TEORI SEJARAH
PENGENALAN
Dalam bidang penulisan sejarah sumber
merupakan satu perkara yang sangat penting kerana melalui sumberlah kita
mendapat maklumat atau fakta yang diperlukan bagi menyokong kebenaran sejarah
yang dihasilkan atau ditulis. Bercakap tentang sumber, kita memang tidak boleh
lari daripada menyatakan bahawa sumber ialah perkara asas dalam penulisan
sejarah. Kita boleh merujuk situasi ini dalam sesebuah perusahaan, contohnya
dalam bidang perindustrian, perkilangan, pembuatan dan lain semuanya memerlukan
sumber barulah perusahaan itu boleh dijalankan. Melalui buku yang saya baca
juga menjelaskan bahawa sumber dikatakan sebagai sekumpulan bahan yang
tersimpan di arkib, perpustakaan, muzium, istana dan sebagainya. Bahan-bahan
ini boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan.[2]
Walau bagaimanapun ingin saya
tekankan di sini bahawa setiap sumber atau fakta yang digunakan atau diperolehi
mestu diuji terlebih dahulu bagi membuktikan kesahihannya sebelum sumber itu
disahkan sebagai benar kerana terdapat sumber yang palsu. Harus diingat bahawa
sumber sejarah wujud dalam berbagai bentuk sama ada ada sumber yang ditulis
pada kertas, dipahat seperti yang terdapat pada batu bersurat atau prasasti,
diukir pada kayu, buluh, tulang, tanduk, daun, kepingan logam dan
sebagainya.[3]
Seterusnya, sumber terbahagi kepada dua bahagian iaitu
sumber pertama atau dikenali sebagai sumber primer dan sumber kedua atau sumber
sekunder.[4]
Merujuk kepada sumber primer ianya merupakan sumber tulen atau
asli yang belum mengalami proses penafsiran dan pengolahan, maksudnya ianya
adalah sumber yang asal. Untuk itu saya nyatakan antara beberapa contohnya
ialah dokumen, surat, catatan atau laporan harian dan diari.
Merujuk kepada
sumber seterusnya pula iaitu sumber sekunder, apa yang dikatakan sebagai sumber
sekunder adalah seperti tulisan atau buku yang ditulis oleh sejarawan tentang
seseorang tokoh atau sesuatu peristiwa berlandaskan sumber primer misalnya
surat khabar, buku atau tesis iaitu bahan yang telah diolah. Jika ianya
dikatakan sebagai sumber semestinya di dalam sumber itu akan wujudnya fakta
iaitu pernyataan tentang kejadian yang berlaku sama ada dalam akhbar atau
sumber-sumber lain yang menjadi perkara pokok sejarah dan ia bersifat tetap.
Fakta dan sumber adalah saling berkait rapat kerana daripada sumber lahirnya
fakta.[5]
Kenapa? Sebabnya adalah
bagi menghasilkan penulisan yang mempunyai fakta yang benar-benar sahih dan
diterima umum. Situasai ini berlaku agar tidak wujud fakta yang ditokok tambah
seperti mencampur adukkan fakta sejarah dengan cerita fiksyen atau rekaan mahupun
dongeng untuk mengagung-agungkan seseorang tokoh. Keadaan ini perlu dielakan
jika penulisan itu mengikut langkah yang betul. Oleh itu, menurut Ranke
penulisan sejarah sebenarnya adalah menceritakan semula peristiwa sejarah
seperti yang sebenarnya berlaku, namun begitu fakta sejarah tidak pernah muncul
dalam situasi yang murni kerana sentiasa dihiasi berdasarkan pemikiran si
pencatat itu.[6]
Oleh yang demikianlah menyebabkan penceritaan semula peristiwa
sejarah memerlukan pengolahan, penjelasan, pengisahan dan penyusunan semula.
Sekiranya aspek-aspek ini diabaikan maka hasilnya nanti membuatkan pembaca atau
generasi akan datang keliru dan kerana itulah fakta sejarah perlu diuji
terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam penulisan sejarah.
Merujuk kepada sebab seterusnya, proses menguji kesahihan
ini penting bagi mengelakkan lahirnya golongan tertentu yang memberi bukti
palsu untuk mempengaruhi penulisan ahli sejarah. Sekiranya terdapat sumber
sejarah yang dikemukakan oleh mana-mana pengkaji, individu atau pihak-pihak
tertentu, ahli sejarah haruslah terlebih dahulu mengenalpasti atau menentukan
kesahihannya.
