiranya oleh suku-suku
sebelah Melayu dan Bugis, bahawa sesungguhnya Raja Mahmud inilah Raja Johor dan
segala daerah takluknya yang dilantik oleh Bugis sebagaimana melantik nendanya
Sultan Sulaiman, iapun demikian jualah. Maka barang siapa yang tiada mematuhi
aturan ini, maka pada hari dan waktu inilah kita berhabis-habisan."
Daeng
Kemboja menghunus pedangnya. Dan tidak ada seorang pun yang hadir berani
membantah keinginan Daeng Kemboja. Lalu Raja Mahmud pun dilantik menjadi Yang
Dipertuan Besar atau Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang. Oleh kerana baginda masih
bayi, maka pemerintahannya dipangku oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja dengan
dibantu oleh penolongnya Raja Haji.
Daeng
Kemboja menunjukkan kekuatan melantik Raja Mahmud sebagai Sultan kerana
wujudnya perebutan kuasa antara pembesar Bugis dengan pembesar Melayu. Pembesar
Melayu mahukan salah seorang daripada saudara-saudara Al Marhum Sultan Abdul
Jalil (Raja di Baroh), sama ada Tengku Abdul Kadir atau Tengku Buang, dilantik
Sultan. Sedangkan pembesar Bugis yang dipimpin Yamtuan Muda Daeng Kemboja
mahukan adinda Al Marhum Sultan Ahmad Riayat Shah yang baru mangkat, iaitu Raja
Mahmud.
Pemerintahan
Semasa
pemerintahan Sultan Mahmud III, keadaan daerah takluk Baginda di
Riau-Johor-Lingga-Pahang tidak aman kerana masalah perebutan kuasa antara puak
Melayu dan Bugis berterusan. Pergolakan politik yang hebat berlaku yang
melibatkan pihak Belanda. Dalam satu pertempuran antara Belanda dengan angkatan
lanun dari Tempasok, Sultan Mahmud pura-pura membantu Belanda tetapi meriam
yang digunakan untuk menyerang lanun tidak berpeluru. Akhirnya Belanda menyerah
kalah di Kota Tanjung Pinang, Kepulauan Riau dan terpaksa meninggalkan Tanjung
Pinang tanpa membawa satu barang pun kembali ke Melaka.
Oleh
kerana kuatir Belanda datang semula untuk menyerang balas, maka Sultan Mahmud
beserta pembesar-pembesar baginda berangkat meninggalkan Kepulauaan Riau (Kota
Tanjung Pinang) menuju Pulau Lingga (Daik). Baginda menitahkan agar pusat
pemerintahan baru dibangunkan di tempat baru ini. Sejumlah 200 perahu
mengiringi baginda ke Pulau Lingga. Sementara itu, Bendahara Abdul Majid yang
ketika itu berada di Kepulauan Riau (Kota Tanjung Pinang) bertolak meninggalkan
tempat itu bersama 150 buah perahu, pulang ke Pahang. Setelah itu, ramailah
orang-orang Melayu meninggalkan Riau menuju Bulang, Selangor, Terengganu,
Kalimantan dan pulau-pulau lain di daerah Riau, Sumatera. Yang tinggal hanya orang-orang
Cina yang bekerja di ladang gambir dan lada hitam. Kebanyakan ladang yang
ditinggalkan oleh tuan punya yang terdiri daripada orang Melayu dan Bugis
diambil alih oleh orang-orang Cina. Sejak itu semakin ramailah orang Cina
tinggal di pulau itu.
Tidak
lama kemudian orang Belanda datang semula ke Kota Tanjung Pinang untuk
memperkuatkan semula pertahanan mereka. Kompeni Belanda menempatkan 312 orang
tenteranya. Belanda berpendapat jika mereka tidak menguasai Kepulauan Riau
(Kota Tanjung Pinang), kedudukan mereka akan terancam, tambahan pula ketika itu
Inggeris telah membuka Pulau Pinang pada 1786.
Pada
tahun 1795, Inggeris yang mentadbir Melaka bagi pihak Belanda semasa Perang
Napoleon telah mengembalikan semula semua wilayah takluk Sultan Mahmud seperti
Riau, Johor dan Pahang kepada Baginda.
Sultan
Mahmud membuka Lingga dan menjadikannya pusat pemerintahan
Riau-Johor-Lingga-Pahang. Namun akhirnya dengan campur tangan penjajah dan
musuh-musuh politik dalaman maka akhirnya pusat kesultanan di Lingga mengecil
hanya untuk berkuasa di Riau-Lingga sahaja di bawah naungan kuasa Belanda,
manakala Johor-Pahang bernaung pula di bawah kuasa Inggeris. Akibat daripada
perpecahan itu juga, pentadbiran kerajaan Riau-Johor-Lingga dibahagi kepada
tiga negeri dan diperintah oleh pemerintah yang berlainan, iaitu Singapura-
oleh Temenggung, Riau – oleh Yamtuan Muda dan Lingga – oleh Sultan.
Keluarga
Semasa
menjadi Sultan Riau-Johor-Lingga-Pahang, Sultan Mahmud mempunyai beberapa orang
isteri:-
Anak
Bendahara Abdul Majid di Pahang. Isteri ini mangkat pada tahun 1803 tanpa
beroleh anak.
Cik
Makuh, anak pembesar Bugis Daeng Maturang, yang juga dikenali dengan nama Encik
Jaafar. Dari perkawinan ini lahir seorang putera bernama Tengku Hussain atau Tengku
Long.
Cik
Mariam anak pembesar Bugis bernama Bandar Hassan. Mereka beroleh seorang putera
bernama Tengku Abdul Rahman (Raja Jumaat atau Si Komeng). Pulau Lingga
diserahkan hakmiliknya kepada Tengku Abdul Rahman.
Pada
tahun 1803, Sultan Mahmud berkahwin dengan Raja Hamidah atau Engku Puteri anak
Al Marhum Raja Haji (Marhum Teluk Ketapang). Mereka mempunyai cahaya mata
perempuan tetapi meninggal dunia tidak lama setelah dilahirkan. Kata sesetengah
orang, Pulau Penyengat yang berhampiran Pulau Bintan dijadikan emas kahwinnya.
Pulau ini diperindah dan digelar Pulau Penyengat Indera Mulia. Baginda
menyerahkan pulau itu kepada Raja Hamidah sebagai hakmilik peribadinya.
Mangkat
Sultan
Mahmud Shah III tetap bersemayam di Lingga dan mangkat pada 12 Januari 1812,
setelah bertakhta selama 50 tahun. Baginda digantikan oleh Tengku Abdul Rahman.
Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah Sultan Johor Ke 17 - (1812 - 1819)
Latar belakang
Dilahirkan
pada 1755 dengan gelaran Raja Jumaat atau Si Komeng. Baginda Sultan Abdul
Rahman Muazzam Shah merupakan putera kedua kepada pasangan Sultan Mahmud Shah
III dan Cik Mariam anak pembesar Bugis bernama Bandar Hassan.
Sultan Johor
Perebutan
kuasa antara pihak Tengku Abdul Rahman dan pihak Tengku Hussain (Tengku Long)
anak sulung Sultan Mahmud Shah III telah berlaku apabila Tengku Abdul Rahman
dilantik sebagai sultan Johor dahulu berbanding abang tirinya Tengku Hussain
Shah.
Perlantikan
Tengku Abdul Rahman disokong kuat oleh Belanda kerana akan mendapat kuasa
mentadbir pelabuhan seluruh negeri Johor kecuali Riau dan Lingga. Beliau dengan
itu dilantik Sultan Johor ke-17 dengan gelaran Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
pad 1812-1819.
British
mula hendak campurtangan atas kepentingan Singapura dan cuba mempengaruhi
Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dengan melantik Tengku Hussain Shah sebagai
Sultan Johor.
Kesultanan Lingga-Riau
Dalam
tahun 1818, dengan sokongan kuat dari Yang Dipertuan Muda Riau Raja Jaafar,
baginda Tengku Abdul Rahman telah ditabalkan sebagai Sultan dan Yang di Pertuan
Besar Lingga bergelar Sultan Abdul Rahman I Muazzam Shah ibni al-marhum Sultan
Mahmud III Alam Shah dan diperakui oleh pihak Belanda (NEI).
Baginda
merupakan pengasas kepada Kesultanan Lingga-Riau. Ketika era pemerintahan
baginda, Riau telah menjadi pusat perkembangan dan penyiaran agama Islam. Pada
1 Syawal 1249H (1823) baginda telah mendirikan Masjid Raya di Pulau Penyengat
di Riau yang masih ada sehingga hari ini.
Mangkat
Baginda
mangkat di Lingga dan dimakamkan di Bukit Chengah (Chengkeh) di Daik, Kepulauan
Lingga pada 9 Ogos 1832.
Kesultanan Lingga-Riau
Kesultanan
Lingga-Riau ialah sebuah kerajaan Islam di Kepulauan Lingga, Riau, Indonesia
yang merupakan pecahan daripada Kesultanan Johor. Kesultanan ini dibentuk
berdasarkan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, dengan Sultan Abdul Rahman
Muazzam Shah sebagai sultan pertamanya. Kesultanan ini dihapuskan oleh
pemerintah kolonial Belanda pada 3 Februari 1911.
Kesultanan
Lingga-Riau memainkan peranan yang penting dalam perkembangan bahasa Melayu
sehingga menjadi bentuk bahasa Indonesia kini. Pada masa kesultanan ini, bahasa
Melayu menjadi sebuah bahasa baku yang kaya dengan kesusasteraan serta memiliki
kamus ekabahasa sendiri dan sejajar dengan bahasa-bahasa lain yang besar di
dunia. Tokoh besar di belakang perkembangan pesat bahasa Melayu ini adalah Raja
Ali Haji, seorang pujangga dan ahli sejarah yang berketurunan Melayu-Bugis.
Sejarah
Pra-kolonial
The
region witnessed the triumph of Haji Fisabillah of Johor-Riau during the battle
against the Dutch East India Company on 6 January 1784 in Tanjung Pinang, Riau.
It was the largest military campaign in the Strait of Malacca staged in the
18th century.
Sejarah
merekodkan Kepulauan Riau merupakan sebahagian dari empayar Kesultanan Melayu
Melaka tepatnya ketika era pentadbiran dan perluasaan Bendahara Tun Perak pada
kurun ke-15 masihi, selepas kemunduran Empayar Srivijaya di wilayah Asia
Tenggara. Bahagian baki sisa pemerintahan Melaka itu kemudian disambung oleh
Kesultanan Johor selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511.
Ketika era kegemilangan Kesultanan Johor, kesulatanan itu berjaya diperluaskan
dari utara Semenanjung Tanah Melayu, ke timur Sumatera, Singapura, Kepulauan
Bangka dan Jambi.
Berdasarkan
tetapan rekod sejarah Hikayat Johor tahun 1849, pada tanggal 27 September 1673,
Laksamana Johor, Tun Abdul Jamil telah diperintahkan oleh Sultan Abdul Jalil
Shah III untuk memebuka penempatan di Sungai Carang, Ulu Riau, dekat Kepulauan
Bintan. Penempatan melayu di tebing Sungai Carang inilah kemudiannya dikenali
sebagai Riau Lama. Pada awalnya, kubu dibina untuk melindungi keselamatan
Empayar Johor, tetapi kawasan tersebut secara tidak langsung menjadi pusat
entrepot yang terkenal dengan pusat dagang dan pelabuhan baru di Selat Melaka.
Ulu
Riau kemudian menjadi ibu negeri Johor yang baru ketika era pemerintahan Sultan
Johor, Sultan Ibrahim. Baginda memindahkan ibu kota Johor dari Batu Sawar, Kota
Tinggi Johor di Semenanjung Tanah Melayu ke Riau Lama. Kota Batu Sawar telah
dihancurkan oleh Kesultanan Jambi pada 4 Oktober 1722. Riau Lama menjadi ibu
kota Johor dan empayar jajahannya selama 65 tahun dari tahun 1722 ke 1787.[1]
Kepentingan
Lingga bermula sejak kemahkotaan Sultan Mahmud III pada tahun 1761. Baginda
menempatkan ibu kota Riau Lama, Ulu Riau, Bintan ke Daik, Lingga pada tahun
1788. Pemindahan ini dibuat bagi mengurangkan gangguan Belanda. Baginda
kemudian meminta bantuan saudara jauhnya Raja Ismail, seorang penguasa di
Tempasuk untuk merancang kempen melawan Belanda secara sistematik. Kempen ini
berjaya dan Sultan menghadiahkan hadiah khusus buat mereka.
Era kolonial
Riau-Lingga
pada awalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Melaka, dan kemudian
Kesultanan Johor-Riau. Pada 1812 Sultan Mahmud Shah III wafat tanpa pewaris.
Dalam sengketa yang timbul Inggeris mendukung putera tertua, Tengku Hussain,
sedangkan Belanda mendukung adik tirinya, Tengku Abdul Rahman. Perjanjian
Inggeris-Belanda pada 1824 membahagi Kesultanan Johor-Riau menjadi dua: Johor
berada di bawah pengaruh Inggeris sedangkan Riau-Lingga berada di dalam
pengaruh Belanda. Tengku Abdul Rahman ditabalkan menjadi raja Riau-Lingga
dengan gelar Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah.
