Perang Saudara Brunei telah tercetus hanya gara-gara
perlawanan sabung ayam.
Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Ali, terdapat
perselisihan faham diantara anak Sultan, Pengiran Muda (putera) Bongsu dan
Pengiran Muda Alam, anak Pengiran Abdul Mumin dengan keputusan sabung ayam
dimana Pengiran Muda Bungsu telah kalah. Kekalahan beliau telah diejek oleh
Pengiran Muda Alam. Dan kerana terlalu marah, Pengiran Muda Bongsu telah
membunuh Pengiran Muda Alam dan melarikan diri dari tempat kejadian.
Bagi membalas dendam, Abdul Momin dan pengikut-pengikutnya
telah mencekik Sultan Muhammad Ali. Abdul
Momin kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan dan memakai gelaran
"Sultan Abdul Hakkul Mubin". Dia cuba untuk memuaskan hati pengikut
Sultan sebelumnya dengan melantik cucu Muhammad Ali, iaitu Muhyiddin sebagai
Bendahara baru ("Ketua Menteri").
Selepas beberapa ketika, bagaimanapun, penyokong Muhammad
Ali membalas dendam dengan meyakinkan Bendahara Muhyiddin untuk berdiri
menentang Abdul Momin. Bendahara Muhyiddin pada mulanya enggan untuk berbuat
demikian, tetapi kemudian bersetuju untuk berbuat demikian kerana penyokongnya
mula membuat gangguan ke dalam istana dan rumah. Sultan Abdul Hakkul Mubin
kemudiannya memindahkan istananya ke Pulau Chermin atas nasihat Muhyiddin bagi
menunggu sehingga krisis tamat.
Selepas beliau memindahkannya, bagaimanapun, Muhyiddin telah
mengisytiharkan dirinya sebagai sultan dan akhirnya satu pertempuran antara
kedua-dua sultan pun tercetus. Oleh itu, Perang Saudara Brunei pun bermula.
Pertempuran dan hasilnya
Semasa Perang Saudara, Abdul Momin telah melarikan diri ke
Kinarut, Sabah, Malaysia di mana, beliau tinggal di sana selama sepuluh tahun
bagi menangkis serangan berulang dari Sultan Muhyiddin. Mereka kembali ke
Brunei selepas serangan terakhir oleh Angkatan Muhyiddin di mana mereka gagal untuk
mengalahkan Abdul Momin.
Muhyiddin bimbang kerana perang saudara ini telah berlarutan
terlalu lama dan akhirnya beliau memutuskan fikiran dengan meminta bantuan
Sultan Sulu bagi menghantar tentera. Beliau dilaporkan telah menjanjikan tanah
timur Sabah sebagai ganjaran bagi mendapatkan bantuan.
Muhyiddin akhirnya mencapai kemenangan manakala Abdul Momin
telah terbunuh dalam perang saudara tersebut. Ia tidak jelas sama ada Muhyiddin
benar-benar meminta bantuan Sulu dalam perang saudara, Sultan Sulu pada masa
itu juga berada di pihaknya. Bagaimanapun, Sulu mendakwa bahawa beliau telah
diminta oleh Brunei untuk membantu dan mereka telah menjanjikan Sabah sebagai ganjaran.
Brunei menafikan ini sehingga hari ini.
Sultan Sultan dan
Pembesar yang terlibat dalam Perang Saudara Brunei
Sultan Haji Muhammad
Ali
Sultan Haji Muhammad Ali memerintah Brunei dari 1660 hingga
1661.
Takhta kerajaan baginda direbut oleh Pengiran Bendahara
Abdul Hakkul Mubin kerana peristiwa anaknya ditikam oleh Pengiran Muda Bungsu
yang kalah bersabung ayam. Baginda terbunuh pada waktu Asar, 14 Rabiul Awal
1072 (bersamaan 6 November 1661) di tangan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul
Mubin, dan kemudiannya menaiki takhta sebagai Sultan Abdul Hakkul Mubin.
