Saturday, 14 November 2015

Raja Bongsu-1

Raja Bongsu




Keturunan Diraja Kesultanan Sambas adalah berhubungan dengan Kesultanan Brunei & Sulu.

 Di mana, Sultan Muhammad Hassan (Sultan Brunei ke-9) mempunyai beberapa orang Putera seperti;

1. Sultan Jalilul Akbar (Putera Sulong) -menjadi Sultan di Brunei,

2. Sultan Muhammad Ali (Putera Kedua) -menjadi Sultan di Brunei beberapa tahun. Kemudian wafat kerana dibunuh.

3. Sultan Tengah -(Putera Tengah) -Telah dihantar ke Sarawak menjadi Sultan. Namun baginda manggat di Sukadana. Putera baginda yang bernama Radin Sulaiman telah berkahwin dengan puteri dari Kesultanan Sambas. Dan akhirnya baginda dilantik menjadi Sultan Bergelar “Sultan Saifuddin I ibni Sultan Tengah ibni Sultan Muhammad Hassan”.

4. Raja Bongsu-I @ Pangiran Shabandar Maharajalela (Putera Bongsu) -Telah dihantar ke Sulu menjadi Sultan Sulu dan digelar sebagai “Sultan Mawalil-Wasit-I @ Raja Bongsu-I ibni Sultan Muhammad Hassan”. 

Ibu Raja Bongsu-I ini adalah Puteri Sulu yang berkahwin dengan Sultan Muhammad Hassan. Dan Puteri Sulu ini adalah puteri kepada Sultan Pangiran Buddiman Ul-Halim ibni Sultan Nasaruddin Awal ibni Sultan Muizzuddin Mutawaddin @ Maharajah Upo ibni Sultan Kamaluddin ibni Sultan Shariful-Hashim (Sultan Sulu yang Pertama).

Sebagai “Bukti” bahawa Sultan Mawalil-Wasit-I @ Raja Bongsu-I itu adalah “Putera” kepada Sultan Muhammad Hassan, semasa penghantaran baginda ke Sulu, baginda telah diberikan sebuah barang “Pusaka” yang dipanggil sebagai “Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi” (Coco de mer) sebagai bukti asal-usul keturunan baginda.



Barang pusaka ini telah diamanahkan untuk disimpan oleh Keluarga Pewaris Kedua (Keluarga Maharajah Adinda) sahaja sejak sekian lama. Coco de mer ini dikatakan telah dikerat menjadi “3 Bahagian” dimasa pemerintahan Sultan Muhammad Hassan dan dijadikan lambang tanda hubungan darah “3 Keluarga Diraja”, Brunei, Sambas & Sulu.

Bahagian Tengah (Induk) dipercayai telah diberikan kepada Putera Sulong Sultan Hassan (Sultan Jalilul-Akbar), Sebelah bahagian tepi kiri dipercayai telah diberikan kepada Putera Tengah Sultan Hassan yang dihantar menjadi Sultan di Sarawak (iaitu Sultan Tengah). 

Dan bahagian tepi sebelah kanan, telah diberikan kepada Putera Bongsu Sultan Hassan yang dihantar menjadi Sultan Sulu (iaitu Sultan Mawalil-Wasit-I @ Raja Bongsu-I).

Jika ketiga-tiga bahagian ini dapat dicantum dan dipersatukan, ianya adalah suatu “Bukti” jelas bahawa 3 Keluarga Diraja (Brunei, Sambas & Sulu) adalah bersaudara yang berasal dari satu “Zuriat” keturunan Sultan Muhammad Hassan.

Dan Susur-galur/ Salasilah (Genealogy) Sultan Muhammad Hassan adalah;
Sultan Muhammad Hassan ibni Sultan Saiful-Rizal ibni Sultan Abdul Kahar ibni Sultan Bolkiah ibni Sultan Sulaiman ibni Sultan Sharif Ali @ Sultan Barkat Ali (bekas Amir Mekah) ibni Sharif Ajlan (Amir Mekah) ibni Sharif Rumaithah (Amir Mekah) dan bernasab terus berapa generasi sehingga ke Saidina Hassan r.a ibni Saidina Ali.

Dan barang pusaka lambang Keturunan Kesultanan Diraja Sulu ini (Pulau Janggi) telah dihantar ke Muzium Brunei oleh waris Keluarga Maharajah Adinda (YM Datu Aliuddin Haddis Pabila bin Datu Mohammad Sheikh/Sie/Seh ibni Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan/Adanan Puyo ibni Paduka Raja Muda datu bantilan ibni Sultan Azimuddin/Alimuddin-II ibni Sultan Bantilan Muizzuddin ibni Sultan Badaruddin-I ibni Sultan Salahuddin-Karamat ibni Sultan Mawalil-Wasit-I @ Raja Bongsu-I ibni ibni Sultan Muhammad Hassan) pada tahun 1978, untuk disimpan dengan selamat. 

Dan sememangnya ianya telah disahkan benar oleh pihak Muzium Brunei.

Sumber : santribuntet

No comments:

Post a Comment