Pada
7 Oktober 1857 pemerintah Hindia-Belanda menurunkan Sultan Mahmud IV Muzaffar
Shah dari takhtanya. Pada saat itu Sultan sedang berada di Singapura. Sebagai
penggantinya diangkat bapa saudaranya, yang menjadi raja dengan gelar Sultan
Sulaiman II Badrul Alam Shah.
Jawatan
(Yang Dipertuan Muda) yang biasanya dipegang oleh bangsawan keturunan Bugis
disatukan dengan jabatan raja oleh Sultan Abdul Rahman II pada 1899. Karena
tidak ingin menandatangani kontrak yang membatasi kekuasaannya Sultan Abdul
Rahman II meninggalkan Pulau Penyengat dan hijrah ke Singapura. Pemerintah
Hindia Belanda menurunkan Sultan Abdul Rahman II dari takhtanya in absentia 3
Februari 1911, dan resmi memerintah sehingga tahun 1913.
Senarai sultan
Sultan
Abdul Rahman Muazzam Shah (1818–1832)
Sultan
Muhammad II Muazzam Shah (1832–1835)
Sultan
Mahmud IV Muzaffar Shah (1835–1857)
Sultan
Sulaiman II Badrul Alam Shah (1857–1883)
Sultan
Abdul Rahman II Muazzam Shah (1883–1911)
Sultan Hussain Shah (Tengku Long) Sultan Johor Ke 18 - (1819 - 1835)
Latar belakang
Sultan
Hussain Muazzam Shah ibni almarhum Sultan Mahmud III Shah Alam[1] (1776 – 5
September 1835)[2] adalah Sultan Johor ke-18.[3]. Sultan Hussain Shah dilantik
sebagai sultan pada 6 Februari 1819.
Sebelum
Sultan Hussain Shah dilantik sebagai Sultan Johor, Stamford Raffles telah tiba
di Singapura dan membuat perhubungan dengan Temenggung Abdul Rahman untuk
mendapat kebenaran membina loji dan meletakkan satu kompeni askarnya di
Singapura dengan menandatangani Perjanjian 30 Januari 1819.
Dalam
kajian kes ini, Raffles yang mengetahui mengenai krisis perebutan takhta
Kesultanan Johor pada ketika itu telah mengambil peluang untuk melantik Tengku
Hussain @ Tengku Long menjadi Sultan Johor bagi mengukukuhkan kedudukan
Inggeris di Singapura.
Perebutan takhta
Sultan
Johor-Riau, Sultan Mahmud Shah III mangkat pada 1812 setelah memerintah selama
lebih 50 tahun, tanpa melantik pewaris takhta. Baginda meninggalkan dua orang
putera berlainan bonda, kedua-duanya berketurunan Bugis. Sebagai putera yang
sulong, Tengku Hussain, pada adat kebiasannya akan menggantikan Sultan Mahmud
Shah III berbanding adinda tirinya, Tengku Abdul Rahman yang lebih muda.[4]
Walaubagaimanapun, Tengku Hussain, sedang berada di Pahang semasa ayahndanya
mangkat.
Tengku
Abdul Rahman dengan sokongan orang Bugis yang diketuai oleh Yang Dipertuan Muda
Raja Jaafar telah dilantik menjadi Sultan Johor sebelum Tengku Hussain sempat
kembali. Sebagai balasan sokongan yang diberikan oleh Raja Jaafar, beliau telah
dilantik sebagai raja muda dan diberi kuasa pentadbiran penuh.[5] Tengku
Hussain tinggal di Pahang dan menunggu angin monsoon tiba, dan tidak mengetahui
perlantikan adindanya sebagai Sultan. Dalam pada itu, Raja Jaafar telah menulis
surat kepada Tengku Hussain untuk memaklumkan kemangkatan Sultan Mahmud, kerana
isi surat tidak menerangkan perlantikan adindanya sebagai Sultan. Surat jawapan
telah dihantar dari Pahang ke Lingga memaklumkan perlantikan Tengku Hussain
sebagai Sultan oleh Bendahara Tun Ali di Pahang.
Akhirnya Tengku Hussain
belayar balik ke Lingga bila tibanya angin monsoon, dan telah disambut oleh
Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah yang telah menawarkan untuk menyerahkan takhta
kepada Tengku Hussain. Walaubagaimanapun, baginda Tengku Hussain dengan cepat
menarik balik tawaran tersebut kerana diancam oleh Raja Jaafar.
Kesahihan
pemerintahan Sultan Abdul Rahman dipersoalkan kerana alat kebesaran diraja
berada di dalam tangan Raja Hamidah, parmaisuri terkanan Sultan Mahmud Shah III
yang telah menyatakan pilihannya bahawa Tengku Hussain layak untuk menaiki
takhta.
Tambahan pula, Tengku Hussain mendapat sokongan Temenggung dan para
pembesar Melayu. Ini menyebabkan soal peralihan kuasa bertambah rumit.
Kesan perlantikan Sultan Hussain
British
telah berjaya mengetepikan pengaruh politik Belanda dengan perlantikan Sultan
Hussain sebagai Sultan Johor dan Singapura. Ini membolehkan British mengukuhkan
pengaruhnya di Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu. Walaubagaimanapun,
kesahihan perlantikan Sultan Hussain sebagai Sultan Johor dan Singapura, tidak
diiktiraf oleh Raja-raja Melayu dan jawatan Baginda hanya sekadar nama.
Sebaliknya kedudukan Temenggung Abdul Rahman menjadi bertambah kukuh akibat
perjanjian yang ditandatangi dengan British membolehkan beliau memutuskan
pengaruh Raja Jaafar ke atas beliau.
Belanda
pula mengambil langkah berani untuk merampas alat kebesaran diraja daripada
Raja Hamidah apabila mendengar khabar angin Sultan Hussain meminta bantuan
British untuk merampas alat tersebut.[9] Pada November 1822, Sultan Abdul
Rahman telah dimahkotakan sebagai Sultan Lingga oleh Belanda dengan penuh alat
kebesaran diraja.
Sultan
Abdul Rahman, yang lebih mengabdikan diri kepada agama, menghadkan pengaruh
politiknya di Lingga, dimana keluarga Baginda tinggal dibawah pentadbiran[11]
Raja Jaafar yang memerintah dibawah pengaruh Belanda.[12] Walaubagaimanapun,
persoalan kekaburan kesahihan kepimpinan tempatan, seperti status Johor dan
Pahang, yang merupakan de jure hakmilik Sultan Abdul Rahman dan penggantinya,
tetapi Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 tidak membolehkan beliau berkuasa di
Johor dan Pahang.[13] Memandangkan hal ini, Temenggung dan Bendahara mula
menjadi lebih berkuasa. Tambahan pula, peningkatan pengaruh British di Semenanjung
Tanah Melayu dan perubahan politik semasa perlahan-lahan mengurangkan
pertelingkahan tersebut. (Pada tahun 1857, Sultan Lingga, Sultan Mahmud IV,
yang merupakan de jure ketua Kesultanan Johor, Pahang dan Lingga, telah
menuntut haknya sebagai pemerintah negeri-negeri tersebut dan menyebabkan
perang saudara di Pahang.
Manakala
bagi sebelah Sultan Hussain pula, baginda tidak meneruskan sebarang tuntutan
secara aktif terhadap hak kedaulatannya keatas Johor, walaupun Temenggong Abdul
Rahman telah meninggal dunia pada tahun 1825, dan pewaris keduanya, Temenggong
Daeng Ibrahim pula masih terlalu mentah dan remaja ketika itu.
Sultan
Hussain akhirya dilihat lebih banyak mengahabiskan masanya di kediaman rasminya
di Singapura yakni Istana Kampong Gelam sehingga tahun 1834, kemudian baginda
berpindah ke Melaka dengan menaiki sebuah kapal yang Bernama Julia milik Sultan
Kedah. Baginda sebenarnya telah diusir oleh Sir John Crowford dan tidak
mengitiraf baginda sebagai Sultan di Singapura. Baginda lebih disenangi untuk
tinggal di Melaka kerana mempunyai saudara mara yang ramai tinggal di Tengkera,
Melaka. Menurut sumber laporan, Sultan Hussain ialah seorang yang lemah lembut,
sifat dan perwatakannya cukup menunjukkan baginda kekurangan kuasa dan
pemerintahan yang tidak setanding dengan gelaran Sultannya.
Kesan Perjanjian Inggeris - Belanda
Sultan
Hussain dikenali sebagai Sultan yang menandatangani dua perjanjian dengan
Syarikat Hindia Timur Inggeris yang membolehkan penubuhan Singapura moden;
dimana beliau telah diiktiraf sebagai Sultan Johor dan Sultan Singapura yang
pertama pada 31 Januari 1819. Baginda mengarahkan untuk dibinakan sebuah Istana
di Singapura yang dinamakan Istana Kampong Gelam pada tahun 1820 dan Sultan
Johor pada 2 Ogos 1824 selepas menandatangani surat perjanjian Inggeris -
Belanda dimana wilayah Johor di tanah semenanjung dan Singapura berada di bawah
pengaruh Inggeris sementara Riau dan Kepulauan Lingga pula di bawah pengaruh
Belanda. Kesan dari perjanjian tersebut:
Negeri Pahang kemudiannya telah diperintah
oleh keturunan Bendahara.
Negeri
Johor Moden pula telah diperintah oleh keturunan Temenggong sehingga ke hari
ini.
Di
wilayah pengaruh Belanda pula, Keturunan Sultan Abdul Rahman Muadzam Syah
kemudiannya menjadi Sultan Lingga.
Keturunan
Yang Di-pertuan Muda menguasai Riau.
Natijahnya,
kuasa Sultan Hussain ke atas Singapura hilang setelah menandatangani Perjanjian
2 Ogos 1824 dengan pegawai British Sir John Crawford untuk menyerahkan
Singapura dan pulau sekitarnya buat selama-lamanya.
Kemangkatan
Sultan
Hussain Shah berpindah ke Melaka pada tahun 1834 dan mangkat di Tengkera,
Melaka lima belas bulan kemudian pada 5 September 1835, dan dimakamkan secara
sederhana di penjuru tanah perkuburan di dalam perkarangan Masjid Tengkera.
Sultan Ali Iskandar Shah Sultan Johor Ke 19 - (1835 - 1877)
Nama penuh adalah Ali Iskandar Muazzam Shah
ibni Hussein Muazzam Shah
Tengku
Ali, anakanda Sultan Hussain Shah, diisytiharkan sebagai Sultan Johor ke-19,[1]
pada 16 September 1840, dengan gelaran Sultan Ali Iskandar Shah ibni Hussain
Muazzam Shah[2] untuk menggantikan ayahandanya, apabila Baginda mangkat pada
1835.
Walaubagaimanapun, perlantikan baginda tidak diiktiraf oleh Inggeris
(British).
Selama
20 tahun berikutnya, tuntutan Sultan Ali ke atas jawatan Sultan Johor hanya
diiktiraf oleh pedagang dan beberapa orang Melayu. Seperti ayahdanya, Sultan
Ali lebih merupakan pemerintah boneka dan memainkan peranan kecil di dalam
pentadbiran negeri, yang terletak di bawah bidang kuasa Temenggung dan British.
Baginda adalah seorang Sultan yang lemah dan dibayangi oleh Temenggungnya,
Temenggung Daeng Ibrahim. Satu perisytiharaan oleh British pada bulan September
1840 memberikan baginda sebagai pewaris yang sah Sultan Hussain Shah, tetapi
bukan pengiktirafan sebagai "Sultan Johor".
Pada
10 Mac 1855, Sultan Ali memeterai sebuah perjanjian dengan pihak British di
Singapura. Dalam perjanjian ini, Sultan Ali bersetuju melepaskan haknya
terhadap Johor (kecuali Kesang) kepada Temenggung Daeng Ibrahim,[4] dengan
balasan pengiktirafan rasmi sebagai "Sultan Johor" oleh British dan
elaun bulanan. Selepas penyerahan Johor, Sultan Ali telah diberikan kuasa
pentadbiran ke atas Muar sehinga kemangkatannya pada 1877, dan untuk tujuan
pentadbiran, Baginda dikenali sebagai "Sultan Muar".
Keluarga
Baginda
dikurniakan 11 orang anak, 6 orang Putera dan 5 orang Puteri
Tengku
Alam Shah
Tengku
Mahmud Putra
Tengku
Tengku
Mansur Putra
Tengku
Putih Abdullah
Tengku
Sulong
Tengku
Sembap
Tengku
Cik Fatimah
Tengku
Marima
Tengku
Sharifah Sarah
Tengku
Busu Zainab Putri
Sultan Johor
Tahun-tahun awal
Pada
tahun 1840, Johor mula menerima peneroka Cina (kebanyakannya datang dari Swatow
dan Chaozhou), Temenggung Ibrahim yang mentadbir negeri mengenakan cukai ke
atas peneroka ini, sebagai sumber pendapatan baginda.[6] Walaubagaimanapun,
tidak seperti Temenggung Ibrahim, Sultan Ali tidak melibatkan diri di dalam hal
ehwal negeri tetapi pada masa yang sama mengadu tidak menerima elaun yang
mencukupi daripada British.
Dalam
pada itu, kesetiaan orang-orang Melayu di Johor kepada pemerintah mula berpecah
belah diantara sokongan kepada Sultan Ali dan Temenggung Ibrahim.
Walaubagaimanapun, perpecahan kesetiaan ini tidak menyebabkan sebarang
persengketaan besar. Pada masa yang sama, seorang pedagang Inggeris, W.H.