Kenapa? Ini bertujuan untuk mengelakkan sumber yang diketengahkan
itu telah ditokok tambah atau palsu bagi kepentingan pihak tertentu, sama ada
untuk mendapatkan kedudukan, hak milik mahupun tujuan lain yang tidak mustahil
boleh menjatuhkan kerajaan.[7]
Misalnnya, peristiwa pernah berlaku di Eropah
apabila dokumen ‘Donation of Constantine’ yang digunakan sebelum pertengahan
kurun ke-15 untuk mengukuhkan satu teori pihak gereja yang menurut Paus agama
Katolik mempunyai hak terhadap tanah di Eropah telah dibuktikan palsu oleh
Lorenzo Valla yang telah menggambarkan bahawa tuntutan Paus juga adalah palsu
atau tidak benar.[8]
Daripada peristiwa tersebut menunjukkan pentingnya menguji
terlebih dahulu sumber dan fakta yang diperolehi supaya tidak terjadi peristiwa
yang sebaliknya.
Manakala sebab seterusnya ialah bertujuan untuk mengelakkan
daripada berlakunya penulisan dan penafsiran tidak berasas atau mengikut
kemahuan sendiri oleh ahli sejarah. Untuk makluman sejarah bukanlah ilmu
falsafah yang membenarkan sejarawan menerima kebenaran berdasarkan penghujahan
mental yang logik sahaja tanpa perlu merujuk kepada bahan-bahan bukti yang
sahih dan sejarah berbeza dengan ilmu kesusasteraan yang memberi kebebasan yang
luas kepada akal, pemikiran, sentiment, emosi dan imaginasi seseorang dalam
menyuarakan kebenaran.
Sekiranya sejarawan tidak jujur dalam pengkajian yang
dilakukannya, hasil karya sejarah itu bukan hasil karya sejarah tetapi boleh
diklasifikasikan sebagai hasil karya falsafah, sastera dan politik akan tetapi,
sejarawan juga bebas untuk membuat tafsirannya sendiri terhadap sesuatu
peristiwa asalkan tafsirannya mempunyai sumber-sumber kajian yang mencukupi bagi
mengukuhkan dan membenarkan penafsirannya.[9]
Selain itu, ia untuk mengelakkan penulisan yang bersifat
berat sebelah iaitu penulisan yang ditulis bertentangan dengan kejadian atau
peristiwa yang asal berlaku. Kebanyakkan hal ini terjadi disebabkan oleh sikap
penulis itu sendiri yang terlalu ingin mengagungkan bangsa, agama dan negaranya
sendiri.[10]
Oleh sebab itu, pengadilan moral ditekankan oleh setiap ahli
sejarawan supaya sikap ini tidak terjadi. Jika hal ini terjadi, penulisan yang
ditulis secara berat sebelah akan memburukkan sebelah pihak walaupun pihak
tersebut tidak bersalah. Hal ini dapat dilihat berdasarkan contoh iaitu
peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima dan Nagasaki di Jepun oleh British, pihak
British diagungkan oleh ahli sejarawan kerana mengebom kuasa yang berkuasa di
Asia Tenggara demi keamanan dunia. Padahal kedua-pihak saling berebut kuasa di
Asia Tenggara dan bagi melumpuhkan kuasa Jepun,British telah mengebom bandar
tersebut tanpa mempedulikan nyawa-nyawa yang tidak berdosa.
Selain itu, memastikan sumber itu sahih juga penting dalam
memastikan kesahihan fakta kerana terdapat penulisan atau sumber yang
dihasilkan oleh sejarawan dahulu adalah bersifat mengagungkan sesetengah pihak
sama ada raja dan sebaliknya. Walaupun seseorang sejarawan itu mempunyai
kesedaran terhadap kepentingan sejarah itu ditulis, namun mereka terpaksa akur
terhadap titah perintah raja.
Hal ini dapat dilihat berdasarkan sikap Tun Seri
Lanang iaitu sejarawan Melayu yang membaiki kandungan Sulalatus Salatin berdasarkan
perintah sultan walaupun menerima tugas tersebut dengan perasaan yang berat.
Oleh yang demikian sejarah yang dihasilkan mengandungi bermacam-macam unsure
yang lebih bercorak saster sejarah.[11] Sekiranya kita merujuk sumber tersebut
menggunakan berkemungkinan besar kita mendapat sumber palsu yang ditokok tambah
oleh penulis berlandaskan kehendak pemerintah masa itu. Oleh sebab itu, sesuatu
sumber itu perlu dikaji kesahihannya terlebih dahulu sebelum diguna pakai.
LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH AHLI SEJARAH UNTUK
MEMASTIKAN KESAHIHAN SUMBER
Kesahihan atau sahih? Perkara ini adalah penting bagi
sejarawan kerana sebelum sumber sejarah itu diterima umum mereka hendaklah
membuktikan kesahihanya. Memastikan kesahihan sesuatu sumber penting untuk mendapatkan
sesuatu sumber yang asli, yulen dan fakta yang betul. Sesebuah penulisan
sejarah oleh sejarawan hendaklah menggunakan sumber dan fakta serta melahirkan
pandangan kritis. Sejarawan yang tidak mematuhi syarat itu dan mereka tidak
mengkritik sumber itu dengan kritis, maka sejarawan tersebut belum lagi dikira
sebagai sejarawan. Sumber yang telah diuji kebenaran atau kesahihannya barulah
dikira sebaga sejarah berbeza dengan dengan penulisan sastera yang kreatif.
Sekiranya sesuatu sumber itu diterima secara bulat-bulat maka masyarakat tidak
akan dapat menerima hakikat sesuatu peristiwa sejarah yang telah berlaku itu
sama ada benar ataupun tidak sebagaimana yang berlaku pada karya “Sejarah
Melayu”.[12]
Antara langkah yang perlu diambil oleh ahli sejarawan adalah
menggunakan dua langkah iaitu iaitu kritikan luaran dan kritikan dalaman.
Dengan merujuk kepada kritikan luaran ianya memerlukan kepakaran luar daripada
bidang ahli sejarah seperti kepakaran ahli kimia dan ahli bahasa. Kritikan
luaran yang diambil ialah dengan menjalankan ujian kimia, ujian bahasa, ujian
tulisan tangan dan melalui bahan-bahan yang digunakan dalam sumber tersebut.
Manakala dalam kritikan dalaman pula adalah perlu bagi sejarawan memastikan
kandungan itu benar, rasional dan logik. Langkah kedua adalah penafsiran sumber
berlandaskan lunas-lunas kerasionalan, memastikan latar belakang saksi kemudian
harus bijak menangani masalah kewujudan bukti yang terang-terangan bercanggah
dan langkah yang terakhir adalah memastikan situasi seseorang yang menyampaikan
bukti.
KRITIKAN LUARAN
Melalui kritikan luaran yang hendak dilakukan ialah keatas
sifat fizikal sumber tersebut. Langkah yang pertama adalah menjalankan ujian
kimia bagi menentukan umur sebenar sesebuah dokumen atau sumber yang diperolehi.
Ujian ini hendaklah dilakukan oleh pakar kimia kerana hal ini diluar bidang
kuasa sejarawan dan sumber tersebut akan dihantarkan ke makmal kimia terlebih
dahulu. Dalam proses ini, ujian yang dijalankan ialah memerhatikan keadaan
kertas,dakwat dan cop yang digunakan mengikut peredaran zaman. Sebagai contoh
ialah kertas yang digunakan tidak sama mengikut jenis yang berlain mengikut
peredaran zaman. Pada pandangan mata kasar, kertas masa kini dengan masa dahulu
sama saja tetapi dengan menjalankan ujian kimia kita dapat mengetahui umur
kertas yang digunakan. Kaedah ini penting kerana seperti yang kita sedia maklum
dakwat yang digunakan iaitu dakwat masa kini berlainan dengan masa lampau
kerana proses dan bahan pembuatan yang berlainan.
Langkah yang perlu diambil oleh sejarawan lagi ialah dengan
menjalankan ujian bahasa terhadap sumber tersebut. Ujian bahasa ini perlu
dilakukan kerana setiap gaya bahasa sentiasa berubah dari sudut nahu, struktur
ayat, ejaan, istilah, tanda baca dan sebagainya. Sebagai contohnya ialah G.J.
