Friday 31 March 2017

TAWAU SEJARAH KEE ABDULLAH. BELIAU PEMILIK SEPARUH BANDAR TAWAU HINGGA KINI. SEJARAH TAWAU AWAL ABAD 20

TAWAU. SEJARAH KEE ABDULLAH. BELIAU PEMILIK SEPARUH BANDAR TAWAU HINGGA KINI. SEJARAH TAWAU AWAL ABAD 20

ASAL

Nama sebenar OKK yang begitu berpengaruh memodenkan Tawau ini ialah Kee Kim Swee. Lahir pada 1863 di Kudat. Ayahnya Saudagar Kee Vun Sai, seorang pedagang Cina dari Brunei. Beliau  sebenarnya berasal dari Hainan, China. Di Brunei, Kee Vun Sai berkahwin dengan orang Dusun Tutung (Brunei) yang bernama Kipas.

Kemudiannya keluarga Kee Vun Sai berpindah, berniaga dan menetap di Sabah. Ketika berusia 31 tahun, pada tahun 1885 beliau berdagang dan terlibat dalam tragedi iaitu kapalnya karam di perairan Kudat. Beliau telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Hussein semasa hanyut di laut pada ketika itu, bapa beliau, Saudagar Kee Kim Swee pula mati lemas dalam tragedi hitam itu.

Pak Ibrahim seorang penduduk kampung di Bandau, Kota Marudu berbangsa Melayu Suluk, memeliharanya sebagai anak angkat.  Kee Kim Swee terbuka hidayah memeluk agama Islam. Beliau yang fokus, gigih berlatih serta berwawasan ini telah mempelajari Islam dan bahasa Arab dengan baik daripada guru-guru Arab yang berdakwah di Kota Marudu ketika itu. Beliau memilih Abdullah sebagai nama Islam beliau dan seterusnya dikenali sebagai Kee Abdullah.

Ketika beliau berumur 31 tahun juga, beliau memulakan kerjaya beliau di dalam jabatan kerajaan sebagai kerani di Sandakan dan kemudiannya ditugaskan di Silam.

PENDIDIKAN

Pendidikan formal dan tidak formal Kee Abdullah menjadikan beliau sentiasa responsif, proaktif, tabah, komunikasi, gigih, positif, fokus dan mempunyai kemahiran kerja yang tinggi dalam kehidupannya. Urusan jual beli menjadikan beliau mahir berbahasa tempatan (Suluk, Tidung, sedikit Iban), Cina (Hainan) dan Inggeris. Kegiatan agama mahupun dakwah yang kuat pada dirinya pula disebabkan beliau sentiasa berkawan dengan agamawan, sering menderma, fokus masjid, rajin berdakwah merata Tawau menjadikan beliau bersungguh-sungguh mempelajari bahasa Arab dan Jawi.

KERJAYA

Memiliki sifat-sifat peribadi yang positif seperti itu, Kee Abdullah diberi kepercayaan oleh Pegawai Daerah Inggeris di Lahad Datu, Alexander Rankin Dunlop untuk ditugaskan sebagai penyelia kastam di Tawau pada 16 Oktober 1894. sebagai wakil Pegawai Daerah Lahad Datu sebagai Pemeriksa Kastam dan Pemungut Hasil.

Antara tugas utama beliau sebagai wakil kerajaan Inggeris ialah membuat pungutan Cukai Diri ( Poll Tax) bernilai $1 untuk setiap penduduk yang menjadi rakyat di bawah naungan Kerajaan British. Tidak lama selepas itu, Alexander Dunlop juga berpindah ke Tawau dan menjawat jawatan sebagai Residen Tawau yang pertama dan bertugas bersama sama Kee Abdullah di pejabat Residen.

Selama beliau bertugas di Tawau, beliau menjalankan tanggungjawab dengan mesra dan ini menjadikan hubungan beliau dengan masyarakat setempat khususnya masyarakat Melayu sangat erat. Akhirnya beliau mendirikan rumahtangga dengan gadis tempatan berketurunan Melayu Suluk bernama Jumatiah binti Ami Maiden dan dikurniakan beberapa orang yang antaranya merupakan pemimpin yang berjasa, tersohor dan disegani di Tawau seperti OKK Abu Bakar atau Penghulu Kee Abu Bakar.

PENGHULU @ OKK @ Ketua Anak Negeri

Di Tawau ketika era Pemerintahan British (SBUB), jawatan OKK atau Ketua Anak Negeri atau dengan lebih mesra dengan panggilan Penghulu ini telah disandang buat pertama kalinya oleh OKK Kee Abdullah pada akhir 1920-an. Beliau memegang jawatan Penghulu atau Ketua Anak Negeri ini sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1936.

Kemudiannya anak beliau, Abu Bakar Bin Kee Abdullah dipilih menggantikan beliau dengan gelaran OKK Kee Abu Bakar ataupun Penghulu Abu Bakar. Penghulu Abu Bakar telah memegang jawatan Penghulu ini selama 17 tahun iaitu sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1953. Penghulu Abu Bakar adalah pemimpin Melayu yang berjasa ketika era Pendudukan Tentera Jepun dan era Penyatuan Bangsa Melayu selepas era Perang melalui PKMT dan PIT.

Anak-anak Kee Abdullah yang lain ialah Kee Suleiman bin Kee Abdullah, bapa mertua kepada Datuk Abu Bakar Titingan, OKK Abu Bakar ini juga adalah idola kepada Abu Bakar Titingan. Pengerusi USNO Tawau iaitu pemimpin Melayu Tawau yang berjasa di dalam usaha mencapai kemerdekaan Tawau dan Sabah bersama Malaysia.

Kee Hafsah Binti Kee Sulaiman Ibu kepada Datuk Bahrum Abu Bakar Titingan, Datuk Tawfeq Abu Bakar Titingan dan Datuk Nizam Abu Bakar


K.Y Mustafa bin Kee Mohd Yusuf. Kee Mohd Yusof dan OKK Kee Ayub adalah anak OKK Kee Abu Bakar

Jika anak beliau, Penghulu Abu Bakar adalah pemimpin Melayu yang berjasa dan disayangi ketika era Pendudukan Jepun, Kee Abdullah pula antara pemimpin  yang berjasa ketika awal pemerintahan Kerajaan British di Tawau. Sebelum bertugas di Tawau, beliau telah mendapat pendidikan yang tinggi dan berjawatan dalam kerajaan. Dengan latar belakang pendidikan dan pengetahuan yang luas serta mampu bertutur dengan bahasa Inggeris dengan baik selain mampu berkomunikasi dengan mesra dengan masyarakat Melayu tempatan, kehadiran beliau sangat diperlukan oleh kerajaan Inggeris juga oleh masyarakat Melayu tempatan sendiri. Antara kelebihan beliau yang amat dikagumi ialah kemampuan beliau untuk bertutur dalam bahasa-bahasa tempatan, Cina, Arab dan menulis dalam tulisan Jawi.

KARISMATIK

Oleh itu semasa masih muda dan baru memulakan tugas beliau, beliau bukan sahaja bertugas untuk memungut hasil kewangan malahan juga diberi tugas untuk berurusan dengan masyarakat tempatan bagi memahami permasalahan mereka dan bergaul rapat dengan mereka. Setelah berpuluhan tahun bersama masyarakat tempatan yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, beliau dianggap seorang pemimpin yang menjadi harapan untuk membantu bangsanya yang serba kedaifan dari segi ekonomi dan taraf pendidikan ketika itu. Pengetahuan beliau yang meluas melalui pengalaman bekerja bersama bangsa Inggeris digunakan sebaik baiknya untuk berbakti kepada anak bangsa di Tawau ini. Beliau bukan sahaja berusaha melalui kerjasama yang baik dengan kerajaan Inggeris untuk membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat melalui kegiatan ekonomi dan pendidikan. Beliau juga menjadi mata dan telinga kerajaan untuk melihat permasalahan rakyat manakala di pihak masyarakat , beliau menjadi suara hati mereka untuk menyampaikan keluhan dan rintihan masyarakat yang daif dan serba kemiskinan untuk didengar pihak kerajaan.

Pada mulanya beliau adalah kepercayaan pihak Inggeris dengan perlantikan sebagai pegawai kerajaan Inggeris yang pertama ditugaskan di Tawau pada 1894. Kemudian beliau menjadi sebahagian masyarakat Melayu dan masyarakat Islam melalui perkahwinan dan hubungan keluarga. Sebagai seorang yang terpelajar, beliau bersama-sama dengan Imam Mustapa dan Habib Sheikh (3 sehabat) menjadi rujukan dan harapan masyarakat Melayu di Tawau ketika itu. Jika Habib Sheikh (menjadi ketua masyarakat pada 1916 ) dan Imam Mustapa ( menjadi ketua masyarakat pada 1925 ) menjadi rujukan agama, Kee Abdullah pula menjadi rujukan soal urusan dengan Kerajaan Inggeris. Mereka bertiga iaitu Kee Abdullah, Imam Mustapa dan Habib Sheikh merupakan pemimpin dan wakil masyarakat Melayu yang diiktirafkan Kerajaan Inggeris dan menduduki tempat dalam Mahkamah Anak Negeri (Native Court).

BAPA PEMODENAN TAWAU @ TAWAI

Kee Abdullah juga pernah terlibat dalam usaha mewujudkan sebuah pekan baru iaitu Pekan Tawau yang baru di sebuah tempat yang lebih strategik iaitu di sebuah tempat yang dikenali sebagai 'Tanjung' untuk menggantikan pekan lama iaitu 'Tawau Lama' yang tidak sesuai lagi untuk dijadikan pusat ekonomi bandar. Usaha ini sebagai langkah untuk menjadikan Tawau sebagai pekan yang lebih luas dan selesa menjadi pusat perdagangan dan perniagaan memandangkan Tawau Lama ketika itu agak sempit dan dipenuhi dengan rumah-rumah kampung masyarakat tempatan.

Kajian juga mendapati, Kee Abdullah memiliki tanah-tanah hingga di Sungai Sibuco, Tarakan yang pada ketika itu dimiliki Syarikat Borneo Utara British. Bukan sekadar Tanjung hingga ke Ranggu, malah merata Sungai Tawau hinggalah ke Kalabakan.

Oleh kerana beliau sangat dihormati oleh masyarakat Melayu dan juga mendapat kepercayaan British, beliau telah dilantik menjadi Ketua Masyarakat menggantikan Imam Mustapa. Seterusnya jawatan ketua masyarakat ini telah digantikan dengan jawatan baru yang dikenali sebagai Orang Kaya Kaya atau OKK. Kee Abdullah telah diberi penghormatan untuk pertama kalinya memegang jawatan yang baru ini dan selepas itu beliau dikenali sebagai OKK Kee Abdullah. Beliau terus memegang amanah untuk memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Anak Negeri merangkap Penghulu atau Ketua Masyarakat sehinggalah akhir hayat beliau dan jawatan ini diteruskan pula oleh anak beliau sendiri iaitu OKK Abu Bakar seorang pemimpin yang berwibawa , berjasa , dihormati serta disayangi oleh masyarakat Melayu Tawau ketika hidupnya.

