Thursday, 12 November 2015

Sultan Abdul Kahar

Sultan Abdul Kahar



Baginda naik takhta pada TM 1524. 

Pada TM 1521, rombongan Ferdinand Magellan dan Antonio Pigafetta telah melawat Brunei semasa Baginda menjadi Pemangku Sultan. 

TM 1526 seorang Portugis bernama George de Menezes datang ke Brunei bertujuan hendak menjalankan perniagaan di samping mencari peliringan hendak menakluki Brunei. 

Tetapi memandangkan kekuatan Brunei ketika itu padu, dijangka agak sukar hendak dikalahkan maka maksud berniaga sahaja yang diteruskan.  Sehubungan itu dia telah berjaya membuat perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan Sultan Brunei. 

Sejak itulah Portugis mengimport lada hitam, sagu, ikan, beras, emas dan barang makanan yang lain dari Brunei ke Melaka; di samping menggunakan pelabuhan dan perairan, Brunei menjadi tempat persinggahan dan lalu lintas perkapalan mereka dari Cochin ke Melaka, dari Melaka ke Maluku dan sebaliknya.  

TM 1530, seorang pegawai Portugis lain bernama Goncalo Pereira telah datang juga ke Brunei untuk memerhati keadaan Brunei sambil berniaga tetapi perniagaannya tidak berkembang dan akhirnya lenyap. Walau bagaimanapun ulama–ulama Islam masih ramai datang ke Brunei. Baginda turun takhta pada TM 1530 bergelar Paduka Seri Begawan Sultan ‘Abdul Kahar. Baginda lindung pada TM 1578, dan digantikan oleh putera kakanda Baginda, Pengiran Anak Chuchu Besar Saiful Besar.

Sultan Abdul Kahar yang juga dikenali sebagai “Marhum Keramat” merupakan Sultan Brunei yang memerintah dari TM 1524 hingga TM 1530.

Baginda mengeluarkan matawang ‘pitis’. Pada TM 1521, semasa menjadi Pemangku Sultan, baginda dilawati oleh rombongan Ferdinand Magellan dan Antonio Pigafetta. Pada TM 1526 dan TM 1530 pula, George de Menezees, seorang Portugis, datang ke Brunei. Begitu juga dengan ulama-ulama Islam. Baginda meluaskan lagi syiar Islam ke seluruh Brunei dan kepulauan Filipina

Pada TM 1530, baginda turun takhta bergelar “Paduka Seri Begawan Sultan Abdul Kahar”. Baginda mangkat pada TM 1578.

Sejak Pemerintahan Sultan Bolkiah, Brunei sudah terkenal di Alam Melayu sebagai sebuah kerajaan besar di Borneo. Brunei pada ketika itu juga terkenal sebagai sebuah pusat perdagangan terpenting di rantau ini. Kemashuran Brunei ini telah diwarisi oleh anakanda Sultan Bolkiah iaitu Sultan Abdul Kahar.

Sultan Abdul Kahar ialah sultan Brunei yang ke-6. Baginda ditabalkan menjadi sultan Brunei pada tahun 1524 Masihi setelah ayahanda baginda, Sultan Bolkiah mangkat. Baginda memerintah Brunei sehingga tahun 1530 Masihi. Dalam sejarah Brunei baginda digelar sebagai ‘MARHUM KERAMAT’. Gelaran tersebut diberikan kerana baginda terkenal dengan ‘KEWARAKANNYA’.

Sultan Abdul Kahar (SAK) mempunyai pengalaman yang luas sebagai seorang pemimpin. Pengalaman ini diperolehi sejak awal lagi sebelum baginda dilantik sebagai pemangku sultan apabila ayahanda baginda belayar ke luar negeri.Sebagai pemangku sultan, bagindalah yang menjalankan pemerintahan Negara pada ketika itu.