Garraghan mengatakan bahawa gaya tulisan Latin oleh Livy yang bertarikh pada
abab pertama tidaklah sama dengan gaya tulisan Latin Einhard pada abad yang
ke-9. Keadaan ini juga sama dalam bahasa Melayu kerana pada waktu dahulu
terdapat abjab rumi yang menpunyai tanda dan bunyi yang berbeza tetapi pada
masa ini sudah tidak terdapat abjab yang bertanda. Selain itu juga kita dapat
melihat karya “Sulalatus Salatin” melalui penggunaa ayat-ayat dalam bahasa
Melayu yang digunakan oleh masyarakat dahulu berbeza dengan masa kini. Jadi,
untuk menjalankan ujian ini, sejarawan memerlukan kerjasama ahli fisologi untuk
menentukan atau menilaikan gaya dan bahasa daripada teks atau sumber yang
digunakan.[13] Apabila kita menggunakan orang yang pakar dalam bidang ini,
kesahihan atau keasliaan yang digunakan dalam bahasa dapat diketahui.
Rasionalnya adalah supaya dapat ditentukan sesuatu sumber itu sama ada palsu
ataupun tidak.
Selain daripada menguji bahasa yang digunakan, ahli
sejarawan juga akan menjalankan ujian keatas tulisan tangan yang digunakan.
Kebayakkan sumber atau teks yang ditulis dengan tulisan tangan kerana pada
waktu tersebut tidak lagi mempunyai mesin taip atau komputer. Hal ini hanya
akan dilakukan keatas sumber atau teks yang ditulis tangan bukannya yang ditaip
atau dicetak. Garraghan mengatakan bahawa “tulisan tangan adalah mempunyai satu
ciri yang tersendiri” kerana setiap tulisan tangan penulis sumber atau teks
tersebut berbeza-beza dengan tulisan tangan orang lain. Pemalsuan tulisan
tangan telah berlaku pada masa kini iaitu kes pemalsuan Buku Harian Hitler oleh
seseorang yang mempunyai kepentingan yang tersendiri. Kes pemalsuan Buku Harian
Hitler ini dapat dibongkarkan apabila ada ahli sejarah yang sangsi terhadap
buku tersebut dan meminta ahli paleografi membandingkan tulisan tersebut.
Apabila ujian dijalankan dengan membandingkan tulisan di dalam dokumen lain
yang ditulis Hitler sendiri didapati tulisan di dalam buku tersebut berbeza
dengan tulisan tersebut. Akhirnya kajian semula itu telah membongkar pemalsuan
buku tersebut yang pada mulanya menggegarkan masyarakat dunia. Ujian ini juga
memerlukan kepakaran dari luar bidang sejarah dan ini memerlukan kerjasama
daripada ahli paleografi kerana mereka pakar dalam bidang ini.
Walau bagaimanapun, sejarawan juga perlu menguji bahan-bahan
yang digunakan dalam mencatat sumber tersebut melalui orang-orang yang pakar
dalam bidang ini. Ujian ini amat mudah dilakukan kerana sebarang pemalsuan akan
dapat dikesan oleh para pengkaji jika bahan yang digunakan tidak wujud ketika
dokumen atau sumber tersebut dihasilkan. Seperti yang kita sedia maklum, kertas
wujud pada tahun 1150 T.M, jika terdapat sumber atau dokumen yang ditulis
sebelum tahun 1150 T.M maka sumber atau dokumen tersebut adalah palsu. Ketika
itu, kebanyakkan sumber atau dokumen ditulis hanya pada kulit kambing sebagai
pengganti kepada kertas. Sebagai contoh pemalsuan yang dilakukan ialah
pemalsuan Buku Harian Hitler terbongkar apabila benang-benang yang digunakan
untuk menjilid buku tersebut hanya wujud selepas kematian Hitler. Ini
menunjukkan buku tersebut diwujudkan selepas kematiannya menyebabkan sama
sekali buku itu adalah bukan buku harian yang ditulis oleh Hitler sendiri.
KRITIKAN DALAMAN
Kritikan dalaman juga penting di dalam kajian sesuatu sumber
sejarah untuk menentukan kebenarnnya dan kerasionalannya tentang sesuatu isi
kandungan sesuatu sumber sejarah tersebut. Walaupun dikatakan sumber itu
mungkin asli dari segi kritikan luaran, tetapi jika kandungannya tidak
munasabah maka sumber itu tidak wajar dijadikan sumber rujukan sejarah.[14]
Kritikan dalaman dilakukan oleh ahli sejarawan sendiri tanpa memerlukan
kerjasama daripada ahli bidang lain tidak seperti kritikan luaran. Kritikan
dalaman merangkumi banyak aspek seperti aspek kandungan itu benar atau tidak,
kerasionalan, logik dan banyak lagi.
