Tuesday 3 November 2015

Pengiran Besar Abdullah Bin Pengiran Abdul Rauf - Karambunai

Cerita Lisan............



Di Papar terdapat hubungan kekeluargaan yang amat rapat dengan saudara-saudara di Karambunai terutamanya di kawasan Kg Sungai Padang,Kg Kuala,Kg Bambangan dan sekitar Pantai Manis dan Kg Bundusan.Sedikit sejarah yang berkaitan untuk tatapan generasi kini.

Hari atu ada kawan telah mempost mengenai dengan batu nisan Pengiran Besar Abdullah. Lalu saya pun membuat sedikit kajian mengenai siapakah Pengiran Besar Abdullah ani dan kenapa beliau dikuburkan di Sabah.

Pengiran Besar Abdullah adalah putera kepada Pengiran Abdul Rauf ibnu Pengiran Abdul Rajit. Pengiran Besar Abdullah ani merupakan generasi ke 5 Sultan Omar Ali Saifudin 1 daripada nendanya Pengiran Anak Siti Fatimah anakanda kepada Pengiran Anak Babu Siti Khatijah ( Puteri Babau) binti Sultan Omar Ali Saifuddin 1.

Pengiran Besar Abdullah ani jua merupakan generasi ke 7 Sultan Muhyiddin daripada nendanya Pengiran Anak Siti Fatimah yang telah berkahwin dengan Pengiran Abdul Rajit ibnu Pengiran Pemanca Harimau Muhammad Daud ibnu Pengiran Abdul Rahman ibnu Pengiran Anak Badaruddin ibnu Sultan Muhyiddin.

Pengiran Besar Abdullah dilahirkan di Brunei dan dibesarkan dikalangan bangsawan kerabat Sultan Brunei dan mendapat pendidikan awal dalam pengetahuan agama Islam. Beliau mahir dan pandai menulis jawi sejak di Brunei sebelum berhijrah ke Karambunai.

Kenapa beliau berhjrah ke Karambunai? Jawapannya ialah kerana ketika itu terjadinya pergolakan dalam kalangan kerabat Sultan Brunei mengenai takhta.

Dalam pelayaran beliau menuju utara pulau Borneo, kapal yang beliau naiki telah dipukul ombak dan arus yang deras sehingga menyebabkan kapal beliau tersebut karam..

Bercerita mengenai batu nisan Pengiran Besar Abdullah ani, ianya ditemui oleh waris keturunan beliau di Karambunai Sabah pada tahun 1976 sewaktu mereka membuat penyelidikan tentang lokasi kubur kerabat kesultanan Brunei di Karambunai.
Pada batu nisan beliau tertulis nama Pengiran Abdullah bin Pengiran Abdul Rauf dan tahun 1243H bersamaan 1822M.

Pengiran Besar Abdullah mempunyai isteri yang bernama Dang Bunga iaitu cicit kepada Pengiran Temenggong Raja Tua Abdul Mumin Amirul Faza. Dari perkahwinan ani telah melahirkan seorang putera yang bernama Pengiran Danta atau Dewanta dan seorang puteri yang bernama Pengiran Halimatul Saadiah.

Pengiran Besar Abdullah dikenali sebagai seorang yang warak di Karambunai dan merupakan seorang imam besar. Beliau juga dikenali dengan nama Imam Besar Abdullah.

Pengiran Besar Abdullah meninggal pada sekitar tahun 1880an kerana dibunuh menggunakan bujak diaruk dari bawah rumahnya ketika bersujud sewaktu sembahyang subuh.


Al-Fatihah.

Kredit post kepada Zulfa Hanan.

Sumber : Papar Di Hatiku

5 comments: