Thursday, 22 December 2016

Haji Tandek Sedah ( Ex.Police Detective 786 Tawau Sabah )


Haji Tandek Sedah

Mengimbau penulisan sejarah ALLAHYARHAM AYAHANDA HJ TANDEK SEDAH mantan ( Polis ) Detective di zaman kerajaan British hingga Sabah menyertai malaysia sekadar pangkat Koperal.

Tempat bertugas: Tawau, Sandakan, Semporna, Tuaran dan Kota Kinabalu 

Kebanyakan masa ditugaskan di wilayah Tawau dan Sandakan sekitar awal tahun 1960 hingga awal tahun 1971 . Bersara daripada pasukan polis atas kehendak sendiri , Setelah habis tempoh 10 tahun dalam pasukan polis.

Dalam memory :

Peristiwa antara 1961 hingga 1964 Tawau bertugas bahagian General Duty namun banyak dalam bahagian CID Aids dan kadang kala menjadi malim kapal perang, Army leader (Commander) dan CRO (Charge room officer).

Saya adalah salah seorang Detektif yang banyak terlibat mencegah dan bertindak dalam Wilayah Tawau ketika mulanya konfrontasi Indonesia Malaysia tercetus hingga keakhirnya dalam wilayah Tawau Sabah.

Akibat gangguan TNKU (Tentera Nasionalis Kalimantan Utara) terpaksa Kaum Murut Serudung di pindah ke Batu 18 Queen Hill, Kampong Pulau Simandalan diketuai oleh KK Ganir pindah ke Kuala Merotai, Kampung Mantadak kaum Tidong pindah ke persisiran pantai Kampung Tamang, W/Bag. Masyarakat Kg Sungai Melayu di pindah ke Ice Bok Tawau lama, begitulah juga masyarakat Kg Sungai Pendekar, Kg Sungai Pisak Pisak di pindah ke tanah besar Tawau.

Perkara berlaku banyak dan boleh di dapati pada mereka yang tahu peristiwa itu, namun saya banyak mengetahuinya kerana ketua penyiasat dan mencadangkan perpindahan yang berkanun.

Juga pernah menerima 2 surat pujian menjalankan Tugas iaitu 1 bersabit dalam kecemerlangan menjalankan tugas sebagai penyiasatan jenayah . Dan 1 dalam kecemerlangan menyelamat rakan rakan dalam pertempuran tembak menembak dengan teroris di perbatasan Sabah dengan Indonesia iaitu. 

Antaranya berlaku 1962 Pulau Siamil di serang oleh Lanun di mana seorang Jepun bersembunyi dalam Bilik Ais pembeku ikan dalam gudang besar. 

Banyak mati dan banyak juga selamat. Syukur saya datang menggunakan kapal perang british ketika itu .

Juga sekitar l962 saya cuti kerana ibu saya meninggal Di Kg Kelawat dikebumi di Tenghilan. Di mana aku naik kapal terbang dalam hidup pertama daripada Tawau Ke Kota kinabalu.

Dengan ketiadaan saya menjadi malim kapal perang itu diganti oleh Francis Yong Malim Kapal Perang itu .Memandangkan tidak cermat memeriksa lanun itu di laut seorang Navy di tembak oleh lanun itu di depan puluhan Navy navy dalam kapal HMS Broser itu. 

Kuburan Navy itu ada di Tanjung Batu Tawau.

Selepas berlaku dan sekembali saya bercuti diarah mengadakan rondaan di semua pulau pulau Wilayah Tawau bersama dengan Royal Marine Commandos. 

Saya masih ingat Akhbar keluar Di Hongkong yang saya membunuh puluhan Orang Suluk di Pulau Mataking. Saya disiasat oleh SB dan Pegawai atasan saya Ong Nai Boon, Syukur laporan tidak menjejaskan pekerjaan saya .