Ahli sejarah akan melakukan kritikan dalaman dengan membuat
penafsiran sumber berlandaskan lunas-lunas kerasionalan. Setiap tindakan yang
dikaji itu boleh ditafsir secara rasional dengan keterangan yang diberikan oleh
si pelaku atau saksi. Hal ini bagi memastikan sesuatu sumber yang diterima itu
bebas daripada unsur-unsur mitos, lagenda atau ghaib. Keadaan yang cuba
dielakkan ialah wujudnya unsure sastera seperti teks pada masa dahulu banyak
mengandungi mitos, lagenda dan ghaib bagi mengangkat martabat seseorang tokoh
atau menyedapkan jalan cerita. Jadi, ahli sejarawan perlulah mengkaji setiap
peristiwa itu dengan fikiran yang rasional supaya fakta yang diterima tidak
palsu atau rekaan semata-mata. Jadi, ahli sejarawan berhak menolak sebarang
sumber yang dipercayai menyelitkan unsur-unsur tersebut yang sekaligus
melanggar peraturan lunas-lunas kerasionalan pemikiran. Sebagai contohnya ialah
Thucydides ketika menulis karyanya tentang Perang Poloponessia telah menolak
cerita-cerita yang berunsurkan mitos misalnya yang menyatakan wabak penyakit
pes yang menyerang negeri Athens adalah berpunca daripada tindakan tuhan semata-mata.[15]
Di samping itu juga, sejarawan juga perlu memastikan
terlebih dahulu tentang latar belakang saksi. Hal ini kerana Gottschalk sendiri
menyatakan bahawa wujudnya “saksi-saksi yang berkepentingan” seperti
pegawai-pegawai dari sesebuah jabatan kerajaan ataupun sesebuah parti politik
atau badan agama dan sebagainya yang cuba mempengaruhi sejarawan.[16] Ahli
sejarah perlu berhati-hati dengan keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi
tersebut kerana kecenderungan mereka untuk mempertahankan pihak yang diwakili
mereka. Perkara sebegini perlu dperiksa dengan teliti oleh ahli sejarah sebelum
mengambil sebarang fakta atau sumber dalam penulisan mereka supaya tidak
berlaku kekeliruan kepada generai akan datang. Contoh yang paling jelas adalah
rusuhan kaum di Bandar Salem pada tahun 1882 yang mempunyai saksi-saksi yang
berkepentingan seperti yang dikatakan oleh Gottschalk. Saksi ini telah
memberikan keterangan di mahkamah dan telah menyalahkan pihak lawan mereka
kerana bertanggungjawab dalam kejadian yang berlaku, selepas tamatnya
perbicaraan tersebut, didapati beberapa orang saksi telah didapati bersalah
kerana memberi keterangan palsu dan akhirnya dipenjarakan. Jika keterangan
palsu oleh saksi tersebut tidak bongkar dan jika ahli sejarah tidak memastikan
terlebih dahulu latar belakang saksi maka penulisan sejarah adalah palsu dan
memberi kesan negatif kepada pihak yang benar .
Selain daripada itu, ahli sejarah juga perlu bijak dalam
menanggani masalah kewujudan bukti yang terang-terangan bercanggah dengan apa
yang diketahui. Melalui situasi begini, maka ahli sejarah perlu bijak membuat
keputusan tentang bukti yang harus diterima dan bukti mana yang harus ditolak.
Selain itu, ahli sejarah bukan sahaja perlu memilih bukti yang diterima atau
ditolak tetapi harus mencari jalan tengah diantara bukti yang bercanggah
ataupun menggantungkan keputusannya. Walau bagaimanapun,terdapat ahli sejarah
yang mempunyai pendirian yang berbeza tentang perkara ini iaitu Voltaire
menyatakan ahli sejarah harus menggantungkan pengadilan sekiranya wujudnya
bukti yang bercanggah manakala Marc Bloch menyatakan ahli sejarah perlu membuat
keputusan bukti yang diterima atau ditolak berdasarkan ketetapan fakta yang
sedia ada. Biasanya ahli sejarah akan menolak bukti yang bercanggah dengan
fakta yang sedia ada tetapi jika terdapat bukti yang baru diketahui itu
benar-benar sahih barulah ahli sejarah akan membuat keputusan untuk menerima
bukti berkenaan.