TAHUN 1521 MASIHI

Satu rombongan sepanyol telah dating ke Brunei pada tahun 1521 Masihi. Rombongan itu diketuai oleh ‘FERDINAND MAGELLAN’. SAK pada masa itu adalah pemangku sultan. Baginda menyambut kedatangan rombongan Spanyol itu dengan penuh adat istiadat.

Seorang wartawan yang terkenal juga ikut serta dalam rombongan Magellan ke Brunei. Wartwan ini berbangsa Itali, bernama Antoio Pigafetta. Menurut laporan beliau, Sultan Brunei pada ketika itu hanya keluar dari istana apabila berburu. Laporan ini juga menyatakan baginda tidak suka belayar jauh seperti Sultan Bolkiah.

Pada masa pemerintahan Sultan Abdul Kahar, baginda berusaha menjadikan Brunei sebagai pusat perdagangan utama di Borneo. Sejak orang-orang Sepanyol datang ke Brunei, rami lagi pedagang lain dari Eropah dating ke Brunei untuk berdagang. Pedagang-pedagang Eropah kini mengenali Brunei sebagai Pusat perdagangan yang Penting di BORNEO.

1526 MASIHI

Seorang perdagang portugis bernama JORGE DE MENIZES telah datang ke Brunei pada tahun 1526 Masihi. Jorge De Menizes tidak lama menetap di Brunei kerana beliau ingin meneruskan perjalanan ke Pulau Maluku. Empat tahun kemudian (1530) Jorge De Menzies datang lagi ke Brunei.

Beliau telah mengadap Sultan Abdul Kahar untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan Brunei. Sultan Abdul kahar telah member kebebasan berdagang kepada Jorge De Menzes dan juga pedagang-pedagang Potugis lain di Brunei.

Setelah enam tahun memerintah Brunei, Sultan Abdul Kahar turun takhta pada tahun 1530 Masihi. Selepas itu baginda digelar sebagai ‘PADUKA SERI BEGAWAN SULTAN ABDUL KAHAR’. Antara sebab Sultan Abdul Kahar turun takhta kerajaan ialah kerana baginda:

Ingin melihat putera baginda mentadbir Kerajaan Brunei.

Ingin memastikan pengganti baginda dapat memerintah kerajaan Brunei dengan baik.

Walaupun baginda sudah turun takhta tetapi baginda masih mempunyai kuasa dalam hal pentadbiran Negara. Setelah baginda turun takhta, beberapa orang putera baginda telah dilantik menjadi sultan Brunei

1)      Pengiran Muda Besar Ismail. Usia pemerintahan baginda tidak panjang kerana baginda lindung selepas itu.

2)      Pengiran Muda Tengah Othman. Usia pemerintahan baginda tidak panjang kerana baginda lindung selepas itu.

3)      Pengiran Muda Iring Ali Akhbar. Usia pemerintahan baginda tidak panjang kerana baginda lindung selepas itu.

Dengan kemangkatan ketiga-tiga sultan itu, Paduka Seri Begawan Sultan Abdul Kahar akhirnya melantik dan memahkotakan putera baginda bernama Pengiran Muda Saiful Rijal sebagai Sultan Brunei.

Pada tahun 1578, Dr. Francisco De Sande Kapten kapal Sepanyol bernama ‘Santiago’ di Manila telah bertolak ke Brunei dengan diiringi oleh 40 buah kapal perang. Angkatan Sepanyol tiba diperairan Brunei dan telah mengutuskan surat kepada Baginda Sultan Saiful Rijal sultan Brunei yang meminta baginda menerima paderi Kristian, walaubagaimanapun, baginda menolak akan permintaan Sepanyol itu. Namun Dr. Francisco De Sande berkeras untuk menyebarkan agama Kristian di Brunei. Ahirnya De Sande menceroboh Brunei dengan bantuan Pengiran Seri Lela dan Pengiran Seri Ratna dan mengisytiharkan Brunei dijajah oleh Sepanyol. 

