Tuesday, 27 December 2016

EMBO AKIL - KAMPUNG LABUAN KOTA BELUD





EMBO AKIL

Beliau merupakan seorang ahli agama dimana dapat di lihat apabila peristiwa perahu karam yang di naiki oleh beliau dan terdampar di Kuala Pintasan suatu masa dahulu. (Beliau diriwayatkan selalu belayar ke Brunei dan Selat Melaka)
Embo Akil diselamatkan dan d ibawa balik ke Kampung Labuan. Hanya sehelai kain sarong meliputi tubuhnya yang kedinginan itu. Kebetulan pada hari itu ada majlis kenduri kesyukuran dan bergunting.

Majlis berlangsung seperti biasa dan dimulai dengan bacaan berzanji. Setelah beberapa orang habis membaca rawi, rehal beserta kitab berzanji disorongkan pada beliau dengan nada usikan "mana tahu orang baru ini pandai berzanji".
   
Alangkah terkejutnya mereka apabila beliau membaca dengan begitu baik sekali tanpa tersekat-sekat dengan variasi lagu dan nada suara yang jelas.

Selepas majlis itu, penduduk kampung bersoal jawab dengan beliau mengenai latar belakangnya dan soalan-soalan yang berkisar tentang agama.

Mereka sangat kagum dan bersyukur rupanya orang yang terdampar dari perahu karam yang dibawa balik itu adalah seorang ahli agama.

Maka bermulalah episod baru dimana Embo Akil dijadikan sebagai Imam dan pakar rujuk agama bagi penduduk kampung serta kawasan sekitarnya.

Beliau berpakat bersama penduduk kampung untuk membina sebuah surau untuk kegunaan bersama jemaah sesuai dengan tuntutan agama.

Surau yang didirikan tersebut merupakan antara surau yang terawal dibina dan paling aktif dizamannya.

*****

Embo Akil merupakan seorang saudagar dan seorang pendekar serta keterlibatannya secara tidak langsung dalam percaturan dan senario politik pada masa itu.

Beliau berniaga dari Tempasuk ke Pandasan dan Sehinggalah ke Marudu. Di Marudu terdapat legasi keluarga besar dari Sharif Usman. Selain Sharif Hassan seorang lagi tokoh agama iaitu Imam Besahaya @ Bisaya (Asal Johor Lama) menjadi sahabat karib Embo Akil di Marudu.

Sehingga nantinya cucu Embo Akil, Embalun @ Timbalun iaitu anak dari Embo Derias dikahwinkan dengan anak Embo Bisaya @ Imam Besahaya iaitu Embo Ali @ Imam Ali di Marudu.

Hubungan sesama mereka amat akrab dan terjalin dengan begitu utuh. Disamping berniaga dan bertukar barangan, mereka juga saling bantu membantu dan berkongsi ilmu.

Dari sudut politikal pula Embo Akil sama seperti legasi di Marudu dimana mereka tidak terikat dengan mana-mana pemerintahan baik kesultanan Brunei mahupun Kesultanan Sulu.

Turut bersama dipihak mereka ialah Datu Aliuddin yang telah belayar ke Basilan untuk mengadakan perbincangan secara sulit bersama beberapa pejuang dan tokoh tempatan disana.

Dari sudut pandang politikal yang kompleks, Embo Akil, legasi keluarga di Marudu, Datu Aliuddin dan beberapa orang tokoh yang lain merupakan seteru kepada Sultan Harun Ar-Rashid, Sultan Jamalul Kiram, Sepanyol dan Amerika.
Hal ini dapat dilihat apabila Pulau Tapul diserang oleh pihak sekutu berkenaan. Umum mengetahui bahawa Pulau Tapul adalah salah sebuah pulau yang menjadi tumpuan para alim ulama dan pulau ini sangat terkenal dengan makam seorang Wali di puncak pulau berkenaan .

Ramai penduduk, alim ulama dan pejuang di Pulau Berkenaan terkorban. Sebanyak 80 bot dan 90 buah rumah hangus dibakar. Mereka yang terselamat telah berundur ke Parang, Basilan dan ke Sabah. Di Sabah pengkalan utama yang menjadi perlindungan mereka ialah di Tungku, Marudu, Pandasan dan Tempasuk.

Sebelum itu pada tahun 1845, Marudu telah di Serang oleh pihak Brooke dan sekutunya. Susulan daripada itu pada tahun 1846, Pandasan dan Tampasuk juga turut di Serang.

Pada waktu itu Embo Akil berusia lewat 20an dengan karektor seorang yang tegas, berfikiran tajam dan jauh serta cekap dalam melaksanakan sesuatu kerja.

~~~~

Tetapi secara kekeluargaannya, hubungan itu masih tersimpul rapi dan masih berhubungan secara baik walaupun berlainan fahaman politik dan peperangan lalu tercetus kerana diperkotak katikkan oleh bangsa penjajah.

**********

Embo Akil telah berkenaan dengan seorang gadis dusun di Tempasuk. Namun terdapat halangan apabila berlakunya pertembungan agama dan budaya.

Dengan membawa hati yang sedih, beliau banyak menghabiskan masanya berkelana ke Pandasan dan Marudu. Rupanya beliau tidak bertepuk sebelah tangan apabila gadis dusun berkenaan juga menaruh perasaan terhadapnya.

Gadis dusun itu juga sanggup lari dan hidup bersama Embo Akil. Perkara ini dibantah berkali-kali oleh Embo Akil kerana beliau tidak sanggup hubungan gadis dusun berkenaan dengan keluarganya pula berantakan.

Namun begitu atas rasa kasih dan sayangnya Embo Akil akur dengan permintaan gadis dusun tersebut. Maka berkahwinlah mereka lalu berpindah dan membuka satu penampilan baru.

Hasil dari perkahwinan ini maka lahirlah generasi penerus Embo Akil diantara anak-anaknya ialah Embo Derias yang menurunkan keturunan di Linau, Gunding, Tempasuk, Pandasan Sehinggalah ke Marudu.

Embo Ekuh, Embo Kayung, Embo Bunga, Embo Sina dan banyak lagi anaknya dari isterinya yang kedua (Suku Iranun - Timbang: Kulambai) yang menurunkan keturunannya di Taun Gusi, Kesapang dan hampir segenap pelusuk Tempasuk (Kota Belud pada masa ini).

Ketokohan Embo Akil dalam bidang politik diteruskan oleh anaknya Embo Kayung dimana dari jurai ini juga telah melahirkan tokoh politik tempatan seperti Dato' Rahman dan Datuk Musbah.

Dari sudut agama pula diteruskan oleh anaknya iaitu Embo Derias yang menurunkan keturunannya dan antara yang lahir dari jurai ini ialah Imam Kassam di Marudu, Imam Tablung di Pandasan dan banyak lagi.

Ilmu Kependekaran Embo Akil telah diwarisi oleh anak-anaknya dan antara yang menonjol ialah Embo Endagoh, Embo Antau, Embo Katih. Dari jurai inilah lahirnya pahlawan-pahlawan yang pernah berjuang bersama Datu Paduka Mat Salleh dan dari jurai inilah juga yang telah menghembat grombolan askar jepun dan lanun di Kota Belud mahupun Negeri Sabah pada masa lalu.

~Dicatat pada bulan 12, 2015 dan dikemaskini pada bulan 12, 2016.~

#Al-Fatihah buat para laluhur


#Catatan ini aku Didikasikan buat Arwah Pak Samad Tawau. Sebelum meninggal beliau mahu berjumpa dengan saya, Pak Madrus, Atuk Kemundar dan Pak Mus 
@ Datuk Musbah. 

Moga Rohnya Dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama para solehin.. 

Al-Fatihah... Aamiinn..

Sumber : Muhammad Aminuddin Abdul Pakar

5 comments:

  1. Tahun 1845 Akil dan Ali berumur 20an di zaman Syariff Usman. Oleh itu Imam Ali@Imam Besahaya di Marudu bukannya Emboh Ali yg berperang di Pandasan pd tahun 1915.

    1915-1845=70.Jika dicampur dgn 20an yg dikatakan usia emboh Ali pd tahun 1845 ertinya pd tahun 1915 ketika Perang Pandasan ialah hampir 100 tahun, sedangkan Emboh Ali@Sabil Ali ketika Perang Pandasan baru berusia sekitar lewat 30an.

    Emboh Ali@Sabil Ali yang mengetuai Perang Pandasan pd tahun 1915 bukanlah Emboh Ali@Imam Ali Besahaya. Emboh Ali (1915) yang menentang penjajahan British di Pandasan ialah adik kepada Mat Salleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ali di atas adalah Cucu Menantu kepada Embo Akil… Tahun 1900an Ali baru berusia sekitar 30an dan baru ada anak satu iaitu Imam Tamam.. Catatan di atas tidak ada menyatakan Embo Ali @ Imam Ali Emboh Besahaya mengetuai perang Pendasan

      Delete
  2. Salam kepada unknown, menarik kalau Embo Ali Pandasan dikatakan adik kepada Mat Salleh, satu versi keluar dari mainstrim sejarah umum mengenai Paduka Mat Salleh.

    ReplyDelete
  3. Artikel yang baik dengan gaya penyampaian berimformatif tetapi sejarah adalah fakta, kecelaruan fakta bole saja berlaku antara embo ali & ali sabil tanpa pengesahan garis masa yg benar.

    ReplyDelete
  4. Kisahnya sama macam kisah Embo Petalana @ Embo Lana. Ada kisah dalam individu yang sama, mohon penjelasan.. terima kasih

    ReplyDelete