Read, menjaga cap mohor Sultan Ali sebagai balasan untuk melangsaikan hutang
baginda. Read adalah penyokong kuat tuntutan Sultan Ali untuk diiktiraf sebagai
pemerintah Johor yang sah serta berhak keatas hasil negeri, dengan Temenggung
Ibrahim sebagai wakil baginda.
Disebabkan tekanan ekonomi dan politik
pedagang tersebut, Gobenor British telah menimbangkan untuk memberi
pengiktirafan tersebut, tetapi telah mendapat tentangan hebat daripada
Temenggung Ibrahim dan anaknya, Abu Bakar.
Pada
awal tahun 1850an, Johor telah berada dibawah kuasa Temenggung;
pengikut-pengikut Sultan Ali telah disingkirkan secara paksa oleh
pengikut-pengikut Temenggung.
Penyerahan Johor
Beberapa
rundingan diantara Sultan Ali dan Temenggung Ibrahim berlangsung dimana British
telah menjadi orang tengah, selepas Sultan Ali menimbulkan persoalan mengenai
hak Temenggung Ibrahim untuk menerima kesemua hasil negeri.[13] Pada mulanya,
Temenggung Ibrahim bercadang untuk membahagi dua hasil negeri dengan syarat
Sultan Ali menyerahkan hak untuk menuntut kedaulatannya ke atas Johor. Syarat
tersebut tidak diterima Sultan Ali. Kedua-dua pihak bersetuju untuk mendapatkan
campur tangan British, diantaranya, Gabenor British untuk Negeri-negeri Selat,
Colonel William Butterworth, dan penggantinya, Edmund Blundell telah dilantik
sebagai orang tengah.
Pihak
British lebih menyenangi prospek Temenggung Ibrahim mengambil alih pentadbiran
Johor daripada Sultan Ali. Tuntutan Sultan Ali berkenaan hak kedaulatannya ke
atas Johor telah disangkal oleh British. Temenggung Ibrahim pula telah
membangkitkan kenyataan bahawa ayahanda Sultan Ali, Sultan Hussain Shah tidak
pernah membuat usaha untuk menuntut hak kedaulatannya ke atas Johor walaupun
baginda telah diiktiraf oleh British di dalam Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.
Pada masa itu, Johor berada dibawah tanggungjawab Temenggung Abdul Rahman
seperti juga Pahang yang berada di bawah tanggungjawab Bendahara.
Dokumen-dokumen lain pula menunjukkan sekiranya Johor berada dibawah kuasa
Sultan, de jure kedaulatan tersebut sepatutnya berada di bawah Sultan Lingga,
Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah dan bukan Sultan Ali.
Temenggung
Ibrahim dan Sultan Ali menyerahkan cadangan mereka kepada Gabenor British pada
bulan April 1854. Temenggung bersetuju keatas permintaan Sultan Ali untuk
diiktiraf secara simbolik sebagai Sultan Johor, tetapi berkeras mahu
mengekalkan kuasa penuh ke atas Johor. Sebaliknya Sultan Ali telah menyatakan
hasratnya untuk memerintah wilayah Kesang yang terletak ditebing sebelah utara
Sungai Muar sehingga ke sempadan Melaka dengan alasan sebahagian nenek
moyangnya di makamkan di sana. British telah memujuk Temenggung Ibrahim untuk
menerima permintaan Sultan Ali. Akhirnya, Temenggung Ibrahim telah bersetuju
dengan permintaan tersebut.
Satu
perjanjian telah ditandatangani pada 10 Mac 1855, dimana Sultan Ali secara
rasmi menyerahkan hak kedaulatannya ke atas Johor kepada Temenggung Ibrahim
kecuali wilayah Kesang. Sebagai balasan, Sultan Ali telah diberi jaminan
diiktiraf sebagai "Sultan" oleh Temenggung Ibrahim dan British.
Baginda juga menerima pampasan berjumlah $5000 dan elaun bulanan sebanyak $500
sebulan daripada Temenggung.
Sultan Muar
Sultan
Ali mewakilkan pentadbiran Kesang kepada Temenggung Paduka Tuan Muar dan banyak
menghabiskan banyak masa di Melaka. Kesang tidak banyak penduduk pada tahun
1855 dan hanya ada 800 penduduk tanpa sebarang struktur kerajaan. Pada tahun
1860, Sultan Ali dilaporkan meminjam $53,600 daripada seorang ceti, Kavana
Chana Shellapah. Sultan Ali menandatangani satu perjanjian dengan Shellapah
untuk menggunakan sebahagian daripada elaun bulanan baginda untuk membayar
pinjaman tersebut. Walaubagaimanapun, Sultan Ali tidak dapat membayar pinjaman
tersebut mengikut jadual. Ini menyebabkan Shellapah marah dan menulis surat
kepada kerajaan British pada tahun 1866. Setelah dipaksa membayar pinjamannya
mengikut jadual, Sultan Ali telah menyerahkan hak untuk berdagang di Kesang
kepada Temenggung Ibrahim sebagai cagaran sekiranya baginda tidak dapat
menjelaskan pinjaman mengikut jadual.
Hubungan
Sultan dan Temenggung Ibrahim tetap tegang; pada tahun 1860, Sultan Ali
membenarkan seorang Bugis, Suliwatang, Ketua Rembau dan Sungai Ujong untuk
menetap di Kesang dan bersiap untuk menyerang Johor.[19] Hubungan buruk
diantara Sultan Ali and Temenggung Ibrahim berterusan sehingga anak Temenggung
Ibrahim, Abu Bakar, yang menggantikan ayahandanya yang mangkat pada tahun 1862.
Tidak lama selepas Abu Bakar menjadi Temenggung Johor, baginda menghantar surat
kepada Sultan Ali untuk menegaskan kedaulatan Johor ke atas Segamat. Pertikaian
yang berterusan berkenaan kedaulatan Segamat membawa kepada perperangan
diantara pengikut Temenggung Abu Bakar dan Sultan Ali. Sebelas tahun kemudian
iaitu pada tahun 1873, usaha Suliwatang untuk memungat cukai daripada penduduk
di muara Sungai Kesang menyebabkan lebih banyak konflik dengan pengikut
Temenggung Abu Bakar yang mula menggunakan gelaran Maharaja pada tahun
1868.
Semasa
pemerintahan Sultan Ali, tidak banyak aktiviti ekonomi di Kesang.
Walaubagaimanapun, baginda mewakilkan tugas memungut cukai kepada Suliwatang
dan wakilnya. Pada tahun 1868, Sultan Ali melantik Babu Ramasamy, seorang guru
berketurunan Tamil untuk memungut cukai di Kesang. Pada tahun 1872, seorang
pelombong berbangsa Eropah telah diberikan hak melombong secara eksklusif di
Kesang selama lima tahun oleh Sultan Ali. Tiga tahun kemudian, seorang rakyat
Amerika telah diberikan konsesi untuk membeli tanah seluas 45 batu persegi di
Kesang oleh Sultan Ali.
