Wednesday 31 December 2014

Pengiran Abdul Rauf Bin Pengiran Abdul Rajit

Raja Mengkabong

Catatan lisan penjaga Gunung Kinabalu......

Mengkabong
Yakinlah bahawa KARAMBUNAI atau MENGKABONG dan kawasan kawasan yang di bawah jajahannya dari Ambong ke Napas (Nagapas) adalah hak milik SUNGAI TULIN Al Mahrum Pengiran Abdul Rauf Ibnu Al Mahrum Pengiran Abdul Rajit yang diwasiatkan oleh Pakcik baginda Pengiran Jeludin @ Jalaluddin Ibnu Al Mahrum Pengiran Temenggong Abdul Rauf. 

Mengkabong pada suatu masa merupakan pusat masyarakat Bajau yang terbesar selain daripada Tempasuk dan mempunyai angkatan perang sehingga 1,000 orang.



Menurut catatan Hugh Brooke Low "The Bajus are scattered along the coast, their principal settlements being at Mengkabong and Tampasuk. At Mengkabong they appear numerous, and perhaps could muster 1,000 fighting men ; at Tampasuk, they estimate their own number at 600 ; at Pandasan, 400 ; at Abai, Sulaman, and Ambong, there are a few. Their origin is involved in obscurity : they are evidently strangers. They self-style themselves Orang Sama, or Sama men. "

Pengiran Abdul Rauf merupakan seorang anggota keluarga atau kerabat Sultan Brunei tetapi atas sebab sebab tertentu dengan golongan istana pada ketika itu maka Pengiran Abdul Rauf membuat keputusan untuk tinggal jauh dari Brunei dan menetap di Sungai Tulin miliknya di Mengkabong

Mengikut catatan Peter Leys "sistem pungutan poll-tax atau cukai kepala ada sedikit kelainan dari biasa tetapi perlaksanaannya jelas dan telah di terima pakai oleh masyarakat ketika itu. Contohnya seperti di Mengkabong di mana Pengiran Abdul Rauf setiap tahun memungut cukai kepala atau poll-tax daripada setiap ketua keluarga dan apabila ketua keluarga tersebut pindah ke Papar Pengiran Abdul Rauf masih menghantar wakil beliau memungut cukai kepala terhadap ketua keluarga tersebut di Papar".

Mengikut catatan DS Ranjit Singh "Pengiran Abdul Rauf melantik beberapa orang pegawai untuk membantu beliau seperti  Datuk Bandar, Datuk Temenggung, Datu Pemanca dan Orang Kaya Laksmana selain Ketua ketua Kampung dan Pemimpin Masyarakat".

Pada tahun 1879 Pengiran Abdul Rauf berusia 70 tahun masih mempunyai pemikiran yang tajam dan mampu membuat keputusan yang baik. Pengiran Abdul Rauf mempunyai dua bendera Mengkabong sendiri. Jika Pengiran Abdul Rauf berada di Mengkabong, beliau akan menaikkan bendera Singa Merah berlatar belakang warna putih. Jika Pengiran Abdul Rauf berlayar beliau akan mengebarkan bendera Singa Putih berlatar belakang warna merah. (Rujuk HL Leicester 1-7 April 1879 (CO 874/73) dan Treacher to Alcock 15 July 1883 Governor Despatch 119/1883 (CO 874/235))



Warna kuning melambangkan Kesultanan Brunei. Singa Merah seperti lambang bendera Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit.

Tanah jajahan Sungai Tulin Menggatal, Mengkabong, Api-Api, Sembulan, Napas dan Tambalang milik Pengiran Jalaluddin Ibnu Pengiran Abdul Rauf telah diserahkan kepada British North Borneo Company dalam perjanjian 23.3.1898 dan seterusnya Sultan Hashim menyerahkan Sungai Tulin ini dalam perjanjian 30.3.1898 (CO 874/54).






British North Borneo mempunyai lambang dua orang dayak memegang perisai dan parang dengan tulisan "PERGO ET PERAGO" yang membawa maksud saya laksanakan dan capai.

Tidak ada bangsa dari apa keturunan sekali pun boleh mempertikaikan surat wasiat itu waima sekali pun dari keturunan saudara kandung Al Mahrum Pengiran Abdul Rauf iaitu Pengiran Mohamad Daud (Menggatal). 

Salinan surat wasiat ini dan sesalin surat wasiat itu ada dalam simpanan Pusat Sejarah Negara Berunai Darussalam..

Wilayah-wilayah Negeri Karambunai yang di pajak oleh pihak Inggeris itu termasuklah:

  1. Membakut
  2. Tuaran
  3. Mengkabong
  4. Menggatal
  5. Inanam
  6. Api-Api
  7. Sembulan
  8. Nafas Tambalang
  9. Kinarut 
  10. Pengalat Besar

Persempadanannya sampailah ke tangga Gunung Kinabalu.

Yakinlah bahawa kawasan kawasan yang disebut dalam surat wasiat itu adalah pada asalnya dianugerahkan oleh :

Al Mahrum Kebawah Duli Sultan Omar Ali Saifuddin I kepada anak perempuannya yang bernama Pengiran Siti Khadijah @ Puteri Babau yang kemudiannya telah diperisterikan oleh Al Mahrum Pengiran Temenggong Abdul Rauf

Antara zuriat mereka adalah Pengiran Jeludin @ Jalaluddin dan Pengiran Fatimah. Pengiran Jeludin tidak ada zuriat. Pengiran Fatimah diperisteri oleh Pengiran Abdul Rajit ibnu Al Mahrum Pengiran Pemanca Harimau Mohamad Daud, nasab keturunan Al Mahrum Kebawah Duli Sultan Mahyudin yang bersaudara dan berseteru dengan Al Mahrum Kebawah Duli Sultan Hakkul Mubin. (Sila Rujuk Perang Pulau Cermin)

Al Mahrum Pengiran Abdul Rauf ibnu Al Mahrum Pengiran Abdul Rajit ada lah Raja Mengkabong dan seluruh kawasan jajahan tulinnya dan melalui perkahwinannya dengan Pengiran Jamaliah, mereka hanya dikurniakan tiga orang anak ia itu Pengiran Abdullah, Pengiran Aisah dan Pengiran Jalaluddin.

Wasiat Al Mahrum Pengiran Abdul Rauf amat terang sekali bahawa Karambunai adalah tempat penghidupan dan perkuburan anak cucunya dan tidak boleh dijual dan digadai atau apa cara sekalipun.

Maka sesiapa yang ingin menuntut Karambunai haruslah membuktikan bahawa dia adalah dari keturunan Pengiran Abdullah, Pengiran Aisah dan Pengiran Jalaluddin. Selain dari zuriat tiga bersaudara ini, tuntutan tuntutan dari pihak pihak lain adalah palsu dan mengelirukan.

Sebahagian sejarah asal usul Karambunai itu sendiri sebenarnya menyatakan bahawa ia milik Al Marhom Pengiran  Abdul Rauf. Asalnya Karambunai hanya sebahagian kecil kawasan kepunyaan Pengiran Abdul Rauf bersama isterinya Pengiran Jamaliah. 

Sejarah Karambunai memahatkan bahawa hanya apabila umur Pengiran Abdul Rauf telah lanjut, beliau tinggal bersama salah seorang anak lelakinya yang sulung di Karambunai di suatu kawasan yang bernama Mempagung (kawasan berhampiran SK Karambunai). 


Di Mempagung ini terdapat sebuah rumah besar tempat mereka tinggal. Tidak ada istana atau mahligai indah di Karambunai, hanya sebuah rumah besar yang mereka diami anak beranak dan saudara mara kerabat. 

Kehidupan kerabat diraja ini seperti orang biasa tapi dikelilingi orang orang Kampung yang bekerja sebagai ulun. Ulun-ulun inilah yang bekerja antaranya menyediakan makanan yang banyaknya seperti kenduri untuk ulun-ulun lain yang bekerja dengan pemerintah Karambunai pada masa itu. 


Makam Almarhum Pengiran Besar Abdullah Ibnu Pengiran Abdul Rauf
Makam anak sulungnya berada di Tanah Perkuburan Kerabat di Karambunai. 
Tercatat jelas nama beliau di batu nisan tersebut dalam tulisan huruf jawi lama. 

Kononnya di Karambunai ini terdapat banyak kerbau liar dan kerbau liar inilah yang menjadi sembelihan untuk memberi makan ulun selain daripada hasil-hasil tangkapan laut. 

Apabila British meminta kawasan kawasan tertentu untuk diserahkan kepada British, Karambunai tidak termasuk dalam penyerahan tersebut. Malangnya kerabat yang tinggal di Karambunai meneruskan milik Pengiran Abdul Rauf itu menjadi kucar-kacir atas ketamakan dan kerakusan penjajah itu. 

Mengikut dokumen awal, Karambunai tidak pernah diserahkan kepada British dan tidak pernah dijajah oleh British. Sejarah asal usul Karambunai dan pemerintahnya amat berkait rapat dengan Sejarah Kesultanan Brunei di Negara Brunei Darussalam kerana sejarah mencatatkan Borneo Utara adalah sebahagian kawasan takluk Kerajaan Brunei sebelum diambil alih oleh British.

Pengiran Siti Fatimah anak kepada Pengiran Jalaluddin Ibnu Pengiran Abdul Rauf. Pengiran Abdul Rauf pernah diistiharkan sebagai Raja di Mengkabong. Kalau mengikut catatan sejarah la, sebenarnya kedatangan Pengiran Siti Fatimah ke Karambunai 'terkemudian lagi'. 

Sebabnya Pengiran Jalaluddin asalnya bukan duduk di Karambunai. Pengiran Jalaluddin mulanya duduk di Labuan dan Brunei sahaja. Yang duduk di Karambunai cuma Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit sama salah seorang anaknya lelaki yang tertua (pengesahan kebenaran kubur anaknya) telah dibuat masa penyelidikan Pusat Sejarah Brunei di Karambunai sekitar di sekitar awal tahun 1990an dulu! Anaknya inilah yang menjadi Ketua di Karambunai atau sebagai Imam Besar di Karambunai antara sekitar tahun 1850an-1880an!

Pengiran Anak Siti Katijah (pemilik sungai tulin) anak kepada Sultan Omar Ali Saiffuddin 1 adalah isteri kepada Pengiran Temenggong Abdul Rauf (Keturunan/zuriat Sultan Hakkul Mubin yang kalah dalam Perang Cermin). 

Sebenarnya Pengiran Temenggong Abdul Rauf mempunyai anak anak lain daripada isteri yang lain (mengikut salasilah ada 10 orang).

Bagaimana Pengiran Anak Siti Fatimah dapat kawasannya adalah berdasarkan Surat Wasiat yang ditulis bertarikh 18 Rabiul Awal 1238 Hijrah. Lebih kurang beginilah bunyi surat wasiat tersebut (di tulis dalam 3 versi tulisan- Jawi, Rumi dan Inggeris)....

”Bahwa masa itu ada maniatakan, maka adalah kita Pangeran Jalaludin Bin Pangeran Tommonggong Abdul Raop, telah membuat surat katrangan dan peringatan ini supaya meniatakan kapada mana bangsa orang maka inilah kita Pangeran Jalaludin manugrahkan, yang pasal waris pusaka negri yang tersebut di bawah ini, kapada anaknda Pangeran Abdul Raop, serta dengan keizinan keredaan hati kita yang tersebut nama negri seperti Mangkabong dan Kinarut yang tulin, Manggatal saparuh yang stengahnia adinda Pangeran Patimah punia, maka mana-mana yang tersebut negri waris pusakania yang diizinkan oleh Pangeran Jalaludin kapada anaknda Pangeran Abdul Raop yang telah tersebut tiada buleh di batalkan oleh waris dan sanak saudarania, atau mendawa pada anaknda Pangeran Abdul Raop, betul Pangeran Mohamad Daud dan Pangeran Abdul Raop itu kaduania anaknia tetapi Pangeran Abdul Raop yang dibuatkania anak dia ambil dari kachi sampai besar dia piara sebab itu negri waris pusaka Pangeran Jalaludin diwariskannia kapada anaknda Pangeran Abdul Raop yang telah tersebut di atas itu, sahlah dengan trangnia.” Tertulis pada 18 hari bulan Rabbil awal jam pukul 10 1238.

Ini lah antara asal usul Karambunai itu, siapa pemilik sebenarnya ada tertera dalam surat wasiat. Pusat Sejarah Brunei Darussalam amat maklum dengan sejarah ini. Apa yang dicatatkan di atas serba sedikit sahaja antara dokumen yang sebenarnya boleh menceritakan asal usul Karambunai dan pemiliknya. 

Mudah-mudahan anak cucu keturunan Pangeran Abdul Raup diberi Allah SWT hidayah dan petunjuk agar milik nenek moyang mereka ini kembali kepada mereka semula kerana mereka lah sebenarnya yang lebih berhak untuk mewarisi Karambunai! Amin!

Kebanyakan pengiran-pengiran keturunan zuriat Sultan Hakul Mubin mendiami kawasan daripada Kinarut sampai lah ke Sipitang! Sebenarnya Pengiran Abdul Rauf (Raja di Mengkabong) sendiri sudah mengagih agihkan kawasan kepunyaannya kepada anak anak cucunya. 

Cuma tiadalah bergeran macam sekarang. Orang dulu dulu sudah sedia maklum dan tidak mengacau kawasan orang lain!

Untuk pengetahuan, Pengiran Abdul Rauf ini keturunan daripada Sultan Muhiyidin (sebelah bapa - Pengiran Abdul Rajit) dan keturunan Sultan Hakul Mubin + keturunan Sultan Omar Ali Saifuddin 1 (sebelah mama-Pengiran Fatimah tua). 


Ini semua boleh dijadikan asas panduan kalau mau tau asal-usul Karambunai.


Salah satu cara keturunan pengiran pengiran ini mengekalkan gelaran keturunan mereka antaranya dengan mengulang-ulang semula nama keturunan mereka (diturunkan nama tersebut) kepada anak cucu. Bagi yang tau asal usul keturunannya memang akan menurunkan nama-nama nenak moyangnya kepada anak-anak cucu mereka. Sebab itu lah mereka ini sangat sangat menjaga salasilah keturunan mereka supaya nama nama tersebut tidak pupus. 

Suami kepada Pengiran Anak Siti Katijah bergelar Pengiran Temenggung Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rahman. Anak kepada Pengiran Fatimah (Tua) pun Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit (Raja di Mengkabong). Anak kepada Pengiran Mohd Daud (seperadian Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit) pun ada yang memakai nama Pengiran Abdul Rauf.

Pengiran Besar Abdullah cicit kepada Pengiran anak Siti Katijah (Pengiran Besar Abdullah Ibnu Pengiran Abdul Rauf). Anak perempuan Pengiran Besar Abdullah bernama Pengiran Halimahtul Saadiah , meninggal di 'suatu tempat' di utara Negeri Sabah. Anak-anak cucunya kalau tidak silap ramai di kawasan Tuaran , Kota Belud dan Kudat.