Saya harap orang orang yang tahu perkara berbangkit tampil mencerita peristiwa peristiwa berlaku, terutamanya pulau pulau tempat saya mendarat dan dihuni oleh orang banyak ketika itu ialah, Pulau Denawan, Pulau Omadal, Pulau Menempilik, Kg Bum Bum Gusung Malanta dan Belimbang.Tapi Pulau Sebangkat ada banyak sedikit orang tinggal disana. Dan Pulau Mabul pun banyak rumah rumah tidak melebihi 30 pondok pondok rumah berlantaikan dan tiang Nibong/kayu juga bambu bambu.

Masa itu tidak dapat dibezakan orang bajau dan suluk semua sama, mereka cakap berbeza terutama sekali orang orang pelaau.

Saya hanya faham sepatah dua kerana saya berbahasa Kota Belud lain dengan bahasa orang berketurunan bajau Philippines / Bajau Indonesia juga orang tempatan Semporna.

Saya masih ingat Pulau Sipadan 3 pondok sahaja, Orang orang pelau setempat tidak ada, perahu layar ada 2 buah (1962).

Juga saya dianggap oleh kerajaan Indonesia membekal senjata daripada Tawau ke Kerabat di Raja  Bolongan Datuk Mamun/D Kesuma masa meletusnya Konfrontasi ( Maaf tuduhan Liar ).

Bertempur dengan TNKU pada 29/12/1963, (Tentera Nasionalis Kalimantan Utara) Juga ketika mengetuai operasi menyekat TNKU MEMINTA BANTUAN keperluan makanan dari kaum jawa di Jalan Sin On Tiku kongsi 10 kebota pada 16/12/1963.

Rakan saya bersama yang terlibat 1 orang Driver (PC Selisip) dan 2 orang Police Field Force. Saya lupa nama rakan FF ini.

Nota: Pada yang membaca dan mengetahui 2 orang FF Berbangsa murut ini untuk menghubungi saya yang kini masih di Tawau.

Kami terserempak dan bertempur dengan Teroris itu dan kami berjaya membunuh 1 orang daripada 8 orang teroris berkenaan . Kami mendapat 3 hand Grenade hidup daripada yang kami bunuh itu .

Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1963 Saya masih ingat peristiwa berlaku jam 1600 petang dapat bantuan daripada askar jam lebih kurang 1830 petang tersebut dan Teroris teroris sudah berpecah disekitar hutan dan kebun getah itu. Peristiwa ini tidak berhenti disitu iaitu selepas 2 minggu berlaku , Saya mendapat arahan kembali semula dikawasan getah berhampiran Kongsi 10 Kampong Jawa Lanut Kebota itu bersama SB officer mengali seorang Police informer bangsa Buton yang dikubur dengan tangannya diikat. Dipercayai hidup hidup dikubur setelah dia mengali lubang nya sendiri sebelum di masukan dan dikubur semula oleh oleh TNKU itu. Tempat ini dalam kebun getah dikawasan berhampiran yang sebelumnya kami bertempur.

Selain daripada itu ada banyak lagi peristiwa berlaku diperbatasan indonesia Kaltim dengan Sabah Malaysia juga peristiwa di perbatasan Filipina Selatan dengan Sabah Malaysia sekitar tahun enam puluhan yang perlu didedahkan kepada generasi mendatang iaitu :

Sebelum dan setelah tercetusnya konfrontasi antara Malaysia dan indonesia,
Tentang Tentera Kalimantan Utara (TNKU) diketuai oleh AM Azahari didukung oleh Sukarna juga ura ura Filipina akan menawan Sabah beralaskan Kerabat Sultan Sulu di cetus dan di dukung oleh President Marcss Peristiwa di-Kelabakan melibatkan banyak askar melayu terkorban bersama Polis Hutan diserang oleh TNKU Di Kalabakan Tawau pada 29/12/1963 itu. 

Masa kejadian Balai polis diketuai oleh Sargent Anggang (Mendiang) Peristiwa di Kampong Mantadak lama yang rumah rumah penduduk kampung dibakar . Sebaik menerima laporan , saya diarah untuk menyiasat perkara berlaku dengan diawasi oleh sepasukan Field Force diketuai oleh sgt Ejim dan rakan tenaganya ,Daud khalakan, Alias Mahali ,Awang ghani, Dan ,2 orang Boarder Scout bernama Juntor dan Sitin dapat menewaskan membunuh 2 orang TNKU bandit dan mendapat beberapa laras senjata api daripada yang terbunuh itu peristiwa ini berlaku pada 26/12/1963 .

Selain daripada itu saya lah juga menjalankan siasatan dalam peristiwa peristiwa berlaku di, KG Melayu dibakar Mengakibatkan sebilangan masyarakatnya dipindah Kampung Ice box Tawau, Juga yang terlibat masyarakat kampung sungai pendekar Begitu juga di- KG Serudung lama Ketika itu ketuanya kk Sinut, akibat sering diganggu oleh TNKU maka merika di pinda Ke Tanah Besar Bt l7 kini dikenali sebagai KG Serudung baru Kg Pulau Semandalan ketika itu ketuanya KK Ganir, hingga merika dipindahkan ke Kuala Merotai Walau pun ketika itu ditugas dalam cawangan CID namun sering ditugas selaku Malim kapal perang british meronda di perairan antara bangsa ia itu perairan perbatasan Sabah dengan indonesia juga perbatasan perairan Sabah Filipino selatan.

Antara kapal perang yang pernah saya malimi ialah: HMS Briton, HMS Lord Lomon, HMS Lord father dan Seafield . Antara rakan rakan yang sering berganti ganti menjadi malim kapal Perang ialah : John Estrop. Franceis Yong, Billy Ongkili dan kadang kala pula saya ditugas sebagai CRO dan kadang kala pula keluar mengetuai operasi Kampong ke kampong, Estate ke estate, pulau ke Pulau dengan pasokan pasokan askar British yang saleh berganti daripada tahun l962 hingga hujung tahun 1963. 

Antara pasokan Askar yang pernah saya ketuai selaku Komandonya. Queen Own Gurkha, Queen Own High landers, Green Jaket, Royal Marines Komandos,mengeringi awasi saya meronda di semua pulau pulau dibahagian wilayah Tawau. ( Saya kecualikan Pulau Gaya dan Boheydulang) Semua pulau pulau saya telah rondai bersama Royal Marine Komanders,

JUSTERU saya masih ingat dan terngiang ngiang dalam ingatan bilangan, banyak rumah pondok pondok ketika itu sekitar tahun l962 Dan l963 di Pulau Siamil,Pulau Denawan Pulau Omadal, Pulau Sebangkat,Pulau gaya, Pulau Sipadan juga Pulau Gusung Melanta dan Belimbang(Lingkongan Pulau Bum Bum Semporn

Dan masih ingat TNKU Menyerang Kelabakan, Bil TNKU Mati kerana saya yang mengambil cop jari para yang mati, Menyaksi Dr membeda TNKU yang mati untuk mengetahui makanan terdapat dalam perut mereka, Setelah dibuka Senjata Hand Granade dalam badan pinggang mereka dan mengenali ugama mereka, maka diantara yang mati itu dikebumi dalam kubur keristian, dan diantara dikebumi dikeburan islam.

Memunca diambil cop jari walau pun telah mati dan berkecai, kerana masa itu kerjaan indonesia menafikan mereka terlibat menyukong TNKU, Dan puncaa diantara yang mati dibedah, sekadar mahu tahu , sama ada merika dapat bantuan daripada masyarakat setempat dimana merika dibunuh .Yang saya ingat TNKU kebanyakannya orang Timur dan orang Boton diketuai olih orang jawa.

Saya masih ingat seorang bangsa boton dikubur hidup hidup di kawasan ladang getah berhampiran KG 10 ladang getah jalan sempang Sin On Teku yang tidak jauh tempat kami bertempur dengan 8 orang TNKU kami bunuh 1 orang dan menemui 3 hand granade pada yang mati. Selang 1 minggu saya datang semula dikawasan yang termaksud diatas mengurik mayat orang dikubur hidup hidup tersebut.

Tahun l964 hujung saya cuti panjang selama 3 bulan selepas khawin dalam tahun tersebut, Tahun 1965 awal selepas cuti saya ditukar ke Sandakan dan september tahun l965 saya melanjutkan pelajaran ke Asvwnce Trining School Thomson Road Singapore, dan l966 saya melanjutkan pelajaran kursus kenaikan pangkat Ke Jalan Gurney dan setelah balik ke negeri sabah awal tahun l967 di tukar ke Semporna menjadi CID Incharge selepas itu tahun l968 saya ditukar sebagai CID Incharge ke Tuaran.

Hujung tahun l968 minta notis keluar kerja selama 3 bulan tetapi sebelum habis tiga bulan saya menarik balik surat notis itu dan menyambung kerja semula dalam bahagian cop jari dan gambar di Kapayan Polis Head Quarters dan selepas itu diarah tukar semula ke Sandakan visi tugas berat dan setelah habis tempoh dan tuga 10 tahun merayu persarahan l970, 1971 menetap dan berusaha di Tawau, usaha pertama Persuratan umum , sembilan kontrek pasir dalam kawasan mertua saya kawasan Batu payung Tinagat,sambilan mengkritik kerajaan USNO yang masa itu sangat aktif memeriksa kaum pegan masuk usia (Islam) sedangkan masa itu ustaz sembarangan diambil daripada indonesia , Memberi ruang pada pelarian fahaman kominis masuk dan dilindungi juga diberi kemudahan oleh Pimpinan USNO hingga siapa masuk USIA diberi peluang naik pangkat, naik haji menyingkir orang orang berkebolehan diketepikan oleH PIMPINAN USNO KETIKA ITU.

Tenaga kerja didatangkan daripada semenanjung tapi tidak mencukupi di Sabah dan ketika itu dasar pintu terbuka melalui laut pada orang orang filipina selatan dan kaum bugis juga kaum tidung, Kemasukan bebas tidak pula diberi kelulusan permohonan kependudukan negeri sabah yang diberi ialah kaum Teonghua yang ada duit. Itulah pentadbiran USNO perikatan ketika itu. Masa itu setiap permohonan ditapis oleh Pegawai Teonghua bersifat perkauman . Awal tahun 1973 angin kencang yang Tun akan mahu keluarkan Sabah daripada Gabungan Malaysia Tetapi tercegah.

Dan pada 1975 saya ikut menubuhkan parti Berjaya bahagian Tawau.Selaku Naib pengerusi badan Perunding Wilayah Tawau dan SAYA lah diantara berucap di Dewan Masyarakat Tawau sempena pelancaran nya tahun l975 yang dihadiri oleh lebih 10 ribuan orang, Berucap sebaris dengan Haris Salleh, Yap pou chu, Chong Thain Voon, Hj Mohd Noor Mansur, Datuk Peter Majuntin , Datuk Salleh Sulong, Pengiran Hasim, Chan Che Hung.

Kemasukan Hj Bhakti Semporna, Hj Salleh Kunak, dan Wahab Sait adalah melalui saya hingga tertubuknya Semporna Cawangan Kunak dan Semporna.

Di zaman penubuhan parti parti Politik dinegeri Sabah, oleh para pemimpin yang memerdekakan Sabah menerusi Malaysia dan ketika tercetusnya konfrontasi Indonesia Malaysia, juga terwujudnya Tentera Kalimantan Utara (TNKU) Saya bertugas di Daerah Tawau Sabah.

Justru banyak mengetahui sejarah perkembangan Daerah Perbatasan Kalimantan Indonesia dengan Sabah. Juga mengetahui perkembangan keluar masuknya masyarakat Filipina Selatan dan Sabah. Selain daripada itu mengetahui terperinci pelarian pelarian masyarakat daripada Celebes (Pak kahar) juga Bulungan Kalimantan Indonesia (Buktikan)

Pihak saya juga sedikit sebanyak yang mengetahui dengan banyaknya pelarin kaum cina dianggap komunis di-Indonesia masuk ke Sabah melalui Tawau, masuk melalui kapal kayu balak daripada Hongkong dan Taiwan dan Sarawak.

Pihak saya juga terlibat penubuhan parti Berjaya di wilayah Tawau sekitar Tahun 1975 dan sebelumnya sentiasa mengkritik pimpinan dan pentadbiran USNO.
Saya pernah membangkit dan mempersoalkan statistik bilangan kependudukan negeri sabah 1970 dimana orang melayu banyak namun suara kurang dibanding dengan kaum cina

ketika itu Sabah diterajui oleh kerajaan BN Parti Berjaya. Syukur persoalan ( Projek Napam ini ) diambil tindakan dengan selalu halusnya oleh Kerajaan BN Kuala Lumpur yang dicetuskan oleh .Perdana Menteri ketika itu Tun Hussin On,Sentiasa panggil nama saya Pak Tandek bila menemuinya. Saya kenal melalui ipar Pak Sako, Masni hj Osman.

Amanat Tun Husin Onn( Allahyarham ) kepada saya ku yang ketika itu sebagai Pengerusi NAPAM (National PROJEK anak melayu) ku kubur semat sesip dijiwa hingga ke akhir ayat ku. Justeru Setelah kerajaan Berjaya Tumbang 1985 oleh PBS, Saya tetap tidak menyertai PBS .Atau mana mana parti politik yang sedia ada.

Namun demikian ikut pengasas parti Rakyat Sabah(PRS) bersama dengan sebilangan pemimpin mantan kerjaanBN berjaya iaitu, DATUK DR JAMES ONGKILI, TAN SRI SONO MARSO. DATUK AYUB AMAN ,DAN BANYAK LAGI .Ditubuh sebelum kemasukan UMNO ke Sabah Selain itu saya pernah menyuarakan agar UMNO menerima keahlian orang bukan islam negeri sabah menjadi ahli UMNO ( Dalam persidangan Khemah Kerja Pemuda Barisan National 1983 di Keningau Sabah. dan Terlibat mengasas Persatuan Ikatan Rumpun Asli Nusantara yang ketika itu Presidennya Datuk Pengiran Othman Rauf.

Setelah bertanding dalam pilihan raya umum bahagian balung 1990 dan Tewas maka saya terus berdiam diri hingga ke saat ini sekadar ahli biasa dalam parti UMNO cawangan Belimbang berkecuali dalam pimpinan dan pentadbiran kerjaan BN berasaskan tanggapan sebilangan kecil pemimpin BN sendiri yang menyadari Negeri Sabah teranak tiri olih KL.

Tambahan pula Persatuan PBPM Dimana saya berpaut belum terlerai kemelutnya.

Komen rakan rakan yang membaca sentiasa diterima. Dan saya mengalu alukan orang orang kampong yang mengenali saya diseluruh Pulau dan Kampong juga Desa mengetahui perkata berbangkit yang terlibat secara langsung untuk menemui saya.Guna melengkapkan sejarah peristiwa itu. Terutama yang saya cari ia itu Bernama Jumaat," (Serang motor) yang membawa Teroris dari Serudong/Semandalan ke Kelabajan .Kerana saya lupa nama Motor penunda kayu balak itu" Dan ini lah orangnya yang memberi laporan pada saya ketika ditugas dalam bahagian CRO Polis Station Tawau. sebelum Kelabakan diserang pada malamnya. 

AL FATIHAH.

Sumber : Azizul HJ Tandek

No comments:

Post a Comment