Wednesday, 31 December 2014

Pengiran Abdul Rauf Bin Pengiran Abdul Rajit

Raja Mengkabong

Catatan lisan penjaga Gunung Kinabalu......

Mengkabong
Yakinlah bahawa KARAMBUNAI atau MENGKABONG dan kawasan kawasan yang di bawah jajahannya dari Ambong ke Napas (Nagapas) adalah hak milik SUNGAI TULIN Al Mahrum Pengiran Abdul Rauf Ibnu Al Mahrum Pengiran Abdul Rajit yang diwasiatkan oleh Pakcik baginda Pengiran Jeludin @ Jalaluddin Ibnu Al Mahrum Pengiran Temenggong Abdul Rauf. 

Mengkabong pada suatu masa merupakan pusat masyarakat Bajau yang terbesar selain daripada Tempasuk dan mempunyai angkatan perang sehingga 1,000 orang.



Menurut catatan Hugh Brooke Low "The Bajus are scattered along the coast, their principal settlements being at Mengkabong and Tampasuk. At Mengkabong they appear numerous, and perhaps could muster 1,000 fighting men ; at Tampasuk, they estimate their own number at 600 ; at Pandasan, 400 ; at Abai, Sulaman, and Ambong, there are a few. Their origin is involved in obscurity : they are evidently strangers. They self-style themselves Orang Sama, or Sama men. "

Pengiran Abdul Rauf merupakan seorang anggota keluarga atau kerabat Sultan Brunei tetapi atas sebab sebab tertentu dengan golongan istana pada ketika itu maka Pengiran Abdul Rauf membuat keputusan untuk tinggal jauh dari Brunei dan menetap di Sungai Tulin miliknya di Mengkabong

Mengikut catatan Peter Leys "sistem pungutan poll-tax atau cukai kepala ada sedikit kelainan dari biasa tetapi perlaksanaannya jelas dan telah di terima pakai oleh masyarakat ketika itu. Contohnya seperti di Mengkabong di mana Pengiran Abdul Rauf setiap tahun memungut cukai kepala atau poll-tax daripada setiap ketua keluarga dan apabila ketua keluarga tersebut pindah ke Papar Pengiran Abdul Rauf masih menghantar wakil beliau memungut cukai kepala terhadap ketua keluarga tersebut di Papar".

Mengikut catatan DS Ranjit Singh "Pengiran Abdul Rauf melantik beberapa orang pegawai untuk membantu beliau seperti  Datuk Bandar, Datuk Temenggung, Datu Pemanca dan Orang Kaya Laksmana selain Ketua ketua Kampung dan Pemimpin Masyarakat".

Pada tahun 1879 Pengiran Abdul Rauf berusia 70 tahun masih mempunyai pemikiran yang tajam dan mampu membuat keputusan yang baik. Pengiran Abdul Rauf mempunyai dua bendera Mengkabong sendiri. Jika Pengiran Abdul Rauf berada di Mengkabong, beliau akan menaikkan bendera Singa Merah berlatar belakang warna putih. Jika Pengiran Abdul Rauf berlayar beliau akan mengebarkan bendera Singa Putih berlatar belakang warna merah. (Rujuk HL Leicester 1-7 April 1879 (CO 874/73) dan Treacher to Alcock 15 July 1883 Governor Despatch 119/1883 (CO 874/235))



Warna kuning melambangkan Kesultanan Brunei. Singa Merah seperti lambang bendera Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit.

Tanah jajahan Sungai Tulin Menggatal, Mengkabong, Api-Api, Sembulan, Napas dan Tambalang milik Pengiran Jalaluddin Ibnu Pengiran Abdul Rauf telah diserahkan kepada British North Borneo Company dalam perjanjian 23.3.1898 dan seterusnya Sultan Hashim menyerahkan Sungai Tulin ini dalam perjanjian 30.3.1898 (CO 874/54).






British North Borneo mempunyai lambang dua orang dayak memegang perisai dan parang dengan tulisan "PERGO ET PERAGO" yang membawa maksud saya laksanakan dan capai.

Tidak ada bangsa dari apa keturunan sekali pun boleh mempertikaikan surat wasiat itu waima sekali pun dari keturunan saudara kandung Al Mahrum Pengiran Abdul Rauf iaitu Pengiran Mohamad Daud (Menggatal). 

Salinan surat wasiat ini dan sesalin surat wasiat itu ada dalam simpanan Pusat Sejarah Negara Berunai Darussalam..

Wilayah-wilayah Negeri Karambunai yang di pajak oleh pihak Inggeris itu termasuklah:

  1. Membakut
  2. Tuaran
  3. Mengkabong
  4. Menggatal
  5. Inanam
  6. Api-Api
  7. Sembulan
  8. Nafas Tambalang
  9. Kinarut 
  10. Pengalat Besar

Persempadanannya sampailah ke tangga Gunung Kinabalu.

Yakinlah bahawa kawasan kawasan yang disebut dalam surat wasiat itu adalah pada asalnya dianugerahkan oleh :

Al Mahrum Kebawah Duli Sultan Omar Ali Saifuddin I kepada anak perempuannya yang bernama Pengiran Siti Khadijah @ Puteri Babau yang kemudiannya telah diperisterikan oleh Al Mahrum Pengiran Temenggong Abdul Rauf

Antara zuriat mereka adalah Pengiran Jeludin @ Jalaluddin dan Pengiran Fatimah. Pengiran Jeludin tidak ada zuriat. Pengiran Fatimah diperisteri oleh Pengiran Abdul Rajit ibnu Al Mahrum Pengiran Pemanca Harimau Mohamad Daud, nasab keturunan Al Mahrum Kebawah Duli Sultan Mahyudin yang bersaudara dan berseteru dengan Al Mahrum Kebawah Duli Sultan Hakkul Mubin. (Sila Rujuk Perang Pulau Cermin)

Al Mahrum Pengiran Abdul Rauf ibnu Al Mahrum Pengiran Abdul Rajit ada lah Raja Mengkabong dan seluruh kawasan jajahan tulinnya dan melalui perkahwinannya dengan Pengiran Jamaliah, mereka hanya dikurniakan tiga orang anak ia itu Pengiran Abdullah, Pengiran Aisah dan Pengiran Jalaluddin.

Wasiat Al Mahrum Pengiran Abdul Rauf amat terang sekali bahawa Karambunai adalah tempat penghidupan dan perkuburan anak cucunya dan tidak boleh dijual dan digadai atau apa cara sekalipun.

Maka sesiapa yang ingin menuntut Karambunai haruslah membuktikan bahawa dia adalah dari keturunan Pengiran Abdullah, Pengiran Aisah dan Pengiran Jalaluddin. Selain dari zuriat tiga bersaudara ini, tuntutan tuntutan dari pihak pihak lain adalah palsu dan mengelirukan.

Sebahagian sejarah asal usul Karambunai itu sendiri sebenarnya menyatakan bahawa ia milik Al Marhom Pengiran  Abdul Rauf. Asalnya Karambunai hanya sebahagian kecil kawasan kepunyaan Pengiran Abdul Rauf bersama isterinya Pengiran Jamaliah. 

Sejarah Karambunai memahatkan bahawa hanya apabila umur Pengiran Abdul Rauf telah lanjut, beliau tinggal bersama salah seorang anak lelakinya yang sulung di Karambunai di suatu kawasan yang bernama Mempagung (kawasan berhampiran SK Karambunai). 


Di Mempagung ini terdapat sebuah rumah besar tempat mereka tinggal. Tidak ada istana atau mahligai indah di Karambunai, hanya sebuah rumah besar yang mereka diami anak beranak dan saudara mara kerabat. 

Kehidupan kerabat diraja ini seperti orang biasa tapi dikelilingi orang orang Kampung yang bekerja sebagai ulun. Ulun-ulun inilah yang bekerja antaranya menyediakan makanan yang banyaknya seperti kenduri untuk ulun-ulun lain yang bekerja dengan pemerintah Karambunai pada masa itu. 


Makam Almarhum Pengiran Besar Abdullah Ibnu Pengiran Abdul Rauf
Makam anak sulungnya berada di Tanah Perkuburan Kerabat di Karambunai. 
Tercatat jelas nama beliau di batu nisan tersebut dalam tulisan huruf jawi lama. 

Kononnya di Karambunai ini terdapat banyak kerbau liar dan kerbau liar inilah yang menjadi sembelihan untuk memberi makan ulun selain daripada hasil-hasil tangkapan laut. 

Apabila British meminta kawasan kawasan tertentu untuk diserahkan kepada British, Karambunai tidak termasuk dalam penyerahan tersebut. Malangnya kerabat yang tinggal di Karambunai meneruskan milik Pengiran Abdul Rauf itu menjadi kucar-kacir atas ketamakan dan kerakusan penjajah itu. 

Mengikut dokumen awal, Karambunai tidak pernah diserahkan kepada British dan tidak pernah dijajah oleh British. Sejarah asal usul Karambunai dan pemerintahnya amat berkait rapat dengan Sejarah Kesultanan Brunei di Negara Brunei Darussalam kerana sejarah mencatatkan Borneo Utara adalah sebahagian kawasan takluk Kerajaan Brunei sebelum diambil alih oleh British.

Pengiran Siti Fatimah anak kepada Pengiran Jalaluddin Ibnu Pengiran Abdul Rauf. Pengiran Abdul Rauf pernah diistiharkan sebagai Raja di Mengkabong. Kalau mengikut catatan sejarah la, sebenarnya kedatangan Pengiran Siti Fatimah ke Karambunai 'terkemudian lagi'. 

Sebabnya Pengiran Jalaluddin asalnya bukan duduk di Karambunai. Pengiran Jalaluddin mulanya duduk di Labuan dan Brunei sahaja. Yang duduk di Karambunai cuma Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit sama salah seorang anaknya lelaki yang tertua (pengesahan kebenaran kubur anaknya) telah dibuat masa penyelidikan Pusat Sejarah Brunei di Karambunai sekitar di sekitar awal tahun 1990an dulu! Anaknya inilah yang menjadi Ketua di Karambunai atau sebagai Imam Besar di Karambunai antara sekitar tahun 1850an-1880an!

Pengiran Anak Siti Katijah (pemilik sungai tulin) anak kepada Sultan Omar Ali Saiffuddin 1 adalah isteri kepada Pengiran Temenggong Abdul Rauf (Keturunan/zuriat Sultan Hakkul Mubin yang kalah dalam Perang Cermin). 

Sebenarnya Pengiran Temenggong Abdul Rauf mempunyai anak anak lain daripada isteri yang lain (mengikut salasilah ada 10 orang).

Bagaimana Pengiran Anak Siti Fatimah dapat kawasannya adalah berdasarkan Surat Wasiat yang ditulis bertarikh 18 Rabiul Awal 1238 Hijrah. Lebih kurang beginilah bunyi surat wasiat tersebut (di tulis dalam 3 versi tulisan- Jawi, Rumi dan Inggeris)....

”Bahwa masa itu ada maniatakan, maka adalah kita Pangeran Jalaludin Bin Pangeran Tommonggong Abdul Raop, telah membuat surat katrangan dan peringatan ini supaya meniatakan kapada mana bangsa orang maka inilah kita Pangeran Jalaludin manugrahkan, yang pasal waris pusaka negri yang tersebut di bawah ini, kapada anaknda Pangeran Abdul Raop, serta dengan keizinan keredaan hati kita yang tersebut nama negri seperti Mangkabong dan Kinarut yang tulin, Manggatal saparuh yang stengahnia adinda Pangeran Patimah punia, maka mana-mana yang tersebut negri waris pusakania yang diizinkan oleh Pangeran Jalaludin kapada anaknda Pangeran Abdul Raop yang telah tersebut tiada buleh di batalkan oleh waris dan sanak saudarania, atau mendawa pada anaknda Pangeran Abdul Raop, betul Pangeran Mohamad Daud dan Pangeran Abdul Raop itu kaduania anaknia tetapi Pangeran Abdul Raop yang dibuatkania anak dia ambil dari kachi sampai besar dia piara sebab itu negri waris pusaka Pangeran Jalaludin diwariskannia kapada anaknda Pangeran Abdul Raop yang telah tersebut di atas itu, sahlah dengan trangnia.” Tertulis pada 18 hari bulan Rabbil awal jam pukul 10 1238.

Ini lah antara asal usul Karambunai itu, siapa pemilik sebenarnya ada tertera dalam surat wasiat. Pusat Sejarah Brunei Darussalam amat maklum dengan sejarah ini. Apa yang dicatatkan di atas serba sedikit sahaja antara dokumen yang sebenarnya boleh menceritakan asal usul Karambunai dan pemiliknya. 

Mudah-mudahan anak cucu keturunan Pangeran Abdul Raup diberi Allah SWT hidayah dan petunjuk agar milik nenek moyang mereka ini kembali kepada mereka semula kerana mereka lah sebenarnya yang lebih berhak untuk mewarisi Karambunai! Amin!

Kebanyakan pengiran-pengiran keturunan zuriat Sultan Hakul Mubin mendiami kawasan daripada Kinarut sampai lah ke Sipitang! Sebenarnya Pengiran Abdul Rauf (Raja di Mengkabong) sendiri sudah mengagih agihkan kawasan kepunyaannya kepada anak anak cucunya. 

Cuma tiadalah bergeran macam sekarang. Orang dulu dulu sudah sedia maklum dan tidak mengacau kawasan orang lain!

Untuk pengetahuan, Pengiran Abdul Rauf ini keturunan daripada Sultan Muhiyidin (sebelah bapa - Pengiran Abdul Rajit) dan keturunan Sultan Hakul Mubin + keturunan Sultan Omar Ali Saifuddin 1 (sebelah mama-Pengiran Fatimah tua). 


Ini semua boleh dijadikan asas panduan kalau mau tau asal-usul Karambunai.


Salah satu cara keturunan pengiran pengiran ini mengekalkan gelaran keturunan mereka antaranya dengan mengulang-ulang semula nama keturunan mereka (diturunkan nama tersebut) kepada anak cucu. Bagi yang tau asal usul keturunannya memang akan menurunkan nama-nama nenak moyangnya kepada anak-anak cucu mereka. Sebab itu lah mereka ini sangat sangat menjaga salasilah keturunan mereka supaya nama nama tersebut tidak pupus. 

Suami kepada Pengiran Anak Siti Katijah bergelar Pengiran Temenggung Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rahman. Anak kepada Pengiran Fatimah (Tua) pun Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit (Raja di Mengkabong). Anak kepada Pengiran Mohd Daud (seperadian Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit) pun ada yang memakai nama Pengiran Abdul Rauf.

Pengiran Besar Abdullah cicit kepada Pengiran anak Siti Katijah (Pengiran Besar Abdullah Ibnu Pengiran Abdul Rauf). Anak perempuan Pengiran Besar Abdullah bernama Pengiran Halimahtul Saadiah , meninggal di 'suatu tempat' di utara Negeri Sabah. Anak-anak cucunya kalau tidak silap ramai di kawasan Tuaran , Kota Belud dan Kudat.

Anak lelaki Pengiran Besar Abdullah mempunyai ramai zuriat lelaki! Membawa diri kerana dituduh bersubahat dengan Paduka Mat Salleh membakar Pulau Gaya dan menentang penjajah. Tempat pertama dituju beliau semasa keluar dari tanah Karambunai ialah sebuah kampung di Inanam atas tujuan untuk mencari mak ciknya (seperadian dengan Pengiran Besar Abdullah dan Pengiran Jalaludin), kemudian ke Papar (termasuklah kawasan Pimping membakut) ada saudara saudara moyangnya Pengiran Temenggung Abdul Rauf di sana. Akhir sekali menuju ke utara Negeri Sabah, menetap, beranak-pinak dan menghembuskan nafasnya di sana. 

Sebagaimana bapanya, anak lelaki ini juga seorang yang berilmu pengetahuan tinggi dalam agama. Sanggup membuang gelaran darjatnya menjadi orang biasa/kebanyakan. Katanya, Tidak guna jadi Pengiran, kalau tiada negeri untuk diperintah! Orang tua tua di Karambunai tau cerita ini. Selepas 50 tahun menyembunyikan diri, dia kembali ke Karambunai untuk menjenguk kubur ibubapanya. Masa itu Pengiran Siti Hafsah yang memegang Karambunai. Pengiran Siti Hafsah maklum hal ini.

Kisahnya yang menyedihkan di bawa mati, alhamdullilah anak cucunya kini ramai yang 'menjadi'. Mungkin kerana berkatnya keturunan, pegangan agama dan darah yang mengalir dalam jasad mereka.

Masih ada saki baki waris pengiran yang menetap di Karambunai itu. Mereka tidak mahu keluar dari tanah Karambunai kerana 'amanat nenek moyang' walaupun tau kedudukan tanah yang mereka pijak itu. Mereka tau tentang kubur-kubur waris Pengiran Abdul Rauf termasuklah kubur Pengiran Siti Fatimah (muda). 

Karambunai ini dulu di kenali sebagai kawasan gentisan kalau tidak silap. Tapi jika di lihat dalam treaty, kawasan yang diserahkan BNBC kepada waris Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit ( pemerintah asal di Karambunai) memang ada di tanda dalam Lease of Land no 228. Agaknya nama Karambunai digunakan sejak Pengiran Fatimah (muda) 'mengambil alih kuasa mentadbir atau masa geran asal (treaty) pandai pandai 'diubah' oleh orang-orang tertentu untuk kepentingan mereka. Wuallahualam. 


Tapi yang nyata dan jelas kawasan yang bertanda dalam peta merujuk treaty adalah tanah pusaka Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit. Nama Karambunai ini merujuk kejadian kapal Brunei karam di kawasan Sungai Karambunai yang muaranya Kuala Sungai Mengkabong.

Memang Sultan Omar Saifuddin Ali 2(SOSA 2)(1828-1852) mempunyai putera antaranya bernama Pengiran Anak Muhammad Salleh dan Pengiran Anak Hashim. Selepas saja SOSA 2 , diganti oleh Pengiran Anak Abdul Momin (Ibnu Pg Shahbandar Pg Anak Abdul Wahab Ibnu Sultan Omar Ali Saifuddin 1) menjadi sultan Brunei. 

Semasa Sultan Abdul Momin (1852-1885) , baginda memang berniat hendak menurunkan taktha kepada zuriat SOSA 2. Kalau mengikut ’sejarah’, Pengiran Anak Muhammad Salleh berkahwin dengan Pengiran Babu Zakiah binti Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Badaruddin beranakkan Pengiran Anak Nur Alam yang berkahwin dengan Pengiran Pemanca Pengiran Anak Muhammad Salleh 2 bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Anak Abdul Kahar. 


Pengiran Anak Nur Alam beranakkan antaranya Pengiran Anak Tengah (Pengiran Babu Raja) yang berkahwin dengan Pengiran Tua Omar Ali bin Pengiran  Pemanca Pengiran Muhammad Salleh 1. Selepas Sultan Abdul Momin mangkat, masa itu Pengiran Pemanca Pengiran Anak Muhammad Salleh Ibnu Sultan Omar Ali Saifuddin 2 telah mangkat. Jadi, taktha diserahkan kepada Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin.

Padas Damit itu adalah milik Raja Padas iaitu Pengiran Shahbandar Hassan, bukan ada hubung kait dengan Pengiran Shahbandar Mohd Salleh. Pengiran Shahbandar Hassan meninggal dunia di Tanah Suci dan ahli warisnya ada di Brunei…….. Pengiran Shahbandar Hassan orangnya bukanlah Shahbandar Mohd Salleh.. 

Shahbanar Mohd Salleh ini sepupu dua kali kepada Pengiran Siti Fatimah kerana Pengiran Jalaluddin itu sepupu dengan ibu Shahbandar Mohd Salleh iaitu Pengiran Siti Lauyah dan isteri Pengiran Abd Rauf itu iaitu Pengiran Jamilah itu adik beradik dengan Dato Shahbandar Mohd salleh iaitu yang bernama Pengiran Indera Mahkota Mohd Salleh, Gabenor Sarawak yang pertama. Kerana Pengiran Indera Mahkota ini dengan Pengiran Jamilah anak kepada Pengiran Syarmuda Pengiran Saifuddin.

Memang nyata tercatit semasa Queen Elizabeth memerintah di Sabah dan Pulau Labuan, dimana kerajaan British mengakui Sabah millik Kesultanan atau constituation sendiri, Queen mengiktiraf Sabah milik kesultanan Brunei sebenarnya berdasarkan kepada perjanjian Sultan Abd Momin Sultan Brunei ke-24 dengan Born de Over Back bertarikh 29.12.1877 dengan kadar sewa sebanyak $15, 000 setahun tidak termasuk negeri Padas Damit dan negeri wilayah Karambunai

Bukan Brunei tak tuntut Sabah, warisan kesultanan Brunei silam ada dalam Sabah. Kita harus menghormati negara jiran dan sahabat demi umat Islam dan rakyat sekalian.

Kalau bukan Pengiran Siti Aisah Ibnu Pengiran Abd Rauf itu ibunya, bagaimana mungkin Paduka Mat Salleh itu kuat pengaruhnya dalam kalangan orang-orang Mengkabong dan Inanam. Inanam adalah antara kawasan Pengiran Abdul Rauf yang diperolehinya melalui wasiat pakciknya Pengiran Jalaluddin yang seperadian dengan Pengiran Siti Fatimah (tua). 
Paduka Mat Salleh
Paduka Mat Salleh atau nama penuhnya Datu Sharif Abdul Rashid Bin Datu Sharif Mohammad Salleh mempunyai alasan yang kukuh sebenarnya mempertahankan kawasan Inanam kerana Inanam adalah sebahagian sungai tulin anugerah Sultan Brunei kepada keturunan ibunya! Kemungkinan Paduka Mat Salleh tidak berpuas hati dengan Treaty 23 mac 1898 yang dimeterai antara BNBC dengan Pengiran Jalaluddin Ibnu Pengiran Abd Rauf kerana semua kawasan kepunyaan Pengiran Abdul Rauf termasuklah Inanam diserahkan kepada British sebagai ganti rugi atas kerugian kebakaran oleh paduka Mat Salleh dan pengikut pengikutnya di pulau Gaya kecuali Karambunai! 






Kebanyakan buku sejarah menyatakan ibu Paduka Mat Salleh adalah keturunan Bajau tapi tidak dinyatakan siapa! sebenarnya Ibu Paduka Mat Salleh adalah kerabat Sultan Brunei dan Pengiran Jalaluddin yang membuat perjanjian dengan British itu sebenarnya pak cik kepada Paduka Mat Salleh. 

Tidak hairan lah jika British menuntut gantirugi kepada Sultan Brunei kerana British mungkin maklum hubungan antara Paduka Mat Salleh dengan kerabat Sultan Brunei ketika itu. 

Menggatal adalah kawasan Pengiran Mohamad Daud seperadian dengan Pengiran Abdul Rauf. Apabila semua kawasan Pengiran Abdul Rauf diserahkan tidak ada yang tinggal kecuali Karambunai yang ketika itu didiami oleh Pengiran Besar Abdullah anak beranak dan ayahndanya Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit! 

Makam Pengiran Besar Abdullah ada di tanah perkuburan Kerabat di Karambunai tetapi makam ayahndanya tidak dapat dipastikan kedudukannya manakala makam Pangeran Jalaluddin adinda kepada Pengiran Besar Abdullah dipercayai lokasinya di Utara Negeri Sabah.

Semasa Paduka Mat Salleh menyerang dan membakar Pulau Gaya, Pengiran Siti Fatimah (muda) anak kepada Pengiran Jalaluddin itu tidak berada di karambunai! Pengiran Jalaluddin itu sendiri pun duduknya di pulau Labuan bukan di Karambunai ketika itu. 

Hanya selepas kekandanya Pangeran Besar Abdullah terbunuh di Karambunai semasa kekacauan berlaku antara penduduk tempatan dengan British baru lah Pangeran Jalaluddin turun ke Karambunai bersama-sama anak-anak beliau termasuklah Pengiran Siti Fatimah!

Salasilah-salasilah keturunan warisan warisan kesultanan di Borneo ini ada dalam simpanan nenek dan Pusat Sejarah Brunei. 

Ini adalah sedikit sahaja cerita tentang keturunan Paduka Mat Salleh. 

Apabila Sultan Muwali Wasut Bungsu iaitu Pengiran Syahbandar Maharaja Lela memerintah pada 1595-1640 lahirlah anaknya puteri sulu yang berkahwin Sultan Qudarat (Nasiruddin) dan beranakkan Sultan Saiffuddin Dundang Tidulay dan beranakkan Sultan Muhammad Shah ( Qudarat ) Barahman dan beranakkan Sultan Muhammad Jaafar Sadik Manamir (sahidwafat) dan beranakkan Sultan Muhammad Khairuddin, beranakkan Sultan Kibad Shariyal iaitu Muhammad Azimuddin Amirul Umara dan beranakkan Alam Shah (Alamsa Juikarnain dan beranakkan Sultan Iskandar Qadratullah Muhammad Jamalul Alam dan beranakkan Datu Sharif Muhammad Salleh berkahwin dengan Pengiran Siti Aisah Bte Pengiran Abd Rauf adik beradik dengan Pengiran Jalaluddin. 

Perkahwinan Datu Sharif Muhammad Salleh dengan Pengiran Siti Aisah lahirlah Datu Sharif Abdul Rashid yang bergelar Paduka Mat Salleh. Isteri Paduka Mat Salleh yang pertama Dang Bandang dan isteri keduanya orang kebenaran. 

Senarai anak-anak paduka mat salleh ini ada di simpan.

Pulau Gaya telahpun Sultan Abd Momin pajakan kepada Over Back pada 29 Disember 1877. Memandangkan pegawai-pegawai British mengenakan cukai kepala kepada penduduk Inanam dan Mengkabung, Paduka naik marah dan membawa orang-orang Inanam dan Mengkabung membakar Pejabat Inggris di Pulau Gaya. Di dalam perjanjian 23hb Mac 1898 ini masih tercatit kenyataan British akibat serangan Paduka Mat Salleh di Pulau Gaya itu. 

Tak perlu ungkit-mengungkit lagi cerita yang sudah berlalu, pentingnya adalah perpaduan kamu semua. Barulah terbuktinya waris keturunan kamu semua. Amin.

Untuk pengetahuan , masih ada seorang tua di Putatan Sabah pernah berjumpa dengan Paduka Mat Salleh. Ketika itu orang tua tersebut berusia 7 tahun, Paduka sendiri mengakui dirinya ada keturunan Pengiran. Pengiran Siti Fatimah Binti Pengiran Jalaluddin tidak pernah menggunakan nama sebagai Pengiran Anak. 

Jelas telah tercatit dalam geran Karambunai dan keputusan Native Court British memutuskan pentadbiran Pengiran Jalaluddin diserahkan kepada anaknya yang bernama Pengiran Siti Fatimah Binti Pengiran Jalaluddin pada 1911. Kenapa ahli kerabat lain tidak mempertikaikan atau menuntut dahulu, sehingga harta tersebut jatuh kepada Pengiran Siti Hamidah Binti Pengiran Mohd Salleh dan Pengiran Siti Hapsah Binti Pengiran Mohd Salleh. Mengapa?? Kerana mereka adalah orang-orang yang berhak di dalam hal ini ketika itu.

Pengiran Anak Fatimah adalah anak kepada Temenggung Abd Rauf cucu kepada Sultan Omar Ali Saiffuddin I. Ia layak mendapat gelaran Pengiran Anak tetapi Pengiran Siti Fatimah Binti Pengiran Jalaluddin tidak ada memakai Pengiran Anak.

Kisah Pengiran Siti Aisah sebenarnya bermula apabila istana mereka terbakar/dibakar di Karambunai berdekatan Kg Gentisan. Setelah itu beliau diselamatkan dan kena bawa ke Kg Kuala Lama. 

Ia dipelihara oleh mama angkat dan bapa angkatnya. Bapa angkatnya berbangsa bajau, mama angkatnya bangsa tatana. Setelah itu beliau berkahwin pertama kali dan dikurniakan 3 orang anak perempuan. Setelah suami pertamanya meninggal, maka beliau berkahwin dengan suami kedua dan mempunyai anak seorang perempuan. 

Apabila sudah diketahui oleh Pengiran Anak Siti Fatimah beliau masih hidup, maka Pengiran Anak Siti Fatimah menjemput makciknya iaitu Pengiran Anak Siti Aisah untuk menemuinya di Karambunai dan menghadiri keramaian disana. Setelah sampai disana, Siti Aisah diperlihatkan segala bunga emas, pelanduk emas, kijang emas dan segala perhiasan yang diperbuat daripada emas.

Pengiran Anak Siti Aisah tidak dibenarkan menginjak tanah dan diusung serta dipayungi emas. Setiap perayaan karambunai, beliau pasti akan diundang sehingga kemangkatan beliau tahun 1940-an. 

Maka hubungan tersebut disambung diteruskan oleh anak ke-4 beliau untuk menghadiri perayaan karambunai. Semasa tahun 60-an, anak ke-4 Pengiran Anak Siti Aisah dijemput untuk menghadiri perjumpaan keluarga dikarambunai atas undangan Pengiran Anak Siti Fatimah. 

Malangnya, Pengiran Anak Siti Fatimah telah meninggal dunia pada tahun 1959. Maka baru diketahui bahawa berita tersebut telah berlalu sekian lama baru sampai ke pengetahuan anak kepada Pengiran Anak Siti Aisah. Cerita ini diceritakan oleh anak ke-4 Pengiran Anak Siti Aisah dan diceritakan kepada anaknya yang ke-10 (bungsu) yang juga menemaninya ke tuaran pada 1962. 

Kepada yang berkenaan janganlah bimbang kerana cerita ini bukanlah mengganggu-gugat sesiapa yang berniat menuntut harta Pengiran Anak Siti Fatimah kerana ini hanya kisah yang sebenar dan kubur Pengiran Anak Siti Aisah binti Pengiran Abdul Rauf berada di tanah perkuburan Kampung Pimping, membakut (taman firdausi).

Segala persoalan tentang asal usul karambunai sudah terjawab seperti yang dibentangkan pada "Buku Prosiding Menjejak sejarah Kesultanan Brunei di Sabah dalam Seminar Sejarah Borneo Kali Ke-2". Pewaris sebenar ada menghadiri seminar tersebut dan saya yakin bahawa hanya pewaris ydari Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit, pemilik asal Karambunai, tahu akan sejarah Karambunai secara detail. 

Walau pun sejarah Karambunai yang dibentangkan itu banyak berunsurkan tradisi lisan tetapi sumbernya mesti terbit dari sesorang yang yang mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga Pengiran Abdul Rauf. Maka bagi yang menuntut Karambunai, selidikilah dengan lebih mendalam lagi asal usul kalian kerana saya yakin bahawa sejarah tentang keluarga Pengiran pengiran di Karambunai ada pada keluarga Pengiran Abdul Rauf. 


Apa yang ditakuti nanti jika kita main akun akun sahaja akan terbit cerita cerita yang tidak baik seperti keturunan sipolan bin sipolan adalah dari keturunan anak angkat, anak tiri, anak luar nikah/anak gundik, anak tukang payung Pengiran, anak wakil pemungut cukai dan lain lain lagi kerana seperti apa yang saya lihat pada paparan.


Salasilah Pengiran pengiran di Karambunai yang dikeluarkan oleh Pusat Sejarah Negara Berunai Darussalam, ramai yang menuntut Karambunai, tiada hubungan darah dengan Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit. 

Dalam pengkajian tentang Pengiran pengiran yang tinggal di kawasan kawasan "Tulin" yang dimiliki oleh Pengiran Abdul Rauf (keturunan nasab Sultan Muhyiddin) terutama Mengkabong, Menggatal, Karambunai, Inanam, Tuaran, terdapat juga ramai orang orang dari keturunan Sultan Jalilil Jabbar/Pengiran Abdul Mumin Amirul Faza @ Raja Tua; Sultan Hakkul Mubin / Pengiran Temenggong Abdul Rauf; Pengiran Shabandar Abdul Wahab Ibnu Sultan Omar Ali Saifuddin 1; Datu Datu dari Sulu dan lain lain lagi. 

Maka kajilah perkara ini mudah mudahan tuan tuan menemui susur jalur keturunan tuan tuan yang sebenarnya.

Almarhom Pengiran Abdul Rauf mangkat pada tahun 1885. Tidak pernah meninggalkan wasiat kepada sesiapa siapa pengantinya. Kemangkatanya jua menjadi tandatanya bagaimana, di mana kuburnya yang bertanda cuma kubur puteranya Pengiran Besar Abdullah di Karambunai

13 tahun selepas kemangkatannya barulah 12 tulinnya termasuk Karambunai jatuh ke tangan British Company yang bersaing dengan Rajah Brooke untuk memperolehi tulin-tulinnya. 

Karambunai diberi kepada semua keturunan Pengiran Abd Rauf kerana semua tulinnya diambil British. Pengiran Abdul Rauf tidak pernah tunduk kepada British, sehingga mati tiada satu tulinnya jatuh ke tangan British kecuali Pengalat Besar. 


13 tahun keturunannya bertahan di Karambunai meneruskan warisannya sehinggalah mereka terpaksa keluar kerana mau dijarah company yang menuduh mereka bersubahat dengan Paduka Mat Salleh membakar Pulau Gaya. 


Selepas 13 tahun barulah Pengiran Jalaludin membuat perjanjian kerana Sultan Brunei dituntut oleh company untuk membayar semua gantirugi!. Kenapa dalam perjanjian 1898 Pengiran Jalaludin dilantik sebagai PENTADBIR saja? 

Sebab Almarhom Pengiran Abdul Rauf mempunyai keturunan yang lain yang telah teraniaya apabila tanah-tanah nenek moyang mereka diambil company. 

Sampai kini keturunan Pengiran Abdul Rauf masih teraniaya...

Siapakah Pengiran Abdul Rauf ini sebenarnya? Kalau menurut jurnal Penjajah British, semasa Rajah Brooke bertemu dengan Sultan Abdul Momin, Rajah Brooke mengatakan bahawa Kerajaan Brunei tidak berhak untuk menjual :"the country lying to the north of Kimanis Bay, as the country had for generations been quite independence of Brunei Rule; the people were living under their own laws and customs, and under their own chiefs who were termed Sultan by the inhabitants, and had power of life and death".

Rajah Brooke juga telah berjumpa dengan Pengiran Abdul Rauf yang dengan tegas mengatakan bahawa dia tidak akan membenarkan mereka mengambil : "ANY PARTS of his country or rights"

Seterusnya Rajah Brooke :"cautioned the Pengiran against using any weapons or fighting but said he CONSIDERED THEY QUITE JUSTIFIED IN HOLDING WHAT HAD BELONGED TO THEM IN GENERATIONS".

Seterusnya Pengiran Abdul Rauf telah meninggalkan Rajah Brooke, dan semasa hendak pergi dia mengatakan :"that he would not sell his rights, that HE WOULD RATHER DIE THAN ALLOW THEM TO PASS INTO OTHER HANDS".

Pengiran Abdul Rauf, seorang yang amat berpegang dengan prinsip dalam mempertahan hak tulin keturunannya sehingga sanggup 'berbalah' dengan sultan pada ketika itu. 

Disebutkan :"...Pengiran Abdul Rauf, The Chief of Bajau, had protested against this (cession), and that there was at present a dispute going on between him and the Sultan of Brunei upon this point".

Disebabkan kekerasan hatinyalah yang menyebabkan pihak Penjajah British tidak berjaya mendapatkan Karambunai. Disebabkan kekerasan hatinya jugalah British hanya memperolehi karambunai selepas 13 tahun dari kemangkatannya, iaitu pada tahun 1898 melalui anak beliau Pengiran Jalaluddin, yang tinggal di Labuan dan tidak tinggal bersama beliau semasa beliau masih hidup di Karambunai.

Apapun, andai sekiranya Pengiran Abdul Rauf masih hidup, perjanjian tahun 1898 oleh Pengiran Jalaluddin kepada British Company dipercayai tidak akan berlaku, apatah lagi keadaan kucar kacir sepertimana yang telah berlaku sekarang ini. Mengambil iktibar akan ketegasan dan kekuatan semangat Pengiran Abdul Rauf ini, yang rela mati daripada melihat haknya jatuh ketangan orang lain, anak cucunya juga sepatutnya bermati-matian mempertahankan dan memperjuangkan hak keturunan mereka.

Rujukan : 

1. Hugh Brooke Low
2. Peter Leys, 
3. DS Ranjit Singh
4. HL Leicester 1-7 April 1879 (CO 874/73) dan Treacher to Alcock 15 Juluy 1883 Governor Despatch 119/1883 (CO 874/235 
5. Cerita Lisan

Raja Bajau



Pengiran Abdul Rauf Bin Pengiran Abdul Rajit Bin Pengiran Pemancha Harimau Daud - Mengkabong

Karambunai.. 

Lagenda Sebuah Kedaulatan Bangsa Diraja

Mengimbas kenangan saya menyusuri pantai Karambunai satu ketika dahulu,batu batuan kecil umpama berlian yang berkilauan bersinar dibawah panahan cahaya bulan. Deru angin yang bertiup umpama suara tangisan bumi Karambunai. Menangisi ranjau dan liku liku kewujudannya di muka bumi ini.

Bumi Karambunai ini menyimpan seribu satu kisah yang tidak ramai diantara kita yang mengetahuinya.Salah satu daripadanya adalah kisah perjuangan Datu Paduka Pengiran Sharif Mat Salleh, seorang manusia yang sehingga ke akhir hayatnya hidup diburu demi mempertahankan kedaulatan bumi Karambunai ini. Perginya tanpa kubur, tanpa tanda,tanpa pusara untuk dikenang.DPPS sebenarnya tidak mati semasa serangan di Tambunan seperti yang ditulis dalam sejarah.Beliau pernah dikesan di Kudat,Kota Belud, Sembulan dan Kg Benoni Papar dengan menggunakan identiti yang berlainan.

Antaranya Datu Abd Salam,Hj Salam,Pengiran Salim dan bermacam nama,Tapi orang yang sama. Arwah datuk saya juga pernah menemuinya sekitar tahun 1920an di Kg Labuan/Taun Gusi Kota Belud.Kerana sudah menjadi kebiasaannya melawat saudara2nya disana. Bermusafir 2-3 hari kemudian hilang tanpa disedari.Dengar khabar,dia sudah berada di Kudat dan berkirim salam melalui utusan2 dari Kudat. Seperti yang kita tahu,DPPS Mat Salleh adalah berketurunan Suluk di sebelah ayahnya dan Bajau Inanam di sebelah ibunya.

Setakat itu yang diceritakan kepada kita dalam buku sejarah.Tapi siapakah gerangan wanita yang telah mengandung dan melahirkan pahlawan terbilang ini.Saya merasakan sudah tiba masa untuk kita mengetahuinya setelah sekian lama ianya disembunyikan dari kita. Kalau kita kaji sejarah sebenar DPPS Mat Salleh,ternyata beliau jauh lebih hebat dari apa yang digambarkan kepada kita.

Adakah hanya kerana beliau seorang pahlawan yang handal,beliau dengan mudahnya mendapat sokongan masyarakat di Inanam,Menggatal,Mengkabong dan kawasan sekitar.Tentu sekali tidak!!

Melainkan ada sebab2 yang lebih relevan.Jawapannya adalah keturunan. Keturunan ibunyalah yang membuatkan DPPS Mat Salleh berpengaruh di kawasan pantai barat Sabah. Ibunya Pengiran Siti Aisyah hasil perkahwinan Pengiran Abd Rauf dengan Pg. Jamilah.Pg Abdul Rauf adalah anak kepada Pg Abdul Rajit yg berkahwin dgn Pg Fatimah anak kepada Temenggung Abd Rauf yang berkahwin dengan Pg. Anak Siti Khadijah @ Puteri Babau,puteri Sultan Omar Ali Saifuddien 1 Sultan Brunei yang ke 18.

Negeri Karambunai adalah anugerah Sultan kepada puterinya Pg Anak Siti Khadijah,diwariskan sampailah kepada Pg Abd Rauf, datuk kepada DPPS Mat Salleh sebelah ibunya.Negeri Karambunai adalah berstatus Sungai Tulin, tidak boleh diserahkan kepada sesiapa.. Ianya meliputi Mengkabong,Tambalang(kini Tuaran),Napas,Inanam dan Menggatal,Api2 (KK), Simbulan, Tg Aru, Dumpil, Kinarut dan Kawang, Pulau Dinawan sampailah ke Membakut dan Kota Lama(Binsulok)..

Selain dari geran L 228 yang ditukar kepada L 9117 dan PL 623 iaitu Karambunai dan Pulau Uda Besar,seluruh wilayah negeri Karambunai telah dipajakkan kepada British sebagai gantirugi kepada pos SBBU British di Pulau Gaya yang dibakar DPPS Mat Salleh dan pengikutnya pada tahun 1897.

(Tidak pasti betul kah DPPS yang bakar,atau mungkin kerja talibarut British. Istilah orang orang muda sekarang macai..mereka buat hal,buat kecoh,buat kacau.Lepas itu tuduh pengikut parti lawan yg buat.Tak habis habis spesis manusia seperti ini di atas muka bumi.

Di zaman British spesis ini jadi tali barut menggadai maruah dan kedaulatan bangsa. Dan peristiwa ini ada tercatat dalam treaty 23 Mac 1898 antara Pg. Jalaluddin Ibn Pg Abd Rauf pakcik DPPS dengan pihak British disaksikan oleh baginda sultan..Mengikut fakta ini, tahulah kita kenapa DPPS bermati matian melawan British di pantai barat Sabah ini.Negeri Karambunai adalah hak tulen keturunan ibunya.Tanah Karambunai,yang tertinggal itu pun akhirnya jatuh ke tangan Nexus Resort. Tidaklah saya pasti,kroni dari kerajaan mana mereka ini.

Sebut saja DPPS Mat Salleh,bukan saja bangsa Samah.Tapi bangsa Bajau,Suluk, Irranun ,Dusun,Brunei dan sekalian umat bangsa Sabah mesti mengetahui sejarahnya. Itupun kalau kita benar benar mengiktiraf beliau sebagai pejuang bangsa.

Saya kongsi petikan dari sebuah jurnal yang ditulis oleh Rajah Brooke setelah pihak British gagal memujuk Pengiran Abd Rauf Ibnu Pengiran Abd Rajit untuk memajakkan wilayah kepunyaannya. Iaitu Negeri Karambunai.Petikan ini asalnya dalam bahasa Inggeris,tapi telah diterjemahkan separuhnya ke dalam Bahasa Melayu.

Rajah Brooke telah berjumpa dengan Pengiran Abd Rauf yang dengan tegas mengatakan bahawa dia tidak akan membenarkan mereka mengambil "ANY PARTS of his country or rights". Seterusnya Rajah Brooke "cautioned the pengiran against using any weapons or fighting but said be CONSIDERED THEY QUITE JUSTIFIED IN HOLDING WHAT HAD BELONGED TO THEM IN GENERATIONS".

Seterusnya Pengiran Abdul Rauf telah meninggalkan Rajah Brooke, dan semasa hendak pergi dia mengatakan "that he would not sell his rights, that HE WOULD RATHER DIE THAN ALLOW THEM TO PASS INTO OTHER HANDS".(Dia tidak akan menjual kepunyaannya dan lebih rela mati dari diserahkan kepada pihak lain)

Disebutkan "...Pengiran Abdul Rauf, THE CHIEF OF BAJAU, had protested against this (cession), and that there was at present a dispute going on between him and the sultan of Brunei upon this point".Pg. Abdul Rauf, seorang yang amat berpegang dengan prinsip dalam mempertahan hak tulin keturunannya sehingga sanggup 'berbalah' dengan sultan pada ketika itu. 

Disebabkan kekerasan hatinyalah yang menyebabkan pihak SBBU British tidak berjaya mendapatkan Negeri Karambunai. Disebabkan kekerasan hatinya jugalah SBBU British hanya memperolehi Karambunai selepas 13 tahun dari kemangkatannya, iaitu pada tahun 1898 melalui anak beliau Pg. Jalaluddin, yang tinggal di Labuan dan tidak tinggal bersama beliau semasa beliau masih hidup di Karambunai.

Dengan nilai sewaan $3000 setahun,sebahagian besar negeri Karambunai telah dipajakkan kepada SBBU British buat selama lamanya.Jika Pg.Jalaluddin sudah tiada,pewarisnya berhak menerima bayaran tersebut.Perjanjian ini akan terbatal sekiranya pihak kompeni gagal membayar bayaran sewaan selama 3 tahun berturut turut..

Mengkabong pada suatu masa merupakan pusat masyarakat Bajau yang terbesar selain daripada Tempasuk dan mempunyai angkatan perang sehingga 1,000 orang.

Menurut catatan Hugh Brooke Low "The Bajus are scattered along the coast, their principal settlements being at Mengkabong and Tampasuk. At Mengkabong they appear numerous, and perhaps could muster 1,000 fighting men ; at Tampasuk, they estimate their own number at 600 ; at Pandasan, 400 ; at Abai, Sulaman, and Ambong, there are a few. Their origin is involved in obscurity : they are evidently strangers. They self-style themselves Orang Sama, or Sama men. "

Menurut catatan HL Leicester 1-7 April 1879 (CO 874/73) dan Treacher to Alcock 15 Juluy 1883 Governor Despatch 119/1883 (CO 874/235) " Pengiran Abdul Rauf merupakan seorang anggota keluarga atau kerabat Sultan Brunei tetapi atas sebab perselisihan dengan Sultan Brunei pada ketika itu membuat keputusan untuk tinggal jauh dari ibu negara Brunei dan menetap di Sungai Tulin miliknya.

Pengiran Abdul Rauf biasanya tinggal di MENGKABONG dan setiap tahun memungut cukai kepala atau poll-tax sebanyak $1 (straits dollar) daripada setiap ketua keluarga. Apabila masyarakat bajau Mengkabong pindah ke Papar Pengiran Rauf masih menghantar wakil beliau memungut cukai kepala di Papar.

Pada tahun 1879 Pengiran Abdul Rauf berusia 70 tahun masih mempunyai pemikiran yang waras dan membuat keputusan yang baik.


Pengiran Abdul Rauf mempunyai bendera Mengkabong sendiri dan dibahagi kepada dua situasi. Jika Pengiran Abdul Rauf berada di Mengkabong, beliau akan menaikkan bendera Singa Merah berlatar belakang warna putih. Jika Pengiran Abdul Rauf berlayar beliau akan mengebarkan bendera Singa Putih berlatar belakang warna merah.

Tak pasti sehingga ke hari ini berapa puluh tahun sudah mereka tak bayar sewa. Malah diserahkan pula wilayah tersebut kepada kerajaan British pada tahun 1946 yang terang terangan melanggar perjanjian tersebut.Ternyata tindakan Pengiran Abd Rauf mempertahanankan hak milik keturunan ada kebenarannya. Bayangkan kalau Pengiran Abd Rauf masih hidup, adakah negeri Karambunai ini akan jatuh ke tangan British dan akhirnya bersama2 dengan negeri negeri lain di dalam negara Sabah menyertai persekutuan Malaysia.

Untuk pengetahuan anda,Sabah dan Sarawak berstatus negara semasa menyertai persekutuan.Tapi telah di downgrade menjadi negeri sama seperti negeri negeri lain di Tanah Melayu.Antara yang termiskin lah pula.Bahana sebuah penjajahan tirani.

Siapakah Pengiran Abd Rauf Ibnu Pengiran Abd Rajit ini?

Terdapat satu kenyataan dalam jurnal tersebut yang telah saya highlight.."Pg. Abdul Rauf, THE CHIEF OF BAJAU, had protested against this (cession)".. Kenapa tidak disebut Chief of Brunei, Chief of Suluk atau yang lain. Berdasarkan populasi penduduk negeri Karambunai,kita boleh menjangka bangsa Bajau apa yang dimaksudkan.Ya,bangsa Samah.

Maksudnya Pengiran Abd Rauf adalah berbangsa Samah!!!.Negeri Karambunai diwarisi dari neneknya Pengiran Anak Siti Khadijah, puteri Sultan Omar Ali Saifuddien 

1. Maksudnya kemungkinan beliau bukan keturunan SOAS 
2. Tapi berdasarkan gelaran Pengiran ternyata sekali beliau adalah keturunan kerabat diraja juga.

Tapi keturunan Sultan Brunei yang mana?..Kalau Pengiran Abd Rauf adalah THE CHIEF OF BAJAU (Samah),maksudnya dia adalah keturunan Sultan yang berbangsa Samah.Yang itu hanya Allah s.w.t dan Sultan Brunei saja yang tahu.Itupun kalau mereka masih menggunakan bahasa ibunda mereka. Dan hanya Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad Shah-Sultan Brunei 1) saja yang berbangsa peribumi iaitu Bisaya.Bermula dari Sultan Sharif Ali Barakat(Sultan Brunei ke 4), mereka adalah keturunan Arab yang bercampur dengan masyarakat tempatan. 

Nama sebenar ultan Sharif Ali Barakat ialah Sharif Ali Ibn Ajlan Ibn Rumaithah. Berasal dari Taif,Jazirah Arab. Beliau merupakan penguasa di Mekah sebelum berhijrah ke Brunei sekitar tahun 1395. Atas sebab itu,Sultan2 Brunei adalah berdarah sharif (Keturunan Rasulullah s.a.w bernasabkan cucu baginda Saidina Hassan r.a). Mungkin ada yang mengatakan ianya tidak masuk akal.

Bagaimana pula ada sultan atau kerabat diraja yang berbangsa Samah sedangkan mereka di Brunei bangsa Samah di Sabah. Ianya tidak mustahil sebenarnya sekiranya kita melupakan sebentar per sempadan Malaysia-Brunei. Bayangkan kita sekarang hidup dalam wilayah kesultanan Brunei iaitu Negeri Tempasuk( Pandasan ke daerah yang bersempadan dengan Mengkabong) dan Negeri Karambunai.(meliputi Mengkabong, Tambalang (kini Tuaran), Napas (Tanjung Aru) ,Inanam dan Menggatal, Api Api (KK), Simbulan, Dumpil, Kinarut dan Kawang, Pulau Dinawan sampailah ke Membakut dan Kota Lama/Binsulok)..

Adakah mustahil bagi sultan2 dan kerabat2 terdahulu berkahwin dengan gadis bangsa Samah yang sememangnya cantik 2 belaka,anggun bergaya dengan serempak keemasan di kepala mereka??? Kalau para sultan dan kerabat2 ini boleh belayar dan berpermaisuri sejauh Tanah Jawa,ke Tanah Sulu,malahan ada yang mangkat di Tanah Besar China.

Adakah mustahil untuk mereka berkahwin dengan rakyat sendiri yang menduduki Negeri Tempasuk dan Negeri Karambunai??.Populasi pada masa itu pula tidaklah seramai sekarang.Kita tidak mengetahui semua ini kerana kita telah dibutakan British dan talibarut talibarut mereka dari mengetahuinya.Ditambah dengan mentaliti kita yang menganggap hanya bangsa Brunei sahaja yang berasal dari Brunei.

Sedangkan sesiapa sahaja yang menduduki wilayah kesultanan Brunei ke utara negeri Sabah adalah rakyat Brunei sebelum kedatangan British ( Sungai Pandasan adalah sempadan wilayah kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei. Selepas dari persempadanan itu,ianya disebut sebagai Negeri Marudu dibawah pemerintahan Sharif Osman.

Sharif Osman akhirnya mewujudkan pemerintahan sendiri dan berjuang menentang British dan talibarut2 mereka kerana tidak bersetuju wilayahnya dipajakkan kepada British ).

Mungkin inilah salah satu sebab kenapa Brunei tidak menuntut wilayahnya di Sabah (Negeri Tempasuk dan Negeri Karambunai. Juga negeri2 lain). Kerana kerabat dan tuan punya wilayah ini sememangnya telah menetap dan berketurunan di negeri Sabah ini. Siapa pula keturunan kerabat tersebut?..

Jawapannya mudah, SIAPAKAH YANG PALING RAMAI MENDUDUKI WILAYAH KESULTANAN BRUNEI NEGERI TEMPASUK DAN NEGERI KARAMBUNAI PADA MASA INI? (Kini meliputi Kota Belud,Tuaran,Kota Kinabalu,Inanam Menggatal,Sembulan, Petagas,Putatan,Kinarut ,Papar).Selain dari bangsa Brunei di Membakut,Bongawan ,Kimanis dan Papar. Bangsa yang menduduki 70 peratus pesisir pantai wilayah kesultanan Brunei iaitu Negeri Tempasuk dan Negeri Karambunai. Dari Pandasan hingga ke Membakut dan Kota Lama/ Binsulok. Itulah tuan tanah sebenar. Satu bangsa yang lahir kedunia tanpa disedari sudah mengalir darah Rasulullah,darah kerabat,darah pembesar.Walau kebanyakannya sudah tidak punya gelaran Datu, Shariff dan Pengiran. Bangsa kebanggaan saya...Bangsa Samah Bangsa Berdaulat!!!

Bangkitlah sekalian anak bangsa Samah.Bagi anda yang pernah membaca artikel saya sebelum ini,ingatlah sejarah bagaimana bangsa Samah ini berlayar jauh dari Riau-Johor Lama bagi mengiringi Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad Shah, Sultan Brunei pertama ) yang telah mengahwini puteri Sultan Johor Lama sekitar tahun 1360an.Bersama sama dengan saudara kita bangsa Bisaya,Kedayan,Berunai dan yang lain berdirilah sebuah Kesultanan Melayu agung.Kesultanan Brunei yang gah gilang gemilang hingga ke hari ini.

Ingatlah juga jasa anak bangsa Samah yang mengiringi Sayyid Abu Bakar (Sultan Sharif Ul-Hashim,Sultan Sulu pertama) bersama2 dengan saudara2 Tausug kita dan yang lain sehingga terasasnya Kesultanan Sulu pada tahun 1450an.Dan jangan sesekali kita lupa bagaimana bangsa ini berjasa kepada Sultan Muhammad Kabongsuan (Sultan Maguindanao pertama)pengasas Kesultanan Maguindanao pada tahun 1515.Ingatlah juga jasa DPPS Mat Salleh yang berjuang bermati matian mempertahankan kedaulatan tanah dan bangsa ini.

Sudah semestinya juga as-syahid Sharif Ali (Embo Ali) dan para syuhada Pandasan yang berjuang hingga ke titisan darah terakhir pada tahun 1915.Adakah kita mahu dipersalahkan oleh generasi terdahulu dan generasi akan datang hanya kerana dengan mudahnya kita menjual kedaulatan ini dengan tangan kita yang memangkah parti ciptaan dan warisan penjajah pada pilihanraya nanti???

Kedaulatan ini dicipta dengan tulang empat kerat,titisan peluh dan keringat.Dipertahankan pula dengan darah dan nyawa.Kuasa di tangan anda.Kalau nenek moyang kita boleh mencipta kedaulatan beratus tahun dahulu,kita juga boleh mengembalikan kedaulatan itu pada hari ini. Baya ni matai entorong bujak,daa jo bongso tih tenindak tindak.Kata orang tua2,nggai do anak Samah amun nia bani.Bangsa ini bangsa berdaulat,semangat Samah semangat keramat.


Sedih melihat apa yang terjadi terhadap kesan sejarah penting North Borneo.........

Makam Waris dan Istana Pengiran Rauf Bin Pengiran Abdul Rajit.


Makam Almarhum Pengiran Abdullah Bin Pengiran Rauf Bin Pengiran Rajit


Istana Besar Karambunai


Istana Besar Karambunai


Istana Besar Karambunai


Istana Besar Karambunai


Istana Besar Karambunai


Istana Besar Karambunai


Istana Besar Karambunai


Istana Besar Karambunai