SEJARAH TAWAU
Sejarah Tawau tidak diketahui dengan jelas permulaannya
terutamanya sebelum tahun 1890-an. Bagaimana pun Tawau telah pun mempunyai
penduduk dengan sebuah perkampungan kecil dihuni lebih kurang 200 orang
penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada Masyarakat Melayu berketurunan
Tidung dan Suluk .
Mengikut sejarah silamnya semasa kewujudan Tawau sebagai
sebuah perkampungan nelayan seratus tahun dahulu, terdapat juga sebuah
penempatan Melayu Islam tertua di Kalabakan yang pada ketika itu di bawah
naungan Kesultanan Bulungan-Tarakan. Pemimpin mereka pada masa itu ialah Bujong
Seripa yang kemudian digantikan oleh adiknya Imam Salleh (1923-1958).
Tidak
jauh dari Kalabakan, terdapat sebuah lagi penempatan lama di Serudong yang
diasaskan oleh Datu Alun bersama pengikut-pengikutnya, seorang kerabat diraja
Kesultanan Bulungan yang membawa diri dari tanahairnya. Namun kini yang tinggal
hanyalah tapak perkuburan bersejarah.
Selain dari kerajaan Kesultanan Sulu yang
menguasai tanah jajahan di kawasan utara Borneo , terdapat juga beberapa
kawasan jajahan yang dikuasai oleh Kesultanan Bulungan ( yang berpusat di
Tanjung Palas ) dan Kerajaan Tidung Tengara ( yang berpusat di Tarakan ).
Mengikut sejarahnya sebelum kedatangan British lagi, telah wujud
pemimpin-pemimpin Melayu yang berwibawa dan sangat dihormati. Antaranya Imam
Sabah (Apas) , Bujong Seripa (Kalabakan) dan Datu Alun (Serudung).
Namun
kewujudan pemimpin-pemimpin masyarakat Melayu ini ketika itu tidak diiktiraf
secara rasmi oleh pihak British dan hanya menjadi sejarah dalam ingatan dan
hati orang-orang Melayu Tawau.
Tawau pada masa itu hanyalah sebuah kampung yang
belum dimajukan, didiami seramai 200 penduduk kampung yang mendirikan
rumah-rumah kampung di tepi-tepi sungai dan di kawasan kuala sungai Tawau.
Sebahagian besar muka buminya masih lagi hutan tebal dan belum lagi terdapat
sebarang bentuk pembangunan sama ada pejabat kakitangan Kerajaan Inggeris atau
sebarang penerokaan hutan untuk pertanian. Pada ketika itu Tawau berada dibawah
naungan kuasa Kesultanan Sulu.
Pada 22 Januari 1878 Suatu Perjanjian termeteri diantara
Kesultanan Sulu dan Pihak Inggeris dimana Kesultanan Sulu menyerahkan Kawasan
persekitaran Tawau kepada pihak Inggeris. Semenjak daripada itu Tawau telah
menjadi sebahagian daripada Kawasan Jajahan orang-orang Inggeris melalui
Syarikat ( Berpiagam ) Bornoe Utara. Menurut catatan The North Borneo Volume ( 1955
– 1965 ) menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898 dimana
menyatakan , pihak Syarikat ( berpiagam ) Borneo Utara telah membuka sebuah
penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas pentadbiran kerajaan
tempatan disitu.
Persempadanan
Bagi mengelakkan perselisihan faham dengan pihak Belanda
ketika itu yang memerintah Indonesia , dimana Tawau adalah berkongsi sempadan
dengan Indonesia , pihak pemerintah Inggeris telah mengambil langkah-langkah
untuk menetapkan sempadan tersebut . Sempadan asal bagi kawasan yang diserahkan
oleh Kesultanan Sulu dan Kesultanan Berunai ialah dibawah Sungai Sibuco
berdekatan dengan Tarakan ( Indonesia ) yang mana kawasan tersebut termasuk
dibawah Pemerintahan Belanda ketika itu yang mana telah sedia ada penduduk
disitu.
Berikutan itu satu Suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun
1912 yang terdiri daripada pegawai – pegawai dari United Kingdom dan Belanda.
Satu Laporan Bersama telah disediakan berserta dengan peta dan ditandatangani
oleh Pesuruhjaya masing – masing di Tawau pada 17 Februari 1913 . Kemudian
mengikut Protokol diantara United Kingdom dan Belanda yang telah ditandatangani
di London pada 28 September 1915 dimana kedua – dua Kerajaan mengesahkan
laporan bersama dan Peta tersebut.
Infrastruktur dan Sosio pentadbiran
Dengan wujudnya pemerintahan British di Tawau , pelbagai
kemudahan telah disediakan seperti Hospital , Sekolah – sekolah , Balai Polis ,
rumah – rumah kedai , pelabuhan Tawau serta juga jalan raya dan jalan – jalan
kampong yang dibina oleh PWD , sebuah Jabatan Kerajaan yang mana para
pekerjanya adalah dari kalangan penduduk tempatan Tawau.
Hak dan keistimewaan masyarakat Melayu tempatan telah
diiktiraf oleh Kerajaan British dengan perlantikan Penghulu atau OKK sebagai
mewakili penduduk tempatan di Tawau ini untuk menyatakan keperluan dan permasalahan rakyat kepada pihak British.
Penghulu Pertama yang dilantik dalam
Tahun 1900-an ialah OKK Kee Abdullah , kemudian dalam Tahun 1950an diganti oleh
Penghulu OKK Abu Bakar anak kepada bekas Penghulu OKK Kee Abdullah. Penghulu
atau OKK telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan British untuk memberi
geran-geran tanah yang sah secara rasmi kepada masyarakat tempatan yang
mendiami penempatan disekitar Daerah Tawau untuk menjamin hak keistimewaan
penduduk tempatan sebagai masyarakat pribumi di Daerah Tawau.
Penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau ( PKMT ) dalam Tahun 1945 yang
diasaskan oleh Datuk Abu Bakar Titingan bersama pemimpin Melayu yang lain iaitu
Datuk Kassim bin Kamidin , Datuk Haji Ahmad Ayid dan Penghulu OKK Zainal bin
Kerahu untuk memperjuangkan hak dan kepentingan orang-orang Melayu , telah
menyatukan Masyarakat Melayu tempatan Tawau.
Ahli – ahli Persatuan ini lah yang
bersama – sama Tun Datu Mustapha bin Datu Harun melalui USNO menuntut
Kemerdekaan bagi Negeri Sabah melalui Malaysia pada tahun 1963. Manakala
penubuhan Persatuan Islam Tawau ( PIT ) yang dipengerusikan oleh Haji Abdul
Karim bin Haji Abdul Rahman di bantu oleh Datuk Kassim bin Kamidin pada tahun
1956 telah mendorong penubuhan USIA yang menjamin keutuhan syiar Islam di Tawau
khasnya dan di Seluruh Sabah amnya.
Ramai yang tidak mengetahui sebenarnya penduduk Tawau adalah
terdiri daripada Orang – orang Melayu , dimana kewujudan Orang Melayu di Tawau
sebagai Penduduk Pribumi telah diiktiraf sejak dahulu semasa Kerajaan British.
Dalam Tahun 1920an Mahkamah Anak Negeri Telah bermula yang dianggotai oleh 3
orang pemimpin ketika itu ; Imam Mustapa , Habib Sheikh dan OKK Abdullah . OKK
Abdullah telah berjasa kepada penduduk Tawau sejak Tahun 1900 , Habib Sheikh
telah berjasa kepada penduduk Tawau sejak Tahun 1912 , Imam Mustapa sejak tahun
1925 , Habib Hussein sejak Tahun 1932 , Penghulu OKK Abu Bakar sejak tahun 1940
, Haji Abdul Karim Haji Drahman sejak tahun 1959 dan Datuk Seri Panglima Haji
Abu Bakar Titingan sejak tahun 1962.
Jawatan Penghulu ini telah pernah dijawat oleh anak-anak
Peribumi Tawau bermula OKK Kee Abdullah , OKK Kee Abu Bakar bin Kee Abdullah ,
OKK Zainal bin Kerahu , OKK Salleh bin Ajak , OKK Hj.Salleh bin Sailabi dan OKK
Kee Ayub bin OKK Kee Abu Bakar.
Orang-orang Melayu di Tawau sebenarnya adalah gabungan
Masyarakat Melayu dari pelbagai suku dan keturunan Melayu yang terangkum
melalui hasil perkahwinan dan asimilasi berteraskan ikatan amalan Agama Islam
dan pertuturan bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu Loghat Tawau selama ratusan
tahun lalu. Mereka telah lama hidup bersama dengan pertuturan bahasa Melayu
yang senang difahami.
Penempatan Awal orang-orang Suluk dan Tidung terletak di
Tawau Lama di Muara Sungai Tawau. Kebanyak dari mereka adalah Nelayan , Pekebun
kecil menanam padi bukit dan menjual hasil-hasil daripada hutan seperti rotan ,
damar dan berbagai lagi. Disamping itu penempatan awal di Daerah Tawau adalah
di Kampung Kalabakan . Ketua Kampung nya pada masa itu adalah seorang Menteri
dari Kesultanan Bulungan ( Indonesia ).
Terdapat juga penempatan awal orang-orang Bugis Wajo di
Tawau diketuai oleh Penghulu Puado dengan 25 orang-orang nya se-awal tahun
1885.
Ketika awal pembukaan Pekan Tawau sebagai Pusat Pentadbiran
British , Kee Abdullah adalah salah seorang Pegawai Kerajaan British di Tawau
yang masih muda. Kee Abdullah turut bekerjasama dengan Penghulu Puado , nama
sebenarnya La Toampong bin Andi Buku berketurunan Bugis Wajo, Sengkang Sulawesi
yang telah berkahwin dengan Sahara berbangsa Suluk yang berasal dari Sulu
.
Pihak British menganggapnya sebagai pemimpin Masyarakat Melayu Tawau dan
diberikan gelaran Penghulu Puado , untuk mentadbir Tawau terutama segala urusan
yang melibatkan orang-orang Melayu. Dimasa yang sama Kerajaan British telah
menghantar wakil mereka iaitu Alexander R. Dunlop sebagai Resident Tawau pada 1
March 1899. Turut dating bersama beliau ialah beberapa Pegawai berbangsa
Inggeris dan ramai anggota Polis berbangsa Sikh. Tawau pada ketika itu juga
telah didiami oleh masyarakat cina yang melibatkan diri dalam perniagaan kedai
dan aktiviti perlombongan arang batu di Silimpopon dan mereka juga mempunyai
pemimpin mereka sendiri.
Penghulu Puado ketika itu dianggap sebagai Ketua Masyarakat
orang-orang Melayu di Tawau oleh Pihak British kerana kewibawaan dan beliau
sangat dihormati oleh Masyarakat tempatan. Beliau menjadi pemimpin sehinggalah
beliau meninggal dunia pada tahun 1902.
Kekosongan jawatan pemimpin Masyarakat ini berterusan
sehinggalah Sarip Ali diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Masyarakat yang
seterusnya dan diberi gelaran “ Suluk Chief “ pada tahun 1905. Beliau menjadi
pemimpin selama 7 tahun sebelum tempat beliau digantikan oleh Habib Sheikh pada
tahun 1912. Gelaran jawatan Ketua Anak Negeri yang mendapat gelaran OKK atau
Orang Kaya-Kaya ini hanya diperkenalkan oleh British diseluruh Jajahan Borneo
Utara pada tahun 1920an. Ketua Anak Negeri yang Pertama di Tawau ialah Kee
Abdullah dan dengan itu beliau diberikan Gelaran OKK Kee Abdullah .
Beliau
secara rasminya menjadi pemimpin Masyarakat Melayu di Tawau untuk menggantikan
Imam Mustapa – Native Chief pada tahun 1925. Perlantikan ini adalah sangat
tepat dan beliau adalah calon yang paling layak ketika itu , kerana jasa-jasa
beliau semasa muda iaitu semasa beliau menjadi Pegawai Kerajaan British dan
menjadi orang kepercayaan Residen Inggeris , Alexander Rankin Dunlop.
Beliau
juga sudah berusia 60 tahun dan telah lama hidup sebagai orang Melayu yang
sanggup susah dan senang bersama-sama orang-orang Melayu yang lain , beliau
sangat dihormati Panggilan asal Bandar Tawau lebih dikenali sebagai Tanjung
manakala panggilan Tawau pula tidak diketahui punca sebenarnya.
Ada yang
mengatakan ianya berasal dari panggilan orang-orang Pedagang Suluk yang datang
dimana mengingati Davao di Selatan Kepulauan Filipina dengan memanggil Tawao.
Tetapi ada juga yang mengatakan ianya berasal dari bahasa Tidung yang memanggil
Tanah Tidung yang mana Tanah dalam bahasa tidung ialah Tawau ada juga pihak
menyatakan nama Tawau sendiri sebenarnya adalah berasal dari perkataan Tidung
yang bermaksud 'Tawai' iaitu cara orang-orang dahulu memancing ikan di
sepanjang sungai Tawau. Kemudiannya panggilan itu lebih dikenali dengan sebutan
'Tawao' mengikut panggilan masyarakat Suluk yang merupakan penduduk majoriti di
sekitar perairan wilayah Kesultanan Melayu Islam Sulu. Walaubagaimana pun tiada
apa apa bukti sahih untuk menyokong perkara tersebut.
Bekas Ketua Kampung Ranggu Panglima KK Abdullah Salim Puado
( Melayu Bugis Wajo ) cucu kepada Penghulu Puado , Ketua Anak Negeri yang
pertama yang dilantik oleh pihak British. Penghulu Puado seorang bugis Wajo
dari Sengkang adalah seorang Pedagang yang berniaga disekitar Pantai Timur
Borneo dari Banjarmasin hingga ke Sandakan. Bugis Wajo adalah suku bugis yang
pertama berhijrah ke Tawau. Dengan itu Tawau telah dibangunkan oleh 3 Pemimpin
Utama iaitu Penghulu Puado , Penghulu Kee Abdullah dan Resident Tawau Alexander
Rankin Dunlop yang membentuk satu Daerah yang membangun se awal tahun 1890-an.
Sejarah Tawau tidak
diketahui dengan jelas permulaannya , Tawau telah berada dalam peta pada tahun
1857 tetapi tiada bukti yang kukuh penempatan penduduk sehinggalah tahun 1879.
Bagaimana pun Tawau telah pun mempunyai penduduk dengan sebuah perkampungan
kecil dihuni lebih kurang 200 orang
penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada Masyarakat Melayu berketurunan
Tidung dan Suluk .
Mengikut sejarah silamnya semasa kewujudan Tawau sebagai
sebuah perkampungan nelayan seratus tahun dahulu, terdapat juga sebuah penempatan
Melayu Islam tertua di Kalabakan yang pada ketika itu di bawah naungan
Kesultanan Bulungan-Tarakan. Pemimpin mereka pada masa itu ialah Bujong Seripa
yang kemudian digantikan oleh adiknya Imam Salleh (1923-1958).
Tidak jauh dari
Kalabakan, terdapat sebuah lagi penempatan lama di Serudong yang diasaskan oleh
Datu Alun bersama pengikut-pengikutnya, seorang kerabat diraja Kesultanan
Bulungan yang membawa diri dari tanahairnya. Namun kini yang tinggal hanyalah
tapak perkuburan bersejarah. Selain dari kerajaan Kesultanan Sulu yang
menguasai tanah jajahan di kawasan utara Borneo , terdapat juga beberapa
kawasan jajahan yang dikuasai oleh Kesultanan Bulungan ( yang berpusat di
Tanjung Palas ) dan Kerajaan Tidung Tengara ( yang berpusat di Tarakan ).
Mengikut
sejarahnya sebelum kedatangan British lagi, telah wujud pemimpin-pemimpin
Melayu yang berwibawa dan sangat dihormati. Antaranya Imam Sabah (Apas) ,
Bujong Seripa (Kalabakan) dan Datu Alun (Serudung). Haji Milo dari suku bugis
seorang peniaga runcit , beliau juga nelayan , Mandor Libuh kontraktor kayu
balak dari Brunei mendapat konsesi dari Utara ke Timor bandar, Rajiki suku kaum
Suluk empunya tanah dibahagian timor bandar, beliau juga seorang pencari hasil
mashul dari Hutan ,dan beliau juga mempunyai kuari kontrak dengan kerajaan,
Ganin orang Melayu Kelantan seorang
penjual dipasar menjual sayuran,buahan dan beliau juga seorang Nelayan.Timbol
dari suku kaum Tidong menetap di Apas dan beliau adalah salah seorang empunya
tanah dikawasan Bandar.Mandor Matasan seorang Melayu Indonesia berkerja sebagai
pemotong kayu balak dan mempunyai kontrak kuari dengan kerajaan.
Dullah seorang
Melayu Brunei mempunyai kedai Billiard,Taha seorang Cina Muslim dari Brunei seorang pemotong kayu balak dan
bertugas membaiki tetepon/telegrap.
Manunda seorang bangsa Suluk seorang Petani
dan Hartawan.Haji Mohamad Noor seorang keturunan Bugis/Tidong mendapat contract
membuat Pelabuhan Baru dengan nilai $150 dan beliau banyak mempunyai tanah
dikawasan bandar. Inche Alang seorang keturunan Melayu Sumatra seorang Hartawan
banyak mempunyai Tanah di sekitar Sin On dan beliau memainkan peranan sebagai
Pembina Masjid.Namun kewujudan pemimpin-pemimpin masyarakat Melayu ini ketika
itu tidak diiktiraf secara rasmi oleh pihak British dan hanya menjadi sejarah
dalam ingatan dan hati orang-orang Melayu Tawau.
Tawau pada masa itu hanyalah
sebuah kampung yang belum dimajukan, didiami seramai 200 penduduk kampung yang
mendirikan rumah-rumah kampung di tepi-tepi sungai dan di kawasan kuala sungai
Tawau. Sebahagian besar muka buminya masih lagi hutan tebal dan belum lagi
terdapat sebarang bentuk pembangunan sama ada pejabat kakitangan Kerajaan
Inggeris atau sebarang penerokaan hutan untuk pertanian. Pada ketika itu Tawau
berada dibawah naungan kuasa Kesultanan Sulu.
Pada 22 Januari 1878 Suatu Perjanjian termeteri diantara
Kesultanan Sulu dan Pihak Inggeris dimana Kesultanan Sulu menyerahkan Kawasan
persekitaran Tawau kepada pihak Inggeris. Semenjak daripada itu Tawau telah
menjadi sebahagian daripada Kawasan Jajahan orang-orang Inggeris melalui
Syarikat ( Berpiagam ) Bornoe Utara. Menurut catatan The North Borneo Volume (
1955 – 1965 ) menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898 dimana
menyatakan , pihak Syarikat (
berpiagam ) Borneo Utara telah membuka sebuah penempatan di Tawau dan
seterusnya mengadakan asas-asas pentadbiran kerajaan tempatan disitu.
PENSEMPADANAN KAWASAN TAWAU DENGAN INDONESIA
Bagi mengelakkan perselisihan faham dengan pihak Belanda ketika itu yang
memerintah Indonesia , dimana Tawau adalah berkongsi sempadan dengan Indonesia
, pihak pemerintah Inggeris telah mengambil langkah-langkah untuk menetapkan
sempadan tersebut . Sempadan asal bagi kawasan yang diserahkan oleh Kesultanan
Sulu dan Kesultanan Berunai ialah dibawah Sungai Sibuco berdekatan dengan
Tarakan ( Indonesia ) yang mana kawasan tersebut termasuk dibawah Pemerintahan
Belanda ketika itu yang mana telah sedia ada penduduk disitu. Berikutan itu
satu Suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun 1912 yang terdiri
daripada pegawai – pegawai dari United Kingdom dan Belanda. Satu Laporan
Bersama telah disediakan berserta dengan peta dan ditandatangani oleh
Pesuruhjaya masing – masing di Tawau pada 17 Februari 1913 . Kemudian mengikut
Protokol diantara United Kingdom dan
Belanda yang telah ditandatangani di London pada 28 September 1915 dimana kedua
– dua Kerajaan mengesahkan laporan bersama dan Peta tersebut.
INFRASTRUKTUR DAN SOSIO PENTADBIRAN
Dengan wujudnya
pemerintahan British diTawau , pelbagai kemudahan telah disediakan seperti
Hospital , Sekolah – sekolah , Balai Polis , rumah – rumah kedai , pelabuhan
Tawau serta juga jalan raya dan jalan – jalan kampong yang dibina oleh PWD ,
sebuah Jabatan Kerajaan yang mana para pekerjanya adalah dari kalangan penduduk
tempatan Tawau.
Hak dan keistimewaan masyarakat Melayu tempatan telah
diiktiraf oleh Kerajaan British dengan perlantikan Penghulu atau OKK sebagai
mewakili penduduk tempatan di Tawau ini untuk menyatakan keperluan dan
pemasalahan rakyat kepada pihak British.
Penghulu Pertama yang dilantik dalam Tahun 1900-an ialah OKK Kee Abdullah ,
kemudian dalam Tahun 1950an diganti oleh Penghulu OKK Abu Bakar anak kepada
bekas Penghulu OKK Kee Abdullah. Penghulu atau OKK telah dipertanggungjawabkan
oleh Kerajaan British untuk memberi geran-geran tanah yang sah secara rasmi
kepada masyarakat tempatan yang mendiami penempatan disekitar Daerah Tawau
untuk menjamin hak keistimewaan penduduk tempatan sebagai masyarakat peribumi
di Daerah Tawau.
Penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau ( PKMT ) dalam Tahun 1945 yang diasaskan oleh
Datuk Abu Bakar Titingan bersama pemimpin Melayu yang lain iaitu Datuk Kassim
bin Kamidin , Datuk Haji Ahmad Ayid dan Penghulu OKK Zainal bin Kerahu untuk
memperjuangkan hak dan kepentingan orang-orang Melayu , telah menyatukan
Masyarakat Melayu tempatan Tawau. Ahli – ahli Perstuan ini lah yang bersama –
sama Tun Datu Nustapa bin Datu Harun melalui USNO menuntut Kemerdekaan bagi
Negeri Sabah melalui Malaysia pada tahun 1963. Manakala penubuhan Persatuan
Islam Tawau ( PIT ) yang dipengerusikan
oleh Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Rahman di bantu oleh Datuk Kassim bin
Kamidin pada tahun 1956 telah mendorong penubuhan USIA yang menjamin keutuhan
syiar Islam diTawau khasnya dan diSeluruh Sabah amnya.