Akan tetapi, ahli sejarah juga perlu melihat situasi
seseorang saksi menyampaikan bukti iaitu penyediaan bukti-bukti kadang-kadang
berlaku dalam keadaan yang agak luar biasa. Luar biasa bermaksud penyediaan
bukti biasanya dalam jangka masa yang panjang, nama saksi tidak didedahkan oleh
sebab-sebab tertentu, pengakuan orang dalam tahanan dan lain-lain lagi.
Terdapat kesangsian tentang bukti-bukti yang disampaikan oleh saksi kerana
sesuatu peristiwa yang ingin disamapaikan telah lama berlaku. Kesangsian
tentang bukti ini juga berpunca daripada keupayaan saksi-saksi untuk memaparkan
dengan jujur peristiwa-peristiwa yang sudah lama berlalu itu dan ahli sejarah
perlulah bijak mengesan kejujuran dan kelayakan saksi itu. Kita boleh mengambil
contoh daripada pengakuan yang dibuat oleh orang-orang dalam tahanan kerana
boleh menimbulkan keraguan sama ada pengakuan tersebut diperolehi secara
sukarela atau paksaan kerana tentu sukar bagi seseorang itu untuk mendedahkan
kesalahan yang dilakukannya sendiri. Hal ini menunjukkan ahli sejarah tidak
boleh menerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh saksi-saksi sesuatu
peristiwa tetapa ahli sejarah hendaklah menilai atau mengkaji terlebih dahulu
keterangan tersebut supaya keterangan yang dibuat bukanlah palsu.
KESIMPULAN
Kesimpulannya di sini, ahli sejarah atau sejarawan adalah
wajib menjalankan ujian atau mengalisis terlebih dahulu sumber diperlukan bagi
membuat sesuatu penulisan sejarah. Dari isi yang saya nyatakan dalam tugasan
ini, sumber-sumber sejarah yang diperolehi hendaklah diuji terlebih dahulu bagi
menentukan kesahihan atau keaslian sumbernya. Kenapa? tujuannya ialah supaya
penulisan itu tidak mengandungi unsur palsu yang menyebabkan sejarawan pada
masa hadapan mengulangi masalah yang sama. Kesannya sejarawan pada masa akan
datang dianggap menulis sejarah kerana kewangan semata-mata bukannya kerana
sifat sejarawan itu sendiri. Oleh yang demikia sejarawan hendaklah membuat
kajian atau analisis terperinci yang merangkumi pelbagai aspek kritikan iaitu
kritikan luaran dan dalaman. Akhir sekali dalam tugasan ini, sekali lagi saya
menegaskan di sini bahawa sejarawa perlu melalui langkah-langkah tertentu untuk
memastikan sesuatu sumber itu sahih. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan
adalah untuk memastikan sumber itu sahih dan diterima umum.
Nota Kaki :
[1] Muhamad Yusuf Ibrahim, Pengertian Sejarah hlm. 64-65.
[2] Abdul Rahman Haji Ismail, Apakah Sejarah hlm. 7-8.
[3] Abdul Rahman Haji Ismail hlm. 9.
[4] Ibid.
[5] R. Suntharalingam hlm. 72.
[6] Muhd Yusuf Ibrahim, Sejarawan dan Pensejarahan hlm. 280
[7] Abdul Rahman Haji Ismail, Apakah Sejarah, hlm. 8-10.
[8] Muhammad Yusof, Pengertian Sejarah hlm. 96
[9] R. Suntharalingam, hlm. 23
[10] Muhamad Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah hlm. 106
[11] Ibid.
[12] E.H.Carr, What is History?, hlm. 56
[13] R. Suntharalingam, hlm 89.
[14] E.H.Carr, What is History?, hlm 64.
[15] Muhamad Yusof Ibrahim, Sejarawan dan Pensejarahan
hlm.56
[16] Muhd Yusof Ibrahim , Sejarawan dan Pensejarahan hlm 287
Sumber : Teori Sejarah
No comments:
Post a Comment