Anak lelaki Pengiran Besar Abdullah mempunyai ramai zuriat lelaki! Membawa diri kerana dituduh bersubahat dengan Paduka Mat Salleh membakar Pulau Gaya dan menentang penjajah. Tempat pertama dituju beliau semasa keluar dari tanah Karambunai ialah sebuah kampung di Inanam atas tujuan untuk mencari mak ciknya (seperadian dengan Pengiran Besar Abdullah dan Pengiran Jalaludin), kemudian ke Papar (termasuklah kawasan Pimping membakut) ada saudara saudara moyangnya Pengiran Temenggung Abdul Rauf di sana. Akhir sekali menuju ke utara Negeri Sabah, menetap, beranak-pinak dan menghembuskan nafasnya di sana. 

Sebagaimana bapanya, anak lelaki ini juga seorang yang berilmu pengetahuan tinggi dalam agama. Sanggup membuang gelaran darjatnya menjadi orang biasa/kebanyakan. Katanya, Tidak guna jadi Pengiran, kalau tiada negeri untuk diperintah! Orang tua tua di Karambunai tau cerita ini. Selepas 50 tahun menyembunyikan diri, dia kembali ke Karambunai untuk menjenguk kubur ibubapanya. Masa itu Pengiran Siti Hafsah yang memegang Karambunai. Pengiran Siti Hafsah maklum hal ini.

Kisahnya yang menyedihkan di bawa mati, alhamdullilah anak cucunya kini ramai yang 'menjadi'. Mungkin kerana berkatnya keturunan, pegangan agama dan darah yang mengalir dalam jasad mereka.

Masih ada saki baki waris pengiran yang menetap di Karambunai itu. Mereka tidak mahu keluar dari tanah Karambunai kerana 'amanat nenek moyang' walaupun tau kedudukan tanah yang mereka pijak itu. Mereka tau tentang kubur-kubur waris Pengiran Abdul Rauf termasuklah kubur Pengiran Siti Fatimah (muda). 

Karambunai ini dulu di kenali sebagai kawasan gentisan kalau tidak silap. Tapi jika di lihat dalam treaty, kawasan yang diserahkan BNBC kepada waris Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit ( pemerintah asal di Karambunai) memang ada di tanda dalam Lease of Land no 228. Agaknya nama Karambunai digunakan sejak Pengiran Fatimah (muda) 'mengambil alih kuasa mentadbir atau masa geran asal (treaty) pandai pandai 'diubah' oleh orang-orang tertentu untuk kepentingan mereka. Wuallahualam. 


Tapi yang nyata dan jelas kawasan yang bertanda dalam peta merujuk treaty adalah tanah pusaka Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit. Nama Karambunai ini merujuk kejadian kapal Brunei karam di kawasan Sungai Karambunai yang muaranya Kuala Sungai Mengkabong.

Memang Sultan Omar Saifuddin Ali 2(SOSA 2)(1828-1852) mempunyai putera antaranya bernama Pengiran Anak Muhammad Salleh dan Pengiran Anak Hashim. Selepas saja SOSA 2 , diganti oleh Pengiran Anak Abdul Momin (Ibnu Pg Shahbandar Pg Anak Abdul Wahab Ibnu Sultan Omar Ali Saifuddin 1) menjadi sultan Brunei. 

Semasa Sultan Abdul Momin (1852-1885) , baginda memang berniat hendak menurunkan taktha kepada zuriat SOSA 2. Kalau mengikut ’sejarah’, Pengiran Anak Muhammad Salleh berkahwin dengan Pengiran Babu Zakiah binti Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Badaruddin beranakkan Pengiran Anak Nur Alam yang berkahwin dengan Pengiran Pemanca Pengiran Anak Muhammad Salleh 2 bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Anak Abdul Kahar. 


Pengiran Anak Nur Alam beranakkan antaranya Pengiran Anak Tengah (Pengiran Babu Raja) yang berkahwin dengan Pengiran Tua Omar Ali bin Pengiran  Pemanca Pengiran Muhammad Salleh 1. Selepas Sultan Abdul Momin mangkat, masa itu Pengiran Pemanca Pengiran Anak Muhammad Salleh Ibnu Sultan Omar Ali Saifuddin 2 telah mangkat. Jadi, taktha diserahkan kepada Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin.

Padas Damit itu adalah milik Raja Padas iaitu Pengiran Shahbandar Hassan, bukan ada hubung kait dengan Pengiran Shahbandar Mohd Salleh. Pengiran Shahbandar Hassan meninggal dunia di Tanah Suci dan ahli warisnya ada di Brunei…….. Pengiran Shahbandar Hassan orangnya bukanlah Shahbandar Mohd Salleh.. 

Shahbanar Mohd Salleh ini sepupu dua kali kepada Pengiran Siti Fatimah kerana Pengiran Jalaluddin itu sepupu dengan ibu Shahbandar Mohd Salleh iaitu Pengiran Siti Lauyah dan isteri Pengiran Abd Rauf itu iaitu Pengiran Jamilah itu adik beradik dengan Dato Shahbandar Mohd salleh iaitu yang bernama Pengiran Indera Mahkota Mohd Salleh, Gabenor Sarawak yang pertama. Kerana Pengiran Indera Mahkota ini dengan Pengiran Jamilah anak kepada Pengiran Syarmuda Pengiran Saifuddin.

Memang nyata tercatit semasa Queen Elizabeth memerintah di Sabah dan Pulau Labuan, dimana kerajaan British mengakui Sabah millik Kesultanan atau constituation sendiri, Queen mengiktiraf Sabah milik kesultanan Brunei sebenarnya berdasarkan kepada perjanjian Sultan Abd Momin Sultan Brunei ke-24 dengan Born de Over Back bertarikh 29.12.1877 dengan kadar sewa sebanyak $15, 000 setahun tidak termasuk negeri Padas Damit dan negeri wilayah Karambunai

Bukan Brunei tak tuntut Sabah, warisan kesultanan Brunei silam ada dalam Sabah. Kita harus menghormati negara jiran dan sahabat demi umat Islam dan rakyat sekalian.

Kalau bukan Pengiran Siti Aisah Ibnu Pengiran Abd Rauf itu ibunya, bagaimana mungkin Paduka Mat Salleh itu kuat pengaruhnya dalam kalangan orang-orang Mengkabong dan Inanam. Inanam adalah antara kawasan Pengiran Abdul Rauf yang diperolehinya melalui wasiat pakciknya Pengiran Jalaluddin yang seperadian dengan Pengiran Siti Fatimah (tua). 
Paduka Mat Salleh
Paduka Mat Salleh atau nama penuhnya Datu Sharif Abdul Rashid Bin Datu Sharif Mohammad Salleh mempunyai alasan yang kukuh sebenarnya mempertahankan kawasan Inanam kerana Inanam adalah sebahagian sungai tulin anugerah Sultan Brunei kepada keturunan ibunya! Kemungkinan Paduka Mat Salleh tidak berpuas hati dengan Treaty 23 mac 1898 yang dimeterai antara BNBC dengan Pengiran Jalaluddin Ibnu Pengiran Abd Rauf kerana semua kawasan kepunyaan Pengiran Abdul Rauf termasuklah Inanam diserahkan kepada British sebagai ganti rugi atas kerugian kebakaran oleh paduka Mat Salleh dan pengikut pengikutnya di pulau Gaya kecuali Karambunai! 