Mangkat
Sultan
Ali menghabiskan masa tuanya di Umbai, Melaka, dan menyara hidupnya dengan
elaun bulanan yang diberikan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris.[22] Baginda
mendirikan sebuah istana dan tinggal bersama permaisuri ke-3 iaitu Cik' Sembuk
sehingga beliau mangkat pada 20 Jun 1877 dan Makam Sultan Ali terletak di
Masjid Umbai, Melaka di Laluan Persekutuan 5.
Sebelum
Baginda mangkat, Sultan Ali telah mewasiatkan wilayah Kesang kepada Tengku
Mahmood yang berumur 11 tahun, putera Almarhum Sultan dan Cik Sembuk yang
berasal dari orang kebanyakan. Keputusan baginda menerima tentangan daipada
sebahagian orang Melayu di Singapura yang berpendapat Tengku Alam Shah
sepatutnya menjadi pewaris wilayah Kesang memandangkan beliau adalah putera
sulong baginda dengan Daeng Siti, anak seorang pembesar Bugis.
Apabila
Sultan Ali mangkat, hak penjagaan wilayah Kesang telah diletakkan di bawah
kuasa Ungku Jalil, abang kepada Sultan Ali. Ungku Jalil telah menyerahkan hak
penjagaan wilayah Kesang kepada Maharaja Abu Bakar, selepas kerajaan British
mengadakan pemilihan Temenggung Paduka Tuan Muar dan ketua-ketua masyarakat di
Kesang telah memilih Maharaja Abu Bakar untuk memimpin mereka. Gebenor British
telah menyerahkan pentadbiran wilayah Kesang kepada Maharaja Abu Bakar. Ini
menyebabkan Tengku Alam dan pengikutnya tidak berpuas hati.[26] Tuntutan
berterusan Tengku Alam ke atas wilayah Kesang telah menyebabkan Perang Jementah
pada 25 Oktober 1879.
Wangsa Temenggung
Dato'
Raja Temenggung Sri Maharaja Tun Daeng Ibrahim ibni Dato' Raja Temenggung Sri
Maharaja Abdul Rahman (10 Mac 1855 – 31 Januari 1862)
* Tidak
memakai gelaran Sultan kerana menghormati Sultan Ali yang masih hidup.
Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim Sulatn Johor ke 20 (1855-1862)
Raja
Temenggung Tun Daeng Ibrahim merupakan Temenggung Johor dari 19 Ogos 1841 - 10
Mac 1855 dan menjadi Sultan/Maharaja Johor (De facto) Sulatn Johor ke 20 dari 10 Mac 1855 – 1862
Raja
Temenggung Tun Daeng Ibrahim bin temenggung tun abdul rahman (8 Disember 1810 -
31 Januari 1862) ialah Maharaja Johor/de facto Sultan Johor ke-20, sebuah
negeri di selatan Semenanjung Malaysia, antara tahun 1855 dan 1862. Beliau
tidak memakai gelaran sultan untuk menghormati Sultan Ali.
Latar belakang
Daeng
Ibrahim dilahirkan di Pulau Bulang, Kepulauan Riau, anak kepada Temenggung
Abdul Rahman dan isteri pertamanya, Inche Yah, dan menerima pendidikan swasta
di Singapura. Beliau juga dikenali dengan panggilan Daeng Ronggek, Tengku Chik
dan Daeng Kechil.
Pemerintahan
Pada
tahun 1833, Daeng Ibrahim menggantikan abangnya sebagai Tengku Temenggong Sri
Maharaja, dan berkhidmat di bawah dua Sultan, iaitu Sultan Hussain Shah dan
Sultan Ali.
Walaubagaimanapun,
secara rasminya beliau telah memegang jawatan ini pada 19 Ogos 1841. Majlis
perlantikan beliau yang diadakan di New Harbour, Singapura, telah disaksikan
oleh Gabenor Bonham dan Bendahara Tun Ali dari Pahang.
Pada
10 Mac 1855, Sultan Ali memeterai sebuah perjanjian dengan pihak British di
Singapura. Dalam perjanjian ini, Sultan Ali bersetuju untuk memindahkan semua
kuasanya di Johor kepada Daeng Ibrahim, Temenggungnya, kecuali Kesang yang
terletak di sebelah tebing utara Sungai Muar di daerah Muar. Dengan itu, Daeng
Ibrahim menjadi pemerintah Johor dengan gelaran "Maharaja Johor".
Antara lain, perjanjian itu mengiktirafkan Sultan Ali sebagai Sultan Johor,
tetapi gelarannya tidak boleh diwariskan kepada keturunannya.
Sebagai
Maharaja Johor, Daeng Ibrahim mengasaskan pentadbirannya di Tanjung Puteri atau
Iskandar Puteri yang kemudian digelarkan Johor Bahru oleh anaknya, Sultan Abu
Bakar Daeng Ibrahim, pada tahun 1866. Beliau mewujudkan suatu sistem
pentadbiran kerajaan yang teratur and tersusun. Baginda memperkenalkan
"Sistem Kangcu" pada tahun 1833 untuk memajukan perusahaan ladang lada
hitam dan gambir di Johor.
Mangkat
Baginda
mangkat pada 1 Februari 1862 di Teluk Belanga, Singapura dan dimakamkan di
Makam Temenggong, Masjid Teluk Belanga.
Sistem Kangcu
"Kangcu"
ialah bahasa Cina untuk "Tuan Sungai". Melalui sistem ini, Daeng
Ibrahim membawa orang-orang Cina dari Singapura ke Johor untuk mengerjakan
ladang lada hitam di sepanjang Sungai Johor. Orang-orang Cina diberikan
"Surat Sungai" yang merupakan surat kebenaran untuk menetap dan
mengusahakan pertanian di Johor. Kawasan perladangan dikenali sebagai
"kangkar", iaitu perkataan bahasa Cina untuk "kaki sungai".
Setiap kangar diketuai oleh seorang kangcu yang memerintah dan memungut cukai
untuk kerajaan Johor.
Keluarga
Isteri
Daeng
Ibrahim mempunyai tiga isteri, iaitu:-
Inche
Ngah
Engku
Long Muda
Tengku
Andak (anak perempuan ketiga kepada Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah, Sultan
and Yang di-Pertuan Besar Lingga-Riau.
Anak Lelaki
Daeng
Ibrahim mempunyai tujuh anak lelaki:-
Sultan
Abu Bakar Daeng Ibrahim, Sultan Johor (anak Inche Ngah)
Ungku
Muhammad Daeng Ibrahim
Ungku
Abdullah Daeng Ibrahim, Ungku Sri Paduka Pemangku Raja
Ungku
Abdul Rahman Daeng Ibrahim (anak Engku Long Muda)
Ungku
Abdul Majid Daeng Ibrahim, Ungku Sri Paduka Pemangku Raja
Ungku
Muhammad Khalid Daeng Ibrahim
Ungku
Daud Daeng Ibrahim
Anak
Perempuan
Daeng Ibrahim mempunyai lima anak
perempuan:-
Ungku
Besar Daeng Ibrahim
Ungku
Pah Daeng Ibrahim
Ungku
Khadija Daeng Ibrahim
Ungku
Zaharah Daeng Ibrahim
Ungku
Nong Hawa Daeng Ibrahim
Temenggung Abdul Rahman
Engku
Abdul Rahman ibni tun abdul jamil mengantikan bapa saudaranya Engku Muda atau
Daeng Kechil sebagai Temenggung Johor pada tahun 1806. Temenggung Abdul Rahman
dan pengikutnya meninggalkan Riau dan berpindah ke Singapura pada tahun 1818
setelah Belanda memberi sokongan kepada Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar.
Setahun kemudian, pada tahun 1819, Stamford Raffles dan William Farquhar juga
datang ke Singapura. Pada tahun tersebut Temenggung Abdul Rahman menandatangani
perjanjian dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris yang dikenali sebagai
Perjanjian 30 Januari 1819.
Anak
beliau Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim menjadi Sultan Johor de facto ketika
zaman Sultan Ali.
Sultan Johor Moden (keturunan Wangsa Temenggung)
Temenggung Johor
Temenggung
Johor ialah salah seorang anggota Majlis Orang Kaya yang ditubuhkan sendiri
oleh Sultan Abdul Jalil Shah III. Temenggung Johor diberikan tugas untuk
mengawal keselamatan Sultan dan menjaga keamanan Negeri serta berkuasa
mengawasi segala teluk rantau jajahan Empayar Johor. Temenggung Johor telah
diberikan wilayah pegangan oleh Sultan Johor iaitu tanah besar Johor dan
Singapura sebagai wakil Sultan Johor-Riau, sama seperti Bendahara yang
diberikan Pahang sebagai wilayah pegangan, Yang Dipertuan Muda memerintah Riau
dan Raja Temenggung Muar di Muar. Keturunan Temenggung kemudiannya mengasaskan
kesultanan baru di tanah besar Johor dengan sultan pertama dari Wangsa
Temenggung ialah Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim.
Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (13 Februari 1886 - 4 Jun 1895)
Sultan
Johor Era Moden I Johor Darul Takzim
Sultan
Sir Abu Bakar Al-Khalil ibni Al-Marhum Tun Temenggung Raja Daeng Ibrahim (3
Februari 1833 - 4 Jun 1895) telah menggantikan bapanya Temenggung Daeng Ibrahim
bagi mentadbir Johor dari 1862-1895. Baginda berumur lebih kurang 28 tahun
semasa ayahanda mangkat [3]. Baginda memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868.
Baginda ialah sultan johor era moden pertama.
Temenggung
Abu Bakar adalah seorang tokoh dan pemerintah Johor yang amat bijaksana.
Baginda telah memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti
Temenggung dan membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga. Pada 1
Januari 1866, baginda telah menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri
kepada Johor Bahru dan menjadikannya pusat pentadbiran kerajaan Johor.
Temenggung Abu Bakar memberi galakan kepada orang Cina membuka ladang lada
hitam dan gambir dipanggil "Sistem Kangcu".
Temenggung
Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan
kosmopolitan Barat dan digelar Bapa Johor Moden. Pentadbirannya yang cekap dan
tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai
British sebagai penasihat.
Baginda
telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, beliau sangat
terpengaruh dengan cara pemerintahan dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah
membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England, untuk
mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbirkan
negara. Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan
pemerintah British. Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, ratu
Great Britain pada masa itu. Ratu Victoria telah mengurniakan gelaran Maharaja
Johor kepada Temenggung Abu Bakar pada tahun 1868 dan seterusnya baginda
memakai gelaran Maharaja Johor.
Kemudiannya,
baginda telah menguasai seluruh wilayah Johor, iaitu setelah Sultan Ali mangkat
pada tahun 1877. Selepas Sultan Ali mangkat, Tengku Alam (anak Sultan Ali)
membantah pemerintahan Muar/Kesang diserah sementara kepada Maharaja Abu Bakar
dan melancarkan "Perang Jementah" pada 1879 tetapi gagal.
Baginda
juga pernah merasmikan Penjara Johor Bahru pada tahun 1883.
Pada
1885, Johor telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan
British. Melalui perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai
sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Maharaja Abu Bakar juga
diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda bersetuju menerima seorang pegawai
British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan bukan sebagai
penasihat. British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang
ancaman dari luar.
Maka
mulai 1 Julai 1886, baginda memakai gelaran sultan dengan gelaran Sultan Abu
Bakar Alkhalil Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah
menubuhkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.
Mangkat
Sultan
Abu Bakar mangkat pada 4 Jun 1895 di United Kingdom[4] dan dimakamkan di Makam
Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.
Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (4 Jun 1895 - 8 Mei 1959)
Sultan
Johor Era Moden ke-II Johor Darul Takzim
Mejar
Jeneral Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar
Al-Khalil (17 September 1873 - 8 Mei 1959) memerintah Johor dari tahun 1895
hingga 1959. Baginda merupakan Sultan Johor ke-22, dan yang ketiga di bawah
Wangsa Temenggung. Wangsa Temenggung telah dimulakan dengan bantuan pihak
British di bawah Sir Stamford Raffles.
Baginda
diputerakan sebagai Tunku Ibrahim Iskandar di Istana Bidadari, Serangoon,
Singapura, Sultan Ibrahim merupakan anakanda tunggal kepada Sultan Abu Bakar
Daeng Ibrahim dan Inche Zubaidah binti Abdullah Inche Besar (isteri kedua
Sultan Abu Bakar). Baginda belajar di bawah guru peribadi. Pada 23 Mei 1891,
Baginda dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar, Johor Bahru.
Sultan Ibrahim menaiki takhta pada 4 Jun 1895 semasa kemangkatan ayahandanya,
Sultan Abu Bakar. Baginda dimahsyurkan sebagai Sultan Johor pada 7 September
dan dimahkotakan pada 2 November.
Pendidikan
Berlatarbelakangkan
pendidikan Inggeris sejak kecil, baginda diberi perhatian penuh sebagai bakal
pengganti Sultan dan ketika menjadi Putera Mahkota pada usia 17 tahun, beliau
pergi ke Eropah buat julung kalinya pada Jun 1890. Baginda melawat Jerman,
Switzerland, Perancis dan England.