Ramai yang tidak
mengetahui sebenarnya penduduk Tawau adalah terdiri daripada Orang – orang
Melayu , dimana kewujudan Orang Melayu diTawau sebagai Penduduk Peribumi telah
diiktiraf sejak dahulu semasa Kerajaan British. Dalam Tahun 1920an Mahkamah Anak
Negeri Telah bermula yang dianggotai oleh 3 orang pemimpin ketika itu ; Imam
Mustapa , Habib Sheikh dan OKK Abdullah . OKK Abdullah telah berjasa kepada
penduduk Tawau sejak Tahun 1900 , Habib Sheikh telah berjasa kepada penduduk
Tawau sejak Tahun 1912 , Imam Mustapa sejak tahun 1925 , Habib Hussein sejak
Tahun 1932 , Penghulu OKK Abu Bakar sejak tahun 1940 , Haji Abdul Karim Haji
Drahman sejak tahun 1959 dan Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan sejak
tahun 1962. Jawatan Penghulu ini telah pernah dijawat oleh anak-anak Peribumi
Tawau bermula OKK Kee Abdullah , OKK Kee Abu Bakar bin Kee Abdullah , OKK
Zainal bin Kerahu , OKK Salleh bin Ajak , OKK Hj.Salleh bin Sailabi dan OKK Kee
Ayub bin OKK Kee Abu Bakar. Orang-orang Melayu di Tawau sebenarnya adalah
gabungan Masyarakat Melayu dari pelbagai suku dan keturunan Melayu yang
terangkum melalui hasil perkahwinan dan asimilasi berteraskan ikatan amalan
Agama Islam dan pertuturan bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu Loght Tawau
selama ratusan tahun lalu. Mereka telah lama hidup bersama dengan pertuturan
bahasa Melayu yang senang difahami.
Penempatan Awal orang-orang Suluk dan Tidung terletak di
Tawau Lama diMuara Sungai Tawau. Kebanyak dari mereka adalah Nelayan , Pekebun
kecil menanam padi bukit dan menjual
hasil-hasil daripada hutan seperti rotan , damar dan berbagai lagi. Disamping
itu penempatan awal di Daerah Tawau adalah di Kampung Kalabakan . Ketua Kampung
nya pada masa itu adalah seorang Menteri dari Kesultanan Bulungan ( Indonesia
). Terdapat juga penempatan awal
orang-orang Bugis Wajo di Tawau diketuai oleh Penghulu Puado dengan 25
orang-orang nya se-awal tahun 1885.
Penghulu Puado@La Toampong bin Andi Buku dan Penduduk Tawau
bersama Alexander R. Dunlop sebagai Resident Tawau
PEMBUKAAN AWAL PEKAN TAWAU
Ketika awal pembukaan Pekan Tawau sebagai Pusat Pentadbiran
British , Kee Abdullah adalah salah seorang Pegawai Kerajaan British di Tawau
yang masih muda. Kee Abdullah turut bekerjasama dengan Penghulu Puado , nama
sebenarnya La Toampong bin Andi Buku berketurunan Bugis Wajo, Sengkang Sulawesi
yang telah berkahwin dengan Sahara berbangsa Suluk yang berasal dari Sulu
.Pihak British menganggapnya sebagai pemimpin Masyarakat Melayu Tawau dan
diberikan gelaran Penghulu Puado , untuk mentadbir Tawau terutama segala urusan
yang melibatkan orang-orang Melayu. Dimasa yang sama Kerajaan British telah
menghantar wakil mereka iaitu Alexander R. Dunlop sebagai Resident Tawau pada 1
March 1899. Turut datang bersama beliau ialah beberapa Pegawai berbangsa
Inggeris dan ramai anggota Polis berbangsa Sikh. Tawau pada ketika itu juga
telah didiami oleh masyarakat cina yang
melibatkan diri dalam perniagaan kedai dan aktiviti perlombongan arang batu di
Silimpopon dan mereka juga mempunyai pemimpin mereka sendiri.
PEMIMPIN PEMIMPIN MASYARAKAT MELAYU TAWAU
Penghulu Puado ketika itu dianggap sebagai Ketua Masyarakat
orang-orang Melayu diTawau oleh Pihak British kerana kewibawaan dan beliau
sangat dihormati oleh Masyarakat tempatan. Beliau menjadi pemimpin sehinggalah
beliau meninggal dunia pada tahun 1902.Kekosongan jawatan pemimpin Masyarakat
ini berterusan sehinggalah Sarip Ali diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Masyarakat yang seterusnya dan diberi
gelaran “ Suluk Chief “ pada tahun 1905. Beliau menjadi pemimpin selama 7 tahun
sebelum tempat beliau digantikan oleh Habib Sheikh pada tahun 1912. Gelaran
jawatan Ketua Anak Negeri yang mendapat gelaran OKK atau Orang Kaya-Kaya ini
hanya diperkenalkan oleh British diseluruh Jajahan Borneo Utara pada tahun
1920an. Ketua Anak Negeri yang Pertama di Tawau ialah Kee Abdullah dan dengan
itu beliau diberikan Gelaran OKK Kee Abdullah . Beliau secara rasminya menjadi
pemimpin Masyarakat Melayu di Tawau untuk menggantikan Imam Mustapa – Native
Chief pada tahun 1925. Perlantikan ini adalah sangat tepat dan beliau adalah
calon yang paling layak ketika itu , kerana jasa-jasa beliau semasa muda iaitu
semasa beliau menjadi Pegawai Kerajaan British dan menjadi orang kepercayaan
Residen Inggeris , Alexander Rankin Dunlop. Beliau juga sudah berusia 60 tahun
dan telah lama hidup sebagai orang Melayu yang sanggup susah dan senang
bersama-sama orang-orang Melayu yang lain , beliau sangat dihormati.
Bekas Ketua Kampung Ranggu Panglima KK Abdullah Salim Puado
( Melayu Bugis Wajo ) cucu kepada Penghulu Puado , Ketua Anak Negeri yang
pertama yang dilantik oleh pihak British. Penghulu Puado seorang bugis Wajo
dari Sengkang adalah seorang Pedagang yang berniaga disekitar Pantai Timur
Borneo dari Banjarmasin hingga ke Sandakan. Bugis Wajo adalah suku bugis yang
pertama berhijrah ke Tawau. Dengan itu Tawau telah dibangunkan oleh 3 Pemimpin
Utama iaitu Penghulu Puado , Penghulu Kee Abdullah dan Resident Tawau Alexander
Rankin Dunlop yang membentuk satu Daerah yang membangun se awal tahun 1890-an.
Sedikit maklumat
mengenai Penghulu Kee Abdullah yang diambil dari Wikipedia ;Nama asal beliau ialah Kee Kim Swee . Dalam Tahun 1894 ,
beliau telah dilantik oleh British North
Borneo (Chartered) Company sebagai Pegawai Kastam “custom examiner and revenue collector” di
Tawau. Beliau berbangsa Sino-Dusun dimana Bapanya berbangsa Cina Hainam bernama
Kee Vun Sai dan Ibunya berbangsa Dusun Tutung ( Native Brunei ) nama
panggilannya Kipas. Kee Kim Swee dilahirkan diLabuan pada tahun 1863 dan bersekolah
ditempat yang sama. Beliau menjadi orang Melayu apabila berkahwin dengan gadis
Melayu bernama Jumatiah binte Ami Dalun
Maiden, seorang gadis Suku bangsa campuran Suluk-Arab berasal dari Tapol /
Parang Sulu, pada 26 November 1895
dirumah Penghulu Puado. Sebelum itu beliau telah memeluk Agama Islam dengan
nama Kee Abdullah. Kemudiannya tinggal bersama-sama penduduk Melayu di
Tawau Beliau mempunyai 18 orang anak
dengan isterinya Jumatiah, tiga orang lagi anak dengan isterinya yang lain di
daerah Kudat. Selepas bersara dari
Kerajaan beliau dilantik sebagai Penghulu atau Ketua Anak Negeri yang membawa
gelaran Orang Kaya Kaya ( OKK ) . Sehingga kini beliau telah dikenang sebagai
Ketua Orang Melayu yang berkalibar di Tawau . Beliau meninggal dinia dalam tahun
1953. Manakala ketika ini generasi
beliau seperti Datuk Tawfik DSP Abu
Bakar Titingan (DUN Apas) dan OKK Kee Ayub Kee Abu Bakar terus memainkan peranan memajukan Daerah
Tawau mengikut peredaran masa kini.
TANJUNG
Panggilan asal Bandar Tawau lebih dikenali sebagai Tanjung
manakala panggilan Tawau pula tidak diketahui punca sebenarnya. Ada yang
mengatakan ianya berasal dari panggilan orang-orang Pedagang Suluk yang datang
dimana mengingati Davao di Selatan Kepulauan Filipina dengan memanggil Tawao. Tetapi
ada juga yang mengatakan ianya berasal dari bahasa Tidung yang memanggil Tanah
Tidung yang mana Tanah dalam bahasa tidung ialah Tawau ada juga pihak
menyatakan nama Tawau sendiri sebenarnya adalah berasal dari perkataan Tidung
yang bermaksud 'Tawai' iaitu cara orang-orang dahulu memancing ikan di
sepanjang sungai Tawau. Kemudiannya panggilan itu lebih dikenali dengan sebutan
'Tawao' mengikut panggilan masyarakat Suluk yang merupakan penduduk majoriti di
sekitar perairan wilayah Kesultanan Melayu Islam Sulu. Walaubagaimana pun tiada
apa apa bukti sahih untuk menyokong perkara tersebut.
SULUK TAWAU
Suku kaum Suluk ialah suku kaum yang terdapat di sebelah
Pantai Timur Sabah dari Utara Kudat hingga ke Tenggara Tawau. Suku kaum Suluk
ini adalah penduduk asal di Sabah. Masyarakat Suluk ini adalah tergolong dalam
rumpun Melayu sama seperti suku kaum Melayu Brunei, Melayu Arab, Melayu Banjar
dan Melayu Jawa. Sebaliknya, Masyarakat Melayu Suluk di Sabah ini tidak berbeza
dengan bangsa Tausug di Kepulauan Sulu yang terpisah ratusan tahun dari
perhubungan dan amalan cara hidup.
Di Sabah, Masyarakat Suluk Tempatan telah hidup beratus
tahun di Sabah bersama masyarakat lain seperti Masyarakat Bajau, Dusun, Sungai
dan Murut.
1. Pejuang Bangsa
Menentang Penjajah British iaitu Datu Paduka Mat Salleh adalah berketurunan
Suluk Paitan
2. Bapa
Kemerdekaan Sabah iaitu Tun Datu Mustapha Datu Harun adalah berketurunan Suluk
Kudat.
Ramai lagi keturunan Suluk Tempatan yang telah berjaya dalam
bidang masing masing seperti; Pengarah Yayasan Sabah kini iaitu Tan Sri Datu
Khalil bin Datu Jamilul juga adalah berketurunan Suluk tempatan Sabah. Begitu
juga dengan Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Pembantu Menteri di Jabatan
Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Haji Datu Nasrun bin Datu Haji Mansur yang
mana beliau juga adalah berketurunan Suluk Sabah.
Selain dari Datu Paduka Mat Salleh, ada ramai lagi pejuang
pejuang bangsa penentang penjajah British dari kalangan mereka yang
berketurunan Suluk Sabah iaitu
· Datu Tating
di Pulau Balambangan pada tahun 1773,
· Datu Baginda
Putih di Sandakan pada tahun 1879
· Datu
Kedunding pada tahun 1879 di Tungku.
SEJARAH SULUK TAWAU
Pada masa kini, Masyarakat Suluk di Tawau ( yang dahulunya
tinggal bersama dengan Masyarakat Tidung di sebuah perkampungan nelayan
dikenali sebagai Tawau Lama pada masa kini ), sudah tidak wujud lagi sebagai
Masyarakat Suluk asli sebaliknya keturunan mereka sudah bercampur baur
keturunannya melalui perkahwinan dengan masyarakat lain seperti Tidung, Cina
Muslim, Arab, Iban Muslim, Banjar, Jawa dan sebagainya. Mereka lebih dikenali
sebagai Masyarakat Melayu di Tawau ini kerana bertutur dalam bahasa Melayu,
mengamalkan adat dan budaya Melayu sejak turun temurun. Misalnya keturunan Kee
Abdullah ( Cina Muslim ), Penghulu Tawau pertama telah berkahwin gadis Melayu
Suluk ( Jumatiah ) dan ramai keturunannya hari ini adalah berketurunan Melayu
Tawau. Begitu juga Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan ( Suluk ) dari Pulau
Tambisan kemudian berhijrah ke Tawau dan berkahwin dengan Kee Hayati (
peranakan Cina ) dan mewujudkan ramai keturunan Melayu di Tawau ini.
Ramai masyarakat di Tawau yang dikenali sebagai masyarakat
Melayu ini adalah keturunan dari pelbagai suku-suku kaum yang sudah mengalami
percampuran darah keturunan sejak dahulu lagi. Mereka tidak boleh dibezakan
kerana agama dan budaya yang diamalkan adalah sama. Namun keadaan ini tidak
sama dengan masyarakat pendatang dari Indonesia dan Filipina kerana mereka ada
budaya yang tersendiri. Ini kerana kewujudan imigran-imigran Indonesia dan
imigran-imigran Filipina ini adalah agak terkemudian iaitu setelah Tawau makmur
sebagai lubuk sumber ekonomi. Mereka datang ke Tawau semata-mata untuk mencari
rezeki dan sebelum kedatangan mereka ke Tawau, mereka sudah pun mempunyai
identiti negara mereka sendiri. Berbanding dengan masyarakat Melayu Tawau ini,
mereka telah wujud di Tawau sudah terlalu lama iaitu sebelum kedatangan
pemerintahan penjajah Inggeris atau sebelum zaman pemerintahan tentera Jepun
lagi.
SEJARAH SULUK DISABAH
Mengikut sejarahnya, Sabah dahulunya adalah sebahagian
Kerajaan Kesultanan Melayu Sulu ( di
sebelah timur ) yang begitu rapat hubungannya dengan Kerajaan Kesultanan Melayu
Brunei ( di sebelah barat Sabah ). Tanah jajahan Kerajaan Melayu Sulu meluas
hingga keseluruhan bahagian timur Sabah termasuk di kawasan sepanjang Sungai
Sugut, Sungai Labuk dan Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama. Masyarakat
Melayu Suluk telah membuka penempatan di pesisiran pantai sebelah timur Sabah.
Misalnya, Sandakan dan Lahad Datu adalah contoh penempatan yang diberi nama
mengikut bahasa Suluk asli. Sandakan adalah bermaksud 'Tanah Gadaian' manakala
Lahad Datu bermaksud 'Persinggahan Datu'.
Di Tawau, Masyarakat Suluk tempatannya agak berbeza dengan
Masyarakat Suluk Sabah yang lain. Ini kerana Masyarakat Suluk Tawau yang telah
wujud lama di Tawau ini telah berasimilasi dengan masyarakat Melayu lain yang
ada di Tawau. Mereka hidup bersama dan berkahwin dengan masyarakat suku kaum
Melayu lain seperti Melayu Tidung, Melayu Banjar, Melayu Arab, Melayu Jawa ,
Melayu Bugis dan sebagainya. Rentetan dari perkahwinan campur antara pelbagai
suku kaum Melayu ini, kini masyarakat Melayu Suluk di Tawau lebih dikenali
sebagai Masyarakat Melayu Tawau.
Oleh kerana Sabah Timur di bawah pemerintahan Kerajaan
Melayu Sulu, banyak golongan bangsawan di kalangan masyarakat Suluk Sabah yang
dilantik sebagai wakil pemerintah Kerajaan Melayu Sulu. Misalnya Datu Paduka
Mat Salleh yang diberi kuasa untuk menjaga perairan Sungai Sugut. Gelaran
'Datu' pula adalah gelaran yang diberikan kepada golongan bangsawan masyarakat
Melayu Suluk di Sabah. Di Tawau pula, pemimpin Melayu dari keturunan Suluk yang
pernah memimpin masyarakat suatu ketika dahulu ialah Sarip Ali dari tahun 1905
hingga 1912. Selepas itu, ketika sebelum dan selepas Perang Dunia dan
Pendudukan Jepun di antara tahun 1937 hingga 1953, Penghulu Abu Bakar yang juga
berketurunan Suluk Tawau pernah memimpin Masyarakat Melayu di Tawau. Kemudian
era pra kemerdekaan, Datuk Abu Bakar Titingan bin Damsani ( juga berketurunan
Suluk Sabah ) pula memainkan peranan sebagai pemimpin masyakarat Melayu di
Tawau. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi USNO pada Mei 1962 dan memikul
tanggungjawab untuk menyatukan semua orang-orang Melayu pada masa itu di bawah
satu payung iaitu USNO bagi menuntut kemerdekaan Sabah melalui Malaysia pada 16
September 1963.
SULUK TAWAU BUKAN TAUSUG ( FILIPINA )
Suluk Tawau adalah cuma nama asalnya sebuah keturunan namun
hakikatnya kewujudan mereka adalah di dalam sebuah komuniti iaitu orang-orang
Melayu sama seperti suku-suku kaum Melayu lain yang terdapat di Tawau seperti
Melayu Arab, Melayu Banjar dan Melayu Tidung. Oleh yang demikian, orang-orang
Melayu keturunan Suluk di Sabah menganggap diri mereka adalah Orang Melayu
lebih-lebih sudah ratusan tahun, mereka cuma bertutur dalam satu bahasa iaitu
Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya dan adat Melayu bersama komuniti Melayu
lain.
Walaupun suku Suluk ini juga ramai terdapat ramai di tempat
lain seperti di Filipina dan Kalimantan namun cara hidup, pertuturan dan budaya
di antara Suluk Tawau adalah sangat berbeza dengan Suluk di Filipina ( Tausug
). Ini kerana bahasa pertuturan Suluk Tawau adalah bahasa Melayu Sabah manakala
pertuturan Suluk di Filipina adalah bahasa pertuturan Suluk [Tausug]. Ramai
orang Tausuq di Filipina yang tidak tahu bertutur bahasa Melayu dan bagi yang
tahu bertutur dalam bahasa Melayu, loghat pertuturan mereka adalah sangat
berbeza dengan loghat masyarakat Melayu Tempatan. Dari segi budaya hidup pula,
Suluk Tawau adalah mengamalkan budaya hidup Melayu tempatan Sabah dan gaya
hidup bangsa Malaysia manakala masyarakat Tausuq di Filipna telah mengamalkan
budaya masyarakat Tausug yang agak berbeza dengan budaya Melayu di Malaysia
.
PERBEZAAN MELAYU TAWAU ( BERDARAH CAMPURAN SULUK ) DENGAN
TAUSUG ( SULUK FILIPINA )
Melayu Tawau ialah masyarakat Melayu yang wujud di Tawau
sebelum zaman penjajahan lagi dan sebelum zaman pendudukan tentera Jepun di
Borneo Utara. Manakala Tausuq yang merupakan bangsa pendatang dari Filipina
yang datang ke Tawau setelah kewujudan negara Filipino. Di Filipina, mereka
dikenali sebagai bangsa Moro manakala di Sabah mereka diwartakan sebagai bangsa
Filipino sama seperti bangsa Visaya dan Tagalog yang juga berasal dari Filipina
dan datang ke Tawau ketika zaman pergolakan peperangan di selatan Filipina.
Walaupun masyarakat Melayu Tawau ada yang berdarah campuran Suluk tetapi mereka
tidak tahu langsung bertutur dalam bahasa Suluk sebaliknya hanya tahu bertutur
dalam bahasa Melayu Loghat Tawau dan mengamalkan adat tradisi Melayu serta
patuh kepada ajaran dan amalan agama Islam yang suci, diwarisi dari nenek
moyang mereka yang sememangnya tinggal di Tawau sejak beberapa generasi dahulu.
MASYARAKAT MELAYU SULUK TAWAU
Sebagai penduduk tempatan asli Tawau bersama suku kaum
Melayu yang lain seperti Melayu Tidung, Melayu Arab, Melayu Banjar dan Melayu Jawa
tempatan, masyarakat Melayu Suluk hidup bersama-sama dengan mengamalkan budaya
dan cara hidup Melayu tempatan. Budaya masyarakat Melayu Tawau adalah budaya
kemelayuan yang bertunjangkan agama Islam. Masyarakat ini hidup dengan aman di
Tawau tanpa terpengaruh dengan budaya dari Indonesia dan Filipina yang dibawa
oleh masyarakat pendatang dari kedua buah negara jiran tersebut.Contoh
penempatan awal Masyarakat Melayu Suluk Tawau bersama Masyarakat Melayu Tidung
ialah di Kampung Batu Payung, Kampung Apas Balung, Kampung Membalua, Kampung
Indrasabah, Kampung Wakuba dan Kampung Ranggu.
Pemimpin Masyarakat Melayu di Tawau yang sangat berjasa
ketika sebelum dan awal kemerdekaan negeri Sabah ialah Datuk Abu Bakar
Titingan, Pengasas Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau ( PKMT ) pada tahun 1945.
Ketua pemimpin Masyarakat Melayu pertama di Tawau yang dilantik oleh Kerajaan
British ( Penghulu ) pada awal 1900an iaitu OKK Kee Abdullah juga anak angkat
kepada seorang nelayan berbangsa Suluk Kudat bernama Ibrahim dan isteri beliau
juga adalah seorang wanita Suluk Tawau bernama Jumatiah binti Ami Maidin.
Selain itu, terdapat ramai pemimpin dari masyarakat Melayu keturunan Suluk di
Tawau yang dilantik menjadi Ketua Anak Negeri sebagai menunjukkan membuktikan
yang Masyarakat Melayu Suluk Tawau adalah penduduk asal di Tawau. Antaranya
ialah OKK Abu Bakar dan OKK Salleh Sailabi.
TIDUNG TAWAU
Suku kaum Tidung adalah suku kaum rumpun Melayu yang banyak
terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau dan Sebatik.
Antara suku kaum Melayu Tidung begitu dikenali di Tawau ialah Tidung Apas,
Tidung Indrasabah, Tidung Membalua, Tidung Kalumpang, Tidung Pasir Putih,
Tidung Merotai dan Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di
beberapa kawasan di Sandakan seperti di Beluran dan Labuk.
Selain itu, suku kaum Tidung juga boleh di dapati di
beberapa tempat di Indonesia. Masyarakat suku kaum Tidung di Indonesia yang
agak dikenali ialah Tidung Tarakan, Tidung Nunukan, Tidung Sembakung , Tidung
Sesayap dan Tidung Malinau. Jika dilihat secara geografinya, masyarakat Tidung
ini menduduki kawasan memanjang bermula di Beluran Sandakan hingga ke Tawau (
Apas , Merotai dan Kalabakan ) dan seterusnya di Tarakan , Sesayap , Sembakung
dan Malinau di Indonesia.
Asalnya Tanah Tidung yang dimaksudkan adalah mencakupi
kawasan dari daerah Beluran di Sandakan seterusnya di kawasan Batu Tinagat di
sebelah timur Tawau ( bersama masyarakat Suluk ) hingga ke Apas dan ke sebelah
barat Tawau di Merotai dan Kalabakan dan bersambung hingga ke Kalimantan timur
termasuklah Nunukan, Tarakan, Tanjung Selor ( bersama masyarakat Bulungan ),
Sesayap, Sembakung sehinggalah sejauh ke daerah pedalaman di Melinau. Namun
setelah zaman penjajahan, Tanah Tidung ini terpisah oleh pembahagian kawasan
dan pentadbiran yang dilakukan Inggeris dan Belanda yang kemudiannya merdeka
menjadi dua buah negara yang berasingan iaitu Malaysia dan Indonesia.
( Nota : Masyarakat Tidung di Sabah ( khususnya di
Kalabakan, Merotai, Sebatik, Apas dan juga Beluran ) adalah masyarakat peribumi
( natives ) dan kedudukan ini diwartakan dalamPerlembagaan Negeri Sabah serta
dilengkapkan dengan bukti kesahihan di Pameran Galeri Masyarakat Peribumi Sabah
di Muzium Negeri Sabah . Mereka adalah penduduk asal di Sabah yang mendiami
persisiran pantai timur dan tenggara Sabah dan Kalimantan Timur ( Borneo )
bersama masyarakat Sungai, Idahan, Bajau dan Suluk )
( Walaupun terdapat masyarakat Tidung serumpun di sebelah
sempadan Indonesia yang juga berada tanah besar yang sama ( Borneo ) namun
masyarakat Tidung di Indonesia ( Tanjung Selor, Melinau, Tarakan dan Nunukan
namun masyarakat Tidung serumpun di Indonesia tidak suka berhijrah kerana
mereka lebih selesa di kampung halaman dan di tanah kelahiran sendiri yang juga
turut berkembang maju taraf ekonominya sama seperti di Malaysia. Seperti juga
masyarakat Tidung yang terpisah kerana sempadan negara, masyarakat Brunei
Malaysia di Papar, Kawang dan Bongawan juga terpisah dengan masyarakat Brunei
serumpun di negara Brunei Darussalam. (
Masyarakat Suluk di tanah besar Sabah ( Borneo ) juga dipisahkan dengan
masyarakat Tausuq di Filipina ( Kepulauan Sulu, Tawi-Tawi dan Basilan ) oleh
sempadan negara walaupun jaraknya yang sangat dekat. Ini membuktikan masyarakat
Tidung , masyarakat Brunei dan masyarakat Suluk di Sabah adalah masyarakat
peribumi ( natives ) walaupun masyarakat ini terdapat di negara jiran kerana
mereka semua berada di tanah yang sama namun dipisahkan oleh sempadan negara
yang ditentukan ketika mencapai kemerdekaan daripada penjajah. )
SEJARAH MASYARAKAT TIDUNG
Mengikut sejarah, masyarakat Tidung wujud ini kawasan ini
sejak zaman dahulu lagi. Mereka adalah etnik Muslim dan menggunakan bahasa
Melayu untuk berkomunikasi dengan entiti masyarakat lain di sekitarnya seperti
masyarakat Sungai ( Beluran dan Labuk ), masyarakat Suluk ( Lahad Datu dan
Tungku ), masyarakat Idahan ( Silam dan Madai ), masyarakat Bajau ( Semporna
dan Omadil ), masyarakat Bulungan ( Tanjung Selor), masyarakat Banjar (
Banjarmasin ), masyarakat Kutai dan masyarakat Berau yang merupakan penghuni
asal di daerah Borneo Timur. Dalam catatan sejarah, sekitar tahun 1800an,
terdapat beberapa buah kerajaan Kesultanan Melayu Islam yang wujud di
Kalimantan Timur seperti Kesultanan Bulungan ( Sultan Kaharuddin I ) di Tanjung
Palas, Kerajaan Tidung Tengara
( Amiril Pengiran Tadjuddin ) di Tarakan, Kesultanan Kutai, Kesultanan
Berau, Kesultanan Paser (Sultan Sulaiman Alamsyah) di Balik Papan dan
Kesultanan Banjar Sultan Tamjidullah II .
Masyarakat Tidung dahulu kala tinggal di sepanjang
sungai-sungai di pertengahan Borneo Timur hingga sejauh ke utara di Batu
Tinagat berdekatan Tawau. ( Henry Roth : 1896 ). Bukti jelas kewujudan bangsa
Tidung adalah yang terawal di kawasan daerah Tawau ialah nama tempat yang
dinamakan menggunakan panggilan dalam bahasa Tidung seperti nama Tinagat yang
bermaksud 'tebang' dan Membalua yang bermaksud 'hantu'. Mungkin kerana dulunya
di Batu Tinagat ( Kampung Batu Payung ) ini adalah kawasan hutan tebal yang
perlu ditebang dan Kampung Membalua pula dulunya dianggap kawasan berhantu.
Tawau sendiri dipercayai dinamakan menggunakan panggilan dalam bahasa tidung
yang bermaksud 'mata pancing'.
Tercatat dalam sejarah yang mengatakan pernah wujud sebuah
kerajaan Melayu Islam Tidung di Tarakan pada kurun ke 16 yang juga dikenali
sebagai Kerajaan Tengara. Di dalam fakta sejarah Borneo, kerajaan Tidung di
Tarakan bermula pada tahun 1557 dan lokasinya di kawasan Pamusian DI wilayah
Tarakan Timur. Pemerintahnya yang pertama ialah Amir Rasyid ( Dato Raja Laut
(1557-1571). Dinyatakan juga dalam fakta sejarah Borneo bahawa Sultan Tarakan
yang ke 10 iaitu Amir Pengiran Jamalul Kiram ( 1844-1867 ) yang tiada waris
lelaki, telah mengahwinkan puterinya, Putri Intan Dura dengan anak Sultan
Bulungan Sultan Kaharudin II ( 1875-1889 ), Datu Maulana. Dan berikutan dari
peristiwa itu, Datu Maulana telah menjadi Sultan Tarakan pada tahun 1867. Dan
seterusnya putera mereka, Datu Adil ( 1896-1916 )adalah pemerintah Kerajaan
Tidung Tarakan yang terakhir. Selain itu, terdapat juga bukti kewujudan
penempatan masyarakat Tidung tertua di kawasan Pulau Kalumpang dan di sekitar
Kuala Sungai Kalumpang berdekatan Semporna. Penempatan ini dikatakan dimulakan
oleh seorang bangsawan bernama Pengiran Anum sekitar tahun 1800an. Kini di
sana, masih wujud tapak perkuburan dan makam lama serta keturunan generasi ke 7
dan 8 kepada Pengeran Anum yang menjadi bukti kewujudan pemerintahan Pengiran
Anum ini suatu masa dulu.
MASYARAKAT TIDUNG TAWAU
Masyarakat suku kaum Melayu Tidung di Tawau adalah penduduk
asal di Tawau. Penempatan asal ialah di kawasan yang kini dikenali sebagai
Tawau lama iaitu di sekitar Kuala Sungai Tawau. Nama Tawau sendiri adalah
mendapat nama dari bahasa Tidung asli iaitu 'Tawai' yang bermaksud 'mata
pancing'. Ini adalah kerana rata-rata penduduk asal tempatan di kawasan yang
dikenali Tawau Lama ini adalah golongan nelayan. Ramai di kalangan masyarakat
Melayu Tidung memiliki perahu yang dipanggil perahu Kajang. Selain itu, mereka
juga mengusaha tanaman padi bukit sebagai sumber makanan harian mereka.
Walaupun masyarakat Melayu Tidung pernah menghuni di kawasan
yang dikenali sebagai Tawau Lama ( Old Tawau ) ini namun setelah kawasan ini
dimajukan oleh pihak British pada tahun 1896, kebanyakan mereka telah berhijrah
ke kawasan lain seperti di Apas ( di sebelah timur Tawau ) dan Merotai ( di
sebelah utara Tawau ). Sehingga kini, mereka masih lagi menjadi penduduk asal
dan pemilik tanah di sana. Manakala tidak lama selepas itu, Tawau Lama juga
telah ditinggalkan dan Pekan Tawau yang baru telah diwujudkan di sebuah kawasan
lain yang dikenali sebagai 'Tanjung'. Lokasi bandar Tawau ini kekal hingga ke
hari ini dan kawasan ini juga dikenali sebagai Dewan Undangan Sri Tanjung.
Hari ini, masyarakat Tidung di kawasan sekitar bandar Tawau
telah wujud sebagai Masyarakat Melayu kerana berlakunya perkahwinan hampir
semua ahli masyarakat ini dengan masyarakat Melayu lain seperti Jawa, Suluk,
Banjar, Arab, Iban Muslim dan sebagainya sejak sekian lama. Mereka mengamalkan
budaya Melayu dan hanya bertutur dalam bahasa Melayu. Namun sebaliknya di
kawasan lain seperti Kalabakan dan Sebatik ( termasuk juga Inderasabah dan
Membalua ), masih ramai lagi masyarakat Tidung yang kekal wujud sebagai bangsa
Tidung kerana masyarakat di daerah ini agak kurang mengamalkan perkahwinan
campur dengan masyarakat lain. Ini berlaku mungkin kerana faktor kedudukannya
yang agak terpisah dengan masyarakat Melayu lain. Mereka kekal mengamalkan adat
dan budaya Tidung asli hingga ke hari ini.
PENEMPATAN MASYARAKAT TIDUNG
Mengikut sejarahnya dahulu, kawasan penempatan Tidung di
Tawau adalah di bawah kekuasaan Kesultanan Melayu Sulu. Sebelum itu, telah lama
wujud penempatan terawal masyarakat Melayu Tidung di Kalabakan, kampung tertua
di Tawau yang terletak di bawah naungan Kesultanan Bolongan-Tarakan. Juga
terdapat bukti sejarah kewujudan penempatan Melayu Tidung diSerudong (
berdekatan Kalabakan ) sewaktu ketika dahulu di bawah pimpinan Datu Alun yang
pernah menjalinkan hubungan dengan Kesultanan Bolongan. Namun,penempatan itu
tinggal sejarah setelah Datu Alun bersama para pengikutnya kembali ke Tanjung
Selor, Bolongan kerana telah lanjut usia dan mahu mangkat di sana.
Manakala di kawasan-kawasan lain pula termasuk Tawau ,
Silam, Lahad Datu dan Sandakan pula adalah yang terletak di bawah naungan
pemerintahan kesultanan Melayu Sulu. Dengan adanya pengaruh dan naungan
Kesultanan Sulu inilah yang membawa kepada penyebaran agama Islam di kalangan
masyarakat Melayu Tidung dimana penyampaian dakwah Islamiah ini disampaikan
oleh pendakwah dan ulamak dari negara Arab yang berhijrah ke Kepulauan Sulu.
Buktinya kini pengaruh Arab begitu kuat dalam adat resam dan kebudayaan
masyarakat Melayu Tidung.
BUDAYA MASYARAKAT MELAYU TIDUNG
Dalam budaya masyarakat Melayu Tidung, tarian zapin atau
zipin serta alat muzik seperti gambus dan kompang yang berasal dari budaya Arab
sudah lama digunakan sejak turun temurun. Di Tawau ini juga terdapat masyarakat
Melayu keturunan Arab dan Habib yang merupakan golongan pendakwah Islam
terdahulu yang telah menetap di sini dan berkahwin dengan masyarakat tempatan.
Dari segi cara hidup dan adat tradisi masyarakat Melayu
Tidung di Tawau ialah sama seperti masyarakat Melayu yang lain. Mereka
berpakaian baju Melayu atau lebih dikenali 'Baju Selangur' dan wanitanya
memakai baju kurung. Mereka juga lebih biasa bertutur dalam bahasa Melayu lebih
lebih lagi kerana mereka telah pun berkahwin campur dengan masyarakat suku kaum
yang lain seperti Melayu Suluk, Melayu Bolongan, Melayu Banjar dan Melayu Arab.
Oleh itu, tidak hairanlah makanan dan pakaian mereka juga adalah makanan dan
pakaian orang-orang Melayu.
PEMIMPIN MASYARAKAT MELAYU TIDUNG DITAWAU
Pemimpin pertama masyarakat Tidung yang diiktiraf di
Kalabakan ialah Imam Salleh. Imam Salleh telah dilantik secara rasmi sebagai
ketua masyarakat Melayu Islam Peribumi ( Native Chief ) di Kalabakan
menggantikan abangnya Bujong Seripa yang meninggal dunia. Bujong Seripa sebelum
itu telah lama menjadi pemimpin masyarakat di Kalabakan. Perlantikan Imam
Salleh ini diiktirafkan Kerajaan British Borneo pada tahun 1923. Beliau
memegang jawatan tersebut hingga tahun 1958 iaitu sehingga akhir hayat beliau
ketika berumur 123 tahun. ( Rujuk : Buku ' Tawau The Making of a Tropical Community
, tulisan Ken Goodlet , Opus Publication : 2009 )
Manakala di Tawau pula imam pertama yang dilantik adalah
dari keturunan Melayu Tidung ialah Imam Sabah. Ramai lagi pemimpin Melayu yang
berketurunan Tidung seperti Haji Imam Awang, Imam daerah sekitar tahun 1950an
dan 1960an dan juga Imam Galundang , seorang pemimpin masyarakat di Kampung
Tanjung Batu sekitar tahun 1950an hingga 1960an. Imam Mustapa iaitu imam dan
pemimpin yang dilantik oleh Kerajaan British sebagai Ketua Masyarakat ( native
chief ) di Tawau pada tahun 1925 ( sewaktu zaman penjajahan dahulu ) adalah
dari keturunan Melayu Tidung. Begitu juga Penghulu dan Ketua Anak Negeri di
Tawau sekitar tahun 1990an iaitu OKK Salleh Ajak juga adalah berasal dari
keturunan Melayu Tidung.
BUGIS DI SABAH
Kewujudan orang-orang Bugis Wajo bersama-sama masyarakat
Melayu lain di Tawau seperti orang orang Tidung, Suluk dan Bajau bersama
pemimpin mereka sejak kolonial lagi. Mereka diminta oleh British Borneo
mengusahakan tanaman kelapa di Tawau Lama. Menetap dan berkahwin dengan gadis
tempatan seperti Suluk dan Tidung. Mereka tidak lagi bertutur bahasa Bugis atau
mengamalkan adat Bugis sebaliknya bertutur dan mengamalkan cara hidup Melayu
tempatan. Oleh itu, mereka telah menganggap diri mereka adalah orang Melayu
tempatan.
Bugis Sabah adalah merujuk kepada individu yang dilahirkan
daripada keturunan orang Bugis di sebelah bapanya serta berketurunan Bugis juga
di sebelah ibunya yang tinggal di Sabah, Malaysia. Di Sabah, bangsa Bugis telah
menjadi salah satu kumpulan masyarakat yang terbesar hingga kini.[perlu
rujukan] Ini adalah rangkuman daripada jumlah rakyat Indonesia berbangsa Bugis
dan juga golongan bangsa Bugis yang telah menjadi sebahagian warganegara
Malaysia di Sabah.
Bugis di Sabah ( khususnya Bugis Wajo ) yang datang ketika
zaman British dan sebelum Sabah merdeka dianggap penduduk asal atau peribumi di
Negeri Sabah ( tidak sama seperti imigran-imigran dari Tanah Besar China atau
India ). Ini kerana mereka bukanlah warganegara Indonesia dimana negara Indonesia
belum wujud pada ketika itu. Realitinya juga menurut fakta sebenarnya kesemua
masyarakat Bugis Wajo di Tawau kini telah pun bercampur keturunan mereka
melalui perkahwinan dengan masyarakat Melayu lain seperti Tidung dan Suluk (
yang diiktiraf sebagai penduduk peribumi di Sabah ) yang mana proses ini sudah
berlaku lebih seratus tahun di Tawau. Sebaliknya pula majoriti Bugis yang ada
di Sabah hari ini pula adalah bekas warganegara Indonesia dan anak cucu mereka
iaitu Bugis yang berhijrah dari Indonesia tetapi kini sebahagian besarnya telah
mempunyai kewarganegaraan Malaysia ( khususnya di Tawau ). Selain itu,
berdasarkan dari rekod Jabatan Imigresen Malaysia, 70 % warganegara Indonesia
di Sabah juga adalah daripada etnik Bugis. Umumnya kewujudan mereka di Sabah
secara meluas agak terkemudian kerana mereka telah bermastautin di sini selepas
kewujudan negara Indonesia yang merdeka selepas pada 17 Ogos 1945 iaitu akhir
tahun 1960an, 1970an dan kemuncaknya ketika 1980an seterusnya berterusan
sehinggalah ke hari ini[perlu rujukan]. Sebab utama rakyat Indonesia ini
dahulunya sanggup datang sejauh ini ke Malaysia adalah atas sebab faktor
ekonomi yang menjanjikan kehidupan yang lebih baik di Malaysia berbanding di
tanah air mereka.( [1])
Terdapat juga sedikit masyarakat Melayu Tawau yang mempunyai
darah Bugis ( telah bercampur darah dan keturunan dengan Melayu lain melalui
perkahwinan ) namun golongan orang-orang Melayu yang mempunyai darah Bugis ini
tidaklah sama dengan golongan orang-orang Bugis yang berketurunan Indonesia.
Bugis Keturunan Indonesia adalah berbeza dengan masyarakat Melayu yang banyak
di Tawau ( wujud dari perkahwinan campur di kalangan suku-suku kaum Melayu
seperti keturunan Suluk, Tidung, Iban Muslim, Jawa, Banjar dan juga keturunan
Bugis sendiri khususnya Bugis Wajo.
Ini kerana orang-orang Bugis asli dari Indonesia ini kurang
gemar perkahwinan campur dengan masyarakat Melayu tempatan di Sabah. Sebaliknya
mereka cenderung berkahwin dengan sesama sendiri (di kalangan Bugis Indonesia)
dan hidup dengan mengamalkan cara hidup mereka sendiri iaitu adat resam dan
budaya Bugis atau gaya hidup Indonesia. Mereka juga lebih suka bertutur dengan
bahasa Bugis dan menggunakan loghat Bugis jika bertutur dalam bahasa Melayu.
( Nota : Masyarakat Bugis Wajo bukanlah Bugis Indonesia
kerana kewujudan mereka di Tawau seratus tahun dulu sebelum kewujudan negara
Indonesia. Mereka juga telah berkahwin campur dengan masyarakat Melayu lain dan
tidak tahu berbahasa Bugis dan tidak mengamalkan adat dan budaya Bugis. Penghulu
Puado, Daeng Mepata ( Mustapa bin Supu ) dan Pengeran Kuning adalah perantau
Bugis Wajo asli dari Sengkang dan Kutei. Cucu-cicit mereka yang dikenali
orang-orang Melayu ialah Abdullah Salim Puado dan Ahmat Mepata.Banyak
perkawinan campur di kalangan mereka misalnya Ahmat Mepata berkahwin dengan
bangsa Tidung dan Ampong Kerahu ( cucu Puado dan Mepata telah berkahwin dengan
cucu Kee Abdullah ( Kee Safiah ) pada tahun 1935.)
Mengikut analisis semasa komuniti Bugis di Sabah boleh
dibahagikan kepada 3 bahagian. Pembahagian kumpulan etnik Bugis adalah seperti
berikut : Melayu Berdarah Bugis ( 10 % ), Bugis Bertaraf Wargenegara ( 30 % ) ,
Bugis Indonesia Bukan Bertaraf Warganegara ( 60 % )
Tafsirannya adalah Melayu Bugis ialah masyarakat Melayu
Tawau ( campuran darah pelbagai keturunan Melayu melalui perkahwinan ) yang
mempunyai darah Bugis namun tidak mengamalkan budaya Bugis dan tidak tahu
bertutur dalam bahasa Bugis. Ini kerana kewujudan mereka di Sabah sudah terlalu
lama ( ketika penjajahan Inggeris dan pendudukan Jepun )dan keturunan mereka
sudah bercampur melalui perkahwinan dengan keturunan Melayu yang lain seperti
Tidung, Arab, Suluk,Banjar, Jawa dan Kokos . Jumlah mereka adalah sedikit dan
sukar dikenalpasti kerana mereka menganggap diri mereka adalah keturunan Melayu
Tawau. Mereka juga hanya tahu bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan
budaya Melayu.
Tafsiran Bugis Indonesia Bukan Warganegara pula ialah
golongan pekerja Indonesia yang berbangsa Bugis yang terdapat di negeri Sabah.
Mereka ini bertaraf warganegara Indonesia dan bekerja secara sah di Sabah
menggunakan pasport luar negara. Ramai yang sedang memohon taraf kerakyatan di
Putrajaya.
Manakala tafsiran Bugis Bertaraf Warganegara pula ialah
kumpulan pendatang Indonesia yang dilahirkan di Sulawesi selatan dan datang ke
Sabah ( selepas tahun 1947 ) semata-mata untuk bekerja di ladang-ladang.
Kemudian mereka melahirkan anak-anak di sini yang kemudiannya mendapat
pendidikan di sekolah sekolah kerajaan dan juga universiti-universiti seluruh
Malaysia termasuklah Universiti Malaysia Sabah. Hari ini mereka dan anak-anak
mereka yang telah dewasa telah pun mendapat taraf warganegara dan mengamalkan
bahasa pertuturan Melayu dan budaya Malaysia sepenuhnya. ( Rujuk : Ken Gotlet,
Tawau The Making of a Tropical Community, Opus Publication, 2010.)