Kebanyakan buku sejarah menyatakan ibu Paduka Mat Salleh adalah keturunan Bajau tapi tidak dinyatakan siapa! sebenarnya Ibu Paduka Mat Salleh adalah kerabat Sultan Brunei dan Pengiran Jalaluddin yang membuat perjanjian dengan British itu sebenarnya pak cik kepada Paduka Mat Salleh. 

Tidak hairan lah jika British menuntut gantirugi kepada Sultan Brunei kerana British mungkin maklum hubungan antara Paduka Mat Salleh dengan kerabat Sultan Brunei ketika itu. 

Menggatal adalah kawasan Pengiran Mohamad Daud seperadian dengan Pengiran Abdul Rauf. Apabila semua kawasan Pengiran Abdul Rauf diserahkan tidak ada yang tinggal kecuali Karambunai yang ketika itu didiami oleh Pengiran Besar Abdullah anak beranak dan ayahndanya Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit! 

Makam Pengiran Besar Abdullah ada di tanah perkuburan Kerabat di Karambunai tetapi makam ayahndanya tidak dapat dipastikan kedudukannya manakala makam Pangeran Jalaluddin adinda kepada Pengiran Besar Abdullah dipercayai lokasinya di Utara Negeri Sabah.

Semasa Paduka Mat Salleh menyerang dan membakar Pulau Gaya, Pengiran Siti Fatimah (muda) anak kepada Pengiran Jalaluddin itu tidak berada di karambunai! Pengiran Jalaluddin itu sendiri pun duduknya di pulau Labuan bukan di Karambunai ketika itu. 

Hanya selepas kekandanya Pangeran Besar Abdullah terbunuh di Karambunai semasa kekacauan berlaku antara penduduk tempatan dengan British baru lah Pangeran Jalaluddin turun ke Karambunai bersama-sama anak-anak beliau termasuklah Pengiran Siti Fatimah!

Salasilah-salasilah keturunan warisan warisan kesultanan di Borneo ini ada dalam simpanan nenek dan Pusat Sejarah Brunei. 

Ini adalah sedikit sahaja cerita tentang keturunan Paduka Mat Salleh. 

Apabila Sultan Muwali Wasut Bungsu iaitu Pengiran Syahbandar Maharaja Lela memerintah pada 1595-1640 lahirlah anaknya puteri sulu yang berkahwin Sultan Qudarat (Nasiruddin) dan beranakkan Sultan Saiffuddin Dundang Tidulay dan beranakkan Sultan Muhammad Shah ( Qudarat ) Barahman dan beranakkan Sultan Muhammad Jaafar Sadik Manamir (sahidwafat) dan beranakkan Sultan Muhammad Khairuddin, beranakkan Sultan Kibad Shariyal iaitu Muhammad Azimuddin Amirul Umara dan beranakkan Alam Shah (Alamsa Juikarnain dan beranakkan Sultan Iskandar Qadratullah Muhammad Jamalul Alam dan beranakkan Datu Sharif Muhammad Salleh berkahwin dengan Pengiran Siti Aisah Bte Pengiran Abd Rauf adik beradik dengan Pengiran Jalaluddin. 

Perkahwinan Datu Sharif Muhammad Salleh dengan Pengiran Siti Aisah lahirlah Datu Sharif Abdul Rashid yang bergelar Paduka Mat Salleh. Isteri Paduka Mat Salleh yang pertama Dang Bandang dan isteri keduanya orang kebenaran. 

Senarai anak-anak paduka mat salleh ini ada di simpan.

Pulau Gaya telahpun Sultan Abd Momin pajakan kepada Over Back pada 29 Disember 1877. Memandangkan pegawai-pegawai British mengenakan cukai kepala kepada penduduk Inanam dan Mengkabung, Paduka naik marah dan membawa orang-orang Inanam dan Mengkabung membakar Pejabat Inggris di Pulau Gaya. Di dalam perjanjian 23hb Mac 1898 ini masih tercatit kenyataan British akibat serangan Paduka Mat Salleh di Pulau Gaya itu. 

Tak perlu ungkit-mengungkit lagi cerita yang sudah berlalu, pentingnya adalah perpaduan kamu semua. Barulah terbuktinya waris keturunan kamu semua. Amin.

Untuk pengetahuan , masih ada seorang tua di Putatan Sabah pernah berjumpa dengan Paduka Mat Salleh. Ketika itu orang tua tersebut berusia 7 tahun, Paduka sendiri mengakui dirinya ada keturunan Pengiran. Pengiran Siti Fatimah Binti Pengiran Jalaluddin tidak pernah menggunakan nama sebagai Pengiran Anak. 

Jelas telah tercatit dalam geran Karambunai dan keputusan Native Court British memutuskan pentadbiran Pengiran Jalaluddin diserahkan kepada anaknya yang bernama Pengiran Siti Fatimah Binti Pengiran Jalaluddin pada 1911. Kenapa ahli kerabat lain tidak mempertikaikan atau menuntut dahulu, sehingga harta tersebut jatuh kepada Pengiran Siti Hamidah Binti Pengiran Mohd Salleh dan Pengiran Siti Hapsah Binti Pengiran Mohd Salleh. Mengapa?? Kerana mereka adalah orang-orang yang berhak di dalam hal ini ketika itu.

Pengiran Anak Fatimah adalah anak kepada Temenggung Abd Rauf cucu kepada Sultan Omar Ali Saiffuddin I. Ia layak mendapat gelaran Pengiran Anak tetapi Pengiran Siti Fatimah Binti Pengiran Jalaluddin tidak ada memakai Pengiran Anak.

Kisah Pengiran Siti Aisah sebenarnya bermula apabila istana mereka terbakar/dibakar di Karambunai berdekatan Kg Gentisan. Setelah itu beliau diselamatkan dan kena bawa ke Kg Kuala Lama. 

Ia dipelihara oleh mama angkat dan bapa angkatnya. Bapa angkatnya berbangsa bajau, mama angkatnya bangsa tatana. Setelah itu beliau berkahwin pertama kali dan dikurniakan 3 orang anak perempuan. Setelah suami pertamanya meninggal, maka beliau berkahwin dengan suami kedua dan mempunyai anak seorang perempuan. 

Apabila sudah diketahui oleh Pengiran Anak Siti Fatimah beliau masih hidup, maka Pengiran Anak Siti Fatimah menjemput makciknya iaitu Pengiran Anak Siti Aisah untuk menemuinya di Karambunai dan menghadiri keramaian disana. Setelah sampai disana, Siti Aisah diperlihatkan segala bunga emas, pelanduk emas, kijang emas dan segala perhiasan yang diperbuat daripada emas.

Pengiran Anak Siti Aisah tidak dibenarkan menginjak tanah dan diusung serta dipayungi emas. Setiap perayaan karambunai, beliau pasti akan diundang sehingga kemangkatan beliau tahun 1940-an. 

Maka hubungan tersebut disambung diteruskan oleh anak ke-4 beliau untuk menghadiri perayaan karambunai. Semasa tahun 60-an, anak ke-4 Pengiran Anak Siti Aisah dijemput untuk menghadiri perjumpaan keluarga dikarambunai atas undangan Pengiran Anak Siti Fatimah. 

Malangnya, Pengiran Anak Siti Fatimah telah meninggal dunia pada tahun 1959. Maka baru diketahui bahawa berita tersebut telah berlalu sekian lama baru sampai ke pengetahuan anak kepada Pengiran Anak Siti Aisah. Cerita ini diceritakan oleh anak ke-4 Pengiran Anak Siti Aisah dan diceritakan kepada anaknya yang ke-10 (bungsu) yang juga menemaninya ke tuaran pada 1962. 

Kepada yang berkenaan janganlah bimbang kerana cerita ini bukanlah mengganggu-gugat sesiapa yang berniat menuntut harta Pengiran Anak Siti Fatimah kerana ini hanya kisah yang sebenar dan kubur Pengiran Anak Siti Aisah binti Pengiran Abdul Rauf berada di tanah perkuburan Kampung Pimping, membakut (taman firdausi).

Segala persoalan tentang asal usul karambunai sudah terjawab seperti yang dibentangkan pada "Buku Prosiding Menjejak sejarah Kesultanan Brunei di Sabah dalam Seminar Sejarah Borneo Kali Ke-2". Pewaris sebenar ada menghadiri seminar tersebut dan saya yakin bahawa hanya pewaris ydari Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit, pemilik asal Karambunai, tahu akan sejarah Karambunai secara detail. 

Walau pun sejarah Karambunai yang dibentangkan itu banyak berunsurkan tradisi lisan tetapi sumbernya mesti terbit dari sesorang yang yang mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga Pengiran Abdul Rauf. Maka bagi yang menuntut Karambunai, selidikilah dengan lebih mendalam lagi asal usul kalian kerana saya yakin bahawa sejarah tentang keluarga Pengiran pengiran di Karambunai ada pada keluarga Pengiran Abdul Rauf. 


Apa yang ditakuti nanti jika kita main akun akun sahaja akan terbit cerita cerita yang tidak baik seperti keturunan sipolan bin sipolan adalah dari keturunan anak angkat, anak tiri, anak luar nikah/anak gundik, anak tukang payung Pengiran, anak wakil pemungut cukai dan lain lain lagi kerana seperti apa yang saya lihat pada paparan.


Salasilah Pengiran pengiran di Karambunai yang dikeluarkan oleh Pusat Sejarah Negara Berunai Darussalam, ramai yang menuntut Karambunai, tiada hubungan darah dengan Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit. 

Dalam pengkajian tentang Pengiran pengiran yang tinggal di kawasan kawasan "Tulin" yang dimiliki oleh Pengiran Abdul Rauf (keturunan nasab Sultan Muhyiddin) terutama Mengkabong, Menggatal, Karambunai, Inanam, Tuaran, terdapat juga ramai orang orang dari keturunan Sultan Jalilil Jabbar/Pengiran Abdul Mumin Amirul Faza @ Raja Tua; Sultan Hakkul Mubin / Pengiran Temenggong Abdul Rauf; Pengiran Shabandar Abdul Wahab Ibnu Sultan Omar Ali Saifuddin 1; Datu Datu dari Sulu dan lain lain lagi. 

Maka kajilah perkara ini mudah mudahan tuan tuan menemui susur jalur keturunan tuan tuan yang sebenarnya.

Almarhom Pengiran Abdul Rauf mangkat pada tahun 1885. Tidak pernah meninggalkan wasiat kepada sesiapa siapa pengantinya. Kemangkatanya jua menjadi tandatanya bagaimana, di mana kuburnya yang bertanda cuma kubur puteranya Pengiran Besar Abdullah di Karambunai

13 tahun selepas kemangkatannya barulah 12 tulinnya termasuk Karambunai jatuh ke tangan British Company yang bersaing dengan Rajah Brooke untuk memperolehi tulin-tulinnya. 

Karambunai diberi kepada semua keturunan Pengiran Abd Rauf kerana semua tulinnya diambil British. Pengiran Abdul Rauf tidak pernah tunduk kepada British, sehingga mati tiada satu tulinnya jatuh ke tangan British kecuali Pengalat Besar. 


13 tahun keturunannya bertahan di Karambunai meneruskan warisannya sehinggalah mereka terpaksa keluar kerana mau dijarah company yang menuduh mereka bersubahat dengan Paduka Mat Salleh membakar Pulau Gaya. 


Selepas 13 tahun barulah Pengiran Jalaludin membuat perjanjian kerana Sultan Brunei dituntut oleh company untuk membayar semua gantirugi!. Kenapa dalam perjanjian 1898 Pengiran Jalaludin dilantik sebagai PENTADBIR saja? 

Sebab Almarhom Pengiran Abdul Rauf mempunyai keturunan yang lain yang telah teraniaya apabila tanah-tanah nenek moyang mereka diambil company. 

Sampai kini keturunan Pengiran Abdul Rauf masih teraniaya...

Siapakah Pengiran Abdul Rauf ini sebenarnya? Kalau menurut jurnal Penjajah British, semasa Rajah Brooke bertemu dengan Sultan Abdul Momin, Rajah Brooke mengatakan bahawa Kerajaan Brunei tidak berhak untuk menjual :"the country lying to the north of Kimanis Bay, as the country had for generations been quite independence of Brunei Rule; the people were living under their own laws and customs, and under their own chiefs who were termed Sultan by the inhabitants, and had power of life and death".

Rajah Brooke juga telah berjumpa dengan Pengiran Abdul Rauf yang dengan tegas mengatakan bahawa dia tidak akan membenarkan mereka mengambil : "ANY PARTS of his country or rights"

Seterusnya Rajah Brooke :"cautioned the Pengiran against using any weapons or fighting but said he CONSIDERED THEY QUITE JUSTIFIED IN HOLDING WHAT HAD BELONGED TO THEM IN GENERATIONS".

Seterusnya Pengiran Abdul Rauf telah meninggalkan Rajah Brooke, dan semasa hendak pergi dia mengatakan :"that he would not sell his rights, that HE WOULD RATHER DIE THAN ALLOW THEM TO PASS INTO OTHER HANDS".

Pengiran Abdul Rauf, seorang yang amat berpegang dengan prinsip dalam mempertahan hak tulin keturunannya sehingga sanggup 'berbalah' dengan sultan pada ketika itu. 

Disebutkan :"...Pengiran Abdul Rauf, The Chief of Bajau, had protested against this (cession), and that there was at present a dispute going on between him and the Sultan of Brunei upon this point".

Disebabkan kekerasan hatinyalah yang menyebabkan pihak Penjajah British tidak berjaya mendapatkan Karambunai. Disebabkan kekerasan hatinya jugalah British hanya memperolehi karambunai selepas 13 tahun dari kemangkatannya, iaitu pada tahun 1898 melalui anak beliau Pengiran Jalaluddin, yang tinggal di Labuan dan tidak tinggal bersama beliau semasa beliau masih hidup di Karambunai.

Apapun, andai sekiranya Pengiran Abdul Rauf masih hidup, perjanjian tahun 1898 oleh Pengiran Jalaluddin kepada British Company dipercayai tidak akan berlaku, apatah lagi keadaan kucar kacir sepertimana yang telah berlaku sekarang ini. Mengambil iktibar akan ketegasan dan kekuatan semangat Pengiran Abdul Rauf ini, yang rela mati daripada melihat haknya jatuh ketangan orang lain, anak cucunya juga sepatutnya bermati-matian mempertahankan dan memperjuangkan hak keturunan mereka.