Peperangan ini termasyhur dengan sebutan ‘Perang Kastila’. Sultan Saiful Rijal terpaksa bersembunyi sementara di Jerudong diiringi oleh Pengiran Bendahara Sakam dan kemudian Pengiran Bendahara Sakam bersama dengan Orang Kaya Harimau Padang kembali semula ke Brunei dan mengumpulkan 100 orang pahlawan yang terbilang berserta rakyat yang taat setia kepada Sultan Saiful Rijal. 

Pengiran Bendaraha Sakam memimpin serangan keatas Spanyol dan akhirnya De Sande dapat dikalahkan dan lari meninggalkan Brunei dan dikejar sehingga ke Nausung (Sabah). Sebelum angkatan De Sande meninggalkan Brunei, mereka sempat membakar masjid Jame’ Brunei dan memusnahkan Makam Sultan Bolkiah dengan menggunakan meriam, manakala Pengiran Seri Lela dan Pengiran Seri Ratna telah ditangkap dan dihukum diatas pengkhianatan yang telah mereka lakukan.


Sultan Abdul Kahar mangkat pada tahun 1578 Masihi dalam usia 97 tahun. Baginda dikenali sebagai seorang Sultan yang panjang usia. Orang-orang Sepanyol yang datang ke Brunei menggelarkan baginda sebagai ‘RAJA TUA’.

Hubungan Sultan Abdul Kahar dengan Sama-Bajau 

Dikisahkan dalam Silsilah Kesultanan Melayu Brunei sekitar tahun 1735 (Abu
Bakar 1995). Ia mengenai perkahwinan Sultan Abdul Kahar dengan seorang
puteri Bajau yang telah melahirkan seorang putera yang diberi gelaran BendaharaSeri Maharaja Sakam. 

Beliau yang bersaudara dengan Sultan Saiful Rizal itu telah diberikan kuasa oleh Brunei untuk memerintah Tanah Bajau yang meliputi Utara Borneo (Sabah) hingga ke Pulau Luzon.

Bendahara Seri Maharaja Sakam terkenal sebagai orang yang gagah
dan pada tahun 1578 telah berjasa kepada Brunei kerana menyelamatkan
Kesultanan Melayu Brunei daripada jatuh ke tangan kuasa Sepanyol. Ketika
Sultan Brunei berundur ke daerah pedalaman untuk menggelak dari serangan
tentera Spanyol (Sweeney 1967), Bendahara Sakam telah mematahkan
serangan asing itu dan memulihkan takhta pemerintahan Sultan Saiful Rizal
sebagai Sultan Brunei.

Di Filipina, suku Sama-Bajau mempunyai hubungan baik dengan Syarif
Muhammad Kabungsuan, seorang tokoh pendakwah dan politik yang
bertanggungjawab menyebarkan Islam di wilayah Marano di Pulau Mandanao
dan seterusnya mengasaskan Kesultanan Mandanao. Atas bantuan suku SamaBajau,setelah belayar dari Johor dengan menaiki flotilla Bajau, beliau telah
sampai ke Pulau Mindanao (Saleeby 1905). Di Indonesia, Sama-Bajau juga
mempunyai hubungan politik dengan beberapa buah kerajaan di Kepulauan
Sulawesi. 

Dalam sejarah Kerajaan Bone diceritakan seorang puteri Rajanya
telah berkahwin dengan seorang pahlawan Sama-Bajau. Beliau kemudian telah
dilantik sebagai Raja kerana Raja Bone dewasa itu tidak mempunyai waris lelaki
(Mattulada 1995).

Sumbangan politik suku Sama-Bajau kepada kerajaan Melayu Bone juga
berterusan sehingga zaman penaklukan penjajah Belanda ke atas Sulawesi.
Sama-Bajau yang hidup di kawasan laut-pulau dan pesisir pantai itu telah bersatu bagi membantu kerajaan Bone mempertahankan wilayahnya daripada ditakluki kuasa Belanda, yang bermula pada awal tahun 1800. Sama-Bajau telah dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan garis depan, iaitu pantai tempat pendaratan tentera Belanda. Walaupun akhirnya wilayah kerajaan Bone telah ditakluki sepenuhnya oleh penjajah Belanda pada awal tahun 1910, namun Sama-Bajau di Sulawesi Selatan tetap berbangga atas peranan politik mereka itu.

Kemunculan kesedaran politik Sama-Bajau di Malaysia terjelma dalam
perkembangan struktur sosial di Sabah, yang bermula dari zaman peribumi,
khususnya pada era Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Penguasaan mereka ke atas kawasan pesisir pantai dan sungai utama di bahagian pantai barat Sabah umpamanya, secara langsung ataupun tidak, membolehkan mereka menguasai laluan perhubungan yang strategik antara masyarakat luar dengan penduduk di kawasan pedalaman yang akhirnya telah menyumbang kepada kekuatan politik Sama-Bajau di negeri ini.

Pada abad ke-16, mereka telah memberi sumbangan besar ke atas pengaruh
kesultanan Brunei di Borneo, dengan membenarkan wakil kerajaan Brunei yang
bergelar pangeran mengasaskan pusat pentadbirannya di kawasan petempatan
tradisional utama mereka seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1 di bawah
ini:

Akhirnya semua sungai petempatan tradisional utama Sama-Bajau ini telah
menjadi pusat pentadbiran pangeran Brunei. Hubungan mereka dengan pangeran Brunei telah memberi kekuatan politik kepada suku peribumi menerusi pendedahan kepada sistem pemerintahan, menyandang jawatan pegawai pangeran dan status petempatan sebagai pusat bandar. Sama-Bajau juga berperanan penting menyebarkan produk moden seperti tekstil, peralatan
pertanian serta makanan yang diimport dari luar kepada penduduk peribumi di
pedalaman (Harrison 1972-73). Kebudayaan tekstil serta pakaian Sama-Bajau

JADUAL 1: Lokasi Pusat Pangeran Brunei Pantai Barat, Sabah.

Bil. Nama Tempat Daerah

1 Sungai Mangkabong Tuaran
2 Sungai Kabatuan Kota Kinabalu
3 Sungai Inanam Kota Kinabalu
4 Sungai Putatan Penampang

Implikasi Politik Melayuisme Sama-Bajau di Malaysia 

seperti menenun kain, pakaian dastar, selendang dan kain telah diadaptasikan
suku peribumi lain di pedalaman.

Dalam struktur sosial kolonial, politik Sama-Bajau terus mengalami
kemorosotan akibat peralihan paksi kuasa politik daripada Brunei kepada
kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Walaupun kedudukan politik SamaBajau di kalangan suku peribumi Sabah adalah setara, tetapi yang menentukan tingkat status sosial mereka dalam stratifikasi sosial Sabah ialah pencapaian ekonomi, penyertaan dalam perkhidmatan awam kolonial yang ditentukan status pendidikan akademik. Menyedari kehilangan kuasa politik itu, Sama-Bajau telah bersedia dilibatkan dalam sistem politik kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara menerusi sistem pentadbiran Anak Negeri (Warren 1972). Proses pembezaan sosial dalam sistem sosial kolonial diasaskan kepada kemajuan sosial terutamanya ekonomi, pendidikan dan perjawatan.

Pada akhir era penjajahan Inggeris di Sabah, suku Sama-Bajau telah
ketinggalan jauh di belakang beberapa suku peribumi seperti Kadazan/Dusun
daripada segi pendidikan, ekonomi dan perjawatan. Mereka gagal mengakses
arus perdana sosio-ekonomi dari segi ekonomi, pemilikan dan pendidikan.
Dari segi pemilikan tanah misalnya, sistem pemilikan peribadi era kolonial
banyak memberi manfaat kepada suku peribumi yang berasaskan tanah seperti
Dusun dan bukannya suku Sama-Bajau yang tidak berasaskan ekonomi tanah
pertanian.

Sumber : rudyman, ukm

No comments:

Post a Comment