Kebanyakan komuniti Bugis di Sabah tertumpu di daerah Tawau
hingga ke kawasan daerah sekitarnya seperti Kunak dan Lahad Datu. Mengikut
sejarah Tanah melayu adalah dipercayai suku kaum Bugis ini telah meninggalkan
Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia,
Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16. [3]Masa kini terdapat puluhan ribu
rakyat Indonesia yang berbangsa Bugis berada di Tawau dan menyumbang tenaga
mereka yang diperlukan untuk kemajuan Negeri Sabah.
SEJARAH BUGIS TAWAU
Kewujudan orang-orang Bugis ( khususnya Bugis Wajo ) di
Tawau pada awal zaman pemerintahan British iaitu sebelum kewujudan Malaysia dan
Indonesia adalah dalam jumlah yang sedikit. Mereka ini telah pun berasimilasi
dengan masyarakat peribumi tempatan dan menjadi masyarakat Melayu. Mereka tidak
tahu bertutur dalam bahasa Bugis, menggunakan loghat Melayu tempatan dan
mengamalkan adat dan budaya Melayu.
Manakala kedatangan orang-orang Bugis Indonesia setelah
kewujudan Indonesia pada tahun 1950an hingga 1980an, secara beramai-ramai ke
Tawau ( Malaysia ) adalah untuk bekerja di ladang ladang getah, koko dan abaka
iaitu Ladang Bal Plantation sebuah ladang milik syarikat British. Ada juga
Ladang Table, Ladang Abaka, Ladang Tiger dan Ladang Merotai. ( Rujuk : Sejarah
Tawau dan Buku ' Borneo Under The Sun ' , Nicholas Chung , Natural History ,
2005 ). Kedatangan rakyat Indonesia ini adalah berterusan hingga ke saat ini.
Mereka kebanyakannya bekerja sebagai pekerja kontrak dengan izin atau juga
sebagai pemegang pasport untuk bekerja di Tawau di sektor pembinaan dan sektor
perniagaan. Tidak hairanlah hari ini di Tawau, jumlah masyarakat Bugis (
Warganegara dan Bukan Warganegara ) adalah penduduk majoriti di Tawau. Malahan
jumlah mereka turut berkembang di seluruh negeri Sabah.
Masyarakat Bugis sebenarnya terdiri daripada pelbagai suku
kaum Bugis mengikut tempat asal mereka di Sulawesi Selatan seperti Bugis Bone,
Bugis Enrekang dan Bugis Pinrang. Namun bangsa Bugis ini tidaklah sama dengan
Bangsa Makasar, penduduk majoriti di Kota Makasar ( Ujung Pandang ), bangsa
Toraja di Tanah Tinggi Sulawesi Selatan, bangsa Mandar di Sulawesi Barat ( Kota
Mamuju ), bangsa Khaili di Sulawesi Tengah ( Kota Palu ), bangsa Buton di
Sulawesi Tenggara ( Kota Kendari ) dan bangsa Minahasa di Sulawesi Utara ( Kota
Manado ). Oleh kerana kepadatan tinggi di Kota Makasar yang dikuasai bangsa
Makasar, bangsa Bugis banyak keluar mencari pekerjaan di kota-kota lain di
Indonesia seperti Samarinda, Tarakan dan Nunukan.
Dengan adanya Tawau, bandar negara Malaysia yang terdekat,
mereka berduyun-duyun datang untuk mencari rezeki di Malaysia yang memang
menyediakan banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang lumayan. Di Tawau, mereka
berusaha untuk mendapatkan kerakyatan negara Malaysia dengan cara tinggal dalam
tempoh yang lama di Tawau. Ada di antara mereka yang lari ke sini kerana krisis
ditempat mereka seperti kedatangan Belanda, maka sebab itu mereka lari merantau
ke sini ada diantara mereka mengikut bangsawan mereka lari dan pengikut mereka
turut serta, mencari perlindungan dari kolonial belanda.
MELAYU BERDARAH BUGIS
Melayu berdarah Bugis ialah masyarakat Melayu yang mempunyai
darah keturunan Bugis atau Melayu Peranakan Bugis yang terdapat di Semenanjung
Malaysia seperti di Johor dan tertumpu di kawasan Pekan, Pahang dan juga di
kawasan Kuala Selangor dan Kuala Linggi di Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun
masyarakat Melayu Bugis ini berbeza dengan bangsa Bugis yang terdapat di
Sulawesi Selatan. Ini kerana Melayu Bugis ialah hasil perkahwinan campur antara
lelaki Bugis dengan gadis Melayu tempatan yang merantau ke Tanah Melayu sejak
ratusan tahun dahulu dan terbentuk dalam suasana budaya kemalaysiaan. Mereka
tidak lagi tahu berbahasa Bugis dan tidak mengamalkan adat adat Bugis manakala
bangsa Bugis di Sulawesi selatan masih pekat dengan pertuturan Bahasa Bugis,
adat resam dan tradisi Bugis yang sangat berbeza dengan adat Melayu selain dari
mengamalkan budaya hidup Indonesia. Antara mereka juga telah terputus hubungan
sejak ratusan tahun. Yang ada persamaan, hanyalah dari segi warisan makanan dan
seni tarian yang masih dikekalkan.
KEHADIRAN MELAYU BERDARAH KETURUNAN BUGIS DITAWAU
Wujudnya masyarakat Melayu berketurunan darah campuran Bugis
di Tawau telah bermula sejak dahulu lagi. Kedatangan perantau dari Tanah Bugis
ke Tawau untuk mencari rezeki iaitu ketika Tawau menjadi sumber ekonomi kepada
Kerajaan Syarikat Borneo British. Perantau ini telah menetap di Tawau dan
berkahwin dengan masyarakat Melayu lain seperti Suluk dan Tidung dan menjadi
sebahagian dari masyarakat Melayu Tawau. Misalnya Ampong Kerahu ( Bugis ) yang
berkahwin Kee Safiah ( Cina Suluk ) dan mewujudkan ramai keturunan Melayu
hingga ke hari ini. Masyarakat Bugis yang terdahulu semuanya telah bercampur
baur keturunan mereka dengan masyarakat Melayu lain dalam tempoh yang lama dan
mereka sudah tidak menganggap diri mereka sebagai orang-orang Bugis tetapi
sebagai orang-orang Melayu. Mereka hanya tahu bertutur dalam bahasa Melayu dan
mengamalkan adat dan budaya Melayu Tawau. Selain itu, mereka juga tidak berasal
dari keturunan warganegara Indonesia kerana keturunan mereka wujud dan
berhijrah ke Tawau jauh lebih awal sebelum kewujudan negara Indonesia pada 1947
lagi. Mereka telah berada di sini sebelum era pendudukan tentera Jepun lagi dan
turut bersama rakyat Melayu tempatan yang lain merasai penderitaan dalam
pemerintahan kuku besi tentera Jepun ketika tahun 1941 hingga 1945. Berbanding
dengan rakyat Indonesia ( Bugis, Toraja, Timur, Butun ) yang datang ke Tawau
setelah Tawau maju sebagai pusat ekonomi perladangan, mereka yang digelar
masyarakat tempatan ini tidak boleh disamakan dengan rakyat Indonesia bersuku
Kaum Bugis yang berstatus imigran dari negara luar.
Manakala seperti yang diketahui umum, kewujudan rakyat
Indonesia berbangsa Bugis di Tawau dan Sabah umumnya, tidak dapat disangkal
lagi kerana Tawau adalah pintu masuk ke negara Malaysia yang makmur dengan
hasil ekonomi dan peluang pekerjaan yang amat luas kepada rakyat berbanding
negara Indonesia yang terlalu padat penduduknya. Bugis di Tawau boleh dibahagi
kepada 2 kategori iaitu Melayu keturunan Bugis dan Bugis Tulen. Bugis Tulen
adalah berbeza dengan Melayu Bugis.
Melayu Bugis ialah berasal dari kumpulan perantau lelaki
kaum Bugis yang datang menetap di Tawau dan berkahwin dengan masyarakat
tempatan. Mereka tidak lagi bertutur dalam bahasa Bugis dan tidak mengamalkan
adat resam Bugis sebaliknya hanya tahu berbahasa Melayu dan mengamalkan adat
tradisi dan cara hidup Melayu Tawau. Sama seperti Masyarakat Melayu keturunan
Arab yang tidak tahu berbahasa Arab, masyarakat Melayu keturunan Bugis juga
tidak tahu berbahasa Bugis. Masyarakat melayu Bugis ini adalah sebahagian dari
masyarakat Melayu. Oleh yang demikian, mereka senang bergaul dengan sesama
bangsa Melayu dan anak anak mereka bebas berkahwin di kalangan bangsa Melayu.
Mengikut Sejarah Tawau,
3 kumpulan perantau Bugis ini di antaranya ialah:
1. Penghulu Puado
( seorang peniaga berbangsa Bugis Wajo yang berniaga di antara Banjarmasin dan
Sandakan) mengetuai 25 lelaki terdiri Bugis, Suluk, Bajau dan Tidung dari
Sandakan untuk membuka penanaman di Tawau atas galakan Residen Inggeris,
William Fryer di Sandakan.[4]
2. Daeng Passawa
atau Pengeran Kuning bersama orang-orang dan ahli keluarganya (masyarakat Bugis
Wajo yang menetap di sekitar Samarinda selama ratusan tahun) dari Kutei di
Kalimantan Timur, yang bertindak atas arahan Belanda yang juga mahu menguasai
kawasan penempatan di Tawau.
3. Daeng Mepata
yang mengetuai 85 orang lelaki Bugis Wajo dari Sengkang di Sulawesi Selatan
untuk membuka kawasan penanaman kelapa pada di Tawau Lama sekitar tahun 1900an.
Semua lelaki Bugis ini telah berkahwin dengan masyarakat
tempatan dan mengamalkan adat dan budaya hidup setempat iaitu adat Melayu.
Misalnya Daeng Mepata telah berkahwin dengan gadis Bajau-Suluk Tawau dan
anaknya Daeng Kerahu berkahwin dengan gadis Bugis-Suluk Tawau. Ahmat Mepata dan
Zainal Kerahu adalah antara orang orang keturunan Melayu Berdarah Campuran
Bugis yang dikenali di Tawau dan banyak berjasa kepada masyarakat Melayu Tawau.
Serang Saman adalah orang Melayu keturunan Bugis-Suluk yang berkhidmat di
pejabat daerah dan pejabat residen Inggeris bersama sama pemimpin pemimpin
Melayu lain seperti Kee Abdullah, Imam Mustafa dan Habib Sheikh sekitar tahun
1900an hingga 1920an ( Rujuk : Buku 'Borneo Under The Sun' , Nicholas Chung ,
Natural History Publication , 2005 ) . Hari ini banyak keturunan daripada
Serang Saman ini menjadi sebahagian dari ahli masyarakat Melayu di Tawau.