Rujukan : 

1. Hugh Brooke Low
2. Peter Leys, 
3. DS Ranjit Singh
4. HL Leicester 1-7 April 1879 (CO 874/73) dan Treacher to Alcock 15 Juluy 1883 Governor Despatch 119/1883 (CO 874/235 
5. Cerita Lisan

48 comments:

  1. Salam. Rasa terpanggil untuk menulis komen di blog saudara ni. Boleh saya tahu nama saudara dan berasal dari mana? Kalau inda keberatan, saya minta saudara hubungi saya sebab ada soalan mengenai keturunan Abdullah yang saya mahu tanya. Ini nombor saya 0168021471 (syah). Tolong hubungi saya ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As Salam - saya orang Sabah menetap di Kota Kinabalu dan peminat sejarah terutama sejarah Borneo tanpa ada batas sempadan antara negara negara nusantara. Membuat kajian sendiri berdasarkan cerita cerita yang diturunkan oleh nenek moyang saya. saya ada mengikuti perkembangan keturunan Abdullah dan saya sedia maklum bahawa usaha yang baik itu perlu diteruskan untuk jenerasi akan datang. Dalam buku DS Ranjit Singh - The Making of Sabah 1865-1941 - Pengiran Abdul Rauf memiliki tdan mentadbir sungai tulin dan 10 tanah jajahan di North Borneo 1. Membakut 2. Tuaran 3. Mengkabong 4. Menggatal 5. Inanam 6. Api-api 7. Simbulan 8. Nafas Tambalang 9. Kinarut 10. Panglat Besar (Nama Penuh serta Jalur Tarsila Pengiran Abdul Rauf Karambunai) Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit Almarhum Pengiran Pemanca Harimau Mohd Daud Almarhum Pengiran Abdul Rahman Almarhum Pengiran Anak Badaruddin Almarhum Sultan Muhyiddin beribukan Pengiran Anak Siti Fatimah Binti Pengiran Temenggung Abdul Rauf Ibnu Pengiran Anak Abdul Rahman Ibnu Pengiran Temenggung Dakula Ibnu Sultan Haikul Mubin

      Delete
    2. Saya sangat2 terpangil jika Kita tahun akan keris Warisan yg moyang dan atok saya pegang dan akan diwariskan kepada saya moyang saya berasal dari brunei dan berhijrah ke karambunai dan saya ingin tau apa kah gelaran dan pangkat yg kami pegang berpandukan keris pedang Warisan yg berusia ratusan tahun

      Delete
    3. Mcm kamu ada keris..jom kita borak2

      Delete
    4. Sdra assalamualaikum saya Pengiran Alli nak tanya apa jenis keris yng sdra simpan mohon pencerahan 0198529704

      Delete
  2. sila email sebarang pertanyaan ke borneohistory57@gmail.com

    ReplyDelete
  3. BAGUS..ATAS MENGANGKAT KISAH WARISAN..TAPI MAHU TANYA BERDASARKAN MAKLUMAT DI ATAS...CUKUP RAPI MEMBUKTIKAN SABAH INI DITADBIR OLEH WARISAN KESULTANAN BRUNEI DULU KALANYA...TAPI APA HAK SULU MAHU MENUNTUT SABAH?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila rujuk cerita "Sabah and Sulu Claim" tulisan di blog ini dan sila kaji cerita Perang Saudara Brunei di antara Sultan Hakul Mubin dan Sultan Muhyiddin ankara sabung ayam dan kaji Perang Cermin

      Delete
  4. ADA CERITA - CERITA MENGATAKAN PADUKA MAT SALLEH BERDARAH SULU?? APA PANDAGAN TUAN.

    KEDUA SAYA BENPANDAGAN AGAR KERAJAAN MENJAGA BUKTI-BUKTI SAHIH TENTANG WARISAN KARAMBUNAI DAN MENGEMBALIKAN KEPADA YANG BERHAK...SUPAYA JELASLAH BAHAWA SABAH(BORNEO) INI ASLINYA ADALAH KEPUNYAAN KESULTANAN BRUNEI DULU KALANYA DAN MAKA TIDAK LAYAK UNTUK DITUNTUT OLEH SULU...

    KARAMBUNAI :-
    "MENGEMBALIKAN KEPADA YANG BENAR..."...ALLAH MAHA MELIHAT LEBIH MENGETAHUI..JIKA YANG BUKAN HAK MEMILIKI KARAMBUNAI MAKA TIDAK HALAL SETITIK ZARAH PUN APA-APA YANG DIMILIKI DAN AKAN DIJAWAB DI AKHIRAT KELAK....MENJAWABLAH NANTI.....

    BERSAUDARA LEBIH BAIK...BERBAIK LEBIH BAIK...BERSELISIH DAN BERGADUH HANYA MENIMBULKAN DOSA DAN RUNTUHNYA PERSAUDARAN WARISAN2 TERDAHULU...RENUNG-RENUNGKANLAH WARISAN - WARISAN YANG ADA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengikut hasil kajian Borneo History Paduka Mat Salleh keturunan bupati Brunei (Rujuk Raja Bongsu blog ini) waris gabungan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.
      Dalam konteks penulisan dan kajian sejarah terutamanya sejarah Nusantara dan khususnya sejarah Borneo banyak perubahan ketara komposisi penduduk dari segi transmigrasi penduduk nusantara yang berpindah randah disebabkan pelbagai faktor pada ketika itu. Mereka mengamalkan kata pepatah "Di Mana Bumi Di Pijak Di Situ Langit Di Junjung" dan "Siapa Kuat Dia Kudrat". Sesebuah kerajaan pada ketika itu tidak mempunya kekuasaan geografi yang kekal di mana Borneo Utara pada ketika itu mula lahir satu rasa kesedaran dan cuba mengujudkan sistem pemerintahan yang cuba bebas dari Pengaruh Pengiran dan Sultan Brunei.
      Saya setuju dengan cadangan agar kerajaan bukan saja menjaga bukti bukti sahih tentang warisan karambunai malah mengangkat martabat dan menghargai sumbangan Pengiran Abdul Rauf sebagai salah satu Pejuang Sabah yang menentang Penjajahan British.
      Salah satu sejarah asal usul Paduka Mat Salleh berkait rapat dengan Mengkabong dan Pengiran Abdul Rauf..
      Tentang isu Hak ada baiknya jika ambil kata sepakat ke arah perjuangan fisabilillah......

      Delete
  5. blog ini memberi fokus mengumpul tulisan sejarah. dalam blog ini juga sila beri kerjasama di mana kita tidak akan membincangkan soal suku dan soal peranan kerajaan di dalam hal hal tertentu . mungkin pada masa hadapan bila semua orang boleh bersikap lebih terbuka tentang cerita sejarah maka semua orang boleh dapat menghargai cerita sejarah dan kesannya kepada masyarakat dan jenerasi akan datang

    ReplyDelete
  6. Asalamualikum....adakah cerita tentang seorang kerabat berunai di mengkabong ..jika anak perempuanya lalu orang yang ada di persekitaran mesti tunduk ke bawah di larang melihat wajah puteri nya...jka ada cerita kan lah

    ReplyDelete
  7. Waalaikum Salam... terima kasih atas komen anda....amalan, daulat dan pantang larang orang orang dulu membezakan mereka dengan orang lain. Ayat "Masin" dari sudut daulat seseorang itu bererti kesan sampingan terhadap seseorang individu lain selepas ditegur oleh keturunan yang mempunyai amalan dan daulat tertentu. Kesimpulannya dari sudut penulisan Sejarah cerita ceita begini dibawa ke liang lahat jika tidak di tulis dan dan di ceritakan balik ke jenerasi akan datang. Contohnya ungkapan : "Yang Yang Juwata, Bukan Asalku Pugut Asalku Anak Raja".... bermula dari Mengkabong...

    ReplyDelete
  8. Asalamualaiku...semasa saya kecil saya selalu dibawa oleh arwah nenek saya ke karambunai di rumah seorang pengiran perempuan katanya ia sepupu satu kali dengan pengiran tu dan yang saya ingat pengiran tu tiada anak...tinggal di rumah tu ia dengan tukang gajinya .saya lahir 1977 nama arwah nenek saya Pengiran Maludari binti Pengiran Abu Bakar..

    ReplyDelete
  9. WaalaikumSalam...terima kasih atas maklumat di atas........ in sha allah jika diizinkan Allah SWT kita akan dapat mengkaji struktur dan kuasa pentadbiran Pengiran Abdul Rauf pada waktu itu di mana beliau mempunyai beberapa orang kanan yang masih dalam kajian dan pernah memegang jawatan Datuk Bandar, Datuk Temenggung, Datuk Pemanca, Orang Kaya Laksamana, Menteri Darat (Ketua2 Tempatan), Ketua Kampung dan Ketua Rumah Panjang....

    Faktor Penjajahan British menyebabkan berlaku suasana kucar kacir di Karambunai. Satu berita sedih dan menyayat hati apabila Pengiran Besar Abdullah Bin Pengiran Abdul Rauf (Imam Besar Karambunai) meninggal dunia pada sekitar tahun 1880 an kerana dibunuh menggunakan bujak di aruk dari bawah rumahnya ketika bersujud sewaktu sembahyang subuh. Ramai waris dan pembesar Karambunai di tangkap, di seksa dan di bunuh ... dan ramai juga telah berjaya melarikan diri dan membuang nama Dato Sharif, Pengiran atau Dayangku dan hidup menjadi rakyat biasa serba kekurangan..... Mereka berpindah ke utara dan selatan Karambunai....

    ReplyDelete
  10. Menurut sumber yang saya perolehi..bapa pengiran tu dengan arwah bapa nenek saya adik beradik..facebook saya Tiey Sharifah Norhayatie



    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...
    Sebagai pendahuluan, saya rasa gembira kerana masih ada yang menyimpan kisah sejarah Pengiran Abdul Rauf bin Pengiran Abdul Rajit. Namun, saya berasa sedih sebab tiada siapa yang boleh menceritakan mana perginya keturunan Pengiran Besar Abdullah bin Pengiran Abdul Rauf.
    Sebagai permulaan, saya akan kongsikan siapakah anak-anak almarhum Pengiran Besar Abdullah dan dimana waris-warisnya berada sekarang. Pertama sekali, Almarhum Pengiran Besar Abdullah sebenarnya, sebelum tinggal di Mengkabong, beliau telah merantau jauh ke utara Sabah hingga ke timur Sabah iaitu di Sandakan pada sekitar tahun 1860-an. Ketika berada di Sandakan, beliau telah sempat menyebarkan syiar Islam kepada penduduk tempatan kebanyakannya suku kaum Sungai. Mereka ini kebanyakannya pada masa itu tidak mempunyai pegangan agama. Pengiran Besar Abdullah juga pernah menjadi imam besar di Sandakan. Ketika berada di Sandakan, beliau telah berkahwin dengan seorang gadis tempatan suku kaum Sungai. Hasil pekahwinan tersebut, Pengiran Besar Abdullah telah dikurniakan sepasang anak iaitu Pengiran Tapaling dan Pengiran Halimahsaadiahtul.
    Pengiran Tapaling adalah anak sulung Pengiran Besar Abdullah dan Pengiran Halimahsaadiahtul adalah anak bungsu. Pengiran Tapaling Adalah seorang yang alim dan warak. Beliau telah meneruskan tugas yang dibuat oleh ayahnya untuk menyebarkan Islam kepad seluruh penduduk setempat dan keseluruh daerah Sandakan.
    Manakala, Pengiran Halimahsaadiahtul pula dikatakan telah pulang ke Brunei menemui datuknya Pengiran Abdul Rauf ketika masih bujang lagi.
    Demikianlah sedikit perkongsian bersama tentang sejarah yang tidak pernah didendangkan mengenai keturunan Pengiran Abdullah bin Pengiran Abdul Rauf. Perkongsian cerita daripada Awang Tangah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. disinilah kita mula mengumpul cerita cerita lisan semoga satu hari nanti semua persoalan ada jawabnya... teruskan mengikuti posting Borneo History

      Delete
    2. To whom it may concern especially to keturunan Tapaling in Tuaran. When i called you, never pick up. i waited for you in KK you never showed. Please identify yourself. If you really want to reunite with family without any agenda you will not leave. I can come from sarawak and reunite with my karambunai families after 200 years. I do not see why you cant just wait to meet me. very disappointed in you. Please reveal yourself. if you are in Tuaran, Pg Abdullah's descendant are nearby. Can't believe you can't asked around.

      Delete
  12. ada tak nama pg umar bin pg buntar dalam cerita ni yang berasal karambunai?saya mencari salahsilah moyang saya.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila rujuk Pusat Sejarah Brunei Tuan Mazlan.... Nama Pg Buntar ada dalam salahsilah

      Delete
  13. Semasa lawatan Governer Traeacher dan Mr Daly Private Secretary beliau ke Sg Bengkoka pada 26 Julai 1883 spt yg tercatat dlm The North Borneo Herald

    ReplyDelete
  14. maaf terputus post di atas ..
    mereka telah bertemu pemimpin tempatan di satu kg bersama org2 kampung yg telah bersedia menunggu mereka bernama Pangeiran Mamah dan

    ReplyDelete
  15. Salam, sy nak share cerita bapa saya yang moyang kami nama shahbandar. Menakluk kota belud, mcm pemerintah kota belud la begitu. Tapi saya tidak banyak maklumat sebab cicit jak kan. Kalau tanya keluarga bapa saya mungkin tahu. Di katakan shahbandar ni pemerintah kota belud yang digeruni. British takut betul dengan shahbandar ni, badan kebal tak lut senjata. Disebaabkan kekuasaan yg dia miliki, british tu tak puas hati, maka dorang begabung dengan pembelot. Pembelot tu anak angkat syabandar sendiri, keturunan atok2 salleh keruak konon, nama ank angkat tu arshad. Cicit dia salleh keruak. Dikisahkan, arshad ni jadi pembelot, oleh kerana shahbandar ni tidak lut senjata, maka british atur strategi untuk membunuh shahbandar semasa naik haji, di ceritakan pada kami, masa pulang dari haji tu, pembelot ni yang tolak shahbandar jatuh dalam lautan. Sebab tu tiada kubur bernisan untuk atok kami ni. Meninggal ms nak balik dr haji. Mengikut pendapat saudara, adakah shahbandar ini ada dalam sejarah brunei. Kalau ikut nama bapa kami abdul rashid amir hassan, pada kami nama bapa kami tidak melambangkan nama orang dusun seperti yang dia claim dia org dusun, sebab bapa saya x muka dusun. Hidung bapa mancung mcm bukan org dusun atau bajau. Nama abdul rashid jarang di guna oleh org tempatan sbh suatu ketika dulu. Belakang mesti ada in..cthnya saimin. Samdin. Saya harap sagt terhurai terungkai sejarah atok moyang kami.sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu komen yang menarik..

      saya ada terbaca satu surat pengakuan dan keterangan keluarganya tentang peristiwa di atas..

      bahan ini masih dalam kajian saya...

      apa yang pasti pada zaman itu Tempasuk dan Pendassan masih dalam jajahan kesultanan Brunei....

      Delete
    2. Sila rujuk cerita perang pandasan kota belud. Watak shahandar tu sama dengan watak embo Ali Tabasan ( sarif Ali)

      Delete
  16. Assalammualaikum..bagaimana pula dengan datuk saya? Jalleh Bin Danta@Dewanta Bin Pangiran Abdullah ibni Pangiran Abdul Rauf..

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://borneohistory57.blogspot.my/2016/10/menyusuri-pewaris-brunei-di-karambunai.html

      Waalaikum Salam, sila rujuk link artikel di atas

      Delete
  17. Assalammualaikum..bagaimana pula dengan datuk saya? Jalleh Bin Danta@Dewanta Bin Pangiran Abdullah ibni Pangiran Abdul Rauf..

    ReplyDelete
  18. Bagaimana dgn tuan tanah karambunai skrg ? Dlm gran tanah bernama dua org kembar. Saya rasa meraka la keturunan dri pangiran abdul rauf. Dgn izin Allah. Kembali juga kan harta pangiran abdul rauf pergi dengan kembar ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa tuan tanah Karambunai sebenar dan nama dalam geran tanah hendaklah dikaji dan diselidiki serta di halusi untuk mengetahui siapa pewaris dan jalur yang sah dan diiktiraf oleh pengkajian pusat Sejarah Brunei dan waris waris yang berkaitan. Sejarah boleh merungkai semua cerita ini sebab sejarah tidak boleh disembunyikan selama lamanya

      Delete
    2. THE ADMINISTRATOR OF PANGERAN SITI FATIMAH-PANGERAN JALALUDIN-PANGERAN ABD RAUF AND PANGERAN SHAH BANDAR MUHAMMAD SALLEH@ SHAHBANDAR HASSAN IBNI RAJA KAYAN @ RAJA TEMAMAK-GRANTED BY THE COURT OF PROBATE-NO.214/2009 BRUNEI DARULSALAM-RESEALED BY THE HIGH COURT NO.PRK 03 OF 2010-111.

      INILAH PEMILIK, BUKANLAH PEMILIK MUTLAK, TAPI TELAH DI AMANAHKKAN KERANA ITU DINAMAKAN "THE ADMINISTRATOR, 1 GL DAN 3 LA TELAH DIWARTAKAN, DAN KAMI SEDANG MENGUSAHAKAN SEMUA DIKEMBALIKAN APA YANG TELAH DISISTEMKAN OLEH FED SEBELUM INI DI 13 BUAH CENTRAL BANK TERMASUK KARAMBUNAI ISLAND, LABUAN DAN PELBAGAI TANAH YANG DI"LEASED"KAN PADA BRITIS BORNEO KETIKA ITU

      DOAKAN KEJAYAAN KAMI, UMPAMA SIRIH PULANG KE GANGGANG, DEMI MAKMURKAN KEMBALI KESEMUA KETURUNAN DAN MASYARKAT SELURUHNYA.

      ---RADEN ( MALANG ) SHAHPUTRA INDERA KESUMA SAKTI IBNI ALMARHUM SHEIKH MOULANA KAMALUDIN IBNI ALMARHUM SHEIKH MOULANA KHARUN IBNI ALMARHUM SHEIKH MOULANA ALFALIQ IBNI ALMARHUM SHEIKH MOULANA AL-KAUTSAR---

      Delete
  19. Memang sejara tidak boleh di sembunyi selama lamanya. Itu la dengan izin Allah harta nenek woyang kalau nama pun harta pusaka. Tidak kemana. Apa lagi org membuat fitnah cakap benda tidak betul dgn keturunan ini. Apa yg sda dlm gran mmg itu hak milik mereka. Mmg di dunia ni. Bila senang org cari jln utk jatuhkan. Cuba kita sma2 bdoa. Saling menolong. Banyak dgr tentang hal ini. Mmg harta pusaka jatuh dlm keturunanya juga. Org lain mmg tidak akan dpt.

    ReplyDelete
  20. Kena terima la dlm gran itu hak milik kembar itu mmg itu la pewarisnya. Sudah2 la kita mau jealous apa hak mereka. Org yang sda meninggal di ungkit2 sampai skrg. Kasian mereka yg sda meninggal. Bdoa la sahabat2. Kita cari la rezeki kita la pula.

    ReplyDelete
  21. THE ADMINISTRATOR OF PANGERAN SITI FATIMAH-PANGERAN JALALUDIN-PANGERAN ABD RAUF-GRANTED BY THE COURT OF PROBATE-NO.214/2009 BRUNEI DARULSALAM-RESEALED BY THE HIGH COURT NO.PRK 03 OF 2010-111.

    DOAKAN KAMI SEMOGA SUKSES , KAMI SEDANG PROSES MENUNTUT DAN KEMBALIKAN PADA YANG HAK DAN UMAT SEJAGAT NUSANTARA DAN LAIN LAIN.
    SEMUA YANG DIBERIKAN DAN DIPINJAMKAN PADA 13 BANK DUNIA SEDANG MEMPROSES DAN MENGEMBALIKAN SEJAK DIPINJAMKAN SEJAK DARI ANTARA TAHUN 1875 & 1889, DAN SEMUA MILIK ATAS NAMA:
    1. PANGERAN MOULANA MOHAMMAD JALALUDIN IBNI PANGERAN MOULANA ABD RAUF
    2. PANGERAN MOHAMMAD SALLEH IBNI RAJA MOHAMMAD ABDUL SALAM

    -----RADEN ( MALANG ) SHAHPUTRA INDERA KESUMA SAKTI IBNI ALMARHUM SHEIKH MOULANA KAMALUDIN IBNI ALMARHUM SHEIKH MOULANA KHARUN IBNI ALMARHUM SHEIKH MOULANA ALFALIQ IBNI ALMARHUM SHEIKH MOULANA AL-KAUTSAR----

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdra Shahbandar Muhammad Salleh ini bukanya berketurunan ketabat di Raja Brunei jadi dia tiada hak untuk bergelar Pengiran kerana ayahandaa

      Delete
    2. Sdra Shahbandar Muhammad Sallleh bukan Pengiran keran bapa orang biasa hanya ibu saja keturunan Pengiran tiada hak bergelar Pengiran

      Delete
  22. Moga tanah Karambunai akan dapat dikembalikan semula kepada pewaris yang berhak...aamiin

    ReplyDelete
  23. Abdul Rashid iskandar bukan mat salleh tapi pacik mat salleh. Nama mat salleh sebenar mohamad salleh bin Datu Abdul Salleh@Datu Butoh,

    ReplyDelete
  24. Sultan Omar Saifuddin Ali 2 mempunyai 2 orang anak iaitu Pengiran Anak Muhammad Salleh & Pengiran Anak Hashim.Boleh ceritakan berkenaan Salasilah Pengiran Anak Hashim.Terima kasih.

    ReplyDelete
  25. Perlu jua kaji lagi mendalam saiapa ka sebanar pengiran abdul raub ani .. Kerana dulu anak sultan abdul momin 1 lari ke sabah kerana selamatkan diri . Kemungkinan pg abdul raub ani tengku makota sultan abdul momin 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak Sultan Abdul Momin yng lari ke Sabah menyemar diri sebagai Biru nama sebenar Pg Muda Ssrifuddin waris ada di Kg Kota Belud, Kota Belud Sabah dan ada menyimpan sebilah keris yng tiada sarungnya

      Delete
  26. ASSALAMMUALAIKUM...INGIN BERTANYA KEPADA KALIAN...DIMANAKAH TERLETAKNYA MAKAM PENGIRAN RAJIT?

    ReplyDelete