Pemerintahan
Sultan
Ibrahim meneruskan usaha ayahandanya dan mengekalkan kebebasan dan kedaulatan
Johor. Oleh sebab baginda tidak mahu dijajah oleh pihak British, baginda
melakukan pelbagai perubahan dan pindaan terhadap perlembagaannya pada tahun
1895. Kerumitan pentadbiran kewangan negeri Johor dan kebarangkalian meletusnya
perang besar di Eropah (Perang Dunia Pertama) menimbulkan kerisauan dan
perasaan gelisah di kalangan pentadbir British. Mereka mendesak Sultan Sir
Ibrahim untuk menerima Penasihat Inggeris untuk membantu mentadbir negeri
Johor. Sultan Sir Ibrahim pada hakikatnya kehilangan kebebasan mentadbir negeri
Johor. Sebagai balasan, Pentadbiran Negeri-Negeri Selat (British) bersetuju
kepada penubuhan satu pasukan Askar Timbalan Setia yang berikrar taat setia
kepada Sultan Johor. Askar Timbalan Setia boleh dilihat sebagai tentera
peribadi Sultan Johor.
Melalui
pindaan pada tahun 1914, Sultan Ibrahim telah membenarkan orang asing bukan
rakyat Johor, termasuk rakyat British, menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat
Negeri. Seterusnya pada tahun itu juga, Sultan Ibrahim menerima seorang
Penasihat Am British. Tugasnya adalah menasihati baginda dalam bidang
pentadbiran dan pemerintahan negeri Johor. Walau bagaimanapun, Penasihat Am
tidak mempunyai kuasa seperti kuasa Residen dan Penasihat British di
negeri-negeri Melayu yang lain, dan nasihatnya tidaklah semestinya dituruti
oleh baginda. Pindaan ini telah menambahkan penguasaan British ke atas Johor
secara tidak langsung.
Jasa dan sumbangan
Pembinaan
hospital serta pejabat kerajaan.
Menaungi
badan pakatan Bahasa Melayu (Pakatan Bahasa Persuratan Buku Di-Raja Johor)
Meneruskan
pembinaan Masjid Abu Bakar yang diusahakan ayahandanya, Sultan Abu Bakar
Lagu
rasmi Johor, 'Lagu Selamat Johor' ciptaan M Galistan (seorang pemuzik dan
jurulatih pancaragam) wajib dinyanyikan murid sekolah di negeri itu
Pelayaran
dan pengembaraan
Bagi
memperluaskan pengetahuannya, baginda sering ke Eropah khususnya ke England dan
beberapa negara lain. pada 12 Mac 1934, beliau mengelilingi dunia diiringi
Sultanah Helen dan Setiausaha Sulitnya, Kapten Sheikh Abdullah Yahya.
Rombongan
bertolak dari Singapura menaiki kapal Jepun, Fujiyama Maru menuju ke Jepun,
kemudian singgah di Hong Kong dan Shanghai, China. Ketika di Jepun, Maharaja
Jepun menganugerahkan baginda 'First Class Grand London of the Order of Rising
Sun' sebagai tanda perkenalan dan persahabatan.
Sultan
Ibrahim meneruskan pelayaran menaiki kapal Chinchba Maru dari Yokohama menuju
ke Honolulu, seterusnya ke Hollywood di San Francisco. Dari Los Angeles,
baginda ke Chicago, kemudian ke Washington (Melawat Rumah Putih) dan ke New
York.
Dari
Amerika Utara, baginda kemudiannya ke England atas jemputan King George V dan
Queen Mary.
Baginda
turut melawat India, Australia, Indo-China, Thailand dan Kemboja.
Keluarga
Baginda
berkahwin sebanyak enam kali, ia itu dengan:
Sultanah
Ungku Maimunah Binti Ungku Abdul Majid (sepupu baginda di mana Ungku Abdul
Majid dan Almarhum Sultan Abu Bakar merupakan saudara sebapa) (15 November 1876
- 2 September 1909): Berkahwin di Istana Tyersall, Singapura pada 5 Oktober
1892, Ungku Maimuna ialah anak perempuan Ungku Abdul Majid ibni al-Marhum
Tengku Temenggung Sri Maharaja Daeng Ibrahim. Beliau dimahkotai sebagai
Sultanah Johor pada 2 November 1895, tetapi mangkat dengan awal pada umur 35.
Sultanah
Rogayah (4 September 1880 - 8 Mac 1926): Beliau dimahkotakan sebagai Sultanah
Johor pada 30 Ogos 1920.
Che
Puan Hasana binti Dato' Ja'afar: Hasana ialah anak perempuan Dato Ja'afar bin
Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama, dan adik kepada Dato Onn bin
Ja'afar.
Ungku
Intan binti Ungku Ahmad: Berkahwin pada tahun 1926, Ungku Intan ialah anak
perempuan Ungku Ahmad bin Ungku Muhammad.
Helen
Bartholomew Wilson (21 Disember 1889 - 13 Ogos 1977): Dilahirkan di Glasgow,
Bartholomew berkahwin dengan Sultan di Woking, Surrey pada 15 Oktober 1930 dan
bercerai pada 31 Disember 1938. Bartholomew ialah janda kepada William Brockie
Wilson, Esq., dan Sultan Ibrahim merupakan suaminya yang kedua. Beliau
dimahkotakan sebagai Sultanah Johor di Istana Besar, Johor Bahru, pada 18
November 1931.
Sultanah
Fawzia (7 November 1915 - 1 Jun 1982): Sultanah Fawzia dilahirkan di negara
Jerman sebagai Marcella Mendel. Beliau ialah anak perempuan Edgar Mendel dari
Romania. Berkahwin di London pada 6 November 1940, beliau dimahkotakan sebagai
Sultanah Johor pada 17 September 1955.
Baginda
mempunyai empat orang anakanda lelaki dan seorang anakanda perempuan.
Anakanda-anakanda lelakinya adalah seperti berikut:
Seorang
anakanda lelaki yang dilahirkan oleh Sultanah Maimunah dan yang mangkat pada
Ogos 1893:
Tunku
Ismail ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, juga diputerakan oleh Sultanah
Ungku Maimunah;
Tunku
Abu Bakar ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, yang diputerakan oleh
Sultanah Rogayah:
Tunku
Ahmad ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, yang diputerakan oleh Che Puan
Hasana.
Tunku
Meriam binti Al-Marhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, yang diputerikan oleh
Sultanah Fawzia.
Mangkat
Sultan
Ibrahim pada 8 Mei 1959 di Grosvenor House, London, United Kingdom dan
dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.
Sumber
: Wikipedia
UUK @ Undang Undang Kedah iaitu sebuah manuskrip jawi yang telah di rumikan oleh Maryam Salim (DBP) pula nenceritakan sultan mahmud malaka dgn cerita dan tahun yang berbeza.patutla sejarah melayu lintang pukang
ReplyDelete