Mereka tidak lagi menganggap diri sebagai orang Bugis kerana keturunan mereka
sudah bercampur baur dan berkahwin sesama orang-orang Melayu dari keturunan
lain seperti Melayu Banjar, Melayu Jawa, Melayu Peranakan Arab, Melayu Suluk
dan Melayu Tidung. Masyarakat Melayu Tempatan di Tawau adalah rumpun Melayu
dari pelbagai keturunan seperti Melayu Tidung, Melayu Arab, Melayu Banjar,
Melayu Jawa, Melayu Bugis , Melayu Suluk , Melayu Iban Muslim dan lain lain lagi.
( Nota : Menurut sejarah, kewujudan masyarakat Bugis Wajo di
daerah Kesultanan Kutai di timur Kalimantan adalah bermula seawal kurun ke 15
iaitu selepas berlakunya Perjanjian Bungaya pada 18 November 1667. Perjanjian
Bungaya ini ialah perjanjian yang terpaksa ditandatangani oleh Kerajaan Gowa (
Sultan Hassanudin ) selepas dikalahkan oleh angkatan laut Belanda ( Laksamana
Speelman ) yang dibantu oleh orang-orang Bugis Bone ( Arung Palakka ) yang
menyerang dari darat. Sebahagian orang-orang Bugis Wajo yang menyokong kerajaan
Gowa tidak mahu tunduk dan patuh terhadap isi perjanjian Bungaya tersebut,
mereka tetap meneruskan perjuangan melawan Belanda. Ada pula yang berhijrah ke
tempat lain termasuklah ke daerah Kesultanan Kutai iaitu rombongan yang
dipimpin Pua Ado yang pertama. Kedatangan orang-orang Bugis Wajo dari Kerajaan
Gowa itu diterima dengan baik oleh Sultan Kutai. )
KEHADIRAN BUGIS INDONESIA DITAWAU
Bugis tulen di Sabah ini sangat mementingkan akar umbi
keturunan mereka. Mereka ini adalah sangat berbeza dan tidak sama seperti
masyarakat Melayu yang mempunyai darah keturunan Bugis. Ini menyebabkan Bugis
Tulen ini lebih bersifat mengutamakan kaum atau bangsa sendiri dan mereka tidak
suka berkahwin dengan masyarakat Melayu yang ada di Tawau. Bangsa Bugis di
Tawau ini sangat menekankan adat dan tradisi Bugis dalam kehidupan mereka
dimana adat Bugis mereka ini yang sama diamalkan di Indonesia ini sangat
berbeza dengan adat Melayu. Ini menyebabkan cara kehidupan mereka sukar
diterima oleh masyarakat Melayu tempatan. Mereka juga lebih suka berhubungan
rapat dengan saudara mereka yang masih terdapat ramai di Sulawasi Selatan.
Bugis tulen ini sebenarnya adalah masyarakat Bugis Indonesia yang datang
mencari kerja di Tawau selepas kewujudan negara INDONESIA. Pada asalnya, jumlah
pekerja Bugis Indonesia ini agak terkawal kerana mereka sebenarnya dijemput
untuk bekerja di ladang ladang koko, kelapa sawit dan kem kem pembalakan.
Namun, setelah Tawau menjadi lubuk pekerjaan yang bergaji lumayan, kehadiran
bangsa Bugis Indonesia sudah tidak terkawal. Jumlah mereka ini semakin
bertambah hingga ke hari ini sehingga mencecah ratusan ribu orang di seluruh
negeri Sabah.
Kehadiran mereka dalam jumlah yang terlalu ramai di Tawau
begitu menyesakkan. Walaupun mengundang simpati dengan kesusahan hidup mereka
di negara mereka di Indonesia namun dengan sikap sebahagian kecil daripada
mereka yang suka mengambil kesempatan dan melakukan penipuan untuk kepentingan
diri, mengundang pula banyak masalah kepada masyarakat tempatan. Sebab itulah,
mereka dicurigai dan sukar dipercayai walaupun diterima atas dasar kemanusiaan
oleh masyarakat tempatan. Mereka kebanyakan tinggal di kawasan penempatan tidak
sah yang tidak diwartakan sebagai kampung seperti di kawasan perairan bakau
atau di hutan hutan simpan berdekatan bukit. Di Sabah, bangsa Bugis ini tidak
diiktiraf sebagai penduk peribumi ( natives ) dan diberikan syarat yang ketat
dalam pemilikan Tanah. Bugis Indonesia dapat dibezakan dengan Melayu Bugis
ialah melalui nama mereka. Nama nama Bugis di antaranya ialah seperti Bachok,
Ambok, Beche, Beddu, Bula, Bolong, Patawari, Mapiase dan Picho. Namun, anak
anak mereka sudah tidak lagi menggunakan nama nama Bugis sebaliknya menggunakan
nama nama Melayu seperti masyarakat Melayu tempatan. Loghat pertuturan Bugis
Tulen atau Bugis sIndonesia ketika menggunakan bahasa Melayu juga berbeza
dengan loghat Melayu tempatan namun anak anak mereka sudah malu untuk bertutur
menggunakan loghat Bugis Tulen sebaliknya bertutur menggunakan loghat Melayu
Tawau tidak seperti ibu bapa mereka yang pekat menggunakan loghat Bugis mereka
selain bertutur dalam bahasa Bugis sendiri yang tidak difahami oleh masyarakat
tempatan.
Sebenarnya orang orang Bugis ini berasal dari Sulawesi
Selatan, Indonesia. Kewujudan mereka di Sabah adalah sejak abad ke-19, iaitu
ketika wilayah Tawau menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan orang-orang
Inggeris iaitu melalui Syarikat (Berpiagam) Borneo Utara. Mengikut catatan The
North Borneo Annual Volume (1955-1965) menyatakan sistem pentadbiran bermula
pada tahun 1898, iaitu berikutan langkah-langkah pihak Syarikat (berpiagam)
Borneo Utara membuka sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan
asas-asas pentadbiran kerajaan tempatan di situ. pada 1947.( Rujuk : Sejarah
Penghijrahan Bugis dari Sulawesi selepas Kemerdekaan Indonesia 1947 ). Namun
kehadiran perantau Bugis ini tidaklah ramai dan mereka semuanya telah
menjadikan diri mereka menjadi sebahagian masyarakat Melayu Tawau. Mereka
berkahwin dengan penduduk peribumi tempatan seperti Tidung dan Suluk dan tidak
lagi berbahasa Bugis dan mengamalkan adat dan cara hidup Melayu Tawau.
Misalnya, Serang Saman, seorang yang mahir dalam pengendalian urusan di
pelabuhan telah dilantik oleh kerajaan British untuk menjawat jawatan di
pejabat residen bersama sama Penghulu Tawau ( OKK ) iaitu OKK Kee Abdullah.
Keturunan Serang Saman ini masih wujud di Tawau hingga ke hari ini dan
menganggap diri mereka adalah orang orang Melayu Tawau yang mengamalkan adat
dan budaya Melayu. Mereka juga tidak tahu berbahasa Bugis dan tidak ada
hubungan dengan rakyat di Indonesia kerana mereka adalah rakyat Malaysia
sepenuhnya yang pernah memperjuangkan bangsa Melayu ketika zaman Jepun dan
penyatuan bangsa Melayu sebelum merdeka dari penjajahan British. Mereka bersama
sama DSP Abu Bakar Titingan, Penghulu Zainal Kerahu dan ramai lagi pemimpin
Melayu bersatu di bawah PKMT ( Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu ) pada 1945
dan seterusnya bersatu di bawah USNO ( Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu )
pada 1961.
Namun setelah kemerdekaan Sabah melalui Malaysia pada 1963,
telah muncul kehadiran warga-warga indonesia dari bangsa Bugis ke Tawau.
Kesukaran mencari pekerjaan di Indonesia menyebabkan mereka sanggup
meninggalkan tanah air mereka menggunakan kapal untuk datang mencari rezeki di
Tawau yang menjanjikan kehidupan yang lebih menjamin kesenangan. Kehadiran
mereka di Sabah asalnya adalah sebagai warga buruh yang bekerja di
ladang-ladang koko, ladang-ladang kelapa sawit dan juga di kem-kem pembalakan.
Umumnya, masyarakat Indonesia di Sabah, majoritinya adalah daripada kalangan
Bugis.( Rujuk : Bancian Data Pekerja Asing di Sabah ). Tak kiralah yang masih
memegang pasport pekerja, bekerja secara tidak sah ataupun yang diberikan taraf
warganegara Malaysia.
PERBEZAAN MELAYU TAWAU DENGAN BUGIS
Melayu Tawau ialah masyarakat Melayu yang wujud di Tawau
sebelum zaman penjajahan lagi dan sebelum zaman pendudukan tentera Jepun di
Borneo Utara. Manakala Bugis asli yang merupakan pendatang dari Indonesia yang
datang ke Tawau setelah kewujudan negara Indonesia. Di Indonesia, mereka
dikenali sebagai bangsa Bugis mengikut daerah masing-masing seperti Bugis
Rappang, Bugis Bone, Bugis Enrekang dan sebagainya manakala di Sabah mereka
diwartakan sebagai bangsa Indonesia sama seperti bangsa Toraja dan Timor yang
juga berasal dari Indonesia dan datang ke Tawau ketika zaman kepadatan penduduk
dan permasalahan ekonomi di selatan Sulawesi. Walaupun masyarakat Melayu Tawau
ada yang berdarah campuran Bugis tetapi mereka tidak tahu langsung bertutur
dalam bahasa Bugis sebaliknya hanya tahu bertutur dalam bahasa Melayu Loghat
Tawau dan mengamalkan adat tradisi Melayu serta patuh kepada ajaran dan amalan
agama Islam yang suci, diwarisi dari nenek moyang mereka yang sememangnya
tinggal di Tawau sejak beberapa generasi dahulu. Sebaliknya masyarakat Bugis
Asli yang merupakan kumpulan imigran dari negara Indonesia ini masih
mengamalkan adat yang diamalkan ketika mereka hidup Indonesia. Mereka sangat
patuh kepada adat mereka yang berlainan dengan adat masyarakat Melayu. Perkampungan
Bugis Asli ini banyak tertumpu di kawasan perumahan sempit yang dahulunya
merupakan tanah kerajaan ( setinggan ) seperti di kawasan bekas bakau di
Tanjung Batu Laut, kawasan bekas bakau di Pasir Putih dan kawasan lereng bukit
di sekitar Bukit Kukusan. Selain itu banyak juga kawasan perumahan sempit di
beberapa kawasan sekeliling lapangan terbang lama Tawau yang ditinggalkan
seperti di Sri Menanti, Kampung Sentosa dan Kampung Toraja.
Sumber : ysffahmad.blogspot.my
Merepek laa bugis jadi peribumi Borneo.....tau ka maksud peribumi??....Peribumi itu maksudnya org asal....kenapa pula org dri Pulau Sulawesi boleh jdi Peribumi di Pulau Borneo.....itu benda merepek....Mahkamah anak negeri pun tidak mencatatkan Bugis sebagai Bumiputera.....fahami dulu maksud peribumi......peribumi itu orang asal.....sedangkan Bugis tidak di iktiraf sebagai peribumi di Kalimantan Indonesia....pakai otak la sikit
ReplyDeleteIni perkara kena tanya dgn mereka yg warganegara MALAYSIA dan PAKAR@ALIH SEJARAH BORNEO shj BROTHER.
ReplyDeleteSangat terperinci tuan
ReplyDelete