OKK Kee Abdullah meninggal dunia pada tahun 1936 ketika berusia 73 tahun setelah lama menyumbangkan jasa dan berbakti kepada bangsa Melayu Tawau selama puluhan tahun. Semasa beliau meninggal dunia, nama beliau sangat dihormati oleh masyarakat Melayu Tawau dan beliau terus dikenang kerana jasa-jasa beliau. Kerana itulah juga anak beliau, Abu Bakar Kee Abdullah dilantik menggantikan beliau sebagai Orang Kaya-Kaya (OKK) atau Penghulu merangkap Ketua Masyarakat Melayu Peribumi (Native Chief). Kini, nama Kee Abdullah telah diabadikan di sebuah jalan di tengah bandar Tawau sempena memperingati jasa-jasa kepada masyarakat dan penduduk di Tawau ini.

Sayugia diingatkan juga, menantu Penghulu Abu Bakar, iaitu Titingan mengambil nama Abu Bakar Titingan kepada nama penuhnya juga disebabkan karismatik mertuanya Penghulu Abu Bakar bin Kee Abdullah yang sangat hebat dalam memimpin masyarakat dan memajukan Bandar Tawau. walaupun Titingan menjadi lebih hebat dan dilantik memimpin masyarakat Tawau dalam berpolitik dan pendidikan nama Abu Bakar Titingan terus digunapakai oleh beliau sebagai penghormatan terunggul beliau terhadap bapa mertuanya.

Pada ketika ini, keturunan Kee Abdullah masih lagi menyumbangkan jasa dan bakti kepada rakyat Malaysia di Tawau. Antaranya ialah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Adun Apas merangkap Menteri Belia dan Sukan Sabah. Usahawan terkemuka Sabah iaitu Dato Haji Nizam juga adalah cicit OKK Kee Abdullah.Mereka adalah cicit beliau yang merupakan anak kepada Kee Hafsah binti Kee Abu Bakar bin Kee Abdullah.  Selain itu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, K.Y. Mustafa juga adalah cicit beliau iaitu anak kepada Kee Yusuf bin Kee Suleiman. Manakala Ketua Anak Negeri Tawau kini iaitu Kee Ayub bin Kee Abu Bakar adalah cucu beliau sendiri.

5 comments:

  1. KEE HAFSAH BINTI KEE SULAIMAN IBU KEPADA Datuk Bahrum Abu Bakar Titingan, Datuk Tawfeq Abu Bakar Titingan dan Datuk Nizam Abu Bakar

    K.Y Mustafa bin Kee Mohd Yusuf. Kee Mohd Yusof dan OKK Kee Ayub adalah anak OKK Kee Abu Bakar

    ReplyDelete
  2. Bagaimana pula dengan isu pemilikan north borneo sedangkan sekitar sebelum tahun 1936 sultan jamalul kiram ll masih hidup? Pada waktu itu.. Anak bungsunya Dayang Bulaini,suaminya tuan imam Attip yang tinggal di ice box tengah.. Bersama anak-anak dan menantunya En.Tajan Lagam..yang. bila datang orang inggeris samada dari nbt atau pbb dia yang di panggil.sebab dia orang berpendidikan tinggi dan bila Dayang-Dayang Piandao datang ke Tawau en. Tajan. Yang di suruhnya berurusan.. Kutip sewaan north borneo...apakah orang-orang ini tidak ada dlm lipatan sejarah?..bukankah Abubakar Titingan menumpang sama kumpulan ini...setelah Datu panglima Laja.Juani,Mambang,Lubaini,Jumdaini,Bulaini berhijrah ke Tawau setelah menyerahkan semporna kpd Panglima Abdullah.. Mereka berhijrah ke Tawau bersama saudara saudaranya panglima Habibullah, kassim kamidin dan juga Abubakar Titingan..

    ReplyDelete
  3. Artikel di atas banyak yg perlu dibetulkan. Contohnya Kee Abdulkah bukan pengulu pertana dan tidak memiliki tanah seluas seperiti yg dinyatakan di atas.....

    ReplyDelete
  4. Fakta yang diragui .

    ReplyDelete