Baginda terkenal dengan nama jolokan "Marhum Tumbang di
Rumput".
Sultan Abdul Hakkul
Mubin
Sultan Abdul Hakkul Mubin memerintah Brunei dari 1661 hingga
1673.
Baginda merebut takhta kerajaan daripada Sultan Haji
Muhammad Ali. Kemudian, dituntut bela oleh Pengiran Muda Muhyiddin (Pengiran
Muda Bungsu) sehingga terjadinya peristiwa dua Sultan memerintah Brunei dan
Perang Saudara selama 12 tahun di Brunei ketika itu. Baginda membina istana dan
negeri di Pulau Chermin.
Berperang dengan
Sultan Muhyiddin
setelah baginda membunuh Sultan Haji Muhammad Ali. baginda
mengistiharkan diri sebagai sultan brunei tetapi ditentang oleh Pengiran Muda
Muhyiddin dan menyebabkan terjadilah perang saudara brunei. baginda berperang
dengan pengiran muda Muhyiddin tetapi mendapat kesepakatan dan akhirnya baginda
membina istana dan negeri di pulau chermin. setelah berdiam di pulau chermin
baginda diserang oleh pengiran muda Muhyiddin dan akhirnya memgisytiharkan diri
sebagai sultan brunei dan sultan abdul hakkul mubin melarikan diri.
Melarikan diri ke Sabah
baginda terpaksa melarikan diri ke sabah bersama
pengikut-pengikut setia baginda ke satu kawasan di pantai barat sabat iaitu
kinarut dan mendirikan istana dan negeri dengan dibantu oleh orang bajau dan
kadazandusun, dan baginda menyerang brunei dari kinarut selama lebih 10 tahun
tetapi akhirnya baginda kalah dengan sultan Muhyiddin.
Baginda mangkat pada 1673. Baginda terkenal dengan nama
jolokan "Marhum di Pulau" atau ''Marhum di Seludang”.
Sultan Muhyiddin
Sultan Muhyiddin memerintah Brunei dari 1673 hingga 1690.
Baginda mengambil alih Takhta Kerajaan daripada Sultan Abdul
Hakkul Mubin. Baginda termasyhur dengan kebijakan, gagah dan berjaya menyatukan
rakyat Brunei setelah Perang Saudara tamat.
Pada tahun 1685, baginda berjaya mengatasi tipu helah
angkatan Sepanyol yang berpura-pura datang melawat Brunei.
Zaman baginda, Datu Dakula ibnu Sultan Abdul Hakkul Mubin datang
ke Brunei untuk membela ayahandanya tetapi dapat diselesaikan oleh kekandanya,
Pengiran Bendahara Pengiran Muda Amir ibnu Sultan Abdul Hakkul Mubin.
Semasa zaman baginda, sultan muhyiddin telah meminta sultan
sulu untuk membantu baginda dalam menewaskan pemberontak di pulau chermin, dan
menyerahkan sabah timur kepada sultan sulu. Brunei menafikan ini sehingga hari
ini.
Baginda pada 1690 telah mangkat.Baginda terkenal dengan nama
'Marhum Bungsu'.
Pehin Orang Kaya
Besar Imas
Pehin Orang Kaya Besar Imas merupakan salah seorang individu
Kedayan yang paling dikenali di dalam sejarah Kesultanan Brunei. Beliau
merupakan kepala segala Menteri Kedayan dan berasal dari Kampung Subok, Brunei.
Beliau merupakan cucu kepada Sultan Saiful Rijal melalui ayahnya Orang Kaya
Kassim. Orang Kaya Kassim beribukan seorang Kedayan dan menetap di Jerudong.
Sultan Muhammad Hassan pernah menawarkan gelaran Cheteria iaitu Pangeran Anak
kepada Orang Kaya Kassim tetapi beliau menolaknya dengan alasan beliau membesar
sebagai seorang Kedayan. Pehin Orang Kaya Besar Imas mempunyai seorang saudara
lelaki yang bernama Pangeran Temenggong Sahibul Bahar Rajid.
Pehin Orang Kaya Besar Imas menonjol kerana peranannya yang
dianggap sebagai 'the King maker' di dalam perang saudara saudara 12 tahun
diantara Sultan Muhyiddin dengan Sultan Abdul Mubin. Dalam beberapa sumber,
Pehin Orang Kaya Besar Imas dikatakan sebagai orang yang mendorong Sultan
Muhyiddin untuk membalas dendam di atas pembunuhan Sultan Muhammad Ali. Di
dalam satu catatan di laman Facebook Kenali Negara Kitani Brunei gambaran
perbualan diantara mereka berdua.
Orang Kaya Besar Imas : Ceh! Anak raja ini tidak pemalu, bapanya sendiri
dibunuh orang tidak terbela olehnya, senang-senang ia mengangkat tangan
menyembah Bendahara Abdul (pura-pura tidak melihat Bendahara Muhyiddin
sambil-sambil menyangkul rumput di tanamannya).
Bendahara Munyiddin : Orang Kaya saya kurang mengerti apa maksud Orang
Kaya di halaman tadi.
Orang Kaya Besar Imas : Beribu ampun, hamba tuanku berkata-kata dengan
air mas hamba tuanku ini, iaitu kemangkatan allahyarham ayahanda mertua tuanku
itu, mengapa tah hanya tuanku semua memandang sahaja, bukankah ayahanda tuanku
itu lindung kerana dikujut dengan kejam. Padahal tiada kesalahan yang dilakukan
oleh baginda. Tidakkah tuanku malu dengan semua itu. Tidakkah tuanku mahu
menuntut bela di atas kematian ayahanda tuanku?
Selepas berunding dengan Pangeran-Pangeran yang lain serta
selepas mendapat sokongan tidak berbelah bagi dari Pehin Orang Kaya Besar Imas
yang memberi jaminan orang-orang Kedayan akan ikut serta bersama beliau,
perancangan membalas dendam pun di atur dengan rapi sekali. Orang-orang Kedayan
diarah untuk mengaruk istana, rumah-rumah pembesar dan rumah-rumah orang
kampung. Disamping itu untuk memudahkan rancangan, Pangeran Bendahara berjaya
memujuk Sultan Mubin untuk mengambil orang-orang Kedayan dibawah pimpinan Pehin
Orang Kaya Besar Imas untuk menjaga istana.
Setelah sekian lama, Sultan Abdul Mubin berpindah ke Pulau
Chermin manakala pihak yang tinggal iaitu Bendahara Muhyiddin mengisytiharkan
dirinya sebagai sultan. Kesultanan Brunei ketika itu mempunyai dua orang raja
iaitu Raja di Pulau, Sultan Hakkul Mubin dan Raja di Darat iaitu Sultan
Muhyiddin. Tidak berapa lama selepas itu berlaku perang saudara yang memakan
masa selama 12 tahun. Di penghujung peperangan, Pehin Orang Kaya Besar Imas
terkorban. Walaubagaimanapun, pihak Sultan Muhyiddin mendapat kemenangan.
Sumber : Wikipedia, Chatatan Sejarah Pembesar2 Dan Perwira2
Brunei Vol. 1 : Jamil Al Sufri
Pulau Chermin yang dimaksudkan dalam cerita ini boleh jadi Bukit Chermin yang terletak berhampiran Tanah Perkuburan Orang-orang Islam di Kuala Kinarut.
ReplyDeleteDi Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Kuala Kinarut ada sebuah Pusara Lama yang masih dijaga mungkin oleh waris-warisnya. Pada batu nisannya tertulis nama Sultan Marak Berapi. Ada baiknya kalau tuan rungkai misteri ini.
ReplyDeleteTak kan orang Brunei tidak tahu bezakan Pulau dengan Bukit.
ReplyDeletePulau Cermin) is an islet at the mouth of Brunei River in the Mukim Kota Batu, Brunei-Muara District, Brunei. NOT in SELUDANG (Kinarut Sabah)